1.4.10 KATA SERU
PERKARA | KETERANGAN | |||||||||||||
Kata Seru | Kata seru ialah suatu bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan yang lahir daripada pertuturan seseorang. Kata seru ini digunakan dalam ayat seruan bagi melahirkan perasaan seperti marsh, takut, harapan, rayuan, dan sebagainya. Antara contoh kata seru adalah seperti yang berikut:
Contoh: Aduh, sakitnya kakiku ini! Wah, cantiknya bangunan yang tinggi itu! Wahai anakku, elakkan dirimu daripada najis dadah Oh, kamu yang mengambil buku latihan saya semalam! Oh Tuhanku, lindungilah diriku yang hina ini! Syabas, engkau telah berjaya menamatkan pengajian itu! Peringatan:-
|
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata seru yang sesuai.
1 ____________________ tingginya bangunan-bangunan di ibu kota!
2 ____________________ berani kamu mencabar aku!
3 ____________________ anakku, belajarlah dengan tekun agar engkau berjaya!
4 ____________________ kamu boleh berada di sini lebih awal daripada saya!
5 ____________________ cantiknya baju kebaya yang dipakainya itu!
B. Pilih jawapan yang sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
1 2 | ............................,tidak sangka dia boleh mengarang begitu baik! A Eh C Wah B Oh D Wahai ..........................,sakitnya hati mendengar kata-kata lelaki itu! A Oh C Aduhai B Aduh D Amboi | 6 7 | ...................................,rasakan tikaman kerisku ini! A. Cis C Oh B Nah D Aduh ............................., cantik sungguh lukisan kamu ini! A Was C Wahai B Cis D Eh |
3 4 5 | .........................., berani kamu masuk ke kawasan kami! A Oh C Hai B Eh D Cis ........................., saya tidak menyangka dia sanggup mempermainkan saya! A Oh C Eh B Syabas D Aduhai ........................, memang kamu tidak layak menyertai kumpulan ini! A Ah C Oh C Wah D Nah | 8 9 10 | ............................, aku tetap tidak bersetuju dengan cadangan kamu itu! A Aduhai C Amboi B Aduh D Cis .........................., lama tidak dengar cerita, tiba-tiba sahaja sudah beranak tiga! A Syabas C Eh B Nah D Oh ........................., semua penduduk kampung, marilah kita bangkit menentang penjajah durjana! A Wahai C Aduh B Wah D Ah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan