1.4.6 Kata Nafi
PERKARA | KETERANGAN |
Kata Nafi | Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu: i) Bukan ii) Tidak |
Bukan | Digunakan untuk menafikan unsur frasa nama dan frasa sendi nama bagi predikat dalam sesuatu ayat. Contoh: Budak kecil itu bukan adik saya. (adik saya = frasa nama) Hadiah yang saya beli ini bukan untuk kamu. (untuk kamu = frasa sendi) |
Tidak | Digunakan untuk menafikan unsur frasa kerja dan frasa adjektif bagi predikat dalam sesuatu ayat. Contoh: Ayah tidak pergi ke pejabat kerana keretanya rosak. (pergi ke pejabat = frasa kerja) Baju yang dibelinya tidak cantik walaupun mahal harganya. (cantik = frasa adjektif) Peringatan:- Kata nafi tidak perlu digunakan bagi frasa sendi yang membawa maksud kata kerja atau frasa kerja. Contoh: Ayah tidak ke pejabat kerana keretanya rosak. (ke pejabat frasa sendi tetapi membawa maksud kata kerja pergi ke pejabat yang mengalami pengguguran) Ayah bukan ke pejabat kerana keretanya rosak. (salah) Walau bagaimanapun, kata nafi tidak yang hadir untuk menafikan frasa adjektif dan frasa kerja perlulah digantikan dengan kata nafi bukan sekiranya kedua-dua frasa itu mendukung maksud pertentangan maklumat yang biasanya ditandai dengan kata tetapi. Contoh: Ayah bukan pergi ke pejabat tetapi ke pasar. (betul) Ayah tidak pergi ke pejabat tetapi ke pasar. (salah) Budak baharu itu bukan pandai tetapi sangat rajin. (betul) Budak baharu itu tidak pandai tetapi sangat rajin. (salah) |
Tidak | Keterangan |
| Terdapat beberapa ungkapan umum yang digunakan dalam percakapan yang menggunakan kata nafi tidak tetapi disingkatkan menjadi tak. Antara Contoh ungkapan tersebut ialah: acuh tak acuh bena tak bena endah tak endah |
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Tandakan sama ada betul ( _/ ) atau salah ( X) bagi kata nafi yang digunakan pada ayat-ayat di bawah.
1 Novel terbarunya itu bukan sesuai untuk dibaca oleh para pelajar kerana
dipenuhi dengan kata-kata kesat.
2 Abang tidak pergi ke pejabat pada hari ini tetapi ke pekan untuk berbelanja.
3 Emak tidak balik ke kampung kerana tiada cuti.
4 Penulis novel itu bukan seorang penulis yang terkenal.
5 Tidak semua pelajar dibenarkan menghadiri seminar itu.
1.4.7. KATA PENEGAS
PERKARA | KETERANGAN |
Kata Penegas | Kata penegas disebutkan juga sebagai partikel atau kata penyerta iaitu sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:- i) Kata penegas yang menegaskan hanya frasa prediket atau bahagiannya yang mengalami proses penyongsangan ayat. Contohnya -kah, -tah, dan-lah. ii) Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa prediket atau bahagiannya. Contohnya juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. |
Kata Penegas –kah, -tah, dan –lah. | contoh:- 1. a) Siapakah majikan kamu itu ? ( Betul – Ayat tanya songsang ) b) Majikan kamu itu siapakah ? ( Salah – Ayat tanya biasa ) 2. a) Pernah datangkah dia? ( Betul - Ayat tanya songsang) b) Dia pernah datangkah? (Salah - Ayat tanya biasa) 3. a) Apatah daya kita? (Betul - Ayat tanya songsang) b) Daya kita apatah? (Salah - Ayat tanya biasa ) 4. a) Orang itulah bapa saya. (Betul - Ayat songsang) b) Bapa saya orang itulah. (Salah - Ayat biasa) Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas menyalahi hukum tatabahasa, kerana kata penegas –kah, -tah, dan –tah perlu hadir dalam ayat songsang. Cuma:- Kata penegas –tah Cuma menegaskan ayat tanya yang tidak mengharapkan jawapan tetapi bermotifkan rungutan atau monolog. Sedangkan kata penegas –lah digunakan untuk menegaskan maksud ayat penyata yang mengalami penyongsangan dan melambutkan ayat perintah. |
PERKARA | KETERANGAN | ||||||
Kata Penegas pun, jua, -nya, juga, sahaja, lagi, hanya, dan memang. | Kata penegas ini bebas dan boleh hadir pada mana-mana bahagian dalam ayat mengikut kesesuaiannya, sama ada dalam subjek atau prediket:-
Peringatan:- Kata penegas hanya dan sahaja tidak boleh digunakan secara serentak dalam sesuatu ayat kerana membawa maksud yang sama dan dianggap sebagai pengulangan. Contoh:- Hanya Zamani sahaja yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Salah) Hanya Zamanilah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Betul) Zamani sahajalah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Betul) |
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Tuliskan kata penegas yang sesuai pada perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1 Mari kita pergi sekarang untuk berjumpa dengannya.
2 Kereta ini kepunyaan saya. Kereta itu kepunyaan saya.
3 Bukan rumah itu kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?
4 Jemput makan dan jangan malu-malu.
5 Datang beramai-ramai ke majlis jualan murah kami.
6 Minggu lalu dia tidak datang. Minggu ini dia tidak datang.
7 Bila abang kamu akan pulang ke tanah air?
8 Dia yang banyak menyelesaikan masalah saya tempoh hari.
9 Tuntut ilmu selagi kamu mampu berbuat demikian.
10 Walau dia kaya namun dia tidak pernah sombong dengan kami.
11 Binatang sayang akan anak-anaknya seperti manusia.
12 Pelajar ini telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
13 Kamu dapat melakukannya jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
14 Bila bas ini akan bertolak, sedangkan hari sudah lewat.
15 Oh Tuhanku, apa dayaku untuk menyelesaikan masalah yang berat ini!
hi ini latihan ada jawapan untuk semak?
BalasPadam