1.4.2   KATA HUBUNG
Perkara  |    Keterangan  |   
Kata Hubung  |    Kata hubung merupakan perkataan yang bertugas untuk   menghubungkan dua binaan ayat atau lebih untuk menjadi satu bentuk ayat   majmuk. Kata hubung terbahagi  tiga:- a)  kata hubung gabungan. b)  kata hubung pancangan. c)  Kata hubungan berpasangan.  |   
1.4.2.1
Perkara  |    Keterangan  |   |||||||||
Kata hubung gabungan  |    Kata   hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih   yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk daripada kata hubung gabungan   ialah ayat majmuk gabungan  |   |||||||||
Contoh kata hubung gabungan  |    
  |   |||||||||
contoh   |      Contoh ayat:- a)  Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh. b)  Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi. c)  Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke   Perak. d)  Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan   anaknya juga dermawan. e)  Ia berkata    sambil merenung wajah temannya. f)  Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. g) Wanita itu memeluk   anaknya serta membelai rambutnya. i)  Sampah itu dipungutnya kemudian   dimasukkannya ke dalam tong sampah. Maksud kata hubung   menghubung dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya ialah dua   klausa berkenaan boleh berdiri sendiri tanpa perlu bantuan satu sama lain. Klausa  ( i )    aminah mengemas rumah     kata   hubung gabungan            ( ii)   ibunya membasuh              digunakan dan Apabila klausa   menjadi ayat:-            ( i )  Aminah mengemas rumah.            ( ii)  Ibunya membasuh.        |   
                            ANDA PERLU MEMAHAMI PERBINCANGAN TENTANG KATA 
                                         HUBUNGAN PANCANGAN KERANA FUNGSINYA
                       MELIBATKAN MEMANCANG DUA KLAUSA KECIL DAN KLAUSA BESAR
1.4.2.2 
Perkara  |    Keterangan  |   
Kata hubung pancangan  |    Kata   hubung pancangan ialah jenis kata yang menyambung klausa tak setara atau   klausa pancangan pada klausa utama atau induk. Kata hubungan jenis ini   terbahagi kepada tiga iaitu:- a)   Kata hubungan pancangan relatif. b)   Kata hubungan pancangan kompleman. c)   Kata hubungan pancangan keterangan.  |   
1.4.2.2. (a) Kata hubung pancangan relatif  |    Kata hubungan pancangan   relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan   klausa kecil yang lain. Kata hubung relatif   ialah ‘ yang’  |   
Contoh  |    Contoh ayat:- a)   Budak yang membaca itu adik saya. b)   Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku   sejarah. c)   Mereka menonton drama yang disukai ramai. d)   Jefri membeli novel Samad   Said yang baru dipasarkan Huraian tentang fungsi   kata hubung pancangan relatif:- a)  Budak membaca itu ( klausa  kecil )    +  Budak itu adik saya ( Klausa   induk)                                        Kata   hubung pancangan relatif   ‘yang’ b) Buku yang dibeli Ahmad itu ( klausa kecil )         Kata hubung pancangan      Buku itu buku sejarah ( klausa besar   )                relatif ‘ yang'  |   
1.4.2.2 (b) Kata hubung pancangan kompleman  |    Kata hubung pancangan   komplemen(KHPK)  berfungsi   menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap klausa utama. Tiga kata hubung   pancangan kompleman     i)  bahawa                                                                      ii)  supaya  |   
Contoh  |    a)  Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat   rajin. b)  Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad   saudagar besar. c)  Kami sedar bahawa mereka bukan ahli   persatuan. d)  Basri pulang ke kampungnya untuk menziarahi   nenek. e)  Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. f)  Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima. Huraian tentang fungsi    kata hubungan pancangan kompleman:- a) Ayat pertama:- i)   Guru   itu menyatakan   (  klausa kecil – tidak boleh berdiri   sendiri)      KHPK “ bahawa” ii)  Muridnya   sangat rajin ( klausa induk – boleh berdiri sendiri)                                                                                                                                              2.  Ketua Jabatan mencadangkan. ( klausa   kecil)       KHPK “ Supaya”      Permohonan itu diterima  ( Klausa induk) Jelasnya, fungsi kata   hubungan pancangan kompleman bahawa dan supaya memancangkan klausa kecil   kepada klausa utama untuk menjadi ayat yang lengkap.  |   
1.4.2.2 (c) Kata hubung pancangan keterangan  |    Kata hubung pancangan   keterangan  berfungsi menghubungkan   klausa yang menjadi keterangan pada    klausa utama. Kata  hubung pancangan keterangan adalah   seperti:- 
  |   ||||||||||||||||||||
contoh  |    Contoh penggunaan:- a)  Pegawai itu sering dipuji kerana rajin   bekerja. b)  Pertunjukkan itu ditangguhkan sekiranya   tiada sambutan. c)  Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. d)  Ia bersorak terlalu kuat hingga serak   suaranya. e)  Sementara menanti padi masak, petani itu   menanam jagung. f)   Pencuri itu memasuki rumah itu ketika   penghuninya sedang tidur. g)  Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri   majlis usrah itu. h)  Pertahanan negara perlu diperkuat agar   keamanan sentisa terjamin. i)   Orang tua itu berdoa semoga keluarganya   sentiasa sihat. j)   Kami akan merayu anda kata permohonan itu   ditolak. Huraian fungsi kata   hubung pancangan keterangan:- Kata hubung pancangan keterangan   menghubungkan klausa yang menjadi keterangan utama seperti:- 1)  Pegawai itu sering dipuji  kerana  rajin bekerja.      pegawai itu sering dipuji ( klausa induk   – boleh berdiri sendiri )      rajin bekerja ( klausa keterangan –   klausa kecil ) dihubungkan dengan klausa       utama menggunakan kata hubung keterangan   kerana. 2. Pertunjukkan itu ditangguhkan  sekiranya    tiada sambutan     Pertunjukkan itu ditangguhkan  ( klausa induk – boleh berdiri sendiri)     tiada sambutan ( klausa keterangan-   klausa kecil ) dihubungkan dengan klausa       utama menggunakan kata hubung keterangan   sekiranya.  |   
1.5.3
1.4.2.3 Kata hubung pancangan berpasangan.  |    Kata hubung berpasangan   digunakan secara berpasangan untuk menghubungkan dua ayat untuk membentuk ayat   majmuk. kata hubung berpasangan   tersebut seperti:- 
  |   ||||||||||||
contoh  |    Contoh ayat:- a)    Daripada berbual kosong, lebih baik aku   mengulang kaji pelajaran. b)    Baik Dollah mahupun Ramu, kedua-duanya   berjaya melayakkan ke perlawanan akhir. c)    Sungguhpun dia daripada keluarga miskin,   namun dia tidak pernah mengharapkan           bantuan daripada kawan-kawannya d)    Berita itu entah betul entah tidak. Peringatan: Beberapa   pasang kata hubung, iaitu kian.............. kian, makin ...............   makin, dan semakin............semakin tidak boleh ditulis sembarangan walaupun ketiga-tiganya membawa maksud yang sama. Pasangan kata-kata tersebut tidak boleh ditukar menjadi seperti yang berikut: makin ... kian                         kian ... semakin               kian ... makin semakin... makin                    semakin ... kian               makin ... semakin Pasangan kata hubung tersebut dianggap   salah dalam tatabahasa bahasa Melayu.  |   
LATIHAN PENGUKUHAN
A.   Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1    Razana atau Asmani sering dihukum kerana ponteng sekolah tetapi  sikap, mereka tetap,
                     A                                             B                                   C
      tidak berubah. Tiada kesalahan. 
                                     D
2    Bila tiba masa dan ketikanya akan saya terangkan perkara tersebut dengan teliti kepada kamu. Tiada kesalahan.
        A                         B                                                                                 C                                             D
3    Jangankan rumah, sebuah basikal pun tidak terbeli olehku dengan hasil pendapatan yang rendah ini.   Tiada kesalahan.
A B C D
A B C D
4    Banyak nasihat dan teguran telah kami berikan kepadanya, walaupun sikapnya masih tidak berubah langsung
                                A                                                                      B
      malah makin buruk. Tiada kesalahan
         C                                      D
5    Sama ada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum kecuali 
              A                                 B                                                                                                              C
      mereka yang  tidak sihat. Tiada kesalahan.
                D                                            
6  Kebanyakan penduduk kampung itu menyertai  koperasi  yang telah ditubuhkan kerana mereka, yakin  bahawa  projek 
                                                                                                                               A                                             B                                         C
     tersebut  akan mendatangkan manfaat  dalam jangka panjang.  Tiada kesalahan.
                                                                                                                           D 
7  Oleh kerana, malas bertanya, dan sikap malu, mereka tersesat di  bandar raya Kuala Lumpur. TIada kesalahan.
A B C D
A B C D
8  Setiap pelajar perlulah berakhlak mulia serta berbudi bahasa agar supaya dihormati  orang lain.
                              A                                     B                                     C 
    Tiada kesalahan.
                   D
9  Kendatipun hujan lebat dan angin kencang, namun dia  tetap meneruskan pelayarannya mengelilingi dunia.
          A                                   B                                       C
    Tiada kesalahan.
           D
10  Kereta dan berwarna merah itu tidak mampu dibelinya kerana harganya sangat mahal dan terhad
             A                       B                          C
      pengeluarannya. Tiada kesalahan.
                                             D
11  Sama ada Azlan dan Azri hendaklah mengembalikan wang itu kepada Aminah.  Tiada kesalahan.
                                 A                                     B                                 C                              D
12 Setelah menyerahkan buku itu kepada pustakawan itu, maka Ramona berdedar daripada situ. 
          A                                              B                                    C                            
     Tiada  kesalahan
               D
13 Azrai sangat gemuk tetapi adiknya kurus kering.  Tiada kesalahan.
                  A                    B                               C                  D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan