1.1      KATA KERJA
Kata kerja merupakan golongan kata dalam bahasa Melayu yang digunakan khusus menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga:-
KATA KERJA
|     1.       Kata Kerja Tak   Transitif  |        2.       Kata Kerja   Transitif  |        3.       Kata Kerja Pasif  |   
1.2.1        Kata Kerja Tak Transitif ( KKTT)
Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang terdiri daripada bentuk yang berikut:-
Pembetukan
Kata Kerja Tak Transif (KKTT)
|     Kata Kerja Asal  (Kata Akar)  |        |        Kata Kerja Berawalan BeR-  |        |        Kata Kerja Berawalan MeN-  |   ||
|     Kata Kerja Berawalan   TeR-  |        Kata Kerja Berapitan   Ber……an  |        |        Kata Kerja Berapitan   Ber………..kan  |   |||
Kata kerja Tak Transitif boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan objek kecuali kata kerja berawalan ber……..kan yang memerlukan pelengkap. ( Rujuk perbincangan kata kerja Tak Transitif berawalan ber……..kan )
|     Kata Kerja Tak Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Asal ( Kata Akar )  |        Merupakan kata kerja bebas dan tidak   berimbuhan. Kata bantu boleh disertakan seperti   perkataan belum, sudah, akan dan sebagainya.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        makan,   minum, tidur, jatuh, keluar, masuk, datang, lahir, duduk, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Ali   sudah tidur. Kerja   Ahmad belum siap lagi.  |   
|     Kata Kerja Tak Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berawalan BeR-  |        Boleh diwujudkan oleh awalan be-, ber-, dan   bel-.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        bersalam,   berasak, beranak, berdiri, berbelanja, berdayung, bersenam dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Ali   sudah tidur. Kerja   Ahmad belum siap lagi.  |   
|     Kata Kerja Tak Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berawalan MeN-  |        Boleh diwujudkan oleh awalan me-, men-,   mem-, meng-, meny-, menge-, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        menyanyi,   membaca, mendarat, menyampuk, menangis,    dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Wafiah   menyanyi. ( Boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap) Wafiah   menyanyi di dapur. ( Boleh menerima pelengkap atau keterangan ) Samad   menangis. ( Boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap) Samad   menangis dengan tersesak-esak. ( Boleh menerima pelengkap  atau keterangan)  |   
|     Kata Kerja Tak Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berawalan TeR-  |        Boleh diwujudkan oleh awalan ter-, ter-). Kata kerja berawalan ter- kata kerja ini   perlu dibezakan dengan kata kerja transitif dan kata kerja pasif berawalan   teR ( Huraian selanjutnya akan dibincangkan dalam perbincangan imbuhan   berawalan ter)  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        termenung,   terserempak, terjebak, terhidang, dan sebagainya yang tidak diikuti dengan   objek.  |   
|     Contoh   ayat  |        Emak   sedang termenung. ( Tanpa pelengkap atau keterangan) Emak   sedang termenung di tepi tingkap. ( Dengan pelengkap atau keterangan )  |   
|     Kata Kerja Tak Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan Ber…..an  |        Diwujukan oleh imbuhan berapitan ber…….an.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        berpanjangan,   berjauhan, berlarian, bergentayangan, berkeliaran, dan sebagainya  |   
|     Contoh   ayat  |        Ahmad   bekerja bermati-matian untuk menampung keperluan keluarganya. Semoga   rezeki ini akan melimpah ruah secara berpanjangan.  |   
|     Kata Kerja Tak Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan Ber…..kan  |        Diwujukan oleh imbuhan berapitan ber…….kan. Kata kerja tak transitif ini memerlukan   pelengkap berbanding dengan kata kerja tak transitif yang lain.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        berpandukan,   berdasarkan, beratapkan, berselimutkan, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Pengawas   sekolah menjalankan tugasan mereka berdasarkan peraturan sekolah. Pengakap   Remaja tersebut merentas hutan tebal dengan berpandukan peta yang di bawa   supaya tidak sesat.  |   
Peringatan:-
Kesimpulannya kata kerja tak transitif :-
a)     tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri kecuali kata kerja tak transitif berapitan ber…..kan yang memerlukan pelengkap untuk menjadi ayat yang lengkap atau gramatis.
b)    namun, kata kerja tak transitif yang lain boleh dikembangkan dengan menggunakan kata sendi supaya prediketnya berkembang.
Di bawah disenaraikan contoh penggunaan kata kerja tak transitif yang betul dan salah.
Kata kerja tak transitif berimbuhan apitan ber……kan.
|     Bil  |        Betul  |        Salah  |   
|     1  |        Pemuda tersebut   tidur berbantalkan tangan.  |        Pemuda itu tidur   berbantalkan pada tangannya.  |   
|     2  |        Pasukan penyelamat   tersebut berjaya menjumpai pelajar yang tersesat berdasarkan peta dan kompas   yang dibawa bersama.  |        Pasukan penyelamat   tersebut berjaya menjumpai pelajar yang tersesat berdasarkan dengan peta dan kompas   yang dibawa bersama.  |   
Contoh kata kerja tak transitif yang menerima pelengkap atau ditambah frasa keterangan untuk mengembangkan prediketnya dengan menyelitkan kata sendi.
|     Bil  |        Ayat menggunakan   KKTT yang  tidak menerima pelengkap.  |        Ayat menggunakan KKTT   yang   menerima pelengkap dan berlaku   perkembangan prediket.  |   
|     1  |        Emak sedang tidur.  |        Emak sedang tidur di   dalam bilik.  |   
|     2  |        Ayah suka bersenam.  |        Ayah suka bersenam pada   waktu petang.  |   
|     3  |        Golongan remaja   suka bergentayangan.  |        Golongan remaja   suka bergentayangan. di kompleks membeli belah pada   hunjung minggu.  |   
|     4  |        Penyanyi itu menari.  |        Penyanyi itu menari   dengan pasangannya.  |   
|     5  |        Gadis itu   terpinga-pinga.  |        Gadis itu   terpinga-pinga apabila direnung oleh pemuda yang tidak dikenalinya.  |   
1.2.2   KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek  atau penyambut selepasnya untuk menjadi ayat yang lengkap atau gramatis. 
Objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada frasa nama.
Kata bantu seperti belum, sudah, pernah dan sebagainya boleh hadir  bersama kata kerja transitif.
Kata kerja transitif diwujukan dengan menerima imbuhan:-
MeN-  +  Kata Dasar  +  ( i  / kan )  + objek
Pada dasarnya pembentukan kata kerja transitif dengan imbuhan MeN- seperti di bawah:
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
|     Berawalan MeN-  |        Berawalan memper-  |        Berapitan  MeN-….-kan  |   |||
|     |        |        |        |        |        |   
|     Berapitan MeN-……..-i  |        |        Berapitan memper….-kan  |        |        Berapitan memper…….-i  |        Berawalan teR-  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berawalan MeN-  |        Boleh diwujudkan oleh awalan me-,   men-,mem-, meny-, menge-  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        melawat,   mencuci, membaca, mengarang, menyanyi, mengetin,  dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Shamsiah   sedang mencuci pinggan. Pelajar   SMKA Sultan Azlan Shah melawat Muzium Negara di Kuala Lumpur.  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan  MeN-…..kan  |        Boleh diwujudkan oleh awalan MeN-………-kan.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        menyatakan,   menggariskan, menyinsingkan, menyingkirkan  |   
|     Contoh   ayat  |        Murid   itu sedang menggariskan garisan di bukunya dengan menggunakan pembaris. Pekerja   itu menyinsingkan lengan bajunya apabila cuba mengambil kuncinya yang   terjatuh ke dalam parit.  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan  MeN-…..-i  |        Boleh diwujudkan oleh awalan MeN-………-i  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        memasuki,  membasahi, membaiki, membelakangi,   membohongi,  membanjiri dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Polis   cuba memasuki rumah lelaki tersebut apabila menerima maklumat rumah tersebut   merupakan sarang pengedaran dadah daripada orang ramai  Peluh   membasahi tubuh Amran setelah seharian bekerja di lading.  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan  Memper-...……  |        Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-…………….  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        memperalat,   memperoleh, memperdaya, mempertahan, memperkacang, memperkemas, dan   sebagainya  |   
|     Contoh   ayat  |        Komunis   memperalat pemuda-pemuda itu. Peniaga   itu memperdaya pelanggannya dengan janji-janji manis. Dia   memperkacang harta orang tuanya hingga habis.  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan  Memper…-kan  |        Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-……-kan  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        mempersembahkan,   memperdagangkan, memperdengarkan, memperisterikan, mempersuamikan,   memperhambakan dan sebagainya  |   
|     Contoh   ayat  |        Wanita   itu memperhambakan dirinya kepada sultan. Pak   Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan  Memper-……-i  |        Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-………-i  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        memperisteri,   mempersuami, memperoleh, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Halim   memperisteri Samsiah setelah mereka berkenalan selama dua tahun.  |   
|     Kata Kerja Transitif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja yang Berapitan  teR-........  |        Boleh diwujudkan oleh awalan teR-............ Kata kerja transitif awalan teR- diikuti   dengan objek bermaksud melakukan sesuatu secara tidak sengaja.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        terpijak,   tersepak, terdengar, terpandang, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        terpijak   batu, tersepak tunggul, terpandang wajahnya, terdengar cerita  |   
Pengecualian:
(a)        Kata kerja transitif yang hadir dalam ayat majmuk pancangan komplemen iaitu kata komplemen hadir selepas kata kerja transitif.
Contoh:
i.    Dia menjelaskan bahawa ...                             Rujuk perbincangan kata hubung pancangan 
ii.   Beliau menasihatkan agar / supaya ...              komplimen
(b)        Kata kerja transitif diikuti dengan kata kerja transitif dan diikuti dengan objek.
Contoh:
i. Dia mencuba menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
      ( kkt )    +     ( kkt )    +     ( objek )
·         Dia cuba menyelesaikan masalah itu dengan tenang. ( salah )
ii. Dia membantu meringankan masalah yang saya hadapi. ( kkt ) + ( kkt  ) + ( objek )
·       Dia bantu meringankan masalah yang saya hadapi. (salah)
iii. Dia menolong menyiapkan kerja saya itu.
·       Dia tolong menyiapkan kerja saya itu. (salah)
Selain pengecualian tersebut, kata-kata lain selain objek yang terdiri daripada frasa nama tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Hanya objek yang terdiri daripada frasa nama sahaja yang boleh hadir selepas kata kerja transitif.
|     Salah  |        Betul  |   
|     Dia   menceritakan tentang masalahnya.  Saya  mempunyai banyak kawan Ayah mendalamkan lagi perigi itu.  |        Dia   menceritakan masalahnva. Saya banyak   mempunyai  kawan.  Ayah mendalamkan   perigi itu lagi.                      atau      Ayah mernperdalam perigi itu.  |   
1.2.3       Kata Kerja Pasif (KKP)
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat pasif yang pada asalnya terdiri daripada kata kerja transitif yang hadir dalam ayat aktif transitif. Kata kerja pasif terbahagi kepada 7 jenis:-
Kata Kerja Pasif
|     KKP Diri Pertama  |        KKP Diri Kedua  |        KKP Diri Ketiga  |   |||||||
|     KKP Berawalan beR  |        |        |        | KKP berapitan ke-........-an  |   |||||
|     |        KKP Pasif Neutral   yang di dahului perkataan kena  |        |        |        KKP Berawalan teR-  |        |   ||||
Kata kerja pasif diri pertama dan kedua mempunyai bentuk frasa yang sama iaitu kata kerja berkenaan tidak mempunyai awalan tetapi jika mempunyai imbuhan akhiran, imbuhan berkenaan haruslah dikekalkan dan kebiasaannya didahului dengan kata bantu aspek.
|     Kata Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Pasif yang mempunyai unsur kata diri pertama   dan kedua  |        Mempunyai bentuk dan susunan kata yang sama   frasanya. Tidak boleh menggunakan kata sendi   di-........... dan serta diikuti kata sendi nama oleh dan imbuhan meN....... Kebiasaannya didahului dengan kata bantu   aspek seperti belum, sudah, akan dan sebagainya. Pelajar perlu berhati-hati untuk mengesan   bentuk susunan kata dalam ayat.  |   
|     Contoh Kata kerja  |        a)     tahu, lihat,  tulis,  bawa, tendang, garis, dan sebagainya ( kata   akar- tidak menerima imbuhan di awalan dan akhiran) b)    tunaikan, serahkan, tuliskan, bawakan, dan sebagainya (   jika ada awalan akhiran, awalan tersebut tidak perlu digugurkan)  |   
|     Contoh    ganti nama diri yang terlibat  |        a)     Kata ganti diri pertama- saya, aku, beta, patik, daku,   hamba, kami, dan kita. b)    Kata ganti diri kedua- awak, anda, kalian, tuanku, tuan   hamba, dan dikau.  |   
|     Contoh   ayat  |        Kereta   itu sudah saya basuh pagi tadi. Buku   itu kauambil dari mana?  |   
.
|     Kata Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Pasif Diri Ketiga  |        Berbeza dengan susunan kata dalam frasa   ayat pasif  yang mengandungi kata ganti   diri pertama dan kedua. Kata kerja transitif meN- akan ditukar   menjadi awalan di-..... dan jika ada imbuhan akhiran dikekalkan. Lazimnya kata sendi oleh digunakan selepas   kata kerja pasif berkenaan.  |   
|     Contoh   Kata kerja  |        dimasak, dipikul,   dibajak, ditolak, dibantu, dan sebagainya.  |   
|     Contoh    ganti nama diri yang terlibat  |        Kata   ganti nama diri ketiga- dia, baginda, beliau, mereka  |   
|     Contoh   ayat  |        Kereta   itu telah dibasuh oleh mereka. Buku   itu telah diambil olehnya.          atau Buku   itu telah diambil olehnya.  |   
|     Kata Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Pasif Berawalan beR-  |        Kebiasaannya kata kerja pasif berawalan   beR-.... akan hadir bersama-sama kata bantu aspek sudah, telah, belum, dan   sebagainya.  |   
|     Contoh Kata kerja  |        berasah, berjahit, beralas, berbalas dan   sebagainya. sudah berasah bermaksud sudah diasah, belum berjahit bermaksud belum berjahit. sudah beralas bermaksud sudah dialas. telah berbalas bermaksud telah dibalas.  |   
|     Contoh   ayat  |        Meja   itu sudah beralas. Baju   itu belum berjahit.  |   
|     Kata Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Pasif Berawalan teR-  |        Kata kerja pasif   berawalan teR- mesti diikuti dengan kata sendi nama selepas  kata kerja pasif tersebut tanpa mengira   kata ganti diri yang digunakan sama ada kata kerja diri pertama, kedua, atau   ketiga.  |   
|     Contoh Kata kerja  |        terangkat olehku,  tertendang oleh Ahmad, terdaki olehnya,   terpijak oleh mereka, dan sebagainya.  |   
|     Contoh   ayat  |        Meja   itu terangkat olehku. Baju   itu tidak terbeli oleh saya. Perompak   itu tertembak oleh polis..  |   
|     Kata Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Pasif Berapitan ke-...........-an.  |        Kata kerja pasif ini sama seperti kata nama   terbitan tetapi membawa maksud kata kerja  |   
|     Contoh Kata kerja  |        kemalangan bermaksud kena nasib malang kehujanan bermaksud kena hujan kedinginan bermaksud dalam keadaan rasa   dingin kecurian bermaksud kena curi  |   
|     Contoh   ayat  |        Ahmad   kehujanan sepanjang perjalanan ke sekolah.  |   
|     Kata Kerja Pasif  |        Keterangan  |   
|     Kata Kerja Pasif  dengan Kata Bantu Pasif kena  |        Kata kerja pasif ini boleh dikesan dengan   penggunaan kata bantu pasif kena yang bermaksud dilakukan.  |   
|     Contoh Kata kerja  |        kena pukul bermaksud dipukul (oleh) kena tangkap bermaksud  ditangkap (oleh) kena used bermaksud diusik (oleh)  |   
|     Contoh   ayat  |        Lelaki   itu kena tangkap polis.                    atau Lelaki   itu ditangkap oleh polis. Adik   perempuan Ali kena usik pemuda kampung  atau. Adik   perempuan Ali diusik oleh pemuda kampung.  |   
SOALAN LATIHAN PENGUKUHAN
A Gariskan kata keja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah dan nayatakan sama ada kata kerja tersebut  kata kerja transitif, akata kerja tak transitif, atau kata kerja pasif
1.      Ayah dan ibu berbual-bual di ruang tamu rumah.
1      Kuih itu  telah saya hidangkan di  atas meja.
2     Buaya itu telah terlepas dari kurungannya.
3     Ibu akan membeli belah di pasar raya pada petang ini.
4     Motosikal itu akan digunakan ayah untuk ke dusun.
5     Para guru hendaklah menggalakkan para pelajar supaya
belajar dengan tekun.
6     Mereka sedang membincangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar.
7     Semua pelajar yang keracunan makanan telah dikejarkan ke hospital.
8     Hubungan yang baik antara jiran perlulah diamalkan dalam kehidupan kita.
9     Semasa sambutan ulang tahunnya, dia didatangi rakan-rakannya.
10   Zami menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa dalam kebakaran.
11   Tempat penginapan para peserta akan kami uruskan dengan baik.
12   Adik masih tidak mengerti akan masalah kegawatan ekonomi.
13   Motosikal itu tidak dapat dibaiki kerana tiada alat gantinya di pasaran.
14   Baju yang akan dipakainya itu sudah bergosok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan