SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Rabu, 9 Januari 2019

CONTOH PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP

Alhamdulillah, sebelum ini saya telah mendedahkan pelbagai jenis pengenalan kepada murid. Oleh sebab itu, murid yang kreatif perlu bijak memilih pengenalan yang perlu ditulis semasa mengarang sesuai dengan tajuk atau tema yang terdapat dalam soalan.

Pada hari Rabu 9/1/2019 pelajar telah diberi satu tugasan atau soalan iaitu, Membaca amat penting kepada pelajar. Tuliskan karangan berkenaan.

Contoh karangan. Murid yang kreatif akan dapat membuat penambahbaikan karangan di bawah.

Tajuk Karangan : Membaca amat penting kepada pelajar.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN PERIBAHASA.
JENIS PENGENALAN
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
JENIS PERIBAHASA
Membaca merupakan jabatan ilmu.
AYAT RANGSANGAN 1
Berdasarkan peribahasa di atas, saya sebagai seorang pelajar perlu menggunakan masa senggang saya untuk membaca.
AYAT RANGSANGAN 2
Hal ini kerana, dengan membaca saya boleh mendapat pelbagai kebaikan untuk menjadikan diri saya sebagai pelajar cemerlang.
AYAT RANGSANGAN 3
Antara kebaikan yang saya peroleh dengan amalan membaca adalah seperti memperluas perbendaharaan kata saya, membantu saya menulis karangan.
FRASA MENARIK.
Jika saya rajin membaca saya akan terelak daripada menjadi seperti “katak di bawah tempurung
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah kepentingan membaca kepada saya.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI KARANGAN ( ISI PERTAMA)
PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
TEMA KECIL/KATA KUNCI
Sebagai seorang murid berminda kelas pertama, saya ingin membicarakan kata kunci pertama perbincangan saya iaitu dengan membaca saya akan dapat memperluas pengetahuan kemahiran berbahasa saya.
AYAT HURAIAN 1
Sebagaimana kita sedia maklum, pelbagai maklumat boleh kita peroleh dengan membaca.
AYAT HURAIAN 2
Dengan membaca saya akan dapat meningkatkan kemahiran sistem bahasa seperti tatabahasa,  mengetahui pelbagai istilah atau kosa kata menarik, dan pelbagai binaan ayat yang gramatis
AYAT CONTOH.
Oleh sebab itu, sekiranya saya menguasai kemahiran berbahasa, saya akan mampu untuk menghasilkan karangan menarik serta menjawab pelbagai soalan yang melibatkan tatabahasa.
FRASA MENARIK.
Bak kata peribahasa Melayu, jika ada kemahuan di situ ada jalan dan begitulah juga diri saya kerana jika saya ingin mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu saya perlu banyak membaca.
AYAT PENEGAS.
Sudah terang lagi bersuluh amalan membaca amat banyak kebaikannya terutama untuk meningkatkan kemahiran berbahasa saya.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI KARANGAN ( ISI KEDUA)

PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
TEMA KECIL/KATA KUNCI
Bahkan juga, dengan membaca saya akan dapat mengetahui pelbagai peristiwa menarik yang berlaku di dalam dan luar negara.
AYAT HURAIAN 1
Sebagai seorang murid saya berbangga kerana Malaysia sebuah negara maju dan mempunyai sistem maklumat terkini yang membolehkan saya mengetahui pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam atau luar negara.
AYAT HURAIAN 2
Antara berita dalam dan luar negara yang boleh kita ketahui seperti  berita ekonomi, sosial, mahupun berita berkaitan politik
AYAT CONTOH.
Sebagai mana kita sedia maklum, setiap hari ada sahaja berita yang kita boleh terima melalui pembacaan seperti peristiwa tsunami, banjir di dalam negara atau di luar negara dan berita berkenaan boleh kita peroleh melalui akhbar tempatan atau juga melalui internet.
FRASA MENARIK.
Dengan adanya kemudahan internet, langit sentiasa terbuka dan dunia tanpa sempadan dan semua maklumat boleh kita peroleh dengan mudah.
AYAT PENEGAS.
Tegasnya, dengan membaca saya akan dapat mengetahui pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara kerana maklumat berada di hujung jari.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI KARANGAN ( ISI KETIGA)

PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
TEMA KECIL/KATA KUNCI
Selain itu, sebagai seorang pelajar berminda kelas pertama, saya akan menjadikan membaca sebagai hobi saya pada masa senggang.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini kerana dengan membaca saya akan terelak daripada berkomunikasi dengan rakan saya yang buruk akhlaknya.
AYAT HURAIAN 2
Hobi membaca amat baik untuk pelajar kerana dengan membaca saya akan sentiasa menambah kemahiran berbahasa dan pengetahuan saya berkaitan dengan mata pelajaran saya pelajari.
AYAT CONTOH.
Sebagai contoh, saya dapat menjalankan hobi membaca saya dengan mengunjungi perpustakaan sekolah atau perputakaan daerah atau negeri kerana di sini merupakan lubuk ilmu.
FRASA MENARIK.
Pelbagai ilmu saya boleh dapati di perpustakaan yang akan meningkatkan pengetahuan saya sama ada melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Matematik dan pelbagai lagi kerana dengan membaca merupkan jabatan ilmu.
AYAT PENEGAS.
Tegasnya, membaca amat sesuai dijadikan  hobi saya pada masa senggang.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA
 BINAAN AYAT/PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL
Secara tuntasnya, membaca amat sesuai dijadikan sebagai hobi pada masa senggang.
Ayat cadangan
Sebagai seorang pelajar berminda kelas pertama saya perlu menggunakan masa lapang untuk membaca sama ada di pusat sumber sekolah, daerah atau negeri.
Ayat cadangan
Malah murid yang cemerlang juga akan menggunakan masa senggang mereka dengan membaca di mana-mana sahaja sama ada semasa menunggu bas, semasa rehat di sekolah, atau semasa ketidaan guru di dalam kelas.
Frasa Menarik
Sebagai mana kita sedia maklum masa itu emas, oleh setiap saat yang berlalu perlu kita gunakan dengan membaca kerana jauh perjalanan luas pemandangan.
Ayat harapan.
Konklusinya, membaca amat sesuai digunakan pada waktu senggang kerana banyak manfaatnya yang akan kita terima kerana dengan membaca pelbagai ilmu yang kita terima kerana membaca gedung ilmu.




1 ulasan: