BAB 4 PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata bilangan yang hadir dalam bentuk tiga dimensi. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bagi menghitung kata nama abstrak. Umummya penjodoh bilangan hadir selepas:
(a) Kata Bilangan Tentu
Contoh penggunaan
dua buah kereta, lima puluh orang pelajar
(b) Kata Bilangan Tak Tentu
Contoh penggunaan:-
beberapa ekor lembu, beberapa buah rumah
Peringatan:-
segala ekor haiwan ( salah ) segala haiwan ( betul )
semua orang gadis ( salah ) semua gadis ( betul )
(c) Kata Bilangan Himpunan ( tentu bilangannya)
Beratus-ratus buah bangunan, berjuta-juta orang pelarian
Peringatan:-
ratusan buah bangunan ( salah )
jutaan orang pelarian ( salah )
Dalam bahasa Melayu terdapat begitu banyak kata yang wujud sebagai penjodoh bilangan. Antara penjodoh bilangan itu adalah seperti yang berikut:
anggota
Digunakan bagi manusia yang berpakaian seragam dan biasanya menjaga keselamatan seperti polis, tentera, pengawal keselamatan, dan sebagainya.
Contoh:
Seorang anggota polis sedang meronda di kawasan itu.
angkatan
Digunakan untuk kumpulan benda atau manusia seperti kapal perang, penulis, tentera, dan sebagainya.
Contoh:
Seangkatan tentera diarahkan berkawal di sempadan negara bagi menghalang pencerobohan pendatang asing ke negara ini.
baris
Digunakan untuk sesuatu yang berada dalam bentuk barisan atau beratur meliputi manusia, benda, dan binatang.
Contoh:
Sebaris pokok ditanam di sepanjang jalan raya di bandar itu.
batang
Digunakan untuk benda yang panjang seperti pen, pensel, sungai, tongkat, rokok, dan sebagainya_
Contoh:
Dia duduk di bawah sebatang pokok yang rendang.
bentuk
Digunakan untuk benda-benda yang berkeluk seperti mata kail dan cincin.
Contoh:
Pengail itu membawa dua bentuk mata kail ketika pergi memancirig di sungai.
berkas
Digunakan untuk benda-benda yang diikat atau diberkas menjadi dalam keadaan satu.
Contoh:
Pak Arman membawa pulang seberkas kayu dari hutan itu.
bidang
Digunakan untuk benda yang lurus dan terbentang seperti tanah, tikar, permaidani, dan sebagainya.
Contoh:
Di ruang tamu rumahnya terbentang sebidang permaidani yang sungguh cantik.
biji
Digunakan untuk benda yang kecil seperti guli, telur, buah, dan sebagainya.
Contoh:
Dia makan sebiji telur setiap pagi sebelum ke sekolah.
(Terdapat juga penjodoh bilangan butir yang digunakan untuk biji.)
bilah
digunakan untuk benda yang kelihatan seperti belahan dan boleh melukakan kerana tajam seperti pilau, pedang, kapak, parang, keris, dan sebagainya.
Contoh:
Dia menggunakan sebilah kapak untuk membelah kayu api itu.
buah
Digunakan untuk benda yang agak besar dan tidak tentu jenis dan bentuknya seperti untuk kereta, rumah, bangunan, negara, dan sebagainya.
Contoh:
Kami tinggal di sebuah negara yang aman, iaitu Malaysia.
buku
Digunakan untuk benda yang berbongkah seperti sabun, roti, benang, dan sebagainya. Contoh:
Emak membeli sebuku benang dari kedai Pak Abu.
bungkus
Digunakan untuk benda yang dibalut atau dibungkus seperti roti, nasi, biskut, dan sebagainya. Contoh:
Harga sebungkus nasi lemak itu ialah RM 1.00 sahaja.
butir
Digunakan untuk benda yang bulat atau kecil seperti guli, mutiara, manik, telur, dan sebagainya.
Contoh:
Terdapat beberapa butir telur di dalam bakul itu.
(biji jugs boleh digunakan)
Emak membeli beberapa butir mutiara dari kedai itu.
carik atau cebik
Digunakan untuk benda yang dikoyak daripada bahagian yang besar untuk kertas, kain, dan sebagainya.
Contoh:
Dia menulis alamat rumah says di atas secarik kertas Surat khabar.
cekak
Digunakan untuk sesuatu benda yang dipegang secara mencekak seperti padi, pasir, bergs, manik, dan sebagainya.
Contoh:
Emak mengambil secekak padi lalu menaburkannya ke tanah untuk makanan ayamayamnya.
cubit
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit sahaja dengan menggunakan hujung jari sahaja seperti garam, kuih, gula, dan sebagainya.
Contoh:
Ibu memasukkan secubit garam ke dalam masakannya.
cucuk
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi seperti sate, kuih jemput-jemput, atau isi buah-buahan
Contoh:-
Ayah telah membeli lima puluh cucuk sate untuk kami sekeluarga.
das
Digunakan untuk bunyi letupan hasil daripada tembakan seperti melalui pistol, senapang atau meriam.
Contoh:
Upacara perasmian itu disempurnakan dengan tiga das tembakan meriam.
deret
Digunakan untuk bangunan yang berderet dan bersambung amara satu sama lain seperti kedai atau rumah teres.
Contoh:
Sederet kedai lima pintu musnah dalam kebakaran petang semalam.
ekor
Digunakan untuk semua jenis binatang seperti kucing, kaiak, lembu, dan sebagainya. Contoh:
Seekor ular telah muncul secara tiba-tiba di hadapan rumah saya.
gelung
Digunakan untuk benda yang panjang tetapi telah digelungkan seperti dawai, wayar, tali. Contoh:
Ayah menggunakan beberapa gelung kawat duri untuk menyiapkan pagar di kebunnya.
gemal
Digunakan untuk benda yang dikumpul dan diikat bersama-sama seperti rumput dan padi. Contoh:
Petani itu membawa beberapa gemal pokok padi untuk ditanam di sawahnya.
gerombolan:
Digunakan untuk sekumpulan manusia jahat seperti perompak, komunis, dan sebagainya. Contoh:
Segerombolan pengganas komunis telah ditawan oleh pasukan keselamatan.
genggam
Digunakan untuk sesuatu yang dipegang dalam bentuk genggaman di tangan seperti pen, beras, guli, dan sebagainya.
Contoh:
Di tangannya terdapat segenggam pasir.
gulung
Digunakan untuk sesuatu benda yang dalam keadaan bergulung seperti kertas, permaidani, tikar, dan sebagainya.
Contoh:
Di dalam bilik itu terdapat beberapa gulung permaidani.
gumpal
Digunakan untuk benda-benda yang bergumpal seperti kapas, benang, kabu, tembakau, dan sebagainya.
Contoh:
Dia mengambil segumpal kapas untuk mengelap luka di kakinya.
gugus
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti buah anggur, langsat, pulau, kelapa sawit, dan sebagainya.
Contoh:
Harga segugus buah anggur itu ialah RM5.00 sahaja.
helai
Digunakan untuk bends yang lebar dan nipis seperti daun, kertas, kain, baju, dan sebagainya.
Contoh:
Dia hanya tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran di rumahnya.
hidang
Digunakan untuk makanan yang telah siap dihidangkan atau disajikan. Contoh:
Sehidang makanan telah disediakan oleh pembantu rumah itu sebelum majikannya pulang dari pejabat.
ikat
Digunakan untuk apa-apa benda sahaja yang diikat seperti sayur, pen, kayu, dan sebagainya.
Contoh:
Harga seikat sayur itu ialah lima puluh sen.
iris/hiris
Digunakan untuk benda yang dihiris tipis-tipis seperti timun, bawang, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa iris/ hiris timun diletakkan di dalam pinggan itu.
Saya makan beberapa iris / hiris daging sahaja semalam.
jambak
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti bunga, kunci, buah-buahan, dan sebagainya.
Contoh:
Ayah menghadiahkan sejambak bunga kepada emak.
Saya menemukan sejambak kunci di tepi longkang itu.
jambangan
Digunakan untuk kumpulan bunga yang digubah sebagai hiasan.
Contoh:
Ruang tamu rumah itu kelihatan ceria kerana dihiasi beberapa jambangan bunga yang berwarna-warni.
jemput
Digunakan untuk benda yang diambil dengan hujung jari seperti kuih, garam, gula, dan sebagainya yang menyerupai penjodoh bilangan cubit.
Contoh:
Emak mengambil sejemput kuih lalu memyuapkannya kepada adik.
kaki
Digunakan untuk payung, bunga, dan cendawan.
Contoh:
Dia menggunakan sekaki payung untuk berjalan dalam hujan. Dia menghias sanggul anak gadisnya dengan sekaki bunga ros.
kandang
Digunakan untuk haiwan yang dipelihara dan tinggal di dalam kandang seperti kambing, lembu, kuda,-dan sebagainya_
Contoh:
Pak Long memelihara sekandang kerbau di belakang rumahnya.
kapur
Digunakan untuk sirih yang sudah dikapur meliputi pinang, garnbir, kapur, dan sebagainya. Contoh:
Sekapur sirih telah disertakan dalam hantaran peminangannya.
kaum
Digunakan untuk kumpulan manusia seperti golongan bangsawan, belia, remaja, guru, dan sebagainya_
Contoh:
Kaum guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna.
kawan
Digunakan untuk sekumpulan binatang seperti gajah, burung, lembu, dan sebagainya. Jugs untuk sekumpulan manusia jahat yang bem aksud segerombolan.
Contoh:
Sekawan lembu sedang meragut rumpus di padang.
Pihak polis telah berjaya menangkap sekawan pencuri dalam operasi semalam.
kelompok
Digunakan untuk kumpulan benda, manusia, pulau, bintang, dan sebagainya yang dikumpulkan menjadi sate kelompok.
Contoh:
Dari udara kits dapat melihat beberapa kelompok pulau yang indah menawan.
kepal
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan sukatan genggam dan menjadi suatu ketulan seperti pulut, nasi , tanah, dan sebagainya.
kerat
Digunakan untuk sesuatu daripada bahagian benda yang dikerat atau dipotong. Contoh:
Beberapa kerat buluh digunakan untuk dibuat lemang.
ketul
Digunakan untuk benda yang berketul dan padu kandungannya seperti batu, daging, ais, tulang, dan sebagainya.
Contoh:
Anjing itu sedang menggonggong seketul tulang.
ketumbukan
Digunakan untuk kumpulan manusia meliputi manusia baik mahupun jahat seperti pengganas, tentera, dan sebagainya.
Contoh:
Pasukan keselamatan telah berjaya mengesan beberapa ketumbukan pengganas di dalam hutan itu.
kotak
Digunakan untuk spa-spa sahaja yang diisikan di dalam kotak seperti rokok, pen, sabun, mancis, dan sebagainya.
Contoh:
Harga sekotak sabun itu ialah RM2.50 sahaja.
kumpulan
Digunakan untuk kumpulan manusia dan haiwan seperti kanak-kanak, pelakon, rusa, gajah, dan sebagainya.
Contoh:
Sekumpulan remaja telah ditahan polis kerana menyertai lumba Karam semalam.
kuntum
Digunakan untuk bunga yang tidak bertangkai. Contoh:
Dia memetik sekuntum bunga dari taman itu.
labuh
Digunakan untuk benda yang dapat digantung seperti kelambu, tirai, tabir, dan sebagainya. Contoh:
Emak memasang beberapa labuh tirai pads tingkap itu agar rumah kami kelihatan lebih ceria.
laras
Digunakan untuk semua jenis senjata api seperti pistol, senapang, dan meriam. Contoh:
Anggota tentera itu sedang menyandang selaras senapang ketika menjalankan tugas.
lembar
Digunakan untuk benda yang panjang seperti benang, tali, dawai, atau sebagainya yang tidak dalam gulungan.
Contoh:
Emak menggunakan selembar benang untuk menjahit butang.
lingkar
Digunakan untuk benda yang berlingkar dan bergulung seperti ubat nyamuk. Contoh:
Emak memasang selingkar ubat nyamuk sebelum kami tidur.
longgok
digunakan untuk benda yang diletakkan dalam longgokan seperti durian, tanah, batu, ikan, sayur, dan sebagainya.
Contoh:
Harga selonggok ikan itu ialah RM 1.00 sahaja.
mayang
Digunakan untuk buah-buah yang bertangkai seperti kelapa, pinang, pisang, dan sebagainya yang bermaksud tandan.
Contoh:
Dalam semayang pisang terdapat beberapa sikat pisang.
naskhah
Digunakan untuk benda yang bercetak seperti buku, majalah, surat khabar, dan sebagainya. Contoh:
Harga senaskhah buku itu ialah RM15.00.
orang
Digunakan hanya untuk manusia.
Contoh:
Lima orang pelajar terbunuh dalam kemalangan itu.
pangsa
Digunakan untuk bahagian buah khusus untuk buah durian. Contoh:
Dalam sepangsa buah durian terdapat beberapa ulas durian.
papan
Digunakan untuk benda yang berada dalam keadaan berkeping-keping seperti mercun dan petai.
Contoh:
Sepuluh papan petai diikat untuk dijual dengan harga RM3.00 seikat.
pasang
Digunakan untuk sesuatu yang wujud dalam bentuk berpasangan seperti untuk manusia, benda, dan binatang.
Contoh:
Sepasang burung hinggap di alas ranting. (jantan dan betina)
Harga sepasang kasut itu ialah RM59.00. (kiri dan kanan)
pasukan
Digunakan untuk sekumpulan manusia yang berpakaian scragain seperti pengakap, polis, dan sebagainya.
Contoh:
Sepasukan ahli bombs telah dikejarkan ke tempest kebakaran untuk memadam kebakaran tersebut.
patah
Digunakan untuk kata atau perkataan sahaja.
Contoh:
Para pelajar dikehendaki menulis karangan tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
penggal
Digunakan untuk benda yang dikerat atau dibahagi-bahagikan seperti cerita, rotan, persekolahan, dan sebagainya.
Contoh:
Cerita itu telah disampaikan sepenggal sahaja kepada kami.
persalin
Digunakan untuk pakaian yang lengkap.
Contoh:-
Ibu menghadiahi saya sepersalinan pakaian sempena hari konvekesyen saya.
pintu
Digunakan untuk bangunan seperti rumah dan kedai yang mempunyai persamaan dengan buah.
Contoh:
Pak Ali mempunyai lima pintu rumah sewa.
petak
Digunakan untuk benda yang lurus dan rata seperti sawah padi, tanah, dan sebagainya.
Contoh:
Ayah mengusahakan beberapa petak sawah di hujung kampung itu.
potong
Digunakan untuk benda yang dipotong seperti kek, daging, roti, dan sebagainya.
Contoh:
Harga sepotong kek itu ialah RM 1 .50-
pucuk
Digunakan untuk rebung, surat, clan senjata api seperti pistol. Contoh:
Emak membeli beberapa pucuk rebung untuk dimasak sayur lemak.
Dia menerima sepucuk surat daripada pihak sekolah.
puntung
Digunakan untuk sesuatu yang tertinggal atau lebihan akibat dibakar seperti puntung rokok, kayu api, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa puntung rokok kelihatan bertaburan di kaki lima kedai itu.
rangkai
Digunakan untuk susunan beberapa benda yang telah dirangkaikan atau dikaitkan seperti lagu, madah, ayat, doa, dan sebagainya.
Contoh:
Dia menyampaikan serangkai sajak di majlis perpisahan itu.
rangkap/ untai
Digunakan untuk pantun, sajak, syair, gurindam, dan sebagainya.
Contoh:
Ucapannya diakhiri dengan serangkap pantun. Sajak karangannya itu terdiri daripada lima rangkap sahaja.
rawan
Digunakan untuk benda yang bersirat dan labuh seperti jala, pukat, dan sebagainya
_ Contoh:
Nelayan itu menggunakan serawan jala untuk menjala ikan di sungai
ricih
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong kecil-kecil seperti bawang, daging, halia, dan sebagainya_
Contoh:
Emak memasukkan beberapa ricih bawang ke dalam minyak itu lalu menumisnya.
ruas
Digunakan untuk benda yang mempunyai ruas seperti tebu, rotan, dan buluh.
Contoh:
Beberapa ruas rotan diambil untuk dibuat tongkat.
rumpun
Digunakan untuk tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara berkumpul seperti serai, buluh, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa rumpun buluh tumbuh meliar di tepi sungai itu.
sikat/sisir
Digunakan untuk pisang.
Contoh:
Emak membeli sesikat / sesisir pisang untuk digoreng sebagai hidangan minum petang.
suap
Digunakan untuk makanan yang disuap ke dalam mulut seperti nasi_
Contoh:
Dia hanya makan beberapa suap nasi kerana tiada selera.
susun
Digunakan untuk benda yang bersusun seperti buku, kertas, atap, dan sebagainya dalam keadaan tersusun.
Contoh:
Di bawah rumahnya terdapat beberapa susun atap yang akan dijual kepada pelanggannya.
Digunakan untuk benda yang bergugus dan bercantum seperti pisang, kelapa, kelapa sawit, dan sebagainya_
Contoh:
Peraih itu membeli beberapa puluh tandan pisang untuk dijual di bandar.
tangkai
Digunakan untuk benda yang bertangkai seperti bunga yang bertangkai dan sebagainya.
Contoh:
Kakak menggunakan beberapa tangkai bunga untuk menggubah bunga itu agar kelihatan cantik.
teguk
Digunakan untuk minuman yang ditelan sekali sahaja seperti kopi, teh, air, susu, dan sebagainya.
Contoh:
Adik minum beberapa teguk air kerana berasa sangat dahaga.
timbun
Digunakan untuk benda yang bertimbun seperti tanah, pasir, padi, sampan, batu, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa timbun batu dan pasir di hadapan rumahnya itu akan digunakan untuk kerjakerja mengubah suai rumahnya.
titik
Digunakan untuk cecair yang menitik seperti darah, air, dakwat, dan sebagainya. Contoh:
Beberapa titik darah menitik dari mulutnya.
tongkol
Digunakan untuk tumbuhan yang buahnya bertongkol seperti jagung.
Contoh:
Harga lima tongkol jagung itu ialah RM2.00.
ulas
Digunakan untuk isi bush seperti isi buah durian, nangka, cempedak, limau, manggis, dan sebagainya.
Contoh:
Selepas makan malam, saya makan lima ulas durian.
untai
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti kalung, rantai, manik, pantun, sajak dan sebagainya.
Contoh:
Leher gadis itu dihiasi dengan seuntai kalung emas.
Dia menghasilkan seuntai sajak khas untuk gurunya.
urat
Digunakan untuk benda yang panjang dan halus tetapi tidak bergulung seperti benang, rotan, dawai, dan sebagainya.
Contoh:
Emak menggunakan Seurat benang emas untuk membuat sulaman itu.
utas
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti tali, rantai, dan sebagainya.
Contoh:
Pak Abu menggunakan seutas tali untuk mengikat kayu-kayu itu. Perompak-perompak itu telah melarikan beberapa utas rantai emas.
Beberapa Kesalahan dalam penggunaan Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sarna dengan kata bilangan tertentu Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sarna dengan kata bilangan tertentu seperti para, segala, semua, setiap, seluruh, sebahagian, ratusan, puluhan, sesetengah, sebilangan, dan sebagainya. Penjodoh bilangan jugs tidak perlu digunakan bagi menghitung kata nama yang bersifat abstrak.
Contoh:
Salah | Betul |
(a) semua orang pelajar (b) segala buah kereta (c) setiap orang pelajar (d) para. orang pelabur (e) dia mempunyai sebuah cita-cita | (a) semua pelajar (b) segala kereta (c) setiap pelajar (d) para pelabur (e) dia mempunyai cita-cita |
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1 2 5 | Setiap buah pendapat yang dikemukakan akan diberi perhatian oleh majikan kilang itu. A Setiap pendapatan B Setiap pendapat- pendapat C Setiap pendapat D Setiap buah pendapat Setiap orang pelajar menunggu keputusan peperiksaan dengan penuh debaran. A Setiap-tiap pelajar B Setiap pelajar C Setiap pelajar-pelajar D Setiap orang pelaiar Emak memasukkan seketul_garam ke dalam masakannya. A memasukkan secubit garam B memasukkan segenggam garam C memasukkan secekak garam D memasukkan seketul garam | 4 6 | Semua pelajar perlu mengemukakan sebuah idea untuk memajukan persatuan itu. A mengemuka sebuah idea B mengemukakan idea C kemukakan sebuah idea D mengemukakan sebuah idea Beberapa pucuk rebung dibeli oleh ibu dari pasar. A Beberapa batang rebung B Berapa pucuk rebung C Beberapa rebung pucuk D Beberapa pucuk rebung Setiap orang anggota-anggota masyarakat harus memberikan sokongan untuk mengatasi masalah di kampung ini. A Setiap orang anggota B Setiap orang C Setiap anggota D Setiap orang anggota-anggota |
A. Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1. Gulam pergi berbeli-belah di pasar raya. Dia telah membeli sehelai baju , sepasang kasut kulit, dan
A B
sepuluh pucuk kad ucapan hari raya untuk dikirim kepada kawan-kawannya. Tiada kesalahan.
C D
2. Beberapa orang perwakilan yang menghadiri seminar di sebuah hotel terkemuka itu elah mengemukakan
A B
beberapa buah idea yang bernas. Tiada kesalahan.
C D
3. Walaupun kelima-lima orang pelancong itu datang dari sebuah negara barat, namun mereka dapat
A B
menuturkan beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu. Tiada kesalahan.
C D
4. Sepucuk pistol telah ditemui oleh sepasukan polls ketika menyerbu segerombolan pengganas di kawasan
A B C
setinggan itu semalam. Tiada kesalahan.
D
5. Persatuan yang terdiri daripada beberapa ahli baru itu telah meluluskan cadangan untuk melawat sebuah
A B
perkampungan nelayan untuk dijadikan kampung angkat. Tiada kesalahan
C D
6. Walaupun susah dan memiliki sebuah pondok usang serta sebiji basikal buruk, namun Pak
A B
Busu mempunyai hati yang ikhlas untuk membantusesiapa sahaja yang meminta bantuan
daripadanya. Tiada kesalahan.
C D
7. Ayah mempunyai sebuah cita-cita untuk membeli sebuah rumah jika pemiagaannya berjaya
A B C
kelak. Tiada kesalahan.
D
8. Seluruh orang pelajar di sekolah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang
A B C
diumumkan semalam. Tiada kesalahan.
D
9 Kami tiba di sana tepat pada jam tiga setengah petang. Tiada kesalahan.
A B C D
10 Nazreen memelihara kedua ekor kucing yang dibelikan oleh ibunya sempena hari lahirnya yang
A B
ke- 15 bulan lalu. Tiada kesalahan.
C D
11 Segala penonton yang menyaksikan persembahan penyanyi terkemuka itu menepuk kedua-dua
A B C
belah tangan mereka dengan kuat. Tiada kesalahan.
D
12 Beliau akan menjenguk anak-anak yang sedang tidur dengan nyenyak tiap kali sebelum masuk
A B C
ke biliknya untuk tidur. Tiada kesalahan.
D
13 Semua kuda-kuda yang dipelihara di ladang itu dijaga dengan rapi daripada sebarang penyakit.
A B C
Tiada kesalahan.
D
14 Setiap pelajar perlu mempunyai sebuah cita-cita dalam hidup mereka sejak di bangku sekolah
A B
lagi agar mereka berjaya apabila dewasa kelak. Tiada kesalahan.
C D
assalamualaikum cikgu. saya minta izin nak ambil nota cikgu untuk adik saya ya. tkasih :)
BalasPadamAmbil jer.. cikgu ni mesti bagi.. tu dia kongsi.. :-)
PadamSalam Cikgu. I could not copy the materials to a word file. Could you share the file with me pls so I could teach my daughter? Thank you very much.
BalasPadamthanks 4 sharing..
BalasPadamHi Cikgu, boleh beri saya jawapan untuk soalan 4? A atau D. Terima kasih
BalasPadamAsalam..Soalan untuk nombor 10 apa ya..😅😅
BalasPadamCikgu Mohd
BalasPadam, sawah digunakan sebagai beberapa buah atau petak sawah ? Terima kasih, Cikgu.
Cikgu, boleh saya Tanya penjodoh bilangan untuk serbuk Kari adakah secubit? Puas data cari tetapi tak dapat. Terms kasih
BalasPadamcuba search hentai
BalasPadam