SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Khamis, 17 Januari 2019

AKTIVTI MENGARANG DAN TAJUK PENULISAN UNTUK PdPC ESOK JUMAAT (19/1/2019)


Mayarakat Malaysia kini mulai sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri.
Jelaskan amalan hidup sihat ini.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN STASTITIK.

JENIS PENGENALAN STATITIK
Nisbah seorang daripada lima rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis, begitu juga jumlah pesakit diabetes meningkat dua kali ganda daripada 1.5 juta pada 2006 kepada 3 juta pada 2011.
AYAT RANGSANGAN 1
Seyogia, budaya pengambilan makanan masyarakat Malaysia sering memberi impak kepada masalah kesihatan sehingga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat.
AYAT RANGSANGAN 2
Antara masalah kesihatan yang membelenggu kehidupan masyarakat dasawarsa antaranya masalah buah pinggang, kencing manis, diabetes, sakit jantung, kanser, dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN 3
Oleh sebab itu, masyarakat perlu mengambil berat kesihatan diri mereka agar terelak daripada menghadapi masalah kesihatan yang kronik.
FRASA MENARIK.
Peribaha Melayu ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.
AYAT KBAT
Jika, masyarakat alpa dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat sudah pasti mereka akan terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk masyarakat untuk mengamalkan amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI KARANGAN ( ISI PERTAMA) -PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG
PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
TEMA KECIL/KATA KUNCI
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya mencadangkan supaya masyarakat mengutamakan pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan seharian.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini kerana dengan pegambilan makanan seimbang mengikut gizi makanan masyarakat dapat mengelak daripada mengalami masalah kesihatan yang kronik.
AYAT HURAIAN 2
Seyogia, masyarakat perlu mengambil makanan yang disarankan berdasarkan piramid makanan.
AYAT CONTOH.
Sebagai contoh, masyarakat yang sedar akan kepentingan gizi makanan akan mengambil makanan yang mengandungi kabohidrat, protin, vitamin, garam galian, dan mineral dalam pemakanan seharian.
FRASA MENARIK.
Malangnya, kegagalan masyarakat  mengutamakan pemakanan seimbang menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan apabila situasi ini sudah berlaku  sudah terhantuk baru terngadah sudah tidak berguna lagi.
AYAT KBAT

Sebaliknya, jika masyarakat sedar akan kepentingan pengambilan makan seimbang mereka akan hidup dengan bahagia dan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.
AYAT PENEGAS.
Tegasnya, pengambilan makanan seimbang amat penting dalam kehidupan masyarakat.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI KARANGAN ( ISI KEDUA)- MENJALANI AKTIVITI SENAMAN ATAU RIADAH

PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
TEMA KECIL/KATA KUNCI
Seterusnya, masyarakat dapat mengamalkan amalan bersenam atau beriadah dan bersukan setiap hari sebagai budaya kehidupan seharian mereka.
AYAT HURAIAN 1
Banyak maslahat yang akan masyarakat terima apabila mereka mengamalkan aktiviti bersenam atau beriadah dan bersukan dalam kehidupan seharian mereka.
AYAT HURAIAN 2
Pabila masyarakat menjalankan aktiviti bersenam, pembakaran kalori makanan akan mengelakkan mereka daripada menghidap obesiti dan pada masa yang sama, peluh akan mengeluarkan bahan toksik yang tidak diperlukan badan.
AYAT CONTOH.
Malangnya, masyarakat yang kurang bersenam dan bersukan akan mudah menghidap penyakit berbahaya seperti masalah jantung, kencing manis, buah pinggang dan pelbagai penyakit kronik yang lain
FRASA MENARIK.
Perlu diingat penyakit datang tanpa amaran kerana malang tidak berbau.
AYAT KBAT

Sekiranya masyarakat melakukan aktiviti bersenam dan beriadah setiap hari mereka merupakan orang paling beruntung kerana aktiviti berkenaan mampu mengelakkan mereka terjebak dengan masalah kesihatan yang kronik.
AYAT PENEGAS.
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti bersenam dan bersukan mampu mengelakkan masyarakat mengalami masalah kesihatan yang kronik.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI KARANGAN ( ISI KETIGA)- MENDAPAT RAWATAN KESIHATAN

PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
TEMA KECIL/KATA KUNCI
Sebagai salah seorang masyarakat prihatin terhadap kepentingan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia, saya mencadangkan masyarakat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
AYAT HURAIAN 1
Saya berkata demikian kerana dasawarsa masyarakat Malaysia sering menghidap penyakit kronik yang berbahaya.
AYAT HURAIAN 2
Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia perlu mendapatkan pemeriksaan berkala di klinik sama ada klinik kerajaan atau swasta.
AYAT CONTOH.
Pemeriksaan berkala ini amat penting sebelum masalah kesihatan masyarakat dapat dipantau oleh pihak pengamal kesihatan untuk mengelakkan mereka menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kecing manis, buah pinggang, kanser, sakit jantung yang boleh mengancam nyawa.
FRASA MENARIK.
Sebelum penyakit berkenaan membarah kesihatan mereka perlu dipantau kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudia sudah tidak berguna lagi.
AYAT KBAT

Jika masyarakat sedar akan kepentingan kesihatan dan mendapat pemeriksaan awal sudah pasti mereka akan terelak daripada menghidap penyakit kronik.
AYAT PENEGAS.
Jelaslah bahawa pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani oleh masyarakat mampu memastikan kesihatan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL
Konklusinya, amalan hidup sihat memang banyak maslahatnya dan mewujudkan masyarakat yang sentiasa hidup dalam kesejahteraan.
AYAT CADANGAN
Oleh sebab itu masyarakat perlu sentiasa membudayakan pengambilan makanan seimbang, menjalani aktiviti riadah dan bersukan serta mendapatkan rawatan berkala agar kehidupan mereka sentiasa sihat.
AYAT CADANGAN SELAIN DARIPADA YANG DIBINCANGKAN.
Selain itu, sebagai cadangan tambahan masyarakat juga boleh mengambil makanan tambahan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malasyia dan menjalani ibadah puasa untuk terus sihat.
FRASA MENARIK
Masyarakat juga perlu prihatin akan kesihatan diri dengan menjalani kehidupan sihat kerana hanya mutu yang mengenal manikam.
AYAT HARAPAN.
Selesaikan dengan ayat sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan