SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kata Tugas ( Kata Penguat)


1.4.9  KATA PENGUAT ( KATA PENGUAT SECARA LANGSUNG TELAH DIBINCANGKAN DALAM BAB
          KATA ADJKTIF 1.3  DI MUKA SURAT 55 )
PERKARA
KETERANGAN
Kata Penguat
Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud bagi sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kata adjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif seperti memberangsangkan, memilukan, membosankan, dan sebagainya‑
Secara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
                                                           Kata Penguat
 1)  Kata Penguat Belakang               2.  Kata Penguat Hadapan         3. Kata Penguat Bebas



PERKARA
KETERANGAN
Kata Penguat Hadapan
Kata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata adjektif. Kata-kata ini tidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Kata-kata tersebut ialah:-
agak
paling
terlalu
Contoh:
1   Harga kereta keluaran terbaharu itu agak mahal.
2   Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.
   3   Harga barang di pasar rays itu terlalu mahal.

Kata Penguat Belakang
Kata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata adjektif atau kata kerja yang berunsur adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan tidak boleh hadir
benar
betul
nian
sekali
Contoh:
1   Barang-barang di kedai runcit itu mahal betul.
2   Para pelajar yang menyertai seminar itu rajin benar.
3   Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indah nian.
  4   Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan adil sekali.
Kata Penguat Bebas
Kata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah:
amat
sangat
sungguh
Contoh:
1.    (a)  Budak lelaki itu amat tinggi.
       (b)  Budak lelaki itu tinggi amat.
2.    (a)  Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.
       (b)  Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.
3.    (a)  Masakan ibu kamu sungguh lazat.
       (b)  Masakan ibu kamu lazat sungguh.
Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHAN
A.    Tuliskan kata penguat yang betul pada tempat yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini
1    Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.
2    Suara penyanyi itu lantang.
3    Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.
4    Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.
5    Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.
6    Tebing sungai itu curam.
7    Cuaca di negara itu panas.
8    Perangai budak itu luar biasa.                            
9   Angin yang bertiup pada petang itu nyaman.                                                                            
10    Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan