SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

BAB 3 : PEMAJMUKAN (KATA MAJMUK)

BAB 2  PEMAJMUKAN
PERKARA
KETERANGAN
Kata Majmuk
         Kata majmuk merupakan kata yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk ini dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit tanpa boleh menerima sebarang penyisipan di antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk tersebut.
         Memandangkan kata majmuk terlalu besar jumlahnya, kata majmuk dapatdipisahkan kepada kata majmuk yang berbentuk rangkai kata bebas, berbentuk istilah khusus dan mendokong maksud kiasan yang hadir sebagai simpulan bahasa.
         Daripada ketiga-tiga bentuk tersebut, kata majmuk dapat dikelaskan kepada:-
Kata Majmuk

 
         Kata Nama Majmuk                    Kata Adjektif Majmuk               Kata Kerja Majmuk


2.2.1
Kata Nama Majmuk
         Kata nama majmuk merupakan kata yang terhasil danpada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri danpada kata nama manakala unsur kata dasar yang lain boleh terdiri daripada kata nama atau kata-kata lain. Kehadiran kata nama majmuk  boleh terdiri daripada:
                                              KATA MAJMUK
 RANGKAI KATA BEBAS           ISTILAH KHUSUS                     MAKSUD KIASAN
                                                                                               (SIMPULAN BAHASA)


PERKARA
CONTOH

RANGKAI KATA BEBAS

jalan raya
alat solek
rukun tetangga
ular sawa
jam tangan
segi tiga
rumah batu
rumah tangga
kerusi malas
bilik tidur
meja makan
ruang tamu


PERKARA
contoh
ISTILAH KHUSUS DALAM BIDANG ILMIAH             

mogok umum
deria rasa
hukum alam
graf lurus
medan sinaran
analisis teks


PERKARA
contoh
MAKSUD KIASAN                                                                                                (SIMPULAN BAHASA)

anak emas
kaki bangku
bulan madu
buku lima
buah mulut
jalan tengah
hati batu
berat tangan

2.2.2  KATA KERJA MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
KATA KERJA MAJMUK
Kata  kerja majmuk terdiri daripada dua morfem bebas atau lebih tetapi unsur kata dasar awal mestilah terdiri daripada kata kerja dan unsur kata dasar berikutnya boleh terdiri daripada kata-kata lain.
Contoh

tolak ansur
ubah suai
lipat ganda
kenal pasti
terima kasih
campur aduk
ambil alih
tunjuk ajar
angkat diri
pilih kasih
angkat kaki
angkat bakul



2.2.3   KATA  ADJEKTIF  MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
KATA ADJEKTIF MAJMUK
Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses rnerangkaikan dua kata dasar atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri daripada kata adjektif dan kata dasar berikutnya boleh terdiri daripada kata-kata lain.
Contoh

merah jambu
muda remaja
biru laut
ringan tulang
rabun ayam
panjang tangan
berat hati
jauh hati
rindu dendam
sakit jiwa
besar hati
tinggi diri

Secara umumnya semua kata majmuk ditentukan jenisnya berdasarkan hukum DM. Namun terdapat beberapa contoh kata majmuk yang tidak mematuhi hukum DM dan dianggap sebagai suatu kekecualian khususnya bagi kata majmuk yang digunakan sebagai gelaran. Contoh:
Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana jika berdasarkan Hukum DM)
Ketua Menteri (sepatutnya Menteri Ketua jika berdasarkan Hukum DM)


Peringatan:
Walaupun dijelaskan bahawa kata majmuk dieja secara berangkai dan bertindak sebagai
satu unit, namun terdapat sebilangan kata majmuk yang telah mantap dan dieja sebagai
satu perkataan. (Rujuk Tatabahasa Dewan, hhn. 35 - 2.2.3.1)
Kata-kata tersebut ialah:-
 













apakala                   antarabangsa             apabila                     apahal
beritahu                  apalagi                      bagaimana               barangkali
dukacita                   bumiputera               darihal                     daripada
jawatankuasa            kakitangan               kepada                     kerjasama
manakala                manalagi                   olahmga                   padahal
pesuruhjaya             sediakala                  setiausaha                sukacita
sukarela                  suruhanjaya              tandatangan             tanggungjawab
warganegara            matahari                   kadangkala


2.2.4  PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
PENGIMBUHAN
KATA MAJMUK
Kata majmuk boleh menerima imbuhan bagi membentuk kata terbitan. Proses pengimbuhan boleh terdiri daripada awalan, akhiran, dan apitan. Bagi pengimbuhan awalan dan akhiran, kata majmuk masih dieja secara berasingan. Bagi proses imbuhan apitan kata majmuk perlulah dieja secara bercantum.
Contoh

Kata Majmuk
rumah  tangga
hati  batu
temu  ramah
hutang  budi
daya  serap
lipat  ganda
kuat  kuasa
Kata Terbitan
berumah  tangga
berhati  batu
menemu ramah
terhutang budi
daya  serapan
melipatgandakan menguatkuasakan penguatkuasaan
 





















2.2.5  PENGANDAAN KATA MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
PENGGANDAAN
KATA MAJMUK
Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Kata majmuk yang dieja terpisah mengalami penggandaan pads bahagian awal sahaja dan tidak pads bahagian akhirnya. Bagi kata majmuk yang dieja secara bercantum, maka seluruh perkataan digandakan, iaitu sama seperti proses penggandaan bagi perkataan-perkataan lain.
Contoh

Betul
Salah
anak-anak kapal
anak kapal-anak kapal/anak kapal-kapal
orang-orang tua
orang tua-orang tua/orang tua-tua
mata-mata pelajaran
mata pelajaran mata pelajaran / mata pelajaran pelajaran
setiausaha-setiausaha
setia-setia usaha/setia usaha-usaha
warganegara-warganegara
warga-warganegara/warga negara-negara

Rangkai Kata Setara
Terdapat sebilangan kata majmuk yang berbentuk rangkai kata setara. Antares contohnyai adalah seperti yang berikut:

          pinggan mangkuk        kerusi meja      kain baju      wang ringgit        periuk belanga
          ibu bapa                       adik kakak       adik abang      duit kupang        sunyi sepi
          aman damai

Kata majmuk tersebut tidak boleh digandakan seperti penggandaan kata majmuk biasa.
Contoh kesalahan:

       ibu-ibu bapa                                              ibu bapa –ibu bapa
      kerusi-kerusi meja                                     kerusi meja-meja

Bagi menunjukkan maksud jamak kata majmuk berbentuk setara ini perlulah digunakan bersama dengan penanda jamak seperti para, semua, segala dan sebagainya.

LATIHAN PENGUKUHAN
A. Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
     mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1  Penyalah  gunaan dadah dalam kalangan pelajar amat membimbangkan semua pihak di negara ini.
             A                                          B                                                          B
 Tiada kesalahan.
             D
2  Kebanyakan guru besar yang menghadiri seminar itu amat berpuas hati dengan faedah yang diperoleh
A                                              B                                    C
    daripada seminar tersebut. Tiada kesalahan.
D
3  Kipas-kipas angin yang terdapat di dewan itu akan dibaiki segera sebelum majlis perasmian yang akan
               A                                                                       B                                                  C
   diadakan pada hujung bulan ini. Tiada kesalahan.                  
                            D
4   Majlis yang dihadiri oleh setia-setia usaha di hotel itu dihiburkan oleh penyanyi terkenal Anita Sarawak.
                            A                       B                                                 B
     Tiada kesalahan.
                  D
5   Ibu bapa-ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah berharap agar anak-anak mereka akan mendapat
                  A                            B                                                                      C
      pendidikan sebaik mungkin dan menjadi insan yang berguna. Tiada kesalahan.
                                                                                                            D

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1






2






3








4







5







6










Pak Wahid memelihara beberapa ekor  di
kebun kelapa sawit.
A   lembu susu        C  kucing kurap
B   susu lembu          D  anjing liar

.................................di ibu kota semakin
lancar apabila kerajaan membina jalan bertingkat di beberapa persimpangan jalan.

A  Tanah air           C Pasar sehari
B  Ruang legar          D Lalu lintas

Keadaan menjadi kecoh apabila
________________________  negara ini diceroboh
oleh beberapa buah kapal terbang dari negara jiran.
A  ruang legar             C angkasa lepas
B  ruang angkasa        D siar kaki

Kami membuat lawatan sambil belajar ke _______ ____________________________  bagi menyemai
perasaan sayang kepada warga tua dalam kalangan pelajar sekolah.
A   rumah-rumah orang tua
B   rumah orang tua-tua
C   rumah orang-orang tua
D   rumah orang tua-orang tua
Kami dapat belajar dengan selesa kerana bilik darjah kami dipasang dengan....
A   alat pendingin hawa
B   alatan dingin hawa
C   alat penghawa dingin
D   peralatan mendingin hawa

............................... di dalam dewan peperiksaan itu tidak berfungsi kerana  kehabisan bateri yang baharu sebelum peperiksaan bermula.

A   Jam-jam dinding
B   Jam dinding-dinding C Jam
C   Jam dinding jam dinding
D   Dinding-dinding jam

7









8










9








10
Bilik darjah itu kemas kerana
__________________________  disusun oleh pars
pelajar sebelum keluar dan pulang ke rumah masing-masing.
A    kerusi-kerusi meja
B    semua kerusi meja
C    kerusi meja-meja
D    semua kerusi-kerusi meja

Pengerusi mesyuarat menjelaskan bahawa mesyuarat menangguhkan perbincangan tentang
dalam mesyuarat pada kali ini kerana kesuntukan masa.
A    hal lain-lain
B    hal lain-hal lain
C    hal-hal lain
D    lain-lain hal

Emak hanya         menggunakan
_____________________  untuk membuat kuih
terbaharunya itu.
A   kuning telur
B   telur kuning
C   ayam telur
D   itik telur

Mesyuarat_______ dari seluruh Negara akan
diadakan di Genting Highland.
A   guru besar
B   guru-guru besar
C   guru besar-besar
D   guru besar-guru besar







                                                 

      

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Boleh saya minta jawapan bagi soalan latihan kata majmuk ni?

    BalasPadam