SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kata Tugas (Pemeri)

1.4.8     KATA PEMERI
PERKARA
KETERANGAN
Kata Pemeri
Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara iaitu dengan menggunakan kata pemeri, iaitu:-

       i)  Ialah                                     ii)  adalah

Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri tidak begitu digalakkan. Namun, jika digunakan maka pastikan penggunaannya adalah betul.
Ialah
Digunakan di hadapan frasa nama
Contoh:
Guru yang mengajar kami itu ialah lulusan Universiti Malaya. (lulusan Universiti Malaya = frasa nama)
Adalah
Digunakan di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif. (sebelum frasa sendi dan frasa adjektif)
Contoh:
Hadiah yang dibeli itu adalah untuk kamu.
(untuk kamu = frasa sendi)
Semua khabar angin itu adalah palsu. (palsu = frasa adjektif)
Peringatan:-
1.  Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
     Contoh:-
     Hadiah itu adalah bukan untuk kamu.  ( Salah )
     Hadiah ini bukan untuk kamu.              ( Betul )

2.  Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, baik dalam bentuk
     aktif atau pasif.
     Contoh:-
     Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum dibatalkan.    (Salah)
     ( dimaklumkan bahawa ..........frasa kerja pasif)
     Tetapi:-
     Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa...........  (Betul)
     Dengan ini dimaklumkan bahawa ......................( Betul)
     Para pelajar dimaklumkan bahawa ................... ( Betul)
   
    

LATIHAN PENGUKUHAN
A   Isi tempat-tempat kosong pada ayat-ayat di bawah dengan kata pemeri yang betul.
1   Bersenam___________________ aktiviti yang baik dan perlu diamalkan setiap hari.
2   Baginda___________________ sultan yang amat disenangi oleh rakyat.
3   Lelaki yang menjadi saksi itu mengaku bahawa segala keterangan yang diberinya di mahkamah
__                                     benar belaka.
4   Pendapat para panel forum itu_____________________ bernas dan tepat belaka.
5   Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan________________________ untuk kebaikan rakyat.
6   Gunung yang tertinggi di negara ini_______________________ Gunung Kinabalu.
7    Hadiah yang dibeli ibu itu____________________ untuk adik.
8   Jamuan tersebut diadakan khas ________________________  bagi meraikan sumbangan beliau
terhadap negara ini.
9   Arahan itu________________________ untuk mengemaskinikan peraturan yang telah sedia ada.
   10   Minuman yang barn diperkenalkan oleh syarikat itu              baik untuk                           kesihatan terutamanya bagi
         golongan tua.
   B    Tuliskan kata pemeri yang sesuai pada tempat-tempat yang sesuai dalam ayat-ayat yang berikut.

1    Alor Setar ibu negeri bagi Kedah Darul Aman.
2    Jumlah harga bagi barang yang saya beli tadi seratus ringgit.
3    Amir seorang pelajar yang pendiam tetapi baik hati.
4    Bersatu Menuju Wawasan tema hari kebangsaan negara kita.
5    Bahasa yang dituturkan oleh penduduk kampung itu, manis sekali.
6    Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan pedalaman.
7   Tanah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian tanah gambut.
8   Sikap tolong-menolong sesama pelajar suatu amalan yang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar pada setiap masa.
9    Dadah musuh utama negara dan perlulah dibanteras dengan bersungguh-sungguh.
   10   Lebih baik kamu membaca buku daripada berbual kosong di dalam kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan