PENGGOLONGAN KATA :- ( Perbincangan pada hari Isnin- 14/1/2019)
Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu :-
i) Kata nama am
ii) Kata nama khas
iii) Kata ganti nama diri.
i) Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan,
dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis,
guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda,
burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah.
Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung,
bandar, negeri dll
|
Kata nama am
hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada
awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan
seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata nama am dapat dibahagikan kepada
kata nama yang:
(a). konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(a). konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b). abstrak,
iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Kata nama am konkrit dan abstrak
boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Berikut adalah beberapa contoh kata
nama terbitan:
buai - buaian
tea - ketua
raja
- kerajaan
tahu - pengetahuan
ii) Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang
khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak
bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing), Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana (kereta),
Pilot (pen),
Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
KATA
GANTI NAMA DIRI
1. Maksudnya, Kata
yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi
kepada 3 jenis:
a. Kata
Ganti Nama Diri Pertama (penutur)
b. Kata
Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata
Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan
penutur / pendengar:
a.
Tunggal (seorang)
b. Jamak
(lebih daripada seorang)
4. Golongan
pengguna:
a.
Masyarakat Moden
b.
Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c.
Masyarakat Istana / Bangsawan
5. Contoh Kata
Ganti Nama Diri
a. Kata
Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
(keakraban)
|
saya (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali
atau dalam suasana rasmi.
|
hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
|
patik (tunggal)
|
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta (tunggal)
|
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami (tunggal)
|
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua.
|
kita (tunggal)
|
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
|
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang
yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda (tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan
kita.
|
awak (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
|
engkau (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
|
Tuan hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata
ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata
ganti diri kedua)
|
tuanku (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
kalian (tunggal)
|
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
|
kamu (tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita.
|
c.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang
diceritakan halnya (orang yang
diceritakan halnya
tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
|
beliau (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru
dan pemimpin.
|
Dia dan ia (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk
kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan
bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan
bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport
dari Jepun.
|
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
|
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan.
|
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan.
|
“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,”
kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
“Patik mohon maaf atas kesalahan patik,”
kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.
|
Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
|
Saya ingin berjumpa dengan ia.
|
Saya ingin berjumpa dengannya.
|
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
|
Mereka sedang bermain bola di
padang.
|
7. Ringkasan:
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama (penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua (pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
KATA
GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti
nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
kau
|
Asal daripada kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang
dirapatkan dengan kata yang menyertainya.
|
1. “Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik
Hazim.
2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
|
ku
|
Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata
yang ditulis rapat.
|
1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang
berada di Johor.”
2. “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
|
mu
|
Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1. Hasratmu akan aku tunaikan.
2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada
Syafiqah.
|
nya
|
Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada
akhir kata sahaja.
|
1. Kakaknya menuntut di luar negara.
2. Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya.
|
3. Bentuk
kesilapan
a.
Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang
menyertainya.
SALAH
|
BETUL
|
“Warna apa yang kau minati?” tanya Azim kepada
Syafiq.
|
“Warna apa yang kauminati?” tanya Azim kepada
Syafiq.
|
“Kawan ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif
kepada Sayuti.
|
“Kawanku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada
Sayuti.
|
b. Tidak
boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH
|
BETUL
|
“Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Encik
Azwan.
|
“Kamu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada
Rosman.
|
“Engkau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
c.
Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan
berkaitan dengan Tuhan.
SALAH
|
BETUL
|
Ya Allah, aku memohon keampunanmu.
|
Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
|
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya.
|
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan