BAB 5  PENGIMBUHAN
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||
PENGIMBUHAN  |    Pengimbuhan merupakan salah satu cars proses   pembentukan perkataan yang paling penting dalam   bahasa Melayu. Melalui pengimbuhan akan wujud pelbagai perkataan baharu yang mendokong makna yang baharu. Proses pengimbuhan   ini meliputi empat bentuk, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.  |   ||||||||
5.1 IMBUHAN AWALAN  |    Imbuhan   awalan bermaksud imbuhan yang terletak di awal kata. Dalam bahasa Melayu   imbuhan awalan terdiri daripada:- Imbuhan Awalan 
  |   
5.1.1  IMBUHAN AWALAN meN-
Bentuk  |    Huruf   Awal  |    Perkataan   Berimbuhan  |   ||
me-  |    l m                         n                   ng ny                       r                   w k (menjadi ng) p (menjadi m) s (menjadi ny) t (menjadi n)  |    
 
  |   ||
mem-  |    b f v  |    
 
  |   
Bentuk  |    Huruf   Awal  |    Perkataan   Berimbuhan  |   ||
men-  |    c d j z  |    
 
  |   ||
meng-  |    a e i o u g h gh  |    
 
  |   ||
menge-  |    kata satu suku  kata (ekasuku) termasuk perkataan yang bermula dengan k, p, s dan t  |    
 
  |   
Walaupun terdapat rumusan proses imbuhan seperti dalam jadual di atas, namun terdapat beberapa pengecualian yang memperlihatkan sedikit penyimpangan  khususnya bagi beberapa patah perkataan yang biasanya rnelibatkan perkataan pinjaman dan jugs perkataan yang mempunyai gugusan konsonan.
Contoh pengecualian:
Pengecualian Proses Pengimbuhan Men-  |   
Huruf Awal  |    Perkataan  |    Betul  |    Salah  |   
p  |    pamer  popular  pelopor  pelawa  percaya  peduli  proses  plagiat plaster praktik  |    mempamerkan mepopularkan mempelopori mempelawa   mempercayai mempedulikan memproses  memplagiat memplaster mempraktik  |    memamerkan memopularkan memelopori memelawa memercayai memedulikan memeroses memelagiat memelaster memeraktik  |   
t  |    tadbir  tafsir tauliah  terjemah  ternak  tertawa  transkripsi transformasi  |    mentadbir  mentafsir mentauliahkan menterjemahkan menternak mentertawa mentranskripsi mentransformasi  |    menadbir menafsir menauliahkan menerjemahkan menernak menertawakan meneranskripsi meneransformasi  |   
Huruf Awal  |    Perkataan  |    Betul  |    Salah  |   
k  |    kabul  kanun kategori kaji khusus  klasifikasi  khayal  |    mengkabulkan mengkanunkan mengkategorikan mengkaji  mengkhususkan mengklasifikasikan mengkhayalkan  |    mengabulkan menganunkan mengategorikan mengaji (terdapat perkataan mengaji, iaitu  membaca, al-Quran     menghususkan    mengelasifikasikan   menghayalkan  |   
s  |    sintesis  |    mensintesis  |    menyintesis  |   
f  |    fikir faham  |    memikirkan memahami  |    memfikirkan memfahami  |   
LATIHAN PENGUKUHAN
A.   Tuliskan awalan meN- yang sesuai pada kata dasar yang memerlukannya.    
1    Dia tidak ambil bahagian dalam acara nyanyian itu.
2    Kakak beli rantai itu untuk dihadiahkan kepada ibu.
3    Pada setiap hari minggu saya cuci kereta ayah.
4    Kami bercadang untuk daki Gunung Ledang.
5    Amalan fitnah perlulah dielakkan dalam hidup kita.
6.   Adik telah garis semua jawapan untuk mudahkan guru semaknya.
7    Perbuatan plagiat hasil usaha orang perlulah dielakkan oleh pelajar.
8.   Amalan kritik kelemahan dapat bantu tingkatkan produktiviti syarikat.
9    Kakak telah pos surat tawaran itu dengan harapan dapat tawaran tersebut.
10  Kami cuba selesaikan masalah tersebut dengan beri buah fikiran masing-masing.
11  Pak Ali ternak ayam untuk tingkatkan pendapatan keluarganya.
12  Usaha atasi banjir dilakukan dengan tambak tebing sungai itu.
13  Kerajaan yang tadbir negara ini janjikan keamanan kepada rakyat.
14  Saya olah laporan itu supaya dapat difahami oleh semua peserta.
15  Ayah brek kereta apabila seekor lembu lintas jalan secara tiba-tiba.
16  Dia pelawa saga ke rumahnya untuk sambut hari lahirnya yang ke-15.
17  Ayah sedang taksir pendapatan tahunannya sebelum bayar cukai pendapatannya.
18  Jururawat itu sedang rawat mangsa-mangsa kemalangan di bilik kecemasan.
19  Tukang kayu itu sedang varnis kerusi kayu itu agar kelihatan cantik.
20  Dia syorkan agar masalah itu diserahkan kepada pihak polis untuk diselesaikan.          
5.1.2  AWALAN peN-
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
Awalan peN-  |    Awalan peN- dapat berubah-ubah   berdasarkan huruf awal sesuatu kata dasar dan menjadi sama ada pe-, pen-, pem-, peng-,   peny-, dan penge-. Secara umumya proses pengimbuhan   awalan peN- mempunyai persamaan dengan   proses awalan meN- yang berubah menjadi me-,   men-, mem-, meng-,   meny-, dan menge‑  |   
Contoh:-
Kata   Dasar  |    Awalan   meN-  |    Awalan   peN-  |   
bantu cuci tadbir cat guna hasut lawat sapu  |    membantu mencuci  mentadbir  mengecat  mengguna  menghasut  melawat  menyapu  |    pembantu   pencuci  pentadbir  pengecat  pengguna  penghasut  pelawat    penyapu  |   
Memandangkan proses pengimbuhan awalan peN- adalah sama dengan awalan meN-, maka proses pengimbuhan peN- dapat didasarkan pads awalan meN-.
LATIHAN PENGUKUHAN
A.  Tuliskan awalan peN- pada perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.           
1    Ah Chong seorang niaga yang berjaya di kampungnya.
2    Semua agama menyeru ikutnya melakukan kebaikan di muka bumi ini.
3    Ayah menggunakan baris untuk melukis gambar rajah itu.
4    Dia bergiat aktif dalam bidang tulisan sejak di bangku sekolah lagi.
5    Kami beruntung kerana mempunyai jiran yang sungguh ramah.
6    Kerja-kerja suntingan filem itu masih giat dilakukan.
7    Ibu menggunakan warna merah untuk membuat kuih itu.
8    Tuan kerusi meminta para peserta supaya bertenang.
9    Peserta daki gunung itu terdiri daripada remaja belasan tahun.
10  Dia dianggap kera sumbang kerana terlalu diam.
5.1.3  AWALAN peR-
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
Awalan peR-  |    Awalan peR- akan berubah menjadi pe-, per-, atau   pel- berdasarkan huruf awal kata dasar yang hadir bersama-sama   dengannya. Awalan ini perlulah dibezakan dengan awalan peNyang biasanya   mempunyai persamaan dalam proses pengimbuhan awalan meN-. Awalan peR-   mempunyai perkaitan dengan awalan beR- yang akan dibincangkan kemudian.  |   
Kata Dasar  |    Awalan peR-  |    Awalan peN-  |   
buru  ajar  tapa  gabung  satu  |    perburu            (berburu) pelajar              (belajar) pertapa              (bertapa) pergabungan     (bergabung) persatuan         (bersatu)  |    pemburu pembelajaran/pemelajaran  penggabungan  penyatuan  |   
       Peringatan:
          Terdapat beberapa patah perkataan yang tidak mematuhi peraturan proses pengimbuhan     
          seperti yang telah dihuraikan di atas untuk membezakannya dengan awalan peN-. Antara 
          kata-kata tersebut ialah:   
pesuruh petugas pesakit petunjuk pesawah petaruh penama petani pedagang peniaga pejuang  |    bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya bukannya  |    persuruh atau penyuruh pertugas atau penugas  persakit atau penyakit pertunjuk atau penunjuk  persawah atau penyawah pertaruh atau penaruh pernama pertani atau   penani perdagang  perniaga perjuang  |    (peN-  +  suruh) (peN- + tugas) (peN- + sakit) (peN- + tunjuk) (peN- + sawah) (peN- + taruh) (daripada bernama) (peN- + tarsi) (daripada berdagang) (daripada berniaga) (daripada   berjuang)  |   
5.1.4   AWALAN beR-
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
Awalan beR-  |    Awalan beR- merupakan awalan yang berupaya   untuk membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif. Secara umumya awalan beR-   dapat dibahagikan kepada be-,   ber-, dan belberdasarkan kata huruf awal yang hadir pads   sesuatu kata dasar.  |   
Awalan  |    Huruf   awal / perkataan  |    Perkataan   Berimbuhan  |   
be-  |    bermula dengan huruf r, kerja, kerjasama dan layar  |    berehat, berasa, beruas bekerja,   bekerjasama, belayar  |   
bel-  |    ajar, ujar  |    belajar, belunjur  |   
ber-  |    semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r serta perkataan kerja, layar, kerjasama, ajar, dan ujar  |    berbaju, bercakap berdaya, berekor, berfikir, berlawan, bermain, beroleh, berpakat, bersatu, berteriak, beruban  |   
Perhatian:
Awalan beR- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awainya diikuti oleh -er-, misalnya kerja, makes r dalarn awalan ber- akan mengalami pengguguran dan berubah menjadi bekerja. Bagi perkataan-perkataan selain perkataan kerja dan kerjasama, awalan ber- tetap kekal sebagai ber- walaupun konsonan awalnya -er-. Namun dalam pengucapan lisan, huruf r tidak diberi penekanan menyebabkan perkataan tersebut se-olah-olah mengalami pengguguran huruf r.
(Rujuk Tatabahasa Dewan)
Contoh
 Kata   Dasar  |    Betul  |    Salah  |   
derma  serban  terbang  serbuk  ternak  |    berderma  berserban  berterbangan  berserbuk  berternak  |     bederma   beserban   beterbangan  beserbuk   beternak  |   
5.1.5  AWALAN teR-
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
Awalan   terR-  |    Awalan ini dapat bergabung dengan   kata dasar bagi membentuk pelbagai jenis kata seperti yang berikut: (a)        Kata   kerja transitif yang diikuti dengan objek atau pelengkap. (Tatabahasa   Dewan, halaman 125) Kata kerja yang terhasil membawa   maksud melakukan sesuatu secara tidak sengaja atau mampu untuk melakukan   sesuatu. Contoh: terpijak,   terpukul, terambil, ternampak, terbeli, terbaca (b)          Kata kerja tak transitif seperti yang dijelaskan dalam   kata kerja tak transitif. Kata kerja yang terhasil dapat berdiri sendiri dan memerlukan   kata sendi untuk memperluasnya. Contoh: tersenyum,   terduduk, terjatuh, terbaring (c)          Kata kerja pasif yang terhasil daripada kata kerja   aktif berawalan teR-. Kata sendi oleh perlu digunakan sebelum pelaku,   baik bagi diri pertama, diri kedua mahupun diri ketiga. Contoh: Aidil terpijak batu itu. (Aktif) Batu itu terpijak oleh Aidil.   (Pasif) Batu   itu terpijak Aidil. (Salah) Lori   itu terlanggar tembok di tepi jalan itu. (Aktif) Tembok   di tepi jalan itu terlanggar oleh lori itu. (Pasif) Tembok di tepi jalan itu terlanggar   lori. (Salah) (d)        Kata   Adjektif yang membawa maksud darjah penghabisan. Contoh: terpanjang,   tercantik, terpandai, tersayang Peringatan:- Penentuan   kata kerja aktif atau pasif bergantung kepada subjek atau objek yang hadir   dalam sesuatu ayat. Jika ayat tersebut didahului subjek, maka kata kerja   berawalan teR- membawa maksud aktif. Jika diadahului objek, maka kata kerja   berawalan tersebut membawa maksud pasif dan perlu disertai dengan kata sendi   oleh dan diikuti pelakunya.  |   
5.2.  IMBUHAN APITAN
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||
IMBUHAN   APITAN  |    Imbuhan apitan bermaksud imbuhan awalan dan akhiran   yang mengapit sesuatu kata dasar.  |   ||||||
4.2.1 Apitan: meN-.......-kan, meN-.......-i  |    Proses   pembentukan apitan meN-...-kan dan meN-...-i mempunyai persamaan dengan proses pengimbuhan awalan meN-, cuma diikuti   dengan akhiran -kan atau akhiran -i. Secara umumnya, kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan atau meN-...- i   akan membentuk kata kerja transitif   yang biasanya diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama.  |   ||||||
Contoh  |    
  |   ||||||
Daripada contoh di atas, didapati   kata kerja yang berapitan meN-.........kan atau meN-...-i terdiri daripada dua jenis iaitu:        i)    yang menerima satu objek         ii) yang menerima dua objek Situasi Pertama :  Menerima Satu Objek:- meN-...-kan   atau meN-...-i dengan satu objek (kadang kala akhiran -i digugurkan Kata   dasar yang menerima apitan tersebut wujud dalam keadaan berikut:                                         Subjek            +           Kata Kerja          +            Objek Contoh:- i.           Kami   menaiki bas ke sekolah setiap hari. ii.          Pelajar   itu menaikkan bendera sekolah ketika lagu sekolah dinyanyikan. iii.           Saya   akan menghadiri majlis itu. iv.          Saya   akan menghadirkan diri ke majlis itu. v.      Ayah mencuci kereta pada   hari minggu. Situasi Kedua :  Menerima Dua Objek meN-...-kan atau meN-...-i dengan dua objek (kadang   kala akhiran -i digugurkan) Kata   dasar yang menerima apitan tersebut wujud dalam bentuk berikut:  (a)          Subjek    +      Kata kerja      +    Objek    2     +   Objek 1                                                           (Objek sipi)       ( Objek   tepat) (a)            Subjek  +    Kata kerja     +      Objek 1    +    (kata   sendi)  +    Objek 2                                                               (Objek  tepat)                                (Objek sipi ) **   Perbincangan tentang perkara di atas perlu diperhalusi supaya pelajar tidak      keliru. Oleh sebab itu, di bawah akan   dibincangkan kedua-dua imbuhan apitan      berkenaan.  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apitan   meN-.......-kan.  |    (a)            Subjek    +    Kata kerja      +      Objek  2     +     Objek 1  Contoh ayat:- a)   Hasnah   membelikan Asri sebuah buku. b)   Ahmad   mencarikan Pak Husin ubat sakit pinggang. c)   Kakak   menjahitkan ibu sehelai baju. d)   Guru membacakan murid-muridnya karangan   terbaik. Apitan meN.......-kan di atas membawa maksud benefaktif   atau manfaat atau manfaat. Dalam ayat di atas membawa dua objek Dari segi huraian,    objek 1 ialah objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut   sebagai objek tepat, sementara objek 2 yang mengikuti objek tepat disebut   sebagai objek sipi. 
 Sebagai petunjuk untuk   mengesan  sesuatu objek itu objek tepat   atau objek sipi ialah proses pasif kerana dalam bahasa Melayu hanya   objek  tepat  yang boleh mengalami proses pasif, iaitu   proses mengedepankan objek asal menjadi subjek hasil terbitan ayat pasif. Buktinya melalui bentuk ayat pasif   ayat seperti di bawah:- 
 Sebaliknya, objek sipi tidak boleh   mengalami proses pasif iaitu mengedepankan objek sipi menjadi subjek seperti   perbincangan di atas. 
 Jelasnya, objek sipi tidak boleh mengalami proses pasif   untuk menjadi subjek dalam ayat. Dengan kata lain, binaan ayat di atas tidak   gramatis dalam bahasa Melayu.  |   |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Peringatan: 
Namun pelajar perlu memahami  makna fungsi  apitan meN......kan.
Pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-..........-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan:-
a)   maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar:-
      Contoh:-
     i    Yayasan itu merancang Projek Ikhtiar.
    ii    Mereka merundingkan hal itu dengan keluarga masing-masing.
   iii    Para peneroka mendirikan rumah secara gotong-royong.
     v   Dia menyakinkan saya tentang kebenaran cerita itu.
b)   maksud kausatif atau menyebabkan,
      Contoh:-
    i    Encik Ali membesarkan rumahnya.
   ii    Perbuatan pemuda itu memalukan keluarganya.
  iii    Berita itu mendukacitakan kami.
   v    Kami memanjangkan hubungan silaturahim dengan mereka.
  vi    Ahli pengakap itu menaikkan  bendera pasukan yang menang.
c)   maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat di bawah memerlukan dua objek.
      Contoh:-
    i   Ayah membelikan adik buku.
   ii   Saya memasakkan tetamu gulai ikan.
  iii   Aminah menjahitkan adiknya seluar pendek.
   v   Kakak membuatkan Ali secawan kopi.
  vi   Anak itu membacakan bapanya telegram
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||||||||||||||||||||||||
Apitan   meN...............  |    (b)   i  Subjek  +      Kata kerja     +    Objek 1    +    (kata   sendi)  +    Objek 2                                                         (Objek    tepat)                                  (Objek sipi )     ii    Subjek  +    Kata kerja     +      Objek 2    +    (kata   sendi)  +    Objek 1                                                        (Objek  tepat)                               (Objek sipi ) Dalam perbincangan di atas, imbuhan apitan meN.....-kan   akan berubah jika kata kerja akhiran –kan digugurkan dan pada ketika itu  objek tepat akan berubah kedudukan ke   bahagian belakang ayat, sementara objek sipi akan berubah kedudukan menjadi   objek tepat selepas kata kerja dan menerima kata sendi untuk atau kepada. Contohnya perubahan objek yang dapat dilihat contoh   ayat-ayat di jadual ( a ) dan jadual ( b ). JADUAL A 
  |   ||||||||||||||||||||||||||||||
JADUAL B 
  |   |||||||||||||||||||||||||||||||
Perbezaan fungsi imbuhan apitan meN-.....-kan, dan meN-..........-i dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaiitu:-
i)  Fungsi apitan meN......-kan menandakan kausatif  iaitu mendukung maksud makna tatabahasa yang 
    dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat. Kaitan ini bagi tujuan menandakan perbuatan yang menyebabkan  
    sesuatu keadaan atau kejadian yang berlaku. Sementara fungsi apitan  meN-.........-i menandakan lokatif 
    iaitu bermaksud makna tatabahasa yang berkaitan dengan imbuhan dalam ayat yang menandakan tempat 
      Kesimpulannya:-       kata kerja meN-......-kan diikuti        objek tidak bernyawa.        kata kerja meN-......-i diikuti        objek      bernyawa.  |     
    1    a)   Pak Osman menghadiahkan  sebuah basikal kepada Ahmad.
          b)  Pak Osman menghadiahi  Ahmad sebuah basikal.
    2    a)  Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu.
          b) Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih.
    3    a)  Baginda mengurniakan bintang kehormatan kepada Ali.
          b)  Baginda mengurniai Ali bintang kehormatan.
ii)  Perbezaan kata kerja meN-.....-kan, dan meN-..........-i adalah dari segi objek tepat yang diterima selepas 
    kata kerja berkenaan:-
         a)   meN-.....-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa.
         b)   meN-..........-i lazimnya menerima objek bernyawa.
         Contoh:-
         i)  Ali memberi kucingnya makan.
        ii)  Ali memberikan makanan kepada kucingnya.
iii) Bagi sebilangan kata kerja apitan meN-.....-kan, dan meN-..........-i, penggunaannya adakala tidak 
    mempunyai perbezaan:-
      1.  a)    Ali sedang membaiki keretanya yang rosak.
           b)    Ali sedang membaikkan keretanya yang rosak.
      2.  a)    Mereka cuba melupai peristiwa itu.
           b)    Mereka cuba melupai peristiwa itu.
A.   Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja berimbuhan meN......, meN-........-kan, atau meN-.......-i 
      dengan betul berdasarkan perkataan di dalam kurungan.
1.                                saya sepucuk Surat.                                                        (kirim)
2.   Dia                          saya sebuah hadiah yang menarik                                       (beli)
3.   Emak                          adik di dalam buaian.                                                      (tidur)
4.   Saya                               kejujuran gadis itu.                                                      (ragu)
5.   Dia                       _   kesalahan yang telah dilakukannya.                                 (aku)
6.  Siapakah                            tilam itu semalam?                                                   (tidur)
7.  Ayah                          buku itu ke dalam laci.                                                   (masuk)
8.  Saya                             ibu buku itu dari almari.                                               (ambil)
9.  Kakak                             baju itu untuk ibu.                                                      (gosok)
10. Adik                            ibu sehelai baju kurung yang sangat cantik.              (jahit )
B    Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan imbuhan meN-, meN-...-i, atau meN-...-kan berdasarkan 
       perkataan yang disediakan.
1 kurnia
(a)    Baginda____________________ pingat kebesaran kepada tokoh budaya itu.
(b)    Baginda____________________ sasterawan itu pingat kebesaraan.
2 jatuh
(a) Mahkamah________________ hukuman penjara seumur hidup terhadap pesalah itu.
(b)Mahkamah______________________ pesalah itu hukuman yang sungguh berat.
3 kotor
(a)    Siapakah yang telah__________________  kawasan peranginan itu?
(b)    Sampah sarap yang                            kawasan itu menjejaskan imej negara ini.
4 merah
(a)    Gadis itu___________________ bibirnya agar kelihatan anggun di majlis itu?
(b)    Abang____________________ bajunya schingga kelihatan seperti terkena darah.
5 datang
(a)    Amalan merokok akin _______________  pelbagai kesan negatif terhadap kelihatan.
(b)    Penduduk kampung itu _________________ rumah penghulu untuk menziarahinya.
6 waris
(a)    Hartawan itu                      semua kekayaannya kepada rumah anak-anak yatim.
(b)    Beliau____________________  bakat nyanyian itu daripada ibu bapanya.
7 jalan
(a)    Baginda akan____________________  pembedahan jantung di Institut jantung Negara.
(b)    Doktor pakar itu akan___________________ pembedahan terhadap pesakitnya.
8 kurang
(a)    Pembinaan lebuh raga itu bertujuan untuk________ kesesakan jalan raya di situ.
(b)    Peniaga itu ___________  sayer sebanyak sepuluh peratus daripada harga asalnya.
9 masuk
(a)    Para pelajar ___________  buku-buku ke dalam beg sebaik sahaja loceng berbunyi.
(b)    Ayah                         biliknya untuk berehat setelah penat bekerja sepanjang hari.
10 jejak
(a)    Ramlan baru pertama kali______________________ kaki di tempat itu.
       (b)   Pemburu itu menyusuri denai untuk                          tempat persembunyian rusa.
5.2.2   Apitan peR-...........-an  dan  peN-........-an 
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||||||
Apitan peR-.....-an peN-.....-an  |    Apitan ini mempunyai persamaan   dengan bentuk awalan peR- dan peN- cuma disertai akhiran -an bagi membentuk apitan.   Namun, kedua-dua apitan ini mempunyai fungsi yang berbeza walaupun bertugas sebagai   pembentuk kata nama terbitan. Oleh itu, penggunaan peR- perlu dirujuk pada, beR- manakala peN- perlu   dirujuk pada meN-....  |   ||||||||||||
Contoh  |    
  |   
A  Tuliskan imbuhan peR-...........-an  dan  peN-........-an pada perkataan condong yang diberi untuk 
    melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1.    Kerja-kerja dalam sungai itu dilakukan untuk mengatasi masalah banjir.
2     Kebanyakan penduduk di kawasan dalam masih miskin dan ketinggalan.
3     Laksana projek pembangunan itu membantu meningkatkan ekonomi di situ.
4     Lantik lembaga pengarah syarikat itu disokong oleh semua pihak.
5     Letak jawatan Perdana Menteri menyebabkan harga saham merudum.
6     Satu penduduk di situ bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong-royong.
7     Proses satu penduduk di negara ini berjaya dilakukan dengan berkesan.
8     Temu antara kedua-dua pemimpin yang bertelagah itu mencapai jalan buntu.
9     Temu telaga minyak memberi harapan baharu kepada penduduk di negeri itu.
10    Pusat kembang bahasa itu ditubuhkan bagi memantapkan bahasa rasmi kita‑
11    Langkah kembang sayap syarikat itu dipersetujui oleh lembaga pengarahnya.
12    Kawasan air yang luas memudahkan pendatang asing masuk ke negara kita..
5.2.3    APITAN memper-...............-i   dan memper-..........-kan
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||
Apitan memper-..........-i, memper-..........-kan  |    Apitan ini akan berubah menjadi   mempel- atau mempe- diikuti akhiran -i atau akhiran -kan berdasarkan kata   dasar yang digunakan dan biasanya mempunyai perkaitan dengan awalan peR-. Kedua-dua apitan ini berfungsi sebagai kata kerja   aktif transitif.  |   ||||||||
Contoh  |    mempersenjatai,        mempertuani,     memperbaiki,  memperingati,  memperhambai,      memperdengarkan,   mempertontonkan,  memperdagangkan, memperhatikan, memperlakukan,   memperlarikan,  memperkenalkan,   mempersembahkan,   mempergayakan memperjuangkan,  |   ||||||||
Peringatan: Kata   dasar bagi apitan ini boleh terdiri daripada pelbagai kata, namun tidak boleh   hadir bersama-sama dengan kata adjektif dan kata tugas khususnya kata sendi. 
 Perlu juga dibezakan perkataan yang menerima apitan memper-...-kan yang seolah-olah kata adjektif tetapi sebenarnya hanya menerima apitan meN-... -kan. Contoh:-                         memperlahankan      =         meN-    +  perlahan     +   kan Terdapat juga perkataan yang menerima memper-...-i  tetapi akhiran -i  digugurkan walaupun   kata dasar bukan kata adjektif atau kata tugas.                             mempersuamikan                =      memper    +     suami   +    i    ( huruf i digugurkan)                             memperisterikan                 =       memper    +     isteri    +    i    ( huruf i digugurkan)        |   |||||||||
LATIHAN
Tuliskan imbuhan memper-, memper-......-i, atau memper-.......kan pada perkataan yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di bawah.
I Kerja-kerja dalam sungai itu masih giat dilakukan.
2 Kerajaan bercadang untuk luas  skim bantuan kepada penduduk ke seluruh negara.
3 Penyanyi terkenal itu bersedia untuk dengar suaranya yang merdu itu.
4 Penjenayah itu lari keretanya apabila dikejar polis.
5 Kakak bercadang untuk suami  lelaki tampan itu.
6 Ayah mengadakan kenduri itu untuk isteri abang dengan gadis pilihannya.
7 Mesyuarat itu bertujuan untuk satu semua pihak yang bertelagah.
8 Dia kenal dirinya kepada kami pada hari pertama kami bersua dengannya.
5.2.4  APITAN beR-........-an dan  beR-........-kan
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||
Apitan beR-.......-an, beR-.......-kan  |    Kedua-dua apitan ini berupaya membentuk kata kerja tak   transitif dan proses perubahan Yang   berlaku bergantung pada huruf awal bagi kata dasar yang digunakan. Perubahan tersebut adalah sama dengan awalan beR-, iaitu   be-, bel-, atau kekal sebagai her- dan diikuti dengan akhiran -an atau   -kan.  |   ||||||||
Contoh  |    beR- + kata dasar + -an       =        berterbangan,         berterusan,       berkejaran,                                                         berlarian,   bersendirian, berkaitan, berkibaran, berpautan. (biasanya diikuti dengan kata sendi   nama) beR- + kata dasar + -kan     =          berdasarkan, berpandukan, berprinsipkan,                                                         berpaksikan, berlandaskan, beratapkan,                                                            berselimutkan, bersuamikan, berkonsepkan                                                        (mesti diikuti pelengkap)  |   ||||||||
Peringatan; Perkataan   berapitan beR-...-kan tidak boleh diikuti dengan kata sendi nama   sebaliknya     mesti   diikuti dengan pelengkap. ( Sila   rujuk kata kerja intransitif beR-....--kan)      Contoh: 
  |   |||||||||
5.2.5   Awalan di-..., Apitan di-.......-i, di-.......-kan, dipeR-.......-i,  dan diperR-........-kan
Awalan dan apitan ini  hadir bersama dengan kata dasar yang berfungsi sebagai kata kerja pasif. Secara umumnya awalan di- merupakan pasif daripada perkataan kata kerja aktif berawalan meN-, di-...-i daripada meN-...-i, di-...-kan daripada meN-...-kan, dipeR-...-i daripada mempeR-...-i dan dipeR-...-kan daripada mempeR-...-kan.
Contoh:-
Aktif  |    Pasif  |   
membaca, menarik   menaikkan, menunaikan memenuhi,   mencintai memperdengarkan,mempersilakan mempercayai, memperoleh  |    dibaca, ditarik , dinaikkan, ditunaikan dipenuhi, dicintai diperdengarkan, dipersilakan   dipercayai, diperoleh  |   
Peringatan:- Perkataan   yang berimbuhan di-    perlulah dibezakan dengan kata   sendi  di  yang biasanya hadir bersama-sama  dengan kata arah atau   kata nama bagi tempat dan ditulis terpisah.                                                                                                                   (Rujuk kata sendi nama)  Contoh:- di sekolah            bukannya       disekolah           (disekolahkan -   betul) di pejabat             bukannya         dipejabat            (dipejabatkan -   betul)     di pinggir             bukannya         dipinggir             (dipinggirkan   - betul)  |   |
5.26    Awalan se-, ke-, dan apitan ke-........-an
Kedua-dua awalan ini hadir bersama-sama kata dasar tanpa mengalami sebarang perubahani.. Awalan ini juga sering diikuti dengan kata singkat -nya dan akhiran -an menjadi apitan ke--an dan biasanya menghasilkan kata nama terbitan.
Contoh:
      se-   +  kata dasar              =     sehari, sebiji, sesama, sehingga, sedalam, sejauh
                                                      seadanya, setibanya, sedalamnya, sekuatnya
      ke-   +  kata dasar              =     kedua, kesemua, kehendak, ketua, ketawa
                                                      ketikanya, kehendaknya, ketuanya, kesemuanya,
      ke-   +  kata dasar + an      =     keadaan, kejayaan, kebanggaan, kesudian
                                                      keinginan, kesusahan, kematian, kemajuan
5.3      IMBUHAN ASING
Imbuhan asing dapat kita kategorikan kepada tiga kumpulan berdasarkan bahasa asal imbuhan tersebut. Imbuhan imbuhan itu ialah:
                                                             Imbuhan Asing
   Imbuhan Sanskrit                               Imbuhan Arab                    Imbuhan Yunani- Latin- Inggeris
Ketiga-tiga kumpulan ini terdiri daripada awalan dan akhiran sahaja yakni tidak ada imbuhan apitan yang ditemukan setakat ini. Contoh imbuhan asing ini adalah seperti berikut:-
Bentuk  |    Sanskrit  |    Arab  |    Inggeris  |   
Awalan  |    dasa-,   dwi-, eka-, juru-,maha-, panca-, pra-, tata-, tri-  |    bi-   ( biadab dan bilazim)  |    anti-,   auto-, mono-, poli-,   pro-, sub-  |   
Akhiran  |    -ita,   -man, -wan, -wati  |    -ah,   -at, -iah, -in, -wi  |    -grafi,   -is, -isme, -logi  |   
Peringatan:
   Perkataan yang menerima imbuban asing haruslah ditulis serangkai, sama seperti imbuhan dalam    
   bahasa Melayu- Namun, terdapat sedikit kekecuatian bagi  awalan Sanskrit maha, iaitu;
Maha + Kata Adjektif
Contoh:-
maha luas                                                            Peringatun:
maha mulia  (untuk kerabat diraja)                    Jika dirujuk kepada Tuhan,
Maha Mulia   (untuk Tuhan)                                maka huruf besar perlulah
   Maha Suci    (untuk Tuhan)                                digunakan
Imbuhan asing pro- dan anti- yang diimbuhkan dengan kata nama khas, mesti disertai tanda sempang bagi memastikan proses pengimbuhan tersebut betul.
Contoh:
Betul  |    Salah  |   
anti-Malaysia pro-Amerika  |    antimalaysia,   anti Malaysia proamerika,   pro Amerika  |   
Imbuhan akhiran asing -isme (yang bermaksud fahaman atau kepercayaan) tidak boleh diubah menjadi -isma kerana tidak terdapat Imbuhan akhiran tersebut. Oleh itu, elakkan kesalahan tersebut.
5.4   IMBUHAN SISIPAN
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||
Imbuhan Sisipan  |    Dalam bahasa Melayu tidak banyak wujud imbuhan sisipan   dan sering dilihat  sebagai   kata terbitan.   Secara umumnya, imbuhan sisipan ini wujud dalam empat bentuk, iaitu sisipan -in, -el-, dan -er- yang hadir selepas huruf   pertama dalam sesuatu perkataan. Contoh perkataan   yang dapat menerima sisipan adalah seperti yang berikut:-  |   ||||||||
  |   |||||||||
5.5  PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata majmuk yang menerima imbuhan perlulah diimbuhkan dengan betul. Proses pengimbuhan kata majmuk adalah seperti yang berikut:-
Kata Dasar  |    Awalan  |    Akhiran  |    Apitan  |   
anak tiri  |    beranak tiri  |    anak tirikan  |    menganaktirikan  |   
kuat kuasa  |    berkuat kuasa  |    kuat kuasakan  |    penguatkuasaan  |   
ambil alih  |    mengarnbil alih  |    ambil alihkan  |    pengambilalihan  |   
putar bel it  |    berputar belit  |    putar belitkan  |    memutarbelitkan  |   
Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran mesti ditulis berasingan. Namun, kata majmuk yang menerima apitan mesti ditulis secara bersambung dan menjadi kesalahan jika ditulis berasingan.
A.   Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1   Hampir seluruh penduduk kampung      itu bersetuju ...........dengan Encik   Ramlan       sebagai penghulu mereka.     A perlantikan      C pelantikan     Bperlantikkan     D pelantikkan 2   Budak cacat itu terpaksa bergantungibu bapa        dan   rakan-rakannya untuk.................. segala         keperluan hidup sehariannya      A memenuh            C  memenuhi      B memenuhkan         D dipenuhi 3   Kakak.............................       ayah      sebuah novel   sempena hari lahirnya    semalam.      A dihadiahkan         C menghadiahkan       B  menghadiahi          D dihadiah 4   Dirinya.....              kepada para hadirin  sebelum beliau berucap.      A memperkenalkan    C diperkenalkan       B diperkenali                D memperkenali 5   Mereka sedang................         tentang masalah        kemerosotan disiplin.      A membincangkan    C membincangi      B berbincangkan       D   berbincang  |    6  "Cikgu   Zalina sedang.................             matematik di       dalam kelas kami semasa kejadian itu   berlaku,"        kata ketua kelas.      A mengajar        C berajar       B mengajarkan       D belajarkan 7  Ayah....................          kereta   dengan segera bagi       mengelakkan kemalangan.     A membrek           C mengebrekkan     B mengebrek        D membrekkan 8  Kerja-kerja                       minyak kelapa  sawit itu dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan minyak masak yang benar-benar berkualiti.     A memeroses           C keprosesan    B   memproseskan  D memproses 9  Kami dapat          melihat  kertas........................ apabila angin bertiup dengan kencang.     A  beterbangan       C berterbang    B berterbangan     D berterbangkan 10 Sebagai seorang.............. seseorang itu mesti       mempunyai   tanggungjawab sosial terhadap barang-        barang yang dijualnya.     A berniaga               C perniagaan      B perniaga             D peniaga  |   
B.   Bahagian bergaris dalam ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1    Semua yang disyaki bersalah akan menghadapi di mahkamah untuk diadili.  Tiada kesalahan
                              A                                    B                                              C                 D
2    Syarikat kewangan itu mengeluar pinjaman peribadi kepada pelanggan yang berpendapatan
                                                A                                                                                    B
      tinggi kerana mereka mampu membayarnya semula. Tiada kesalahan.
                                                               C                                 D
3    Berdasarkan pada laporan yang kami terima, kejadian itu mengorbankan berpuluh-puluh 
                              A                               B                                                                C
      nyawa. Tiada kesalahan.
                             D
4    Bagi mempercepat proses pembangunan negara, kerajaan berusaha dengan  bersungguh-
                      A                                                                                            B 
      sungguh untuk mengatasi masalah buta huruf di negara ini. Tiada kesalahan.
                                                                     C                                           D
5    Dia berhampiran dengan budak itu bagi mengetahui masalah yang benar-benar menimpa 
                          A                                   B                                                    C
     dirinya. Tiada kesalahan.
                          D
6   Pada setup tahun ribuan penuntut melanjut pelajaran ke universiti tempatan dalam pelbagai 
                                     A                           B                                                                         C
     bidang pengajian. Tiada kesalahan.
                                            D
7   Asap tebal basil daripada  perbakaran sampah sarap menjejaskan udara di situ. 
                                   A               B                                         C
     Tiada kesalahan.
                D
8   Pihak kerajaan ada menyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada kakitangannya yang 
                                           A                                                       B
     berkelayakan untuk memiliki  rumah sendiri. Tiada kesalahan.
                                          C                                         D
9   Pemilik kenderaan diberi pilihan sama ada memperbaharukan lesen memandu mereka setahun 
                                       A                                           B                               C
     sekali atau lima tahun sekali. Tiada kesalahan.
                                                               D
10 Saya akan cuba  menghadirkan diri pada petang ini jika berkesempatan untuk berbuat 
                        A             B                                                              C
     demikian.  Tiada kesalahan.
                                  D
C.   Bahagian bergaris dalam ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1 Industri kraf tangan perlu dimaju bagi     menghasilkan   pelbagai  barangan yang mampu     bersaing di   pasaran antarabangsa. A   dimajukan   bagi menghasilkan pelbagai-bagai B  dimajui untuk   menghasilkan berbagai-bagai C  dimajukan   untuk menghasilkan D  dimaju bagi   menghasilkan pelbagai. 2  Datuk selalu  menceritakan pengalaman      hidupnya   di zaman pendudukan Jepun. A  menceritai   pengalaman hidupnya pada zaman      pendudukan B  menceritakan pengalaman hidupnya                                                                                 D   menyedarkan tentang peranan ibu     pada zaman   pendudukkan C  menceritakan   pengalaman hidupnya pada     6 Pelbagai                                                kemudahan                                                                prasarana     pada zaman   pendudukan D menceritakan pengalaman hidup-nya   di zaman                                                                                 negara   ini.     zaman pendudukan 3  Setelah menjalani   latihan pusat selama dua       minggu para   ahli sukan berasa lebih   yakin       akan keupayaan   diri masing-masing. A  berjalan   latihan pusat B  menjalankan   latihan pusat C  menjalani   pusat latihan D  menjalani   latihan pusat  |    4  Pelbagai   peraturan jalan raya dikuatkuasakan         bagi mengurangkan kemalangan jalan   raya di      negara ini.     A di kuatkuasakan bagi mengurangkan     B dikuat kuasakan bagi mengurangi     C dikuat   kuasakan bagi mengurangkan     D   dikuatkuasakan bagi mengurangkan 5  Pendedahan   tentang kemalangan di rumah      dapat menyedarkan   tentang peranan   ibu bapa      terhadap anak-anak.     A menyedari tentang peranan ibu     B menyedarkan ibu bapa tentang peranan     C sedarkan tentang peranan ibu bapa     D menyedarkan tentang peranan ibu bapa 6  Pelbagai   kemudahan prasarana menyediakan     kerajaan bagi memajukan negara ini.     A kerajaan sediakan     B disedia oleh kerajaan     C disediakan kerajaan     D menyediakan kerajaan  |   
7.  Sebagai pengawas, dia tidak pernah   abaikan       tugas yang diamanahkan.      A    tidak pernah mengabai        B  tidak pernah mengabaikan      C    pernah tidak mengabaikan      D    tidak pernah abaikan  |    8.  Mangsa-mangsa  kemalangan itu dengan       segera mengejar ke hospital.      A    dikejar      B    berkejaran      C    dikejarkan      D    mengejar  |   
D  Pilih ayat-ayat yang betul
1  I      Berita kemalangan itu diterimanya melalui           telegram.     II     Rumahnya terletak berhampiran jalan           kereta  api     III  Cikgu Zam memperhatikan segala           pergerakan pelajarnya.     IV    Dia belajar bersungguh-sungguh bagi           mempastikan kejayaannya.      A   I sahaja      B   I dan III sahaja      C   I, III dan IV sahaja      D     II, III dan IV sahaja 2   I     Setiap hari ibu membekalkan saya           minuman dan makanan ke sekolah.     II     Kerajaan menawarkan pelajar itu biasiswa          untuk belajar di luar negara.    III     Kakak menghadiahkan kucing itu kepada          kepada kawannya.    IV   Kami mencintai akan negara ini dengan          sepenuh hati      A    III sahaja      B    I dan II sahaja      C    I, II dan IV sahaja      D    I, II, III dan IV 3   I     Kedua-dua belah pihak yang bertelagah  itu bersetuju genjatan senjata.     II     Dia tidak pernah niat untuk menyakiti  hati kawannya itu.    III     Kami mempersetujui dengan cadangan              yang dikemukan itu.     IV    Adnan diperintahkan untuk berjumpa           dengan Pengetua.      A  IV   sahaja      B    I dan II sahaja      C    II dan IV sahaja      D    I, III dan IV sahaja      |    4   I    Rumah-rumah di kawasan setinggan itu          menenggelami banjir.   II      Mereka mencadangkan Suzi sebagai ketua         kelas.   III     Penyakit yang dihadapinya kini dapat          diubati.    IV    Saya dihadiahi sebuah novel hasil          ciptaannya.    A     II dan III sahaja    B     III dan IV sahaja    C     I, II dan IV sahaja    D     I, III dan IV sahaja 4   I    Persidangan selama seminggu itu          mempernemukan pelbagai resolusi.   II      Dia ke bandar untuk menemukan kawan         karibnya.  III      Ayah menemui pegawai itu untuk urusan         peniagaaan.  IV      Penemuan itu berlangsung selama sepuluh         minit sahaja    A     III sahaja    B     I dan II sahaja    C     II dan III sahaja    D     II, III dan IV sahaja 5  I     Akan saya mencadangkan kamu sebagai         ketua kampung.    II     Penjenayah itu akan dijatuhkan  hukuman mati.   III     Majlis itu berlangsung sebaik sahaja          tetamu kehormat tiba.   IV     Saya terlupa kunci pintu rumah pagi tadi.     A    III sahaja     B    II dan III sahaja     C    I, II dan III sahaja     D    I, II dan IV sahaja  |   
terbaik cikgu, mohon salin dan ubahsuai yer......
BalasPadam