SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kata Adjektif

1.2      KATA ADJEKTIF

Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Adjektif/ Sifat
Kata adjektif atau kata sifat merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau benda serta kata kerja (perbuatan). Kata adjektif dapat berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas sebagai prediket dalam sesuatu ayat. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis









Jenis-jenis kata adjektif




Jenis
Contoh
Jenis
Contoh
Kata Adjektif Sifatan
baik, gagah, pandai, sihat, nakal.
Kata Adjektif
Warna
merah, hijau, biru, kuning, hitam
Jenis
Contoh
Jenis
Contoh
Kata Adjektif Ukuran
panjang, rendah, kerdil, besar, luas.
Kata Adjektif Bentuk
lonjong, leper, kempis, kurus, bengkok
Jenis
Contoh
Jenis
Contoh
Kata Adjektif
Waktu
baru, using, suntuk, cepat, lambat, kuno
Kata Adjektif
Jarak
jauh, dekat, hampir, nyaris, sepelaung
Jenis
Contoh
Jenis
Contoh
Kata Adjektif
Cara
deras, lincah, perlahan, pantas,
Kata Adjektif
Perasaan
suka, marah, geram, sayang, sombong cnta, gembira,
Jenis
Contoh


Kata Adjektif
Pancaindera
sedap, masam, payau, kelat, lazat.




Contoh ayat:-
i.              Faqihuddin seorang pelajar yang pandai.
ii.             Rumah yang berwarna kuning itu milik Pak Ali.
iii.            Bilik ini kecil sahaja.
iv.            Letakkan meja bulat itu di ruang tamu.
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan yang bertugas sebagai kata penguat. Oleh itu sesuatu kata asal yang boleh disertai kata penguat merupakan kata adjektif. Oleh sebab itu kata penguat tidak boleh diikuti selain kata adjektif kerana fungsinya sebagai penanda adjektif.
Kata Penguat
Keterangan
Kata Penguat
Kata penguat sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga iaitu:-
a)     kata penguat hadapan.
b)    kata penguat belakang.
c)     kata penguat bebas.
Jenis-jenis kata penguat
Keterangan
Kata penguat hadapan
Kata penguat hadapan hadir di hadapan kata adjektif seperti agak, begitu, demikian, lebih, paling, terlalu, dan sebagainya.
contoh penggunaan dalam frasa:-
agak cantik, amat panjang, terlalu lama, paling tinggi, dan sebagainya.

Kata penguat belakang
Kata penguat belakang hadir di belakang kata adjektif seperti benar, betul, nian,sekali dan sebagainya.
contoh penggunaan dalam frasa:-
mahal benar, baik sekali,  indah nian, tinggi betul
Kata penguat bebas
Kata penguat bebas boleh hadir secara bebas sama ada sebelum atau selepas kata adjketif seperti sungguh, amat, dan sangat.
contoh penggunaan dalam frasa:-
amat cantik    atau cantik amat,    sungguh pintar atau pintar sungguh
sangat mahal  atau  mahal sangat.

Darjah Perbandingan Dalam Kata Adjektif
Kata adjektif dapat digunakan dalam menyatakan tiga darjah perbandingan:-

Darjah Perbandingan
Keterangan
1)     Darjah biasa
Kata adjektif  jenis ini digunakan untuk menunjukkan darjah biasa tanpa sebarang perbandingan yang nyata:-
Ayat contoh:-
i)              Lelaki itu sangat tinggi.
ii)             Dia pandai memasak.
iii)            Rumah Pak Ali itu sudah terbakar.

2)     Darjah bandingan
Secara umumnya ada dua kaedah atau cara untuk menyatakan darjah bandingan ini iaitu:-
i)              Bandingan sama: menerusi penggunaan imbuhan awalan ‘se’ seperti sebesar, setinggi, secantik, sepandai, sesedap. Justeru, imbuhan ‘se’ membawa maksud sama contohnya sebesar membawa maksud sama besar, setinggi membawa maksud sama tinggi dan sebagainya.
ii)             Bandingan yang berbeza : melalui penggunaan kata penguat bandingan seperti ‘lebih’ atau ‘kurang’
Contoh ayat:-
1)     Bilik saya tidaklah seluas bilik kamu.
2)     Rumah saya lebih besar daripada rumah datuk kamu.
3)     Cik Seri kurang pandai daripada Aliza

3)     Darjah penghabisan
Penggunaan darjah penghabisan adalah seperti berikut:-

1)  se  +  kata  adjektif  +  kata ganda +  kata nama
     secantik-cantik bahasa,
     semahal-mahal emas,
     sebaik-baik manusia,
     sebodoh-bodoh lembu,

2)  ter   +  kata  adjektif
     terpandai,  tertinggi, terhampir, termasyhur, terhidang

3) paling   +   kata adjektif
    paling hodoh,  paling kacak,  paling masam, paling ganas,

4) kata adjektif  +  sekali
    gemuk sekali,  zalim sekali,  baik sekali, lokek sekali, cantik sekali

5) ter    +  amat /  sangat  +  kata adjektif
    teramat pandai,        tersangat panndai
    teramat baik,            tersangat baik
    teramat cantik,         tersangat cantik
    teramat masyhur,    tersangat masyhur

6) amat/sangat/sungguh  +  kata adjektif  +  sekali
    amat baik sekali,    sangat baik sekali,   sungguh baik sekali
    amat maju sekali,   sangat maju sekali,  sungguh maju sekali
    amat tenang sekali,  sangat tenang sekali,   sungguh tenang sekali
   
Fahamkan Peringatan Berkaitan Penggunaan Kata Adjektif di bawah:-





Peringatan:-
1.  Kata penguat dengan kata adjektif berawalan teR- tidak boleh hadir sebagai prediket dalam ayat dan diikuti
     noktah. Namun boleh hadir dalam ayat songsang. Contoh:-

Salah
Betul
Dia pelajar terpandai
Baju itu termahal
Bangunan itu tertinggi

Dia pelajar paling pandai
Baju itu paling mahal
Bangunan itu paling tinggi
2.     Penggunaan kata penguat dengan kata adjektif berawalan teR-. sudah membawa maksud paling dan tidak perlu disertai dengan kata penguat lain seperti  sekali,  sungguh, paling atau sebagainya. Contoh:-

Salah
Betul
Dialah pelajar yang paling tercantik.
Itulah pokok yang tertinggi sekali.
Dia mendapat markah amat tertinggi.

Dialah pelajar yang paling cantik.
Itulah pokok yang paling tinggi sekali.
Dia mendapat markah amat tinggi.
3.     Perluasan kata adjektif perasaan.
Kata adjektif perasaan seperti suka, marah, benci, rindu, cinta, hormat, dan sebagainya apabila hendak diperluaskan mestilah diikuti frasa sendi. Frasa-frasa lain tidak boleh digunakan  untuk tujuan perluasan frasa adjektif perasaan. Contoh:-

Salah
Betul
Saya suka gadis itu.
Kita perlu patuh arahan itu.
Saya aman cinta negara ini

Saya suka akan gadis itu.
Kita perlu patuh kepada arahan itu.
Saya aman cinta akan negara ini
4.     Kata adjektif akan yang hadir selepas kata adjektif perasaan perlulah dibezakan dengan kata kerja pasif yang berimbuhan –kan.

Salah
Betul
Dia sayangkan ibunya.
Dia rindukan ibunya di kampung.
Kami amat cintakan negara Malaysia.

Dia sayang akan ibunya.
Dia rindu akan ibunya di kampung.
Kami amat cinta akan negara Malaysia.
5.     Penggunaan kata adjektif yang diulang.
Apabila kata adjektif dlam sesuatu ayat diulang, maka tidak perlulah sesuatu kata nama dalam ayat tersebut diulang lagi. Hal ini demikian kerana kata adjektif yang diulang sudah membawa maksud jamak. Sebaliknya jika kata nama dalam ayat diulang, maka kata adjektifnya tidak perlu diulang kerana sudah membawa maksud jamak. Contohnya:-

Salah
Betul
Buku-buku itu tebal-tebal belaka.

Pokok-pokok di situ tinggi-tinggi.

Buku itu tebal-tebal belaka. (atau)
Buku-buku itu tebal belaka.
Pokok di situ tinggi-tinggi.  (atau)
Pokok-pokok di situ tinggi..


Latihan Pengukuhan.
A.         Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1.          Kereta baharu ayah itu agak mahal.
2.          Badan saya berasa gatal setelah terkena gatah daun pokok itu.
3.         Ayah menggunakan tanah liat untuk membuat ukiran itu.
4.         Persembahan artis itu amat hebat sekali.
5.        Dia berasa amat sedih apabila mengetahui kejadian kemalangan itu.
6.        Anjing yang garang itu telah diikat oleh pemiliknya.
7.        Dia amat rindu akan keluarganya di tanah air.
8.        Peniaga itu bijak menjalankan perniagaannya.
9.       Generasi muda disarankan agar sentiasa berbudi bahasa.
10.     Pisau yang dipegang oleh kakak itu sangat tajam.

1 ulasan: