BAB 6   PENGGANDAAN
|     PERKARA  |        KETERANGAN  |   |||||||||||||||
|     Penggandaan  |        Penggandaan merupakan salah satu   proses pembentukan perkataan yang agak penting dalam bahasa Melayu, iaitu dengan melakukan pengulangan terhadap sesuatu   perkataan. Pengulangan ini bertaku   sama ada secara menyeluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu sahaja.   Dalam bahasa Melayu proses penggandaan terbahagi kepada empat jenis, iaitu: (a)      Penggandaan   seluruh                       (c)   Penggandaan   berima (b)    Penggandaan separa                          (d)   Penggandaan berimbuhan  |   |||||||||||||||
|     6.1 Penggandaan Seluruh  |        Penggandaan   seluruh kata ialah proses mengulang seluruh perkatAln yang disertai tanda sempang. Perkataan yang terbentuk   membawa dua maksud, iaitu maksud tunggal dan maksud   jamak.  |   |||||||||||||||
|     Contoh  |        tunggal                     kupu-kupu, anai-anai, labi-labi, kisi-kisi          jamak                      budak-budak, cantik-cantik, tebal-tebal     Peringatan:     Penanda jamak boleh digunakan bagi kata   ganda bermaksud tunggal tetapi       tidak boleh digunakan bagi kata ganda bermaksud jamak.     Contoh:     semua kupu-kupu                                                  (betul)   semua budak-budak                                              (salah)   semua budak atau   budak-budak                          (betul)   kebanyakannya   cantik-cantik                             (salah)          kebanyakannya cantik atau   cantik-cantik                (Betul )      Cara untuk menentukan sama ada kata   ganda tersebut jamak atau tidak            adalah dengan melakukan pengguguran   kepada kata ganda  berkenaan.       Sekiranya selepas proses pengguguran   salah satu kata tersebut dilakukan dan       perkataan tersebut boleh berdiri sendiri   maka  maka kata tersebut merupakan       kata jamak.      Sebaliknya, apabila perkataan yang   digugurkan menyebabkan kata ganda       tersebut tidak boleh berdiri sendiri,   maka kata ganda tersebut bermaksud      tunggal atau satu.      Contoh:- 
  |   |||||||||||||||
|     6.2 Penggandaan   Separa  |        Penggandaan separa merupakan proses penggandaan yang   mengalami pemendekan dan melibatkan pengulangan suku kata pertama kata dasar.   Penggandaan separa juga membawa maksud   tunggal dan jamak.  |   |||||||||||||||
|     Contoh  |        kekabu (asalnya   kabu-kabu – bermaksud tunggal)  kekuda (asalnya   kuda-kuda bermaksud tunggal)  dedaun (asalnya   daun - daun bermaksud jamak) lelaki  (asalnya   laki-laki - bermaksud tunggal) Peringatan:    Penanda jamak tidak boleh digunakan bagi kata ganda separa yang   bermaksud jamak. Tanda sempang tidak perlu digunakan bagi kata ganda separa   walaupun bermaksud jamak.  |   
|     PERKARA  |        KETERANGAN  |   ||||||||||
|     6.3    Penggandaan Berirama  |        Penggandaan   berirama merupakan proses penggandaan yang mengalami perubahan bunyi yang diasaskan pada kata asal yang digunakan. Umumnya kata ganda yang   terhasil membawa   maksud jamak. Oleh itu, penanda jamak tidak boleh digunakan bersama dengan   kata ganda yang terhasil.  |   ||||||||||
|     Contoh  |        batu-batan,   gunung-ganang, kusut-masai, bengkang-bengkok, licin-licau, rumputrampai,   simpang-siur, gundah-gulana, anak-pinak, cucu-cicit 
 Salah satu daripada perkataan yang   mengalami penggandaan berima tidak boleh digunakan secara berasingan untuk   berfungsi sebagai kata bebas.    |   ||||||||||
|     6.4 Pengandaan Menyaling  |        Penggandaan menyaling merupakan penggandaan yang   mengalami pengulangan  disertai awalan meN- pada salah satu   bahagian daripada perkataan tersebut. Tanda sempang perlu digunakan bagi membentuk   penggandaan menyaling. Penanda jamak tidak boleh digunakan bersama dengan kata ganda tersebut yang   membawa maksud jamak.  |   ||||||||||
|     Contoh  |        bantu-membantu,   totong-menolong, bisik-membisik, sayang-menyayang 
 Peringatan: Saling  bermaksud   berbalas-balas oleh sebab itu setelah saling tidak boleh diikuti kata ganda   saling.  |   ||||||||||
|     6.4 Pengimbuhan   Kata Ganda  |        Kata ganda yang terhasil baik kata ganda seluruh, kata   ganda separa mahupun kata ganda berima boleh menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran,   ataupun apitan. Namun tanda sempang   sebagai penanda kata ganda tetap dikekalkan kecuali bagi kata ganda separa   yang sememangnya tidak bersempang‑  |   ||||||||||
|     Contoh  |       
 Peringatan: Para   pelajar perlu berhati-hati dalam membezakan kata ganda dengan kata maimuk kerana   kedua-duanya terbentuk daripada dua proses yang berbeza, iaitu melalui   pemajmukan dan penggandaan. Oleh itu, tanda sempang  digunakan bagi kata majmuk. Contoh:- 
  |   
LATIHAN PENGUKUHAN
A.  Lengkapkan ayat-ayat yang berikutnya dengan memilih jawapan yang paling sesuai
|     1.  Lantai rumahnya                           akibat       ketumpahan minyak masak      A     licau-lincin             C   punah ranah      B    lekak-lekuk             D   licin-lincau 2.  Pak Sani bekerja                     untuk menyara      kehidupan ahli keluarganya.      A    mati-mati                C   mati-matian      B    habis-habisan         D   betul-betul 3.  Kapal terbang itu                          di udara       kira-kira sejam sebelum mendarat di       lapangan terbang.      A    berkepul-kepul         C  berputar-putar      B    berpusing-pusing      D   berlegar-legar  |        4.   Mulut dukun itu                              ketika       dia mencuba merawat pesakitnya itu.       A    kusut-masai               C  gerak-geri       B    kumat-kamit              D  karut-marut 5.   Dalam                                   Encik   Zali telah        membeli sebuah rumah di Kota Damansara.       A    sunyi-sunyi               C  kelip-kelip       B    diam-diam                 D   kacau-bilau 6.    Mereka mandi dan                   di tepi pantai        itu.        A    berkejar-kejaran   C  mengejar-ngejar        B    saling berkejar-kejaran        D    saling kejar-mengejar    |   
B.   Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1    Lagu  'Negaraku'  masih  terngiang-ngiang  di  telinganya  walaupun  sudah  sedekad  dia
                                                         A                                            B
      mengadu nasib di  perantauan negara-negara atas angin. Tiada kesalahan.
                  C                                                                                    D
2    Pelbagai wangian dipamerkan di pameran itu dengan harga yang agak mampu dimiliki oleh 
          A                                                                                                           B
      kebanyakan penduduk-penduduk di negara ini. Tiada kesalahan.
                                         C                                                D
3    Laki-laki yang berambut perang-perang itu ialah sepupu saya yang baru berumah tangga 
          A                                          B                                                                         C
      dengan seorang gadis tempatan.  Tiada kesalahan.
                                                                    D
4    Sikap suka saling tuduh- menuduh dalam kalangan masyarakat maimuk di negara ini akan 
                                            A                                                       B
      menyebabkan negara kita menjadi porak-peranda. Tiada kesalahan.
                                                                       C                       D
5    Semua kanak-kanak yang menyertai pertandingan kanak-kanak sihat diraikan oleh 
                         A 
      pihak penganjur dalam suatu majlis yang berwarna-warni. Tiada kesalahan
                                    B                                         C                          D
6    Kebanyakan ibu bapa sering mengabaikan tugas terhadap keluarga kerana terlalu mengejar 
                  A                                                                   B                                                  C
      kemewahan. Tiada kesalahan
                                 D
C.   Bahagian bergaris dalam ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
|     1   Sepanjang hari   adik asyik merengek‑ merengek kerana tidak begitu sihat.        A  asyik rengek-rengek        B  rengek-merengek asyik      C  asyik merengek-rengek      D  asyik merengek-merengek 3   Mereka nyaris dilanggar kereta ketika   melintas jalan raga yang sibuk itu. A  nyaris-nyarisan B  bernyaris-nyaris C  nyaris-nyaris     D nyaris 4     Kejadian buruk yang berlaku itu   tidak kena-       kena dengan diri saya.      A  berlaku itu tidak kena-mengena      B  berlakukan itu tidak kena-mengena      C  berlaku itu tidak mengena-kena      D  berlaku itu tidak kena-kena  |        2 Sikap saling bertolong-tolong,   dalam kalangan   penduduk kampung itu barus kita contohi. A  saling bertolong-tolongan B  bertolongan-tolongan C  saling menolong       D saling bertolong-tolong 5  Ceramah yang berapi-api itu       mendapat   sambutan yang sungguh       menggalakkan. A  mengapi-api      C     berapi-berapi      B  api-berapi        D  berapi-api 6  Pelbagai kemudahan asas disediakan     oleh kerajaan bagi memajukan negara     ini.      A Pelbagai mudah-mudahan asas     B Berbagai kemudahan-kemudahan           asas      C Pelbagai-bagai kemudahan asas      D Pelbagai kemudahan asas  |   
D.  Pilih ayat-ayat yang betul
|     1    I   Kerajaan bercadang untuk menguat             kuasakan akta tersebut.    II     Terdapat banyak pokok api-api di pinggir          kampung itu.   III  Kanak-kanak di tadika itu comelcomel           belaka.    IV  Lelaki-lelaki itu berbincang sejak petang          tadi lagi.         A   III sahaja       B   I, 11   dan IV sahaja       C   I, II dan IV sahaja       D  I, II, III dan IV 2  I  Kekisi-kekisi tingkap itu akan        dipasang pada petang ini.     II   Kekuda-kekuda di kawasan perumahan itu sudah siap dipasang.   III Semua   dedaun di halaman rumahnya            disapu pada setiap hari.    IV   Semua pemuda-pemudi kampung itu           berpelajaran tinggi. A   III sahaja      B    I dan II sahaja C     I, II dan III sahaja      D    I, II, III dan IV  |        3  I     Belajarlah bersungguh-sungguh agar-          agar   kamu dapat hidup senang kelak.    II  Kedua orang budak itu didapati          meniru semasa ujian itu dijalankan.     III Beberapa ekor anai-anai didapati mati akibat termakan racun itu.   IV Segelintir   pemuda-pemuda        kampung itu terlibat dengan   aktiviti          gotong-royong. A  III sahaja B    I dan III sahaja C  II dan IV sahaja       D II, III dan IV sahaja 4    I   Ahli gusti itu comel-comel belaka.     II  Lantai itu semakin reput kerana dimakan          anai-anai.    III  Penunggang motosikal itu kadang‑kadang          langgar   oleh lori balak.    IV  Siapa-siapa pun boleh menghadiri pesta itu. A   I dan VI sahaja      B    II dan III sahaja C     II dan IV sahaja      D    II, III dan IV sahaja  |   
|     5   I    Ayah membina sebuah para untuk               membolehkan   kami menyimpan kasut.    II Sikap   saling hormat-menghormat perlu         kita pupuk dalam kalangan generasi   muda.   III Budak di   kampung itu sihat-sihat        belaka.   IV Emak   membelikan adik sebuah anak-       anak sempena   hari lahirnya yang         pertama. A    I dan III sahaja B    II dan III sahaja C    III dan IV sahaja        D I, II dan IV sahaja 6     I Walaupun sudah beranak-berpinak,          perangainya masih seperti kebudak-          budakan. II Fikirlah   masak-masak sebelum tindakan diambil terhadapnya.      III  Mudah-mudah kamu akan   beroleh          kejayaan kelak.    IV Emak   memotong daging itu nipis         sebelum memasaknya. A  II sahaja B    I dan II sahaja C    III dan IV sahaja        D I, II, III dan IV   |        7     I  Dedaun kering di halaman rumah          disapu   oleh emak.     II   Jangan berdiri di bawah reranting           yang condong itu.    III  Bantat itu diperbuat daripada          kekabu.     IV   Para pelajar lelaki-lelaki dibenarkan            menyertai pertandingan itu A    I dan II sahaja B    I dan III sahaja C    II, III dan IV sahaja        D I, II, III, dan IV 8   I  Badan   budak itu calar-balar kerana           dipukul   oleh pembantu rumah. II Ramli dan Rahman dimarahi oleh   ibunya           kerana   bertolak-tolak di tepi pintu. III Mulut       bomoh    itu   kumat-kamit semasa menjampi air itu. IV Perigi itu sudah sunyi-sepi kemarau    yang    berlaku yang lalu.  A    I dan II sahaja         B     I, II dan III sahaja  C    I, III dan IV sahaja       D    II, III, dan IV sahaja  |   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan