1.4.3. KATA TANYA
PERKARA | KETERANGAN |
Kata Tanya | Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya hadir dalam sesuatu ayat tanya sebagai sebahagian daripada predikat dan tidak boleh hadir dalam bentuk subjek. Terbahagi kepada 2:- (a) Kata ganti Tanya:- (b) Kata keterangan tanya · digunakan bukan untuk menggantikan kata nama. Contoh kata keterangan tanya ialah mengapa, bila, dan bagaimana. |
Kata Ganti Tanya | Digunakan untuk menggantikan kata nama atau frasa nama meliputi manusia, binatang, benda, tempat dan bilangan. Contoh kata ganti tanya ialah apa, berapa, mana, dan siapa. |
apa | Kata ganti tanya apa digunakan untuk menanyakan narna benda atau binatang. Contoh: Nama binatang kesayangan kamu apa? (binatang) Barang yang berbungkus itu apa? (benda) Peringatan:- Kata Tanya tidak boleh digunakan untuk menanya manusia. Contoh: Nama kamu apa? (manusia) (salah) Nama kamu siapa? (manusia) (betul) Kata tanya apa juga tidak boleh disamakan penggunaannya dengan kata ganti nama tak tentu apa-apa. Contoh: Kucing peliharaan kamu itu bernama apa-apa? (salah) Kucing peliharaan kamu itu bernama apa? (betul) |
berapa | Kata ganti tanya berapa digunakan untuk menanyakan bilangan atau jumlah, baik untuk manusia, binatang, benda mahupun tempat. Contoh: Harga kereta baharu itu berapa? Pelajar di sekolah itu berapa orang? Untuk menginap di sana kits memerlukan berapa bilik? Kucing peliharaan kamu berapa ekor? Peringatan:- Kata tanya berapa tidak boleh digantikan dengan kata bilangan tidak tentu beberapa. Contoh: Kamu tinggal di sana selama beberapa hari? (salah) Kamu tinggal di sana selama, berapa hari? (betul) |
siapa | Kata ganti tanya siapa digunakan hanya untuk menanyakan manusia Contoh:- Budak yang berbaju biru itu siapa? Nama kamu siapa? Peringatan:- Kata tanya siapa tidak boleh digantikan dengan kata ganti nama tidak tentu sesiapa (siapa-siapa). Contoh: Kereta yang berwarna merah itu kepunyaan sesiapa? (salah) Kereta yang berwarna merah itu kepunyaan siapa? (betul) |
mana | Kata ganti tanya mana digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat. Contoh:- Budak yang berdiri di sini tadi mana? (manusia) Anjing garang kepunyan Ah Hong mana? ( binatang) Kereta Proton Saga ayah mana? (benda) Penari-penari itu dari mana? (tempat) Peringatan:- Kata tanya mana tidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata sendi. Contoh: Dalam kemalangan itu dua orang terbunuh di mana salah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia. (salah) Dalam kemalangan itu dua orang terbunuh dan salah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia. (betul) |
bagaimana | Kata ganti bagaimana menanyakan cara dan keadaan contoh:- Contoh: Kamu pergi ke sekolah setiap hari, bagaimana? ( cara ) Keadaan ibu kamu bagaimana? ( keadaan ) Peringatan:- Kata tanya bagaimana tidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata sendi. Contoh: Saya tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah ini. (salah) Saya tidak tahu cara menyelesaikan masalah ini. (betul) |
bila | Kata ganti bila digunakan untuk menanyakan masa contoh:- Sejak belakangan ini kamu marah-marah sahaja, mengapa? Peringatan:- Sekiranya kata tanya dalam sesuatu ayat dikedepankan akibat penyongsangan maka kehadirannya dalam penulisan hendaklah disertai dengan partikal - kah Contoh: Nama kamu siapa? Siapakah nama kamu? Kamu tinggal di mana? Di manakah kamu tinggal? Kamu marah-marah sahaja mengapa? Mengapakah kamu marah-marah sahaja? |
LATIHAN PENGUKUHAN
A Gariskan kata tanya pada ayat-ayat di bawah ini dan nyatakan sama ada ayat tanya tersebut ayat tanya
biasa ( AB) dan ayat tanya songsang (AS)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Bilakah kamu akan menjelaskan yuran kerana tarikh akhir sudah pun tamat. Ayah menggunakan siapa untuk mendapatkan borang itu? Beberapa hari yang lalu dia telah mengumumkan harga buku itu tetapi berapakah harga buku itu? Siapakah yang telah mengambil buku saya? Saya tidak akan memaafkan sesiapa pun yang mengambilnya. Mengapakah ayah kelihatan marah sejak beberapa hari belakangan ini? Di manakah kamu tinggal dan bagaimanakah kamu datang ke sekolah pada setiap hari? Saya boleh membeli apa-apa dari sini tetapi berapakah harga barang-barang ini? Selepas tamat belajar di sini, kamu hendak ke mana? Walaupun ke mana-mana kamu pergi, saya berharap agar kamu tidak melupakan saya. Cuba kamu terangkan apakah punca kemalangan itu berlaku? Bagaimanakah kita hendak memulakan perniagaan jika kita tidak mempunyai modal? |
LATIHAN PENGAYAAN
B. Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
1 2 3 4 5 | Dalam kejadian itu dua orang terbunuh di mana kedua-duanya adik-beradik. Tiada kesalahan. A B C D Kamu tahu nama budak yang berbaju merah itu apa? Tiada kesalahan. A B C D Beberapakah harga buku yang kamu beli semalam dari kedai itu? Tiada kesalahan. A B C D Apa nama anak kakak anda yang baru dilahirkan itu? Tiada kesalahan. A B C D Siapakah yang tidak hadir ke sekolah pada hari sukan diminta berjumpa dengan Pengetua sekolah? A B C Tiada kesalahan. D |
JUMLAH SOALAN BETUL DIJAWAB
15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan