1.2.4       FRASA KERJA PASIF
Setelah anda mengkaji kata kerja, kini anda akan mengkaji frasa kata kerja iaitu binaan yang lebih kompleks mengandungi beberapa perkataan yang akan membentuk frasa subjek dan frasa predikrt untuk menghasilkan ayat.
Frasa kerja pasif ialah frasa yang dapat bertugas sebagai prediket dalam ayat pasif. Pembentukan frasa kerja pasif terbahagi kepada tiga iaitu:-
FRASA KERJA PASIF
|     Frasa Kerja Pasif Diri Pertama  |        Frasa Kerja Pasif Diri Kedua  |        Frasa   Kerja Pasif Diri Ketiga  |   
Proses Pembentukan Kata Kerja Pasif
melalui proses pengimbuhan iaitu
|     Awalan pasif di-, kau, dan ku.  |        Awalan pasif ber-.., dan ter-.....  |        Awalan pasif terper-... dan terpel-.....  |        Apitan pasif ke-....-an  |        Apitan   pasif ter-.....-an dan ter-.....-i  |   
Frasa Kerja Pasif Diri Pertama dan Kedua
|     Kata   |        Keterangan  |   
|     Frasa Pasif Diri Pertama dan Kedua  |        Kedua-dua frasa kerja ini mengalami proses   pasif yang sama yang hadir daripada frasa kerja aktif dan berbeza daripada   proses pasif bagi diri ketiga  |   
|     Contoh ayat  |        a)       Kereta itu saya basuh semalam. ( Betul) Kereta itu dibasuh oleh saya semalam. (   Salah) b)      Rumah itu telah kami cat bersama-sama. ( Betul) Rumah itu telah dicat oleh kami   berasama-sama. (Salah) c)       Buku terbaru itu telah kamu baca. (Betul) Buku terbaru itu telah dibaca oleh kamu. (   Salah) d)      Berita gembira itu telah kalian dengar. ( Betul) Berita gembira itu telah didengar oleh   kalian. ( Salah)  |   
Peringatan:
Tidak boleh hadir sebarang kata di antara kata ganti diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif yang tidak berawalan.
Contoh:-
|     Salah  |        Betul  |   
|     ......kami   telah cat ......kalian   telah dengar  |        ........telah   kami cat ........telah   kalian dengar  |   
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga:
|     Kata   |        Keterangan  |   
|     Frasa Pasif Diri Ketiga  |        Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa   kerja yang berawalan di- dan lazimnya diikuti frasa sendi oleh serta frasa   nama sebagai objek. Oleh itu, frasa kerja pasif diri ketiga berbeza daripada   frasa kerja pasif diri pertama dan kedua.  |   
|     Contoh ayat  |        a)       Kereta itu telah dicuci oleh ayah. ( Betul) Kereta itu telah dicuci ayah. ( Betul) Kereta itu telah ayah cuci. ( Salah) b)      Bola itu ditendang oleh Azlan dengan kaki kirinya. (   Betul) Bola itu ditendang Azlan dengan kaki   kirinya. ( Betul) Bola itu ditendang dengan kaki kiri oleh   Azlan. ( Betul) Bola itu ditendang dengan kaki kiri Azlan.   ( Salah) Bola itu Azlan tendang dengan kaki kirinya.   ( Salah )  |   
Peringatan:
Kata sendi oleh boleh digunakan atau digugurkan jika kata kerja pasif berimbuhan di- dan kata ganti diri ketiga hadir secara bersebelahan. Namun, jika kata kerja berimbuhan di- terpisah daripada kata ganti diri ketiga walaupun dengan sepatah perkataan, kata sendi oleh mesti digunakan atau tidak boleh digugurkan. Jika digugurkan ayat yang dibina tidak gramatis.
Proses Pembentukan Kata Kerja Pasif melalui proses pengimbuhan:-
Awalan Pasif di-, kau, dan ku.
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Awalan Pasif di-  |        Imbuhan di- merupakan bentuk terikat yang   tidak dapat berdiri sendiri dan mesti dicantumkan pada kata dasar yeng   teridiri daripada kata kerja yang melibatkan diri ketiga.  |   
|     Contoh   frasa kerja pasif  |        disepak,   dimasak, dipukul, dibasuh, diarahkan, dieperintahkan, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        .............   disepak oleh pemain pertahanan. ..............dimasak   oleh ibu ..............dipukul   oleh abang ..............dibasuh   oleh adik ..............diarahkan   oleh pegawai atasan.  |   
Peringatan:-
Kata atau frasa kerja pasif di- tidak boleh diikuti oleh kata ganti nama diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contoh:-
....dIbasuh oleh kamu, ..........dbasuh oleh saya, ..........dibasuh oleh kami
Awalan Pasif kau, ku
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Awalan Pasif kau, dan ku  |        Awalan kau-, dank   u- masing-masing merupakan singkatan kepada engkau dan aku. Awalan ini   berbentuk terikat dan mesti dicantumkan dengan kata dasar. Awalan ini   bertugas sebagai penanda pasih diri kedua dan penanda pasif diri pertama.  |   
|     Contoh  frasa kerja pasif  |        Awalan   Pasif Diri Pertama dan Kedua:- kauambil,   kutahu, kauserahkan, kuimpikan, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Makanan   itu belum kauambil lagi. Berita   itu sudah kutahu semalam. Kerja   sebagai jurutera kuimpikan sejak kecil lagi. Hutang   itu akan kaujelaskan sepenuhnya.  |   
Awalan Pasif ber-
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Awalan Pasif ber-  |        Awalan ber- yang   membentuk kata kerja pasif menyebabkan makna pasif seperti awalan di- juga.   Lazimnya awalan pasif ber- ini hadir selepas kata bantu  seperti belum, sudah, tidak.  |   
|     Contoh  frasa kerja pasif  |        sudah   berbasuh   =   sudah dibasuh,       tidak berjahit   =    tidak dijahit telah   bercukur   =    sudah dicukur,        belum berbalas   =  belum   dibalas  |   
|     Contoh   ayat  |        Kain   itu sudah berbasuh        =      Kain itu sudah dibasuh Misai   Ali telah bercukur        =    Misai Ali telah dicukur  |   
Awalan Pasif ter-
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Awalan Pasif ter-  |        Awalan ter- yang   berbentuk kata kerja pasif menyatakan tiga maksud, iaitu sudah di-......,   keupayaa atau kemampuan,  dan tidak   sengaja.  |   
|     Contoh    frasa kerja pasif  |        a)       sudah di- terasing    = sudah diasing                           terhasil     = telah dihasil telah bercukur = sudah dicukur terhunus    =  telah dihunus b)      keupayaan atau kemampuan tidak terbaca  =    tidak dapat dibaca tidak terangkat  = tidak dapat diangkat terdaki    = dapat didaki terbasuh     - mampu dibasuh c)       tidak sengaja di-..... terbawa    = tidak sengaja dibawa tersepak    = tidak sengaja disepak tertembak = tidak sengaja di tembak  |   
Peringatan:-
Kata sendi nama oleh perlu digunakan selepas kata kerja yang menerima awalan pasif ter- tanpa mengira kata ganti nama diri yang hadir selepasnya sama ada kata ganti diri pertama, kedua, atau kata ganti diri ketiga.
Contoh
 a)  .............tidak terangkat oleh saya,             b)..............tidak terpikul oleh mereka
c)   .............tidak terjawab oleh budak itu        d)..............tidak terdaki oleh kami
Awalan Rangkap Pasif terper-.... dan terpel-....
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   ||||
|     Awalan Pasif terper-...dan terpel-.....  |        Kewujudan awalan   terper-... dan terpel-..... berdasarka proses pengimbuhan teR-. Kedua-dua   awalan rangkap ini merupakan awalan rangkap pasif yang berasal daripada   awalan rangkap memper- yang membentuk kata kerja transitif  |   ||||
|     Contoh    frasa kerja pasif  |       
  |   
Apitan Pasif ke-...........-an.
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   ||
|     Apitan Pasif  ke-.....-an  |        Apitan   ini bertugas untuk membentuk kata kerja pasif daripada kata-kata yang terdiri   daripada pelbagai kelas kata balk kata nama, kata adjektif   mahupun kata kerja tak transitif. Kata kerja pasif berapitan ke-...-an ini   membawa maksud ditimpa akibat sesuatu berdasarkan kata dasar yang hadir dalam   perkataan tersebut yang merupakan kata nama. Pembentukan Kata   kerja  Pasif Melalui   Apitan Ke-.....-an          Kata Nama (KN)               Kata   Adjektif (KA)                  Kata Kerja (KK)  |   ||
|     Apitan Pasif ke-..........-an dengan Kata Nama  |       
  |   ||
|     Apitan Pasif ke-..........-an dengan Kata   Adjektif  |       
  |   ||
|     Apitan Pasif ke-..........-an dengan Kata Kerja  |       
  |   
Apitan Pasif ter-.............-kan dan ter-........i
|     Frasa Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Awalan   Pasif ter-.....-kan dan ter-..... -i  |        Apitan   ini menyatakan keupayaan dengan makna dapat di- dan biasanya digunakan  bersama-sama dengan kata nafi tidak.  |   
|     Contoh    frasa kerja pasif  |        tidak   tergambarkan      =       tidak dapat digambarkan tidak   terkatakan           =       tidak dapat dikatakan          tidak   teratasi                =          tidak dapat diatasi  |   
Kesalahan Frasa Kerja Pasif
Penggunaan awalan pasif, apitan pasif, atau awalan rangkap pasif akan menghasilkan frasa kerja pasif dalam ayat pasif. Oleh itu, beberapa peringatan perlu diberi perhatian dalam pembentukan frasa kerja pasif yang melibatkan tiger jenis. iaitu:
(a)        frasa kerja pasif diri pertama ---- yang melibatkan pelaku diri pertama
(b)        frasa kerja pasif diri kedua    ---- yang melibatkan pelaku diri kedua
(c)        frasa kerja pasif diri ketiga    ---- yang melibatkan pelaku diri ketiga
Frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua
Kedua-dua frasa kerja ini  mengalami proses pasif yang sama yang hadir daripada frasa kerja aktif dan berbeza daripada proses pasif bagi diri ketiga.
Contoh:
1.   Kereta itu saya basuh semalam.                        (betul)
   Kereta itu dibasuh oleh saya semalam.                 (salah)
2.   Rurnah itu telah kami cat bersama-sama.               (betul)
           Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (salah)
      3.  Buku terbaharu itu telah kamu baca?                     (betul)
  Buku terbaharu itu telah dibaca oleh kamu?          (salah)
      4.  Berita gembira itu telah kalian dengar.              (betul)
  Berita gembira itu telah didengar oleh kalian.       (salah)
Peringatan:
Tidak boleh hadir sebarang kata di antara kata ganti diri pertama dan kedua dengan kata 
    kerja pasif yang tidak berawalan.
|     Salah  |        Betul  |   
|     kami   telah cat  |        --- telah kami cat  |   
|     ...   kalian telah dengar  |        --- telah kalian dengar  |   
SOALAN LATIHAN PENGUKUHAN
A  Berikan imbuhan di-, ber-, ter-, atau ke-......an pada kata berhuruf condong untuk melengkapkan ayat- 
    ayat di bawah.
1      Para pelajarsekolah itu seru agar sentiasa mengawal  disiplin mereka.
..............................................................................................................................................................
2      Hajat Pak Ali untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri akhirnya tunai juga.
.............................................................................................................................................................
3.   Seluar abang yang koyak semalam belum  jahit oleh emak.
.................................................................................................................................................................
4.   Ayah memakai baju yang sudah gosok  itu ke pejabat.
.................................................................................................................................................................
5.   Masalah itu akan hadapinya dengan tabah.
.................................................................................................................................................................
6.   Kucing itu menggigit saya kerana ekornya pijak oleh saya.
.................................................................................................................................................................
7.   Pejenayah itu tembak oleh pengawal keselamatan itu kerana tidak mahu mendengar arahannya.
................................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
8.   Ibu belikan hadiah istimewa oleh ayah sempena hari lahirnya esok.
....................................................................................................................
9.   Abang tidak berkecil hati walaupun hasratnya untuk belajar di luar negara tidak capai. 
...............................................................................................................................................................
10. Oleh sebab hendak pulang dengan segera saya ambil buku latihannya.
......................................................................................................................
11. Surat tawaran itu telah pos olehnya sebentar tadi.
....................................................................................................................
12. Ayah meminta emak mengambilkannya pisau yang sudah asah itu untuk menyembelih ayam.
.....................................................................................................................
.....................................................................................................................
13. Kami hujan semasa pulang dari sekolah semalam.
...............................................................................................................................
14. Encik Aliman malang ketika pulang dari pejabatnya.
...........................................................................................................................................................
15. Jasa beliau memimpin negara ini tetap kenang oleh kebanyakan daripada rakyat negara ini.
...........................................................................................................................................................
Betul atau salah jika pelengkap ditulis selepas kata kerja pasif? Dan subjek berada di belakang ayat?
BalasPadamMohon pencerahan - Betulkah ini: Pilih kain yang mahu anda beli
BalasPadam