1.4.4   KATA ARAH
|     PERKARA  |        KETERANGAN  |   ||||||||||||||||||||||||
|     Kata Arah  |        Kata arah merupakan perkataan yang hadir sebelum frasa   nama dan lazimnya hadir sesudah kata sendi nama. Kata   arah berfungsi untuk menunjukkan arah. Antara beberapa contoh kata arah ialah: 
 Peringatan:- Peringatan: Terdapat beberapa   patah kata arah, iaitu antara dan dalam yang turut berfungsi sebagai kata sendi. Sebagai   kata sendi, kedua-dua kata ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan   mempunyai pengertian yang berbeza daripada kata arah, iaitu yang bermaksud   tempat yang mempunyai jarak atau ruang. Oleh itu, elakkan daripada membuat   kesalahan dalam penggunaannya. Contoh: ·         Terdapat sebuah buku rujukan di dalam   beg itu.                                       (kata   arah) ·         Dalam   kejadian itu, seorang penumpang terbunuh.                                   (kata   sendi) ·         Saya menyimpan barang itu di dalam   kotak.                                            (kata   arah) ·         Jika mahu berjaya dalam pelajaran, kita haruslah berusaha  dengan bersungguh-sungguh.                                                               (kata   sendi) ·         Jarak di antara   sekolah saya ke pejabat pos ialah tiga kilometer.             (kata arah) ·         Mereka selalu berbincang antara satu   sama lain.                                      (kata   sendi) ·         Di   atas   meja itu terdapat sebuah buku.                                                     (kata   arah) ·         Kejayaan saya tempoh hari adalah atas dorongan daripada ibu        bapa, guru-guru, dan rakan-rakan.                                                                (kata sendi)  |   
1.4.5  KATA BANTU
|     PERKARA  |        KETERANGAN  |   ||||||||||||
|     Kata Bantu  |        Kata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu   frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang   bermaksud sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna tambahan dari   segi masa atau ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-                       i)    Kata bantu aspek                                             ii)  Kata bantu ragam  |   ||||||||||||
|     Kata Bantu Aspek  |        Kata bantu aspek merupakan kata bantu yang menerangkan   sesuatu perbuatan dari segi masa sesuatu kata kerja   dilakukan sama ada belum berlaku, sedang berlaku atau sudah   berlaku. Antara kata bantu ialah:- 
  Contoh:- 1   Bas   yang ditunggu itu relah tiba. 2   Saya   pernah ke pulau itu tahun talu. 3   Saya   sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu. 4   Kami   sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut‑ 5   Peristiwa   ngeri itu masih segar dalam ingatan saya‑ 6   Kami   belum bercadang untuk mclawat tempat itu.     7     Kami akan ke sana jika diberi   peluang. Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata   bantu aspek tertentu yang hadir bersama-sama dalam sesuatu ayat. Antara   contoh kata bantu aspek tersebut ialah: 
 Contoh penggunaan kata bantu aspek   berpasangan: 1   Kami belum pernah didenda seperti   ini. 2   Saya   sudah pernah menghadiri majlis sedemikian. 3   Perbincangan   itu masih belum mencapai sebarang keputusan. 4   Kerajaan   masih sedang mencari jalan untuk membebaskan pars tebusan itu.    5   Kami telah pernah berunding dengan   beliau bagi mengatasi masalah itu.  |   ||||||||||||
|     Kata Bantu Ragam  |        Kata   bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan   perbuatan yang dilakukan seperti:- 
 Contoh penggunaan kata   bantu ragam dalam ayat ialah: 1   Emak   dan ayah hendak ke pejabat. 2   Adik   bongsu saya mahu bersekolah di sekolah ini nanti. 3   Jika   kamu tekun, kamu pasti dapat menyelesaikan masalah tersebut. 4   Jika   tidak hujan, mereka mesti akan datang. 5   Kamu   boleh duduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.    6   Kita harus mencuba sebelum menyerah   kalah.  |   
|     Kata Bantu Ragam  |        Peringatan: Kata bantu ragam boleh   dan dapat  perlulah   digunakan dengan berhati-hati kerana keduaduanya mempunyai maksud yang   berbeza. Boleh digunakan untuk   maksud yang berkaitan dengan keizinan. Dapat digunakan untuk   maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau kemampuan. Contoh: 1   Mereka   yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh menyertainya.       2  Kamu boleh masuk selepas mendapat   kebenaran secara bertulis daripada Pengetua. 3   Walaupun   soalan itu susah, namun saya dapat menjawabnya.      4   Kotak itu tidak dapat diangkat olehnya.  |   
LATIHAN PENGUKUHAN
Pilih kata bantu yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
1   Negara kita (pemah, sedang) menuju ke status negara maju menjelang 2020.
2   Adik saya (masih, sedang) kecil dan (masih, belum) bersekolah.
3   Barang-barang yang dijual di situ (telah, masih) habis.
4   Ayah berharap agar kamu (akan, telah) lulus dalam ujian itu nanti.
5   Malaysia (pemah, akan) dijajah oleh beberapa kuasa asing.
6   Lampu di dalam dewan itu (telah, masih) dipadam olehnya.
7   Ibunya (akan, telah) berlepas ke luar negara pada hujung minggu ini.
8   Walaupun sudah tua, penglihatan datuk (masih, telah) baik.
9   Kami (masih, pemah) menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya dahulu.
 10   Walaupun (akan, belum) bersekolah, adik sudah pandai membaca buku cerita.
 11   Kebanyakan pelajar tidak (dapat, boleh) menjawab soalan itu kerana terlalu sukar.
 12   Pelajar yang sudah menghantar buku latihan ( dapat, boleh ) duduk sekarang.
 13  Kamu (mesti, boleh) makan ubat ini jika mendapat kebenaran daripada doktor.
 14  Kita (harus, dapat) menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.
 15 Jika saya mempunyai wang sudah tentu says juga (dapat, boleh) membeli peralatan itu.
B.   Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata bantu yang diberikan di tempat yang betul.
1   Dia belajar untuk hidup bermasyarakat. (mahu)
2   Semua pelajar menyerahkan laporan kemajuan pads minggu hadapan. (mesti)
3   Bayi itu walaupun sudah berusia dua tahun namun dia dapat berjalan. (masih belum)
4   Nenek tidak makan bush jambe bate itu kerana tiada gigi. (dapat)
5   Kamu membantu orang itu bagi meringankan masalahnya. (harus)
6   Ayah saya menjadi Pengetua di sekolah itu. (pernah)
7   Orang yang merokok pasti menerima kesan buruk daripada perbuatannya. (akan)
8   Encik Ghani menonton filem bersama dengan keluarganya. (sedang)
9   Kebanyakan pelajar membeli buku itu dari kedai koperasi sekolah. (telah)
10 Zalina tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. (dapat)                                                           
jawapan ada tak? saya nak check
BalasPadam