Sajak Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki
Wan Ramli
Sajak Kijang yang Lelah
|
Maksud
|
Suara
nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika
temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia
tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak
telapak di tanah menghijau.
|
Kehidupan
kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan.
|
Saat
itu
Sebak
menyentap dahan kalbu
Dedaun
resah mula berguguran
Pepohon
batin akhirnya tumbang
Akarya
menguncup di perdu harap.
|
Pada
masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau. Sang kijang yang uzur masih
mempunyai harapan untuk menjadi ketua kembali.
|
Hari
ini
Dia
cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat
waktu yang bersisa
Walau
dalam jera lelah
Seakan
dibelenggu setiap inci jiwa raga.
|
Kini,
sang kijang berusaha menjadi ketua walaupun lelah dan tidak berdaya sementara
mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya.
|
Bimbang
tersadung akar dan jerat
Sang
kijang lebih berhati-hati menapak
Meski
dalam peribadi yang keruh
Diredah
belantara yang mula teduh
Nun
jauh di batas nuraninya
Dia
tetap menjinjing tekad dan tabah
terus
mengorak penuh berhemah
dengan
akal dan hati
dia
tidak lagi gundah
menyusun
gerak dan langkah.
|
Sang
kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan
tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan
walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan
walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang
dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras .
|
Wan
Marzuki Wan Ramli Mingguan Malaysia, Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
|
Tema : Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.
Persoalan
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Ketabahan hidup dalam
meneruskan kehidupan
|
Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah
menghadapi dugaan hidup
|
Sikap berhati-hati
dalam melakukan tindakan.
|
Berhati-hati/
Berwaspada
|
Kita hendaklah
berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara
|
Kewarasan berfikir
dalam menempuhi cabaran dan rintangan.
|
Berhamah tinggi
|
Kita hendaklah
menggunakan akal yang waras ketika membuat keputusan.
|
Keupayaan yang lemah
bukan penghalang mencapai sesuatu yang diinginkan.
|
Bersemangat tinggi
|
Kita hendaklah
bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.
|
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Metafora
|
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang |
Personifikasi
|
Sebak menyentap dahan
kalbu
|
Responsi
(perulangan perkataan
di tengah baris)
|
Suara nyaringnya tidak
lagi gah bergema
Dia tidak
lagi mampu menobat takhta
|
Asonansi (e)
|
Diredah
belantara yang mula teduh
|
Aliterasi (h)
|
Sang kijang lebih berhati-hati
menapak
|
Rima akhir
|
Baris 1: aaab
Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee
|
Nada: melankolik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan