SEBELUM SAYA MEMBINCANGKAN CARA MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG, PELAJAR PERLU FAHAM KRITERIA KARANGAN CEMERLANG. KARANGAN CEMERLANG PERLU MEMENUHI KRITERIA SEPERTI DI BAWAH:-
Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan pelajar semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan ayat contoh serta diikuti dengan kebijaksanaan pelajar menggarap unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama semasa pelajar membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan isi yang dibincangkan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan pelbagai penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baru semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi pelajar perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam terutama untuk menyemak hasilan karangan mereka setelah selesai mengarang.
Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang? Terdapat pelbagai cara dan kaedah digunapakai oleh seseorang guru untuk membimbing murid menghaslkan karangan cemerlang. Antara kaedah yang saya digunapakai seperti menggunakan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup, kaedah Imbakup, dan pelbagai lagi kaedah dan paling utama pelajar dapat mengembangkan karangan mereka. Murid mungkin kehairanan apabila rakan-rakan mereka mampu menghasilkan perenggan karangan mereka dengan mantap dan kepanjang perenggan mereka seimbang. Murid yang mahir mengarang mampu memilih istilah istilah yang menarik, serta menggunakan peribahasa sesuai dengan isi atau huraian, serta menggunakan frasa menarik sama ada menyelitkan kata-kata pemimpin, menyelitkan firman Allah, sabda nabi, dan sebagainya. Semua boleh diselitkan dalam karangan, sekiranya pelajar kerap menghasilkan karangan.
KAEDAH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
Karangan cemerlang memerlukan pelajar menghasilkan perkembangan dan pengolahan hurain isi secara harmoni, ibarat aliran air sungai yang tenang dan mendamaikan hati pembaca atau dalam peperiksaan lebih tepat kepada pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, murid perlu memastikan karangan yang dihasilkan dapat memuaskan hati pemeriksa untuk terus membaca karangan berkenaan bermula daripada perenggan pengenalan hinggalah ke perenggan penutup kerana impresion seseorang pemeriksa akan menentukan markah karangan anda sama ada dalam skop markan cemerlang, baik mahupun sederhana. Diharapkan dengan adanya Jadual Pengembangan Idea Karangan akan mampu membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
Selain itu, murid yang bijak, mampu menentukan jenis pengenalan yang sesuai digunakan semasa mengarang kerana bukan semua pengenalan dapat menarik minat pemeriksa kertas. Terdapat banyak jenis pengenalan yang terdapat dalam karangan bahasa Melayu, seperti pengenalan jenis cerita, jenis iklan, jenis kata-kata pemimpin, jenis sejarah, jenis berita, pengenalan jenis lagu, maksud firman Allah (Al -Quran) pengenalan jenis sabda Rasulullah, dan pelbagai lagi. Pelajar boleh merujuk jenis pengenalan yang pernah saya jelaskan di dalam blog ini. Di samping itu, pelajar juga perlu mahir menyelit peribahasa, kata-kata pemimpin, kata-kata bijak pandai, puisi sama ada pantun, sajak dan sebagainya.
KEMAHIRAN TATABAHASA JUGA MENJADI PENENTU KECEMERLANGAN KARANGAN
Sebagai peringatan, pelajar yang mahir dari segi kemahiran ejaan, tatabahasa dan juga mahir menggunakan penanda wacana juga akan mempengaruhi marakah, justeru karangan menggarap semua kemahiran. Oleh sebab itu, pelajar perlu memberi penekanan unsur bahasa ini dan bukan sahaja diberi keutamaan semasa perbincangan tatabahasa pada kertas Bahasa Melayu 2. Kesimpulannya, karangan memerlukan pelajar menguasai keseluruhan kemahiran bahasa dan sistem bahasa ata tatabahasa, di samping pelajar banyak membaca dapat meluaskan pengetahuan sebagai persediaan untuk menjawab soalan atau tema yang dikemukakan soalan karangan PT3 terutama soalan subjektif respon terbuka. Pelajar yang tidak minat membaca dan tidak mengetahui perkembangan semasa sama ada berkaitan isu sosial, ekonomi, sosio politik, berita dalam atau luar negara, merupakan pelajar yang rugi. kebiasaannya, pelajar sebegini rupa sukar untuk menghurai isi karangan atau disebut juga mengembangkan karangan.
MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
|
BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus
/tema pengenalan yang dipilih?
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema?
|
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan. |
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan. |
Sebagai peringatan, pelajar cukup sekadar menulis sehingga ayat rangsangan 2 semasa mengembangkan perenggan pengenalan kerana masa pelajar terhad semasa mengarang.
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih?
|
AYAT HURAIAN 1
|
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema? |
AYAT HURAIAN 2
|
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2. ( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya kenapa - fokus/ tema? |
AYAT HURAIAN 3
|
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya bagaimana - fokus/ tema? |
AYAT CONTOH
|
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH. |
UNSUR KBAT
|
SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT |
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
|
AYAT ARAHAN
|
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA
|
Sebagai peringatan, pelajar cukup sekadar menulis sehingga ayat rangsangan 2 semasa mengembangkan perenggan isi kerana masa pelajar terhad semasa mengarang.
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)
|
Ayat cadangan
|
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
|
Ayat huraian cadangan
|
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
|
Unsur KBAT
|
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.
|
Frasa menarik
|
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.
|
Ayat harapan
|
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema
|
Semoga, Jadual Pengembangan Idea Karangan di atas dapat membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
CONTOH HASILAN PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN BIDANG SUKAN NEGARA
LAGU/ AYAT QURAN/
DSB
|
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, ……………………………………………………… |
AYAT RANGSANGAN 1
|
Lirik lagu Negaraku meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagaI seorang warganegara Malaysia.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Begitu juga diharapkan lagu ini akan memancarkan semangat patriotisme kepada individu, atau masyarakat.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
|
FRASA MENARIK
|
Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
|
AYAT RANGSANGAN
|
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi altet negara telah banyak mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di mata dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara kerana mutu sukan negara kita ada kalanya pasang dan ada kalanya surut.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA
Kata Kunci Isi
|
Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersadana dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh atlet sukan ternama dunia.
|
Ayat huraian 3
|
Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. Diikuti pula nama seperti Ziyad Zolkefli memecah rekod acara lontar peluru dan Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi menjadi johan dalam acara lari 100 meter, perkembangan terbaru ini membanggakan warga negara Malaysia dan menambahkah sinar Kontijen Sukan Paralimpik Negara.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan.
|
Ayat penegas
|
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Peningkatan prestasi ahli sukan juga dipengaruhi oleh peningkatan latihan secara intensif.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana melalui latihan intensif menyebabkan ahli sukan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi justeru, mutu sukan negara pasti akan lebih meningkat.
|
Ayat huraian 2
|
Bahkan juga, dengan latihan intensif akan meningkatkan jumlah pingat yang diperoleh dalam kejohanan yang disertai.
|
Ayat huraian 3
|
Peningkatan latihan juga dapat melahirkan atlet yang berkualiti yang setaraf dengan atlet antarabangsa.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, menghantar atlet negara menjalani latihan bersama atlet daripada negara luar.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya atlet tidak melakukan latihan yang mencukupi, serta didedahkan dengan latihan intensif menggunakan kepakaran pakar sukan luar negara yang terkenal menggunakan pendekatan saintifik semasa sesi latihan.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa ada mengatakan , jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah hakikatnya dengan atlet yang mendapat latihan di luar negara. banyak ilmu dan pendedahan kemahiran sukan yang mereka terima selama mana mereka berada di sana.
|
Ayat penegas
|
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa latihan intensif yang banyak turut menyumbang kepada kemajuan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Dalam pada itu, atlet sewajarnya didedahkan ke dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa turut menyumbang kepada langkah memajukan bidang sukan di negara kita.
|
Ayat huraian 1
|
Pendedahan kepada atlet dalam kejohan bertaraf antarabangsa akan meningkatkan pengalaman atlet akan bertambah
|
Ayat huraian 2
|
Hal ini disebabkan, atlet negara akan berkongsi pengalaman dengan atlet negara lain.
|
Ayat huraian 3
|
Imej negara juga akan meningkat apabila penglibatan atlet negara kita dalam pertandingan yang bertaraf antarabangsa contohnya, sukan Olimpik dan ASEAN.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, pendedahan dalam kejohanan antarabangsa kepada saudara Ziyad menyebabkan Malaysia memperoleh pingat emas dalam sukan yang menjadi perhatian seluruh dunia iaitu Sukan Paralimpik di Brazil
|
Unsur KBAT
|
Seadainya, kerajaan tidak memberi pendedahan kepada para atlet, nescaya para atlet negara kita akan mempunyai masalah dalam bidang pengurusan dan Teknik dalam kejohanan yang dianjurkan.
|
Frasa menarik
|
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya’.
|
Ayat penegas
|
Natijahnya, kerajaan sewajarnya berani mengambil risiko demi kejayaan atlet negara
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Seterusnya, usaha penyediaan prasarana sukan di peringkat negara, negeri, daerah, dan kampung perlu diberi keutamaan.
|
Ayat huraian 1
|
Prasarana sukan amat penting untuk kegunaan masyarakat kerana dengan adanya kemudahan berkenaan di semua lokasi strategik sama ada di peringkat negara, negeri, daerah dan kampung, memudahkan masyarakat mengunjunginya.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Bandar perlu memberi perhatian terhadap prasarana sukan untuk masyarakat bukan saha tertumpu di bandar, malah juga di luar bandar.
|
Ayat huraian 3
|
Hal ini kerana, dengan adanya prasarana serta kelengkapan sukan berkenaan masyarakat boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk beriadah tidak kira di mana mereka berada.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, setiap kampung kini telah dibina gelanggang futsal yang selalu digunapakai remaja kampung.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha sebegini dilakukan secara berterusan, sudah pasti usaha untuk memajukan sukan negara akan sampai ke akar umbi iaitu melibatkan masyarakat keseluruhan, sama ada mereka tinggal di bandar mahupun kampung.
|
Frasa menarik
|
Sila lengkapkan.
|
Ayat penegas
|
Sila lengkapkan.
|
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan mutu sukan negara agar kejayaan sukan negara terserlah dan digeruni masyarakat dunia.
|
Ayat cadangan
|
Seyogia, usaha untuk membina dan meningkatkan prasarana sukan, latihan secara intensif, pemberian insetif sukan kepada atlet sukan berjaya di peringkat antarabangsa merupakan antara inisiatif untuk memajukan sukan negara.
|
Ayat cadangan
|
Usaha-usaha yang lebih proaktif perlu diberikan keutamaan seperti menggunakan kepakaran pelatih professional dari luar negara antara cadangan yang perlu diutamakan oleh Majlis Sukan Negara dan Kementerian, Belia dan Sukan.
|
Ayat cadangan
|
Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu menyuntik lebih banyak budget berbentuk kewangan untuk meningkatkan mutu sukan negara agar keperluan atlet seperti prasana latihan dan kebajikan atlet sentiasa terjaga.
|
Frasa menarik
|
Kita tidak mahu usaha untuk memajukan sukan negara hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam atau sudah terhantuk baru tergadah untuk memajukan sukan negara kerana didapati mutu sukan negara sentiasa jauh ketinggalan berbanding mutu sukan negara maju dunia.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha untuk memajukan mutu sukan negara, sudah pasti ranking sukan negara berada di bawah negara Asia yang lain , apatah lagi negara jika dibandingkan mutu sukan negara terhebat dunia seperti Australia, Jepun, Amerika dan Rusia.
|
Ayat harapan
|
Diharapkan dengan usaha berterusan pihak bertanggungjawab untuk memajukan mutu sukan negara, atlet Malaysia akan dapat meyaingi atau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.
|
tqvm for sharing, cg ramsul.
BalasPadam