1.4    KATA TUGAS
Perkara  |    Keterangan  |   ||||||||||||
Kata Tugas  |    Kata   tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa mendapat bantuan   daripada kata-kata lain. Pembahagian kata tugas bergantung pada tugas sesuatu   kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan kepada   sepuluh jenis seperti yang disenaraikan di bawah.  |   ||||||||||||
Jenis Kata Tugas  |    
  |   ||||||||||||
1.4.1
Kata Tugas  |    Keterangan  |   |||||||||||||||||||||||||
Kata Sendi Nama  |    Kata   sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata   atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama.   Antara kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:-  |   |||||||||||||||||||||||||
Kata-kata Sendi Nama  |    Kata-kata   sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu:- 
  |   |||||||||||||||||||||||||
Panduan atau fungsi kata sendi di atas dalam bahasa Melayu:-
1.4.1.1
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
di  |    Digunakan khusus di hadapan kata nama   atau frasa nama untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah dengan   kata nama yang mengikutinya.  |   
Contoh  Contoh kesalahan  |    a)   Saya tinggal di  Kedah. ( Kedah   merupakan kata nama khas menunjukkan tempat) b)   Di sinilah   kejadian rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan kata tunjuk tempat) Peringatan:- Kata sendi di tidak boleh   digunakan sebelum kata nama yang                      menerangkan waktu, masa, atau   zaman. a)   Di zaman kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang datang        dari seluruh dunia. b)   Di masa itu saya sedang berjalan pulang dari sekolah.  |   
1.4.1.2
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
ke  |    Digunakan   di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang   ditujukan dan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini   dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.  |   
Contoh  |    a)   Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. ( arah/tempat   ) b)   Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari semasa ke semasa. ( masa ) Peringatan:-   Kata   sendi tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang                        menunjukkan manusia atau binatang.  |   
1.4.1.3
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
dari  |    Kata   sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama arah, tempat, atau   masa  |   
Contoh  |    a) Lori itu datang   dari arah selatan ( arah )                                                 A b)   Ayah saya berasal dari Sabah ( tempat )                                                T c)   Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan malam. ( masa )           M Peringatan:-   Terdapat   beberapa pengecualian dalam penggunaan kata sedi dari,                        iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif yang mengikut                           peraturan di atas. Contoh:-     dari   segi, dari sudut, dari aspek, dari perspektif.  |   
1.4.1.4
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
daripada  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, punca, perbandingan, benda   abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.  |   
Contoh  |    a)   Hadiah itu daripada kekasihnya.  (   manusia ) b)   Meja itu diperbuat daripada kayu jati terpilih. ( punca ) c)   Rumah itu lebih besar daripada rumah kita. ( perbandingan ) d)   Perlakuannya berbeza daripada yang dilafazkannya. ( pertentangan ) e)   Kami banyak mendapat faedah daripada seminar itu. ( abstrak) f)  Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima   orang. ( kenaggotaan )  |   
1.4.1.5
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
pada  |    Kata   sendi ini digunakan di hadapan kata nama frasa nama yang menunjukkan masa,   tempat bagi perbuatan kata kerja, manusia yang didahului perkataan ‘ada’ dan   benda abstrak serta ungkapan-ungkapan tertentu.  |   
Contoh  |    a)   Kami bertolak ke sana pada pukul lapan pagi.    ( masa ) b)   Dia menyapu jem pada roti lalu memakannya. ( tempat ) c)   Buku latihan kamu ada pada saya. ( manusia ) d)Pada   pendapat saya perkara itu tidak logik. ( abstrak/ ungkapan )  |   
1.4.1.6
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
kepada  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang menyatakan arah yang hanya menunjukkan manusia dan   haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada kaitan dengan manusia, dan   menyatakan pecahan.  |   
Contoh  |    a)  Sampaikan pesanan itu kepada ayah kamu. (   manusia ) b)   Dia membiarkan rumput itu kepada lembunya. ( haiwan ) c)   Jangan biarkan diri anda kepada bahaya dadah. ( abstrak ) d)   Kami telah menghantar surat rayuan kepada sekolah tersebut. ( institusi ) e)   Para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. ( pecahan ) Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada sering   digunakan untuk berpadanan                         dengan kata sendi nama daripada, manakala kata sendi nama ke                       berpadanan dengan kata sendi nama dari. Contoh:- daripada   Ali kepada saya. daripada   seorang yang miskin kepada seorang yang kaya. daripada   tahap malas kepada tahap rajin. dari   sehari ke sehari dari   Mekah ke Madinah dari   utara ke selatan  |   
1.4.1.7
Kata Sendi  |    Fungsinya  |   
akan  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului   dengan kata adjektif yang bersifat perasaan. Kata sendi kepada, pada,   terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata sendi akan tetapi   keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan ayat.  |   
Contoh  |    a)    Saya sayang akan ibu bapa saya. b)    Razali amat suka akan buah durian. c)    Sebagai rakyat yang sayang akan negara   kita perlu mempertahankan negara daripada       musuh   negara. d)  Para pelajar harus hormat akan guru. Kata   sendi akan juga digunakan untuk kata kerja yang tidak berimbuhan yang   bermaksud meN- patuh   akan perintah         =        mematuhi perintah tahu   akan kejadian itu      =      mengetahui kejadian itu Peringatan:-  Lazimnya ada kalangan pelajar cenderung   menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. contoh:- a)  Wanita itu amat rindukan anaknya. b)  Sebagai rakyat kita mesti sayangkan negara   tempat tumpah darah kita. c)  Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu. d)  Kami sungguh bencikan kelakuannya yang   buruk itu. Justeru,   penggunaan kan menggantikan kata sendi akan selepas kata adjektif hanya sesuai   digunakan dalam bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa   rasmi atau tulisan.   |   
1.4.1.8
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
bagi/untuk  |    Kata   sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi   tertentu seperti berikut:- a)  menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi   ini kata sendi nama bagi dapat       bervariasi dengan kata sendi nama untuk. b)   menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi   ini,      kata sendi  bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata   sendi untuk.  |   
Contoh  |    a)  menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi   ini kata sendi nama bagi dapat       bervariasi dengan kata sendi nama untuk. i)   Asrama     untuk      penuntut-penuntut   Sabah sedang dibina.                     bagi ii)  Derma       untuk      anak-anak yatim akan   dipungut oleh.                      bagi iii)   Rumah    untuk      pekerja-pekerja telah dibaiki.                     bagi iv)   Kereta itu      untuk      kegunaan pejabat sahaja.                           bagi b)   menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi   ini,      kata sendi  bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata   sendi untuk. i)  Hadiah itu untukmu   ( _/ )        =    Hadiah itu bagimu  ( X ) ii)   Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( _/ )    =  Tanah seluas dua ekar   bagimu  ( X ) iii)Untuk   siapakah hidangan di ata meja itu    (   _/  )      Bagi siapakah hidangan di atas meja   itu    (  X  )  |   
1.4.1.9
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
dengan  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara,   keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat.   |   
Contoh  |    a)  Ayah pergi ke kedai dengan ibu.  ( bersama-sama ) b)  Rumah bari itu tidak sama dengan rumah   kami.  ( bandingan setara ) c)  Dia belajar dengan bersungguh-sungguh agar   lulus.  ( cara ) d)  Ayah membelah kayu itu dengan kapak.  ( alat )  |   
1.4.1.10
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
hingga   / sampai  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama untuk membawa maksdu perihal waktu, atau tempat.   Kedua-dua kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam penggunaannya.  |   
Contoh  |    a)   Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam dua pagi. b)   Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke universiti. c)  Hingga / sampai hari ini dia belum   menjelaskan hutangnya.  |   
1.4.1.11
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
oleh  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang membawa maksud sebab atau kerana dan selepas kata   kerja pasif berawalan di-, ter-, dan kena.  |   
Contoh  |    a)  Penjahat itu mati oleh senjatanya sendiri.   ( sebab ) b)  Bola itu disepak oleh abangnya. c)  Kotak itu tidak terangkat oleh saya. d)  Soalan itu tidak terjawab oleh sesiapapun. e)  Pencuri itu kena tangkap oleh penduduk   kampung. f)   Dia terpegun oleh kemerduan suara lunak   penyanyi itu.  |   
1.4.1.12
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
seperti/ umpama /bagai/ laksana  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.  |   
Contoh  |    a)   Kuih itu keras seperti/umpama/bagai/laksana batu. b)   Wajahnya ceria seperti/umpama/bagai/laksana bulan purnama. Umumnya   kata sendi nama seperti / umpama / bagai / laksana, dan bagai digunakan dalam   perumpamaan. contoh:- Bagai   langit dengan bumi. Laksana   rusa masuk kampung. Seperti   isi dengan kuku. Umpama   ayam disambar helang.  |   
1.4.1.13
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
tentang  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu   atau kata nama yang mengikuti kata sendi nama yang menjadi hal yang   diperkatakan.  |   
Contoh  |    a)  Mereka sedang berbincang tentang masalah   disiplin pelajar. b)  Aduan tentang kehilangan sijil-sijil saham   itu adalah palsu. c)  Ceritanya berkisar tentang masalah   keruntuhan akhlak remaja. Peringatan:-    Kata   sendi nama tentang sering digantikan dengan perkataan mengenai yang   merupakan kata kerja yang bermaksud kena pada sedangkan tentang   berfungsi untuk membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau umum, atau   abstrak. Penggunaan kata mengenai berkenaan tidak sesuai digunakan. Contoh:- a)  Mereka berbincang mengenai masalah disiplin   pelajar.           Kata mengenai tidak b)  Aduan mengenai kehilangan sijil-sijil saham   adalah palsu.      tepat tetapi sesuai  c)  Ceritanya berkisar mengenai masalah   keruntuhan akhlak.      digantikan   dengan kata                                                                                                          sendi nama tentang                                                                                                          lebih merujuk perkara                                                                                                            umum atau abstrak. Sedangkan   mengenai lebih menjurus kepada maksud kena   pada contoh:- a)   Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.                                               Katai b)   Bola yang ditendangnya mengenai palang.                                                     mengenai  c)   Anak panah itu mengenai dada penjenayah tersebut.                                   di sebelah d)   Kata-kata caciannya mengenai dirinya sendiri.                                                bermaksud e)   Penyakit ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa.     kena   pada  |   
1.4.1.14
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
demi  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan, unsur penegas, dan untuk   melahirkan maksud urutan.  |   
Contoh  |    a)  Rakyat diseru bersatu demi kestabilan   negara. ( tujuan) b)  Demi kebenaran, dia sanggup melakukan apa   sahaja.  ( tujuan ) c)  Dia membaca surat itu perkataan demi   perkataan.  ( urutan ) d)  Demi Allah aku tidak tergamak melakukannya.   ( penegas )  |   
1.4.1.15
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
sejak/ semejak  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang membawa maksud penanda waktu bermula.  |   
Contoh  |    a)  Kami tinggal di sini sejak/semenjak   dilahirkan. b)  Sejak/semenjak kejadian sedih itu dia   sering termenung sendirian. c)  Sejak/semenjak tadi dia berusaha untuk   menjawab soalan itu.  |   
           Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi nama sukar difahami fungsinya.
           Justeru, cuba faham dan kuasai kata sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu bijak bertindak
           menyelesaikan masalah berkenaan.
1.4.1.15
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
terhadap  |    Kata sendi ini digunakan sebagai unsur yang   melibatkan penyambut sama ada manusia, haiwan, atau benda.  |   
Contoh  |    a)  Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan   terhadap binatang. b)  Elakkan diri daripada bersikap biadap   terhadap ibu bapa. c)  Asid akan bertindak balas terhadap logam   tersebut. Peringatan:   Kata sendi nama terhadap perlulah digantikan dengan kata sendi nama tentang   atau akan jika membawa maksud rujukan umum atau abstrak. a)  Kami berasa curiga terhadap kejujurannya .   ( Salah )      Kami berasa curiga akan/tentang   kejujurannya. ( Betul ) b)  Kita bertanggungjawab terhadap   kesejahteraan ibu bapa kita. ( Salah )      Kita bertanggungjawab akan/ tentang   kesejahteraan ibu bapa kita. ( Betul )  |   
1.4.1.16
Kata   Sendi  |    Fungsinya  |   
dalam/atas/ antara  |    Kata sendi ini digunakan di hadapan kata   nama atau frasa nama yang membawa maksud tempat yang tidak mempunyai ruang   atau jarak.  |   
Contoh  |    a)  Tidak ada hubungan antara saya dengan gadis   itu. b)  Dia mencapai kejayaan cemerlang dalam   bidang pendidikan. c)  Perkara tersebut telah dibincangkan dalam   mesyuarat yang lalu. d)  Mereka selalu berbincang antara satu sama   lain bagi menyelesaikan masalah yang       timbul. e)  Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas   bantuan yang kamu berikan tempoh hari. Peringatan:- Kata   sendi dalam, atas, dan antara perlu dibezakan dengan kata arah, dalam, dan   antara yang kadir bersama-sama kata sendi di yang membawa maksud mempunyai   ruang dan jarak.  ( Huraian lanju dalam   bab kata arah ) Contoh:- a)  Jarak di antara tempat ini ke sekolah ialah   lima kilometer.  ( jarak ) b)  Tidak ada apa-apa di dalam bilik ini.  ( tempat ) c)  Buku di atas meja itu kepunyaan ayah.  |   
     Beberapa kesalahan dalam penggunaan Kata Sendi:-
    a)  Penggunaan kata sendi oleh
         Kata nama atau frasa nama harus hadir selepas kata sendi oleh. Oleh itu, kata-kata lain selain kata nama
         atau frasa nama yang hadir selepas kata sendi oleh dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu.
         contoh:              Salah                                           Betul
                                   oleh kerana                                 oleh sebab
   b)  Penggunaan dua kata sendi
        contoh:               Salah                                           Betul  
                                   selain dari itu..........                     selain itu..........
                                   selain daripada itu..........             selain itu..........  
                                   demi untuk...........                        demi/ untuk.......
                                   hingga ke.........                            hingga/ ke ........
     Namun, dalam kes-kes tertentu yang mengalami pengguguran kata kerja, kehadiran dua kata sendi secara
     serentak dibenarkan:-
     Contoh:  a)  Hasratnya untuk ke luar negara dibatalkan.           ( bermaksud untuk pergi ke )
                    b)  Hasratnya untuk ke luar negera dibatalkan.           ( salah )
                    c)  Hasratnya ke luar negera dibatalkan.                     ( betul )
LATIHAN PENGUKUHAN:
A.  Pilih kata sendi yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1.   Razlina suka bersiar-siar ( di  ,  pada ) taman bunga  ( di ,  pada ) waktu petang.
2.   Pegawai di syarikat itu bekerja ( dari ,  daripada )  jam Sembilan pagi  ( pada,  hingga ) jam enam petang.
3.  Teksi itu membelok  ( daripada,  dari ) Jalan Pinang ( kepada,  ke ) Jalan Kudin.
4.  Seorang ketua perlulah bersikap adil ( untuk, terhadap )  orang-orang di bawah jagaannya.
5.  Salina menerima sepucuk surat ( dari , darpada ) adiknya yang tinggal ( dari,  di ) Sabah.
6.  Emak amat saya ( pada, terhadap ) abang yang selalu mengambil berat ( terhadap ,  tentang ) kebajikannya.
7.  Pak Harun mengahwinkan anaknya  (  kepada,  dengan ) seorang pemuda yang berjuang  ( untuk , akan )
     kemerdekaan negara ini.
8.  Ayah  ( ke , di  )  Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.
9.  Jauhkan diri kamu ( dari , daripada ) dadah.
10.Perbuatan kamu itu salah ( dari , daripada ) sudut agama.
B.   Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata sendi nama yang sesuai.
1.    Berapakah jarak  ................................ rumah kamu ke perhentian bas?
2.    Kita harus berjuang habis-habisan ...........................kepentingan negara.
3.    Kumpulan kami terdiri ..................... lima orang sahaja.
4.   Setiap insan di muka bumi ini tidak sunyi.....................melakukan kesilapan.
5.   Rumah di atas bukit itu lebih besar.......................rumah Pak Abu.
6.   Kemalangan ngeri itu berpunca .............................kelalaian penunggang motosikal.
7.   ....................................pendapat kamu, wajarkah aktiviti tersebut diteruskan?
8.   Kebanyakan pelancong yang berkunjung .....................sini terpesona ........................keindahan pantainya.
9.   Kebanyakan penduduk di bandar mula menggunakan pengangkutan awam.................. pergi ke pejabat.
10.  Saya amat tertarik .......................... keunikan lukisan itu.
11.  Ayah mengikat tali itu ...................leher lembu.
12.  Oleh ....................kekurangan wang, dia membatalkan hasratnya ke Indonesia.
13.  Kami amat bersimpati ..........................nasib yang menimpa keluarga itu.
14.  Kotak yang berat itu tidak terangkat ..........................kami.
15.  Surat bantahan itu telah kami hantar .............................pihak yang berkenaan.
C.   Pilih kata sendi nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam petikan di bawah.
      Pulau Langkawi ..................Kedah memang terkenal.........................lagenda Mahsurinya. Boleh dikatakan
.........................setiap kali cuti persekolahan ramai akan mengunjunginya.  Kebanyakan.....................mereka 
terpegun ................................ keindahan pantainya yang bersih itu. Tidak kurang juga yang mengambil 
kesempatan.............................merakamkan gambar-gambar yang menarik .........................dijadikan tanda 
kenangan .........................masa akan datang sebagai sesuatu kenangan manis...................hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan