BAB 7    AYAT
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ayat  |    Dalam   tatabahasa bahasa Melayu, ayat terletak pada peringkat susunan tertinggi yang   terbentuk daripada sepatah perkataan atau gabungan beberapa patah perkataan   dan mengandungi maksud yang sempurna.   Untuk tujuan itu setiap, ayat yang sempurna mestilah terdiri daripada dua unsur utama, iaitu subjek dan   predikat.                        Ayat              =            Subjek    +     Prediket  |   ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subjek merupakan bahagian ayat yang   diterangkan manakala predikat pula merupakan bahagian yang menerangkan   subjek. Dalam tatabahasa bahasa Melayu, terdapat empat pola   untuk membentuk ayat dan dikenali sebagai pola ayat dasar. Keempat-empat pola   ayat dasar tersebut adalah seperti yang berikut: 
 Daripada   keempat-empat contoh tersebut, jelaslah bahawa dalam bahasa Melayu, subjek   dalam ayat mestilah terdiri daripada frasa nama yang didokong oleh kata nama   manakala predikatnya pula boleh terdiri daripada lama ada frasa nama, frasa   kerja, frasa adjektif, ataupun frasa sendi. Binaan frasanya pula boleh terdiri daripada sepatah   perkataan atau lebih daripada sepatah perkataan.  |   |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1 Jenis-jenis Ayat  |    Pola-pola   ayat di atas boleh menghasilkan empat jenis ayat, iaitu:- 1)  Ayat penyata      2)    Ayat tanya        3)  Ayat Perintah     4) Ayat Seruan  |   
7.1.1 Ayat  Penyata  |    Ayat   penyata rnerupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk membuat sesuatu   pernyataan bagi menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal dan   diakhiri dengan tanda noktah (.). Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat   berita atau ayat keterangan.  |   
Contoh  |    1   Saya tinggal di Kota Damansara. 2   Ayahnya seorang anggota tentera. 3   Kemalangan itu dikatakan berlaku pada jam   tiga  pagi. 4   Nama pelajar baru itu Khairul Aznam.    5  Dia   terlantar di hospital. Peringatan:- Partikel –lah perlu digunakan apabila ayat penyata   mengalami proses penyongsangan. (Huraian lanjut dalam perbincangan   pembentukan ayat songsang)  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1.2 Kata Tanya  |    Ayat tanya merupakan ayat yang diucapkan untuk   tujuan menanyakan sesuatu dan diakhiri dengan tanda soal (?) yang melambangkan penuturnya perlu   meninggikan suara sebelum kesenyapan pada   akhir ayat tersebut. Ayat tanya dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a)             Ayat tanya tanpa kata tanya       (b) Ayat tanya dengan kata tanya  |   
7.1.2.1 Ayat tanya tanpa kata   tanya         |    Ayat tanya tanpa kata tanya – ayat ini berasal   daripada ayat penyata tetapi mengalamii perubahan pada tanda baca daripada   tanda noktah kepada tanda soal.  |   
Contoh  |    Kamu   tinggal di Bangsar? (ayat tanya) Kamu   tinggal di Bangsar.  (ayat penyata) Dia menendang bola itu?  (ayat tanya) Dia menendang bola itu.      (ayat penyata)  |   
7.1.2.2 Ayat tanya dengan kata   tanya         |    Ayat tanya   dengan kata tanya - ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa,   berapa, bila, mengapa, bagaimana, mana, dan sebagainya.  |   
Contoh  |    Harga baju kamu itu berapa? Kamu datang ke sekolah dengan siapa? Selepas ini kamu akan belajar di mana?  |   
Peringatan: Ayat tanya biasa tidak boleh menerima partikal -kah pada bahagian hujung ayat atau pada bahagian subjek ayat tanya. Contohkesalahan: Kamu tinggal di Bangsarkah? Dia menendang bola itukah? Harga baju itu berapakah?             Kamu   datang ke sekolah dengan siapakah? Partikal   -kah perlu digunakan apabila ayat tanya ini mengalami proses penyongsangan.       (Huralan   lanjut dalam pembenrukan ayat songsang) Jawapan bagi sesuatu ayat tanya yang dikemukakan   membolehkan sesuatu ayat tanya itu dikelompokkan sebagai ayat tanya terbuka atau ayat tanya terbahagi. Ayat   tanya yang dijawab dengan ya atau lidak / bukan, merupakan ayat tanya tertutup   manakala ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada ya atau tidak  bukan   merupakan ayat tanya terbuka.  |   |
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1.3 Ayat Perintah  |    Ayat perintah merupakan ayat yang menimbulkan sesuatu   tindakan yang ditujukan kepada orang kedua. Berdasarkan arahan terhadap sesuatu   tindakan yang hendak dilakukan, ayat perintah   dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: Ayat Perintah     Ayat Suruhan         Ayat Larangan        Ayat Silaan             Ayat Permintaan  |   
7.1.3.1 Ayat Suruhan  |    Ayat yang diucapkan   untuk tujuan memberikan perintah atau arahan untuk melakukan sesuatu.   Biasanya subjek dalam ayat ini yang terdiri daripada diri kedua digugurkan. Ayat   suruhan ini boleh wujud dalam ragam ayat penyata atau ayat seruan berdasarkan suruhan yang hendak   dilakukan. Contoh:        Keluar dari sini!        Siapkan kerja kamu sekarang juga.        Datang   ke rumah saya esok.  |   
          Peringatan:-
        Partikal -lah boleh digunakan bagi melembutkan atau menegaskan ayat suruhan.
        Contoh:
   Keluarlah dari sini.
   Siapkanlah kerja kamu sekarang juga.
        Datanglah ke rumah saya esok.
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1.3.2 Ayat Larangan  |    Ayat Larangan -- ayat yang digunakan untuk melarang atau menghalang   seseorang agar tidak melakukan   sesuatu. Kata larangan seperti Jangan, usah atau tak usah digunakan   sebelum kata kerja.  |   
Contoh  |    Jangan ambil buku latihan saya. Jangan   pijak rumput di sini. Jangan   berlari di tepi longkang itu. Usah kauingat diriku lagi. Tak   usah engkau pedulikan nasihatnya. Usah   engkau berdusta. Peringatan:- Partikal -lah boleh digunakan selepas   kata larangan yang digunakan bagi melembutkan   larangan ngan yang hendak dimaksudkan. Awalan meN-   yang hadir dalam kata kerja transitif akan digugurkan apabila digunakan dalam ayat larangan. Contoh kesalahan: Jangan   memijak rumput   di sini‑ Janganlah   mengambil barang tersebut. Terdapat juga ayat larangan yang   bersifat umum dan tidak menggunakan kata larangan. Contoh:         Dilarang   merokok.         Dilarang berludah. Peringatan: Partikal   -lah tidak boleh digunakan bagi ayat larangan bersifat umum. Kata permintaan seperti minta dan tolong tidak   boleh digunakan bersama-sama kata larangan   bagi membentuk ayat larangan_ Contoh kesalahan:          Tolong jangan bising.          Minta Jangan buang sampah di sini.  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1.3.3 Ayat Silaan  |    Ayat yang diucapkan untuk tujuan menjemput   atau mempersilakan seseorang bagi   melakukan sesuatu. Kata silaan seperti sila dan jemput digunakan pada permulaan ayat dan di hadapan kata   kerja. Awalan meN- yang hadir dalam kata kerja transitif akan digugurkan. Partikal   -lah boleh digunakan bagi melembutkan ayat silaan  |   
Contoh  |    Sila hantar laporan itu secepat mungkin. Silalah   hantar laporan itu secepat mungkin. Sila   menghantar laporan itu secepat   mungkin. (salah) Jemput datang ke rumah saya pada petang ini. Jemputlah   makan apa- apa yang dihidangkan.  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1.3.4 Ayat Permintaan  |    Ayat yang bertujuan untuk memohon permintaan atau   pertolongan dengan   menggunakan perkataan minta atau tolong sebelum   kata kerja. Awalan meNyang hadir bersama-sama kata kerja transitif digugurkan.   Partikal -lah boleh digunakan untuk   melembutkan ayat permintaan.  |   
Contoh  |    Minta   para hadirin bersabar dan bertenang   . Tolong   sampaikan bungkusan ini kepada ayah   kamu. Tolonglah   belikan saya buku itu. Tolong   mengambilkan saya sudu itu. (salah)  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.1.4 Ayat Seruan  |    Ayat seruan merupakan ayat yang   diucapkan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti perasaan marah, takut, kagum,   takjub, sakit, dan sehagainya. Untuk menggambarkan perasaan tersebut, tanda sera (!)   digunakan pada akhir ayat seruan tersebut baik bagi ayat sera tanpa kata sera mahu pun ayat seru dengan kata   seru.   |   
Contoh  |    Amboi, cantiknya bangunan di bandar raya ini! Wah,ai anak-anakku, patuhlah pada perintah Tuhan!  Api! Api!  Cantiknya gadis berbaju merah itu!      Tahniah atas kejayaan kamu dalam   peperiksaan!  |   
7.2  SUSUNAN AYAT
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||
6.2 Susunan Ayat  |    Dalam bahasa Melayu sesuatu ayat yang dihasilkan boleh   terbentuk daripada dua susunan, iaitu   susunan biasa yang dikenali ayat biasa dan susunan songsang yang dikenali ayat songsang.                 Ayat Biasa                =         Subjek    +     Prediket                 Ayat Songsang        =         Prediket  +     Subjek Ayat biasa ialah ayat yang subjeknya terdiri daripada   frasa nama manakala predikatnya terdiri   daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi. Ayat songsang pula merupakan ayat yang mengutamakan   predikat, iaitu bahagian predikat dibawa   ke hadapan dan diikuti dengan subjek ayat tersebut.  |   ||||
Contoh  |    
  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.2.1 Ayat Songsang  |    Ayat   songsang Ayat songsang   merupakan ayat yang mengalami pendepanan bahagian predikat. Proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti   yang berikut: (a)       Pendepanan seluruh predikat (b)    Pendepanan sebahagian daripada predikat  |   
7.2.1.1 Pendepanan Seluruh Prediket  |    Pendepanan seluruh predikat bermaksud subjek  sesuatu ayat tersebut dibawa ke hadapan   untuk  mendahului habagian subjek ayat sehinggakan   menjadikan seluruh predikat itu seolah-olah sebagai subjek:-  |   
Contoh  |    Budak itu baik sekali perangainya. (biasa)  Baik   sekali perangainya budak itu. (songsang) Ramah di atas   bukit itu kepunyaan   seorang hartawan. (biasa)  Kepunyaan   seorang hartawanlah rurnah di atas hukit itu. (songsang) Pada minggu   ini  ayah tidak ke pejabat. (biasa)  Ayah tidak ke pejabat pada   minggu ini. (songsang) Adik kamu datang? (biasa) Datangkah adik kamu? (songsang)    Budak yang gemuk itu siapa ? (biasa)    Siapakah budak yang gemuk itu?   (songsang)  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.2.1.1 Pendepanan Sebahagian Prediket  |    Bahagian-bahagian   tertentu daripada predikat yang boleh mengalamii pendepanan secara   berasingan, iaitu pendepanan frasa kerja, pendepanan frasa adjektif   atau pendepanan frasa sendi nama    dan subjek   terletak di antara predikat dalam ayat tersebut.  |   
Contoh  |    Dia pergi ke sekolah setiap pagi dengan bas sekolah.   (Ayat biasa) Pergi ke sekolah dia setiap pagi dengan bas sekolah.           (Ayat songsang Dengan bas sekolah dia pergi ke sekolah setiap pagi.          terbahagi) Setiap   pagi dengan bas sekolah dia pergi ke sekolah  |   
A.    Tukarkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat-ayat songsang.
I    Perangai dan tingkah lakunya sungguh baik.
2   Lembu yang dilanggar lori itu masih hidup.
3   Mereka pergi ke sekolah setiap, pagi dengan menaiki bas.
4   Barang yang kamu beli itu belum tentu baik kualitinya.
5   Wajahnya kelihatan muram sepanjang hari.
6   Perarakan kereta berhias itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.
7  Surat tersebut tentu daripada. sahabat penanya dari London. 8 8  Surat berdaftar itu masih belum dituntut.
9  Pesakit itu tersungkur di tepi longkang secara tiba-tiba.
10 Dia tidak akan menghadiri majlis itu jika hari hujan.
7.3   AYAT AKTIF DAN PASIF
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
Ayat    Aktif Dan Pasif  |    Kedua-dua ayat   ini merupakan bentuk ayat yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama. Ayat aktif   merupakan ayat yang mengutamakan pelaku sebagai subjek dan mengandungi kata kerja aktif, baik kata kerja transitif mahu pun   kata kerja intransitif. Ayat pasif pula   merupakan ayat yang mengutamakan objek serta menggunakan kata kerja pasif yang ditandai dengan imbuhan di-, ter-,   ke--an, dan sebagainya.                                                                                                      (Rujuk kata  kerja pasif) Peringatan:- Semua ayat aktif tak transitif tidak boleh ditukarkan   menjadi ayat pasif. Namun, ayat-ayat tersebut   boleh diubah menjadi ayat songsang.  |   
7.3.1.1 Ayat   Aktif Tak Transitif (Intransitif)  |    Ayat aktif tak   transitif merupakan ayat yang menggunakan kata kerja   tak transitif. Hal ini bermakna ayat tersebut mampu   berdiri sebagai ayat yang lengkap tanpa sebarang objek kecuali ayat yang menggunakan   kata kerja berapitan ber-...-kan yang memerlukan pelengkap selepas kata kerja.  |   
Contoh  |    Ayah   sedang tidur. Ketika kami sampai, adik sedang menangis. Adik sedang bermain di padang. Kami bertindak   dengan berpandukan arahan   ketua.  |   
7.3.1.1  Ayat Aktif Transitif  |    Ayat aktif transitif merupakan ayat   yang terbentuk dengan menggunakan kata kerja transitif dan diikuti dengan objek yang   terdiri daripada frasa nama. Oleh itu, ayat aktif ini dapat ditukar menjadi ayat pasif.                                                                            (Rujuk  kekecualian kata kerja   transitif)  |   
Contoh  |    Dia menendang  bola itu dengan kuat sekah-       (Aktif) Bola itu ditendangnya    dengan kuat sekali.        (Pasi   f) Saya menyiram  pokok   itu pada setiap petang.             (Aktif)  Pokok itu sayur siram pada setiap petang.                   (Pasif)  |   
7.3.2  AYAT PASIF
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
6.3.2 Ayat   Pasif  |    Ayat pasif merupakan ayat yang berasal daripada ayat   aktif transitif tetapi objek dalam ayat tersebut dikedepankan dan diikuti dengan kata   kerja pasif serta pelaku. Dalam bahasa Melayu   ayat pasif berpelaku terbahagi kepada tiga jenis iaitu: AYAT PASIF    Ayat Pasif Diri Pertama      Ayat Pasif Diri Kedua        Ayat Pasif Diri Ketiga Peringatan:- Perbincangan   tentang ayat pasif mesti merujuk fungsi kata kerja pasif dan pepbentukan frasa   kerja pasif yang melibatkan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga.   Justeru, pelajar perlu memahami asas perbincangan tersebut untuk memahami   pembentukan ayat pasif.  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||||
7.3.2.1 Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua  |    Kedua-dua ayat pasif ini mengalami proses yang sama   sahaja. Bezanya hanyalah dari segi penggunaan   kata ganti nama lama ada diri pertama atau kedua sahaja.  |   ||||||||||
Contoh  |    
 Peringatan:- Peringatan:                                                                                                                   Kata kerja berawalan meN- yang hadir dalam ayat   aktif akan digugurkan awalannya. Namun   jika terdapat akhiran seperti -i atau -kan, akhiran tersebut   dikekalkan. Apabila terbentuk ayat pasif diri   pertama atau diri kedua, kata ganti diri tersebut hendaklah hadir secara berturut-turut dengan   kata kerja pasif. Tidak boleh   hadir sebarang perkataan di   antara kata ganti diri ,dengan kata kerja pasif tersebut. Olen   itu, jika terdapat sebarang kata bantu,   maka kata bantu itu perlu hadir sebelum kata ganti diri dan diikuti   dengan kata kerja pasif. Contoh:- 
  |   ||||||||||
7.3.2.2 Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua  |    Dia menulis Surat itu kepada ibu bapanya di kampung.            (Aktif) Surat itu ditulis olehnya kepada ibu bapanya di kampung.        (pasif) Surat itu ditulisnya kepada ibu bapanya di kampung.                                                                                                  (Pasil)  (Penggunaan   kata sendi oleh sebagai pilihan) Beliau mentadbir negara ini dengan cekap sekali.                       (Aktif) Negara ini ditadbir olehnya dengan cekap sekali.                       (Pasit) Negara ini diladbir  dengan cekap sekali.                                    (Pasif) Negara ini ditadbir dengan cekap sekali olehnya.                       (Pasif) Negara ini ditadbir dengan cekap sekalinya-                                (salah) (Kata sendi oleh mesti digunakan jika kata kerja pasif   berawalan di- dan pelaku diri ketiga   terpisah walaupun dengan sepatah perkataan.  |   ||||||||||
7.3.2.3 Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua  |    Kata   kerja tidak berawalan digunakan bagi membentuk ayat pasif bantuan yang   dibantu dengan kata kerja bantu kena.   Biasanya pelaku dalam ayat ini mengalami pengguguran.   |   ||||||||||
Contoh  |    Ketua   kumpulan itu kena tangkap semalam.       (bermaksud ditangkap) Mereka kena tipu oleh penganjur skim   cepat kaya. (bermaksud ditipu) Ular berbisa itu Sudan kena   pukul hingga coati.     (bermaksud   dipukul) Peringatan:- Kata sendi oleh   perlu digunakan jika terdapat   pelaku dalam ayat pasif bantuan.  |   
LATIHAN PENGUKUHAN
A   Betulkan ujaran-ujara yang salah agar menjadi ayat yang sempurna.
1        Buku cerita itu saya telah baca berkali-kali kerana ceritanya menarik.
2        Saya telah baca novel itu sernalarn.
3        Saya dengar cerita sedih itu daripada ibu kamu.
4        Karangan yang ditulis oleh karnu itu mendapat markah yang sungguh baik.
5        Surat itu dia tulis seminggu yang lalu.
6        Bola itu ditendang oleh dia dengan kuat ke pintu gol.
7        Perkara yang penting  tidak perlu dilengah-lengahkan oleh kalian.
8        Engkau perlu tahu teknik menjawab agar lulus dengan cemerlang.
9        Hasrat kamu untuk berjumpa dengannya telah ditunaikan oleh kami.
10      Kegiatan cetak rompak perlu kerajaan tangani dengan segera.
B       Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.
1      Dia pernah melawat pantai yang bersih itu.
2       Saya pernah membaca buku cerita yang dikatakannya tadi.
3       Kamu harus mendengar segala nasihat ibu baps. kamu jika ingin berjaya.
4       Ayah akan menghadiahi saya sebuaLh kereta sekiranya saya lulus PMR.
5      Kami akan menghadiri majlis itu.
6      Kakak mengambilkan ayah surat khabar dari atas meja.
7      Tuanku ingin melawat perkampungan itu?
8      Kalian tidak perlu mencampuri urusan peribadi saya.
9      Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul.
10    Kita perlu mengalahkan pasukan itu agar kita berjaya ke peringkat akhir.
C.  Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah menjadi ayat-ayat aktif.
1   Wang itu telah saya simpan di dalam laci.
2    Perkara yang sudah lepers usahlah kaukenang lagi.
3   Telah kuziarahi nenekmu yang sakit itu scmalam.
4   Beliau telah dikumiai bintang kebesaran semalam oleh sultan.
5   Buku itu telah dihadiahkan oleh ibu kepada saya.
6   Dia saya hadiahi sehelai selendang.
7   Sehelai selendang saya hadiahkan kepadanya.
8   Pada waktu malam yang gelap, pencuri itu ditangkap mereka.
9  Kerja ini harus kausiapkan dengan segera.
10   Pesalah itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh hakim.
7.4   AYAT MAJMUK
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.4 Ayat Majmuk  |    Ayat majmuk   merupakan ayat yang terbentuk daripada gabungan beberapa ayat tunggal. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat majmuk berdasarkan cara   ayat tersebut terbentuk,   iaitu: Ayat Majmuk    Ayat Majmuk Gabungan     Ayat Majmuk Pancangan     Ayat Majmuk Campuran  |   
7.4.1 Ayat Majmuk Gabungan  |    Ayat   majmuk gabungan merupakan ayat yang terbentuk hasil daripada dua ayat tunggal   atau lebih dengan menggunakan kata hubung gabungan‑ (Rujuk kata hubung gabungan) Ayat-ayat yang   digabungkan bersifat setara, iaitu sama taraf dan masing-masing boleh berdiri   sendiri.  |   
Contoh  |    Kanak-kanak   itu berlari dan melompat   dengan riangnya. Abang atau kakak kamu tinggal di asrama? Baik lelaki mahupun perempuan   perlu berusaha untuk berjaya. Hadiah ini untuk saya atau untuk   kakak? Abang   membeli ikan manakala ayah   membeli ayam.  |   
Peringatan: Semasa   membentuk ayat majmuk gabungan, unsur yang sama dalam subjek atau dalam   predikat akan mengalami pengguguran. Namun, dalam kes-kes tertentu perkataan   yang sama perlu diulang bagi menghasilkan ayat majmuk gabungan yang betul. Contoh:-                  Kami akan ke Melaka dan   Johor semasa cuti.                  Kami akan ke Melaka dan   Johor semasa cuti nanti.             (   Salah  )                  Kami akan ke Melaka dank e   Johor semasa cuti nanti.         (   Salah )                  Abang mengecat pintu lalu   mengecat dinding.                  Abang mengecat pintu lalu dinding.                                      ( Salah   )                  Abang pintu lalu mengecat   dinding.                                        ( Salah ) Terdapat juga ayat majmuk gabungan yang terbentuk tanpa   menggunakan kata hubung gabungan. Namun jumlahnya   agak terhad.  Contoh: (a)      Jalan ke rumahnya tinggi. (b)      Jalan ke rumahnya rendah. (c)   Jalan ke rumahnya  tinggi rendah.       |   |
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.4.2 Ayat Majmuk Pancangan.  |    Ayat majmuk pancangan merupakan proses memancangkan   satu ayat utama dengan satu atau   beberapa ayat. kata untuk membentuk satu ayat induk. Terdapat tiga jenis ayat   majmuk pancangan yang ditentukan  cara pembentukan dan jenis ayat yang   dipancangkan, iaitu: Ayat Majmuk Pancangan     Ayat Pancangan   Relatif                                             Ayat Pancangan Keterangan                                              Ayat Pancangan Kompleman  |   
7.4.2.1 Ayat Pancangan Relatif  |    Ayat ini terbentuk menggunakan perkataan relatif yang. Contoh:-       Saya membeli sebuah kereta yang berwarna   putih.     ( Saya   membeli sebuah kereta  +  Kereta itu berwarna putih )       Budak yang gemuk itu adik bongsu saya      ( Budak itu gemuk   +    Itu adik bongsu saya )       Bas yang dipandunya terbabas.     ( Bas itu   dipandunya  +  Bas itu terbabas ) Peringatan: Dalam   bahasa Melayu, yang bukan sahaja bertugas sebagai kata relatif, tetapi   digunakan juga sebagai pengganti kepada frasa    nama yang digugurkan. Contoh-. Gadis   yang berbaju   merah itu adik bongsu saya. Yang   berbaju merah itu adik bongsu saya. (Pengguguran   perkataan gadis) Para   pelajar yang rajin   berusaha pasti akan beroleh kejayaan. Yang rajin berusaha pasti akan   beroleh kejayaan. (Pengguguran   perkataan para  pelajar) Benda yang merah itu saga Yang merah itu saga (Pengguguran pekataan saga)       Mereka yang terkorban dalam perjuangan kemerdekaan itu perlu kita   sanjungi.          Yang   terkorban dalam perjuangan   kemerdekaan itu perlu kita sanjungi.        (Pengguguran perkataan mereka)  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.4.2.2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen  |    Kata komplemen, iaitu bahawa dan agar /   supaya  digunakan dalam pembentukan   ayat pancangan komplemen.  |   
Contoh  |    Beliau   mengesahkan bahawa kejadian itu hcriaku disebabkan kecuaian. Kami   berharap agar / supaya  kejadian   seumpama itu tidak berulang di negara ini. Dia selalu beranggapan bahawa dialah   pelajar terpandai di sekolahnya.    Para pelajar yakin benar bahawa mereka   akan berjaya dalam peperiksaan itu.  |   
Peringatan: (a)        Kegagalan   menggunakan kata hubung pancangan dengan betul atau menggunakan kata hubung pancangan yang salah akan   menghasilkan ayat yang salah. Contoh: Seluruh penduduk berdoa ketua kampung itu cepat sembuh.               (salah)  Seluruh   penduduk berdoa agar ketua kampung itu cepat sembuh.       (betul) Saya   sedar ilmu pengetahuan sangat penting dalam menentukan masa depan saya kelak.                                                                      (salah)    Saya sedar bahawa ilmu pengetahuan sangat penting   dalam menentukan masa depan saya kelak.                                                  (betul) Dali mengatakan yang dia tidak   terlibat dalam kejadian itu.              (salah) Dali mengatakan bahawa dia tidak   terlibat dalam kejadian itu.          (betul) (b)      Penggunaan struktur yang salah pads unsur penerang akan   menghasilkan ayat pancangan yang salah.        Contoh: Budak itu yang duduk di atas   kerusi adik saya.              (salah)             Budak yang duduk di atas   kerusi itu adik saya.           (betul)  |   |
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.4.2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan  |    Ayat pancangan keterangan merupakan ayat majmuk yang   terbentuk daripada satu ayat induk   dan satu ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan pada bahagian predikat   untuk menghuraikan kata kerja pada ayat   induk. Keterangan tersebut meliputi keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, dan cara.  |   
Contoh  |    Ayah tidak ke pejabat kerana keretanya rosak.                             (musabab) Oleh sebab keretanya rosak, ayah tidak ke pejabat. Saya akan menghadiri majlis itu jika diizinkan oleh ibu bapa saya.  (syarat) Sekiranya ada kelapangan, saya akan berkunjung ke rumahnya. Penyakit ayahnya sembuh sejak menerima rawatan di hospital.      (waktu) Sementara menunggu keputusan peperiksaan, dia bekerja di restoran. Walaupun miskin, dia tetap, berusaha membaiki   hidupnya.          (pertentangan) Dia tetap meneruskan usahanya walaupun rakan-rakannya sudah berundur. Kita harus belajar supaya tidak ketinggalan dalam hidup.  (harapan) Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh agar/supaya beroleh kejayaan kelak.      Setap hari   dia ke sekolah dengan basikal.                                            (cara) Dengan semangat juang yang tinggi, dia akhirnya menawan puncak gunung itu.  |   
PERKARA  |    KETERANGAN  |   
7.4.3 Ayat Majmuk Campuran  |    Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang terdiri   daripada beberapa jenis ayat. Ayat ini terbentuk dengan cara mencampurkan   ayat tunggal dengan ayat majmuk dan biasanya ayat yang terhasil adalah panjang.  |   
Contoh  |    Lembu yang berkeliaran di tepi jalan dan di tepi   sawah itu kepunyaan Pak Abu dan penduduk   kampung yang tinggal di situ sejak mereka kecil lagi. Kami   yakin bahawa projek perumahan yang bakal dilancarkan itu akan berjalan   dengan lancar jika diurus dan dikendalikan dengan bijak oleh setiap   individu yang terlibat.  |   
7.5    CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
PERKARA  |    KETERANGAN  |   ||||||||||||||||||||||||||||
6.5 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah  |    Cakap ajuk merupakan percakapan seseorang yang   disalin sepenuhnya seperti yang dituturkan tanpa mengubah maksudnya. Tanda petik “...............”   digunakan bagi Cakap ajuk yang   disalin sepenuhnya itu. Cakap pindah pula merupakan percakapan seseorang yang ditulis dengan   gaya bahasa sendiri tanpa mengubah maksud asal   bahan yang dituturkan.  |   ||||||||||||||||||||||||||||
Contoh:- 
          Apabila   menukar cakap ajuk ke cakap pindah, kita pertu memastikan maksud ayat yang dihasilkan mestilah mempunyai maksud yang   sama.  Oleh itu, perkara yang berkaitan   dengan masa dan kata ganti nama   diri pertama serta diri kedua pertulab diberi perhatian khusus bagi mengekalkan maksud asalnya. Panduan   perubahan tersebut adalah seperti yang berikut: 
  |   |||||||||||||||||||||||||||||
LATIHAN PENGUKUHAN
A.   Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah
1    "Datanglah ke rumah saya esok," kata Siti kepada Azizah.
2    "Hari ini hari lahir saya. Esok hari lahir ibu." kata Zamani kepada rakannya.
3    "Beliau berasal dari Jitra," kata Azizi kepada Manan.
4   "Inilah rumah rehat yang saya maksudkan semalam," kata Dollah kepada Iwan.
5   "Karni akan menamatkan pengajian pads tahun depan," kata Abu dan Din.
6   "Baginda berkenan melawat tempat itu," kata bendahara.
7   Kata ibu, "Jangan kamu semua bermain di situ, berbahaya".
8   "Saya mahu kamu siapkan kerja ini sekarang jugs," kata pegawai itu.
9   "Tali saya ternampak seekor anjing garang di sana," kata adik.
10 "Esok abang akan ke Langkawi," kata Encik Salleh kepada isterinya.
B.   Tukarkan cakap pindah di bawah ini kepada cakap ajuk.
I     Salina mengajak adiknya agar duduk di sebelahnya.
2    Tuan Pengetua menasihat para pelajarnya supaya sentiasa menjaga disiplin
3    Pak Halim menghalau peminta sedekah itu dari rumahnya.
4    Ramli menunjukkan rumahnya yang baru dibeli di Seri Iskandar kepada saya.
5    Wahid memberitahu mereka bahawa bapanya bertugas pada malam itu.
6    Emak menjelaskan bahawa begitulah caranya membuat kuih loyang kepada saya.
7    Pemuda itu berjanji akan membantu saya jika saya memerlukan bantuannya.
8    Cikgu Wong ingin bertanya tentang tarikh perlawanan bola Sepak itu akan diadakan.
9    Ayah mengingatkan ibu agar tidak terlupa menutup suis lampu di ruang tamu.
10  Jamal ingin mengetahui  nama gadis yang berbaju kebaya di sebelah saya tadi.
7.6   AYAT TERGANTUNG
PERKARA  |    KETERANGAN  |   |||||||||||||||
6.6 Ayat Tergantung  |    Ayat tergantung merupakan ayat yang tidak mempunyai   subjek atau predikat dalam sesuatu ujaran yang dihasilkan. Beberapa contoh ayat yang tidak   mempunyai subjek dan predikat adalah   seperti yang berikut:-  |   |||||||||||||||
Contoh ayat tanpa subjek:- 1. 
  |   ||||||||||||||||
2
Prediket  |    Subjek  |    |
Untuk   menjayakan aktiviti kokurikulum  |    penglibatan diperlukan.  |    Salah  |   
      Ulasan:-       Ayat di atas tergantung kerana tidak ada dinyatakan penglibatan siapa.   ( Tidak ada pelaku        pada bahagian subjek dalam ayat songsang sedangkan ayat soalan pertama   ayat biasa )  |   ||
Untuk   menjayakan aktiviti kokurikulum  |    penglibatan    pelajar diperlukan  |    Betul  |   
3.
 i  Kereta yang berkuasa kuda 1000cc sahaja dibenarkan menyertai pertandingan tersebut. (Salah)
 ii Kereta yang berkuasa kuda 1000cc sahaja yang dibenarkan menyertai pertandingan tersebut. 
                                                                                                                                             (Betul)
iii Yang dibenarkan menyertai pertandingan tersebut kereta berkuasa kuda 1000cc ke atas sahaja.
                                                                                                                                             ( Betul)
4.  Siapakah hadir dalam mesyuarat itu?                   ( Salah )                     
     Siapakah yang hadir dalam mesyuarat itu?           ( Betul )
     Orang yang hadir dalam mesyuarat itu siapa?       ( Betul )
5.  Semoga dengan pelaksanaan projek tersebut dapat mengatasi masalah banjir di sini.   ( Salah )
     Pelaksanaan projek tersebut dapat mengatasi masalah banjir di sini.                            ( Betul )
6.  Tentang aktiviti lumba haram telah berjaya kami selesaikannya di kawasan ini dengan
     bantuan penduduk setempat.                               ( Salah )
     Aktiviti lumba haram telah berjaya kami selesaikannya di kawasan ini dengan bantuan 
     penduduk setempat.                                             ( Betul)
Contoh Ayat Tanpa Prediket:-
1. Zalina yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.                     (Salah) 
    (Tiada predikat kerana seluruh ujaran tersebut ialah subjek)
(a)        Zalina yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu akan
 mewakili sekolah ini ke peringkat negeri.                                           (Betul)
(b)     Yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu, Zalina.      (Betul)
(b)    Zalinalah  yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.            (Betul) 
       (Ayat penyata yang mengalami penyongsangan)
(d)     Zalina mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.                             (Betul)        
2.  Dia yang mengambil buku saya semalam.                                                                  (Salah)
     Dialah yang mengambil buku saya semalam.                                                             (Betul)
     Yang mengambil buku saya semalam, dia.                                                                 (Betul)
3.  Apa perlu kita lakukan sebelum kejadian itu menjadi lebih serius.                             (Salah)
     Apakah perlu kita lakukan sebelum kejadian itu menjadi lebih serius.                       (Betul)
     Yang perlu kita lakukan sebelum kejadian itu menjadi lebih serius, apa.                    (Betul)
Contoh-contoh lain:-
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ‘ayat tergantung’.
SALAH  |    BETUL  |   
1.    Di seluruh negara dilanda banjir.  |    1.    Seluruh negara dilanda banjir.  |   
2.    Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis          ini.  |    2.    Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.  |   
3.    Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik.  |    3.    Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik.  |   
4.    Ada pihak membangkang cadangan itu.  |    4.    Ada pihak yang membangkang cadangan itu.  |   
5.    Dia yang datang kelmarin.  |    5.    Dia  datang kelmarin.  |   
6.    Mengetahui hal itu saya membatalkan          rancangan.  |    6.    Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan          rancangan.  |   
7.    Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran         meningkat.  |    7.    Sebagai kesan kemelesetan ekonomi,            pengangguran meningkat.  |   
8.    Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri          Pelajaran.   |    8.    Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri          Pelajaran.   |   
9.    Tentang aktiviti lumba haram telah berjaya         diselesaikan di kawasan ini dengan bantuan         penduduk tempatan.  |           Aktiviti lumba haram telah berjaya         diselesaikan di kawasan ini dengan bantuan         penduduk tempatan.  |   
10. Semoga dengan pelaksanaan projek   tersebut          dapat mengatasi masalah banjir.  |    10. Semoga dengan pelaksanaan projek   tersebut          dapat mengatasi masalah banjir.  |   
11.  Apakah perlu kita lakukan sekarang?  |    11. Apakah yang perlu kita lakukan   sekarang?  |   
12. Siapa kata saya berbohong?  |    12. Siapakah yang mengatakan saya   berbohong?  |   
13. Peserta-peserta lulus saja akan   dipilih.  |    14. Peserta-peserta yang lulus sajalah   yang akan         dipilih.  |   
14. Daripada bukti-bukti ini jelas   menunjukkan           bahawa dia bersalah.  |    14. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan           bahawa dia bersalah.  |   
15. Mengikut beliau menyatakan bahawa           perompak bersenjata api sudah itu tumpas.  |    15. Beliau mengatakan bahawa perompak           bersenjata api  itu sudah   tumpas.  |   
16. Yang manakah betul?  |    16. Yang manakah yang betul?  |   
17. Butiran mesyuarat adalah seperti   berikut.  |    17. Butiran mesyuarat adalah seperti   yang berikut.  |   
LATIHAN PENGUKUHAN
A.       Betulkan ayat-ayat yang salah di bawah ini supaya menjadi ayat yang betul.
1    Apa akan terjadi kcpada kamu jika kamu gagal dalam peperiksaan itu?
2    Yang kamu terima hadiah itu?
3    Semua  pelajar yang datang lewat ke sekolah pada hari ini kerana bas rosak.
4    Sebab terlalu letih, dia tertidur di kerusinya.
5    Turut terlibat dalam kerja amal itu ialah Siti Nurhaliza.
6    Bagi setiap pelajar mesti menurut kehendak ibu bapa.
7    Bagi menjayakan projek  perkhemahan itu memerlukan sokongan semua  pihak. 
.8   Di seluruh sempadan negara  dikuasai oleh penjajah barat.
9    Daripada keterangan tersebut. jelas menun.jukkan bahawa kamu bersalah.
    10   Diakah tinggal di Sarawak bersama-sama dengan bapa saudara kamu?                                                                                     
B.  Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu          
      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
1     Buku-buku latihan tersebut kamu harus serahkan   kepada  Tuan Pengetua dengan segera. 
                 A                                                  B                        C
       Tiada kesalahan
                D
2    Bagi meningkatkan lagi prestasi, latihan perlu kamu jalani seiap hari secara giat dan bersungguh-
                       A                                                           B                                        C
      sungguh.  Tiada kesalahan.
                                D
3.   Dia memperoleh kejayaan yang cemerlang sekali hasil usahanya yang begitu gigih selama 
                       A                                          B     
      setahun setengah.  Tiada kesalahan.
                  C                           D
4    Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada orang lain
                                A                                                               B
     dan tidak mengulangi kesalahan sedemikian.  Tiada kesalahan. 
                            C                                                       D
5.  Benarkah dia yang mengatakan yang kamu merupakan anak bongsu Pak Abdul yang tinggal 
                             A                          B                                                                        C
     di hujung kampung itu?  Tiada kesalahan.
                                                       D
6.  Tarikh akhir bagi menyertai pertandingan bahas itu akan diumumkan bilakah kepada orang
                                                  A                                                                   B         C
     ramai.  Tiada kesalahan.
                           D
7   Sudah makankah adik kamu yang berbaju biru itu?  Tiada kesalahan.
                      A                    B       C                                         D
8   Berita yang dikirimkan olehnya menjelaskan kakak bercadang untuk pulang ke tanah air pada
                                   A                               B                                                                C
     hujung bulan ini.  Tiada kesalahan.
                                            D
9.  Dia berfikir alasan yang dapat membantunya agar dapat turut serta dalam aktiviti 
                   A                                       B                                          C
     perkhemahan  yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Tiada kesalahan.
                                                                                                         D
10 Dia membaca arahan dengan teliti sebelum mengisi semula borang itu agar tidak 
                      A                                                                  B
     melakukan kesilapan seperti sebelumnya.  Tiada kesalahan.
                      C                                                         D
C   Bahagian bergaris dalam ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, 
      B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1 2 3 4 5  |    Novel yang dibacanya itu sesuai bukan sahaja untuk   para guru tetapi juga para pelajar peringkat menengah atas. A  sesuai bukan sahaja untuk para guru      tetapi juga untuk pelajar B  bukan sahaja sesuai  para guru tetapi     juga untuk pelajar C    bukan sahaja sesuai untuk para guru       tetapi juga untuk pelajar D   sesuai bukan sahaja untuk para guru      tetapi juga para pelajar Abang saya belum mengambil keputusan muktamad sama ada mahu   bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan selepas pengajiannya   kelak. A  bekerja sektor swasta atau sektor      kerajaan B  bekerja di sektor swasta atau di sektor      kerajaan C  bekerja di sektor swasta atau  sektor      kerajaan D   bekerja di sektor swasta atau sektor      kerajaan Usahkan membantu orang lain adik sendiri pun dia   tidak mahu. A  membantu adik sendiri pun dia tidak      mahu B  adik sendiri membantu pun dia tidak      mahu C  adik sendiri pun dia tidak mahu      membantu D  adik sendiri pun dia tidak mahu. Yang   mendapat markah tertinggi di kelas ini kamukah atau diakah? A  kamu atau dia B  kamu atau diakah C  kamukah atau dia D  kamukah atau diakah Para   pelajar di dalam kelas itu bukan sahaja pandai   tetapi saling membantu antara   satu sama lain pada setiap masa. A  bukan pandai tetapi saling       membantu B  bukan sahaja pandai tetapi saling      membantu-bantu C  bukan sahaja pandai tetapi saling       bantu- membantu  |    6 7 8 9 10  |    D   bukan sahaja pandai tetapi saling        membantu Para petugas sedang berbincang perkara itu dengan   teliti sebelum mereka membuat keputusan. A  berbincangkan perkara itu B  berbincang tentang perkara itu C  membincang perkara itu D  berbincang    perkara itu Tanah terbiar yang terdapat di hujung kampung itu telah   mereka majukan dengan ternakan biri-biri dan lembu. A  telah majukan mereka B  telah dimajukan mereka C  mereka telah majukan D  telah mereka majukan Saya akan sertai  majlis bergotong- royong bagi membersihkan   seluruh kampung. A  Akan saya menyertai B  Akan disertai saya C  Akan saya sertai D  Saya akan sertai Masyarakat di negara ini sama ada di bandar atau luar   bandar perlulah sentiasa hidup bersatu bagi mengekalkan keharmonian kaum. A  sama ada di   bandar atau bandar luar B  sama ada bandar   atau di luar bandar C  sama ada di   bandar atau di luar bandar D  sama ada di   bandar atau luar bandar Dia tidak diterima masyarakat kerana berjuang   kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan agama, bangsa dan negara. A  berjuang   kepentingan diri sendiri dan      tidaknya B  berjuangkan   untuk kepentingan diri      sendiri dan   bukannya C  memperjuangkan   kepentingan diri      sendiri dan bukannya D  berjuang   kepentingan diri sendiri dan        bukannya  |   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan