SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Isnin, 21 Januari 2019

NOTA SAJAK KIJANG YANG LELAH- TINGKATAN 3A1 (RABU-23/1/2019)

NOTA 1.
Kijang yang Lelah - Wan Marzuki Wan Ramli
Maksud Setiap Rangkap

TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan setelah habitatnya hampir musnah disebabkan penebangan pokok-pokok di hutan demi pembangunan.

PERSOALAN
  • Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.
  • Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.
  • Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.
  • Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.
  • Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
  • Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.

BENTUK
  • Bebas
  • Mempunyai empat rangkap.
  • Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang  berbeza.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris - 2 hingga 7 patah kata.
  • Bilangan suku kata - 4 - 17 suku kata
  • Rima akhir - bebas

NADA
Melankolik

GAYA BAHASA
  • Aliterasi
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (konsonan k)
  • Asonansi 
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa. (vokal i)
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba. (vokal a)
  • Personifikasi
i. Sebak menyentap dahan kalbu
ii. Menghambat waktu yang bersisa
  • Metafora - dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap, temulang kudrat
  • Inversi - Diredah belantara yang mula teduh
  • Hiperbola - Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
  • Kata ganda - berhati-hati

NILAI
  • Ketabahan
  • Kecekalan
  • Waspada
  • Dedikasi
  • Rasional
  • Kesederhanaan
  • Keikhlasan
  • Bijaksana

PENGAJARAN
  1. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan sehari-hari.
  2. Kita perlulah cekal menghadapi hari tua dan menghabiskan sisa usia.
  3. Kita sewajarnya mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  4. Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara demi manfaat bersama tanpa menindas mana-mana pihak.
  5. Kita seharusnya menggunakan kewarasan akal fikiran dalam melaksanakan sebarang tindakan.
  6. Kita perlulah menyeimbangkan pembangunan dan penjagaan alam sekitar agar tidak memusnahkan habitat haiwan liar.
  7. Kita mestilah reda menerima ketentuan takdir dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
  8. Kita seharusnya bijak menangani masalah yang menimpa kita dalam kehidupan sehari-hari
NOTA 2

Sajak  Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki Wan Ramli

Sajak  Kijang yang Lelah

Maksud
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan.
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.

Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau. Sang kijang yang uzur masih mempunyai harapan untuk menjadi ketua kembali.
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua walaupun lelah dan tidak berdaya sementara mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya.
Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras .
Wan Marzuki Wan Ramli Mingguan Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Tema: Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
 Ketabahan
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.
Berhati-hati/ Berwaspada
Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara
Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.
Berhamah tinggi
Kita hendaklah menggunakan akal yang waras ketika membuat keputusan.
Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang diinginkan.
Bersemangat tinggi
Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Metafora
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Personifikasi

Sebak menyentap dahan kalbu
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema

Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Asonansi (e)
Diredah belantara yang mula teduh

Aliterasi (h)
Sang kijang lebih berhati-hati menapak

Rima akhir
Baris 1: aaab
Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee


Nada: melankolik

LATIHAN:-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan