TEKS
CERPEN : LEGASI TAPAI UBI (Ghazali Lateh)
Sinopsis
Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi.
Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo
sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah
menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan
menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai
kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun
alah bisa tegal biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak
pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang
semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh
membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke
menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun,
Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor
Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi
membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di
dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian.
Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai
ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu
dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah
mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat
antarabangsa.
Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian
bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya
sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi
emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan
Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan
yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan
meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada
berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.
Tema - kesungguhan anak kepada
peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan
tradisional tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti
kanser.
Watak dan Perwatakan
Parjo -anak sulung kepada Wak
Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. / taat akan emak
dan bapanya - sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan
warung-warung di kampungnya tanpa membantah. / bersungguh-sungguh melakukan
sesuat - Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat
membantu mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan
jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading / membantu
membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya / Seorang yang teliti -
proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat
demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
Wak Salikon - bapa Parjo / gigih
melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok ubi dan seterusnya membuat
tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-anak - menyekolahkan
anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual
tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan
lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan - Wak Salikon
mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
Emak - Emak kepada Parjo dan
isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami - membantu Wak Salikon untuk
membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa mematuhi pantang
larang semasa membuat tapai ubi./ prihatin terhadap anak -
mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap
tapai ubi.
Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di
universiti. / mempunyai jambang yang lebat. / berpandangan jauh -
ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat
membantu mengurangkan serangan kanser.
Latar
Latar Masa
(a) Waktu
pagi. Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat
agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi
emak akan melumatkan ragi juga.
(b) Selepas
sembahyang isyak. Emak meneruskan tugasannya membuat tapai
ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya.
(c) Permulaan
semester. Profesor Haidar
memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai
ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
(d) Enam
puluh hari. Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu
bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu
serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.
Latar Tempat
(a) Kampung
Wak Salikon. Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada
ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung.
(b) Kantin
sekolah. Parjo menghantar tapai
ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’
oleh kawan-kawannya.
(c) Rumah
Wak Salikon. Tempat emak dan bapa
Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti.
(d) Fakulti
perubatan di universiti. Tempat Parjo melanjutkan
pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang
tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
(e) Amerika
Syarikat. Tempat yang menunjukkan
bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum,
iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding
dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.
(f) Kilang
perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak dan bapa Parjo
bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi
dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
Persoalan
(a) Kerajinan seorang
anak. Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa
ke sekolah. Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar,
warung-warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
(b) ______________________________________________________________________. Emak dan bapa
Parjo amat teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa pantang larang
yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat
tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising
semasa membuat tapai.
(c) _______________________________________________________________________. Bilangan pesakit
kanser semakin bertambah. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1 050 346
kes kanser payudara dan 372 965 kematian daripada kanser ini dilaporkan di
seluruh dunia.
(d) __________________________________________________________________________. Parjo dan
adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil
daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi.
(e) _____________________________________________________________________________. Dr. Parjo
mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi
emak dan bapanya sebagai seorang pengusaha tapai ubi yang terkenal di
kampungnya.
(f) ___________________________________________________________________________________. Wak Salikon
bercadang untuk mempergiat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo
tentang tapai itu berjaya.
Latar Masyarakat
(a) _________________________________________________________________________.
Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada
setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk
membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar.
(b) _________________________________________________________________________.
Wak Salikon dan isterinya gigih membuat tapai ubi pada setiap hari.
(c) ___________________________________________________________________________.
Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai
ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin.
(d) _____________________________________________________________________
Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana
terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan
serangan kanser.
(e) _____________________________________________________________________.
Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil
inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.
(f) ______________________________________________________________________.
Sebuah kilang didirikan, iaitu Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon untuk
meningkatkan pengeluaran tapai ubi disebabkan permintaan terhadap tapai ubi Wak
Salikon yang semakin bertambah.
Nilai
(a) _________________________________
Parjo bersungguh-sungguh membuat kajian tapai ubi yang dikatakan mampu
mengurangkan serangan kanser.
(b) _________________________________
Pada setiap pagi, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke
kantin sekolah, warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada
tempahan.
(c) _________________________________.
Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah hasil
inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi
(d) _________________________________.
Parjo mengajak emak dan bapanya untuk menyaksikan dia menerima ijazah
kedoktoran di universiti.
(e) _________________________________
Parjo dan rakan-rakannya telah bekerjasama untuk membuat kajian di makmal.
Pengajaran
(a) ________________________________________________________________________..
sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke
kantin sekolah. Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh
kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan
bapanya mencari rezeki.
(b) ___________________________________________________________________________.
Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak
Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya untuk
memotong ubi itu.
(c) _________________________________________________________________________.
Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan
kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian
itu berjaya.
(d) _____________________________________________________________________________.
Sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo
untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin meningkat.
(e) _________________________________________________________________________.
Setelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak
Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilang
itu.
(f) ______________________________________________________________________________.
Rakan-rakan sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilan ‘Parjo Tapai’
kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa menaiki bas ke sekolah.
Latihan Pemahaman
“Tapai!
Tapai! Tapai!”
Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan
dengan tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak
Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh
kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi,
itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah,
bencinya!
“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat
Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku
pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan
emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada
tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai
ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah. Apatah lagi
apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin
sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh
kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas sekolah. Aku malu dan marah
juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu
emak dan bapa mencari rezeki.
i. Berdasarkan petikan
cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak
Salikon?
[3 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. Terdapat beberapa latar
masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”.
Nyatakan latar
masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen
tersebut.
[3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. Parjo gigih membantu bapa
dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh
dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka?
[4
markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tema
Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin
membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit
berbahaya seperti kanser.
.
Persoalan
Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.
Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.
Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.
Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.
Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.
Latar
Latar Masa
Waktu pagi.
Selepas sembahyang isyak.
Permulaan semester.
Enam puluh hari.
.
Latar Tempat
Kantin sekolah.
Rumah Wak Salikon.
Fakulti perubatan di universiti.
Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.
Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.
Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
Masyarakat yang berpandangan jauh.
Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.
Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.
Nilai
Kegigihan.
Kerajinan.
Kesyukuran.
Kasih sayang.
Kerjasama.
.
Pengajaran
Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.
Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
perkara.
Kita patutlah menghargai jasa ibu bapa.
Kita mestilah bijak merebut peluang demi kemajuan.
Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.
This is how my associate Wesley Virgin's autobiography begins in this SHOCKING and controversial video.
BalasPadamAs a matter of fact, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he found hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.
THESE are the exact same methods many celebrities (notably those who "became famous out of nothing") and elite business people used to become wealthy and famous.
You probably know how you use less than 10% of your brain.
That's really because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Perhaps that thought has even taken place INSIDE OF YOUR own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain seven years back, while driving an unlicensed, beat-up garbage bucket of a car with a suspended driver's license and on his debit card.
"I'm very frustrated with living check to check! When will I become successful?"
You've been a part of those those types of questions, right?
Your own success story is going to start. Go and take a leap of faith in YOURSELF.
Take Action Now!