SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Khamis, 10 Januari 2019

NOTA KOMSAS ANTOLOGI - SYAIR BURUNG NURI


SYAIR BURUNG NURI
TEKS SYAIR 1: SYAIR BURUNG NURI
Maksud Syair

Rangkap 1: Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.
Rangkap 2: Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.
Rangkap 3: Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
Rangkap 4: Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan.
Rangkap 5: Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang-ulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.
Rangkap 6: Penyair mengisahkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju, serta tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.
Rangkap 7: Namun penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya hancur.
Rangkap 8: Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras.  Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.  Penyair menceritakan adab dalam kehidupan yang sering ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan dalam perhubungan, masalah kehidupan yang terumbang-ambing, dan masalah kegagalan berfikir secara rasional yang akan memusnahkan kehidupan seseorang.

Persoalan
(a)     Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b)    Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c)     Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d)    Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
(e)     Kesederhanaan dalam percintaan.

Bentuk
(a)     Syair ini berbentuk terikat.
(b)    Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.
(c)     Semua baris merupakan maksud.
(d)    Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama:
·         Rangkap 1: empat baris;
·         Rangkap 2: empat baris;
·         Rangkap 3: empat baris;
·         Rangkap 4: empat baris;
·         Rangkap 5: empat baris;
·         Rangkap 6: empat baris;
·         Rangkap 7: empat baris;
·         Rangkap 8: empat baris;
(e)     Bilangan perkataan bagi setiap baris syair ini antara tiga hingga enam patah kata:
Gerangan sungguh amatlah leta,                                                             (4 patah kata)
Perinya akal gelap-gelita,                                                                         (3 patah kata)
Hemat pun rendah daif berserta,                                                              (5 patah kata)
Sajak dan nazam banyak tak kena.                                                           (6 patah kata)
(f)    Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku katab:
Sudahlah nasib untung yang malang,                                                       (10 suku kata)
Senantiasa di dalam nasib dan walang.                                                    (13 suku kata)
(g)   Rima akhir terikat:
·         Rangkap 1: aaaa;
·         Rangkap 2: aaaa;
·         Rangkap 3: aaaa;
·         Rangkap 4: aaaa;
·         Rangkap 5: aaaa;
·         Rangkap 6: aaaa;
·         Rangkap 7: aaaa;
·         Rangkap 8: aaaa.

Unsur Bunyi
(a)    Asonansi.
·         Barang yang ghairah di dalam cinta,                              (perulangan vokal a)
·         Segenap pesisir desa negeri,                                         (perulangan vokal e)
·         Terfikir-fikir bukan menderita,                                       (perulangan vokal i)
(b)   Aliterasi.
·         Dituliskan sahifah supaya nyata,                                    (perulangan konsonan s)
·         Gundahlah fikir tiada tertentu,                                       (perulangan konsonan t)
·         Remuk dan rendam rasanya hati,                                   (perulangan konsonan r)
Gaya Bahasa
(a)    Inversi.  Dituliskan sahifah supaya nyata; Bertambahlah sopan dan negeri.
(b)   Kata ganda.  Gelap-gelita; terfikir-fikir; berulang-ulang.
(c)    Kata arkaik.  Masyghul.
(d)   Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris).  Remuk dan   rendam (rangkap 7, baris 4; rangkap 8, baris 1).
(e)    Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris).  Tuan (rangkap 3, baris 1 dan 4).
(f)    Repetisi.  Hanyutlah badan ke sana ke mari (rangkap 6, baris 1).
(g)   Simile.  Laksana cermin jatuh ke batu.
(h)   Sinkope.  Sajak dan nazam banyak tak kena.
(i)     Paradoks.  Daripada hidup sebaiknya mati.

Nilai
(a)   Kesedaran. Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya akibat terlalu menurut perasaan.
(b)   Merendah diri.  Penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara dalam lembarannya itu.
(c)    Rasional.  Penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak secara rasional.
(d)   Hemah tinggi.  Penyair menasihati agar pasangan yang bercinta menjaga adab masing-masing.
(e)    Kebijaksanaan.  Penyair menyarankan agar setiap pasangan bijak menguruskan percintaan mereka.

Pengajaran
(a)    Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan orang
      lain.
(b)   Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk   mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.
(c)    Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan kerana boleh mengakibatkan seseorang itu merana apabila kecewa.
(d)   Kita tidak boleh berputus asa kerana tindakan ini akan merugikan diri sendiri.
(e)    Kita janganlah bertindak mengikut kata hati kerana tindakan ini akan menyebabkan perkara buruk berlaku.

Praktis PT3 1: Syair Burung Nuri

Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.


Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan da negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya  hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

Mohd. Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Aras Mega(M) Sdn. Bhd.

i.    Apakah keadaan yang dibayangkan oleh penyair pada rangkap keenam syair?                                                                                                                                                                                                                       [3 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii.    Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam “Syair Burung Nuri’.      [3 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



iii.            Dalam kehidupan, seseorang itu pasti akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.
            Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk menghadapi dugaan tersebut?                                                                                                                                 [4 markah]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Tiada ulasan:

Catat Ulasan