SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Selasa, 24 April 2018

NOTA BAHAGIA SUDAH DERITA- PEMBENTANGAN PROSA TRADISIONAL KELAS 3A1

PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA 

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu  bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah  Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa  Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah.  Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN
PERSOALAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI PENGAJARAN
PENGAJARAN
CONTOH
Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup
Masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Ketabahan
Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan
Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya
Masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Setiap ahli keluarga mestilah memupuk amalan kasih sayang
Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
Kemuliaan hati seorang raja
Masyarakat istana
Baik hati
Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susah
Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka.
Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga.
Masyarakat yang bertanggungjawab
bertanggungjawab
Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarga dengan menyediakan keperluan hidup kepada isteri dan anak-anak.
Si Miskin bertanggungjawab  menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
Sikap tidak berperikemanusiaan
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Prihatin
Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang susah
Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa
Contoh
1.     Tiga bulan
Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
2.     Petang
Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
3.     Empat puluh hari empat puluh malam
Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
4.     Malam
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat

1.     Negeri Anta Beranta
Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2.     Hutan
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3.     Di Pasar
Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
4.     Tempat pembuangan sampah
Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.

GAYA BAHASA
1.     Diksi

·        Bahasa Istana


·        Baginda,titah,patik

·        Bahasa klasik
·        Hatta

·        Bahasa Arab
·        Allah subhanahu taala

2.     Sinkope
·        Kehendakmu?
·        Jangan anakku bercerai

3.     Kata ganda
·        Berdarah-darah dan bengkak-bengkak

4.     Simile
·        Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
·        Suaminya melihatkan laku bininyaseperti orang hendak mati rupanya.

5.     Repetisi
·        “ Jikalau ada belas kasihan tuanhamba akan orang daif lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah yang seburuk-buruknya….
6.     Anafora
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7.     Responsi
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8.     Hiperbola
Hancurlah segala anggotaku


Sumber : http://cikgusimile.blogspot.my/2017/01/antologi-bintang-hati-tingkatan-3-prosa.html

Rabu, 19 Julai 2017

KAEDAH MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP

Kebanyakan pelajar mengeluh, bagaimana untuk menghasil dan mengembangkan karangan agar karangan dihasilkan cemerlang. Justeru, saya menggunakan pendekatan menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan Untuk Menghasilkan Karangan Cemerlang. Cuba pelajar lihat hasil perbincangan  sacara berkumpulan untuk proses pengajaran Kelas 2A1, SMK Seri Londang semalam. Hasilnya amat positif, pelajar dapat menghasilkan karangan yang bermutu tinggi.

TAJUK KARANGAN: CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
LAGU/ AYAT QURAN/
Allah berfirman, Demi masa, sesungguhnya manusia itu  dalam kerugian.
AYAT RANGSANGAN  1
Berdasarkan firman Allah di atas, masa itu emas.
AYAT RANGSANGAN  2
Kita hendaklah menghargai setiap saat masa yang berlalu kerana masa yang telah berlalu tidak akan berulang kembali.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu ada mengatakan sekiranya nasi menjadi bubur sudah tidak berguna lagi.
UNSUR KBAT
Sekiranya kita tidak menghargai masa kita akan rugi masa senggang yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti berfaedah tidak digunakan dengan aktiviti yang berfaedah.
AYAT ARAHAN
Persoalannya bagaimanakah kita boleh menghargai masa dan menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah?


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

Tema/ Kata Kunci Isi
Kita boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku.
Ayat huraian 1
Membaca buku banyak memberi manfaat, antaranya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang negara , hal ehwal semasa dan masyarakat
Ayat contoh
Contohnya kita boleh menambah ilmu tentang mata pelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan sebagainya . Tambahan pula, dengan membaca kita akan dapat mengetahui peristiwa  berlaku di dalam dan di luar negara.
Unsur KBAT
Jika tidak membaca,akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jadilah ulat buku.
Frasa menarik
Sememangnya membaca itu jambatan ilmu.
Ayat  penegas
Konklusinya, kita perlulah memupuk amalan membaca dalam diri  agar memperoleh ilmu.



JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA

Tema/ Kata Kunci Isi
Selain itu, kita boleh memenuhi masa senggang dengan melayari laman-laman blog berfaedah untuk mengembang pengetahuan.
Ayat huraian 1
Pelbagai gajet terdapat di pasaran yang boleh membantu kita melayari internet untuk mendapatkan maklumat.
Ayat contoh
Antara gajet yang menjadi perhatian pelajar dewasa ini seperti telefon pintar atau  komputer riba yang mampu untuk memudahkan kita melayari laman web berfaedah dengan menggunakan enjin carian seperti Google Crome, Fire Fox, Monzila Fire Fox
Unsur KBAT
Sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan berkenaan atau tidak tahu menggunakan peralatan elektronik ini, kita akan ketinggalan zaman.
Frasa menarik
Hal ini kerana, dengan menggunakan internet maklumat boleh diperoleh kerana maklumat berada di hujung jari dan penggunaan perisian teknologi pintar akan mewujudkan dunia tanpa sempadan.
Ayat  penegas
Sudah terang lagi bersuluh, kita boleh memenuhi masa senggang dengan melayari laman-laman blog berfaedah untuk mengembang pengetahuan

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA

Tema/ Kata Kunci Isi
Selain itu, kita boleh menggunakan masa terluang dengan bersenam dan bersukan.
Ayat huraian 1
Aktiviti riadah ini amat berguna kepada pelajar kerana bukan sahaja kita dapat menggunakan masa lapang dengan sebaik-bainya, malah juga impaknya akan melahirkan tubuh badan yang sihat kerana badan yang cergas melahirkan otak yang cerdas.
Ayat contoh
Pelbagai aktiviti riadah yang boleh kita lakukan untuk memenuhi waktu senggang seperti bermain bola sepak, badminton, tenis, sepak takraw dan sebagainya.
Unsur KBAT
Jika kita tidak melakukan aktiviti riadah ini kita mudah ditimpa penyakit kerana merawat lebih baik daripada mengubati.
Ayat  penegas
Tegasnya, kita boleh menggunakan masa terluang dengan bersenam dan bersukan untuk melahirkan tubuh badan yang sihat.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT

Tema/ Kata Kunci Isi
Bahkan juga, kita boleh melakukan waktu senggang dengan menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.
Ayat huraian 1
Kebanyakan pelajar alpa dan sering tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar terutama menyiapkan kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru mata pelajaran.
Ayat contoh
Contohnya, setiap hari pelajar dibekalan oleh guru untuk menyiapkan kerja rumah seperti karangan, matematik, sejarah dan sebagainya.
Unsur KBAT
Sekiranya pelajar gagal menjalankan tanggungjawab berkenaan sudah pasti guru mata pelajaran berkenaan akan marah kerana perbuatan tersebut seperti menyimbah minyak ketika api sedang marak, dan pelajar akan didenda.
Frasa menarik
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Jika perkara ini berlaku sudah pasti hubungan baik kita sebagai seorang pelajar dan guru akan renggang.
Ayat  penegas
Kesimpulannya, kita boleh melakukan waktu senggang dengan menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.



JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang pelajar yang berminda kelas pertama, kita perlu memenuhi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.
Ayat cadangan
Antaranya, kita perlu menggunakan masa senggang dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku, beriadah, melayari internet, dan menyiapkan tugasan kita sebagai seorang pelajar seperti menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru.
Ayat cadangan
Selain itu, kita boleh memenuhi masa senggang dengan melibatkan diri sebarang aktiviti gotong royong sama ada dijalankan di taman perumahan atau di sekolah.
KBAT
Sudah pasti, apabila masa lapang kita dapat digunakan dengan baik kita akan dihormati oleh rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat. Bahkan juga ibu bapa kita akan bangga kerana anak borek ayah rintik.
Ayat harapan
Oleh itu, gunakanlah masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah demi masa depan kita agar kehidupan kita akan cemerlang.



Ahad, 25 Jun 2017

KARANGAN KEPERIHALAN - PERSEDIAAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

                PERSEDIAAN MENYAMBUT KETIBAAN HARI RAYA AIDIL FITRI


Tanggal 1 Syawal mengikut kalendar Hijrah amat bermakna kepada setiap insan beragama Islam. Pada tarikh berkenaan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri merupakan hari kemenangan setelah Berjaya mengerjakan ibadat puasa selama sebulan. Pada hari mulia ini sanak saudara dan sahabat handaisama ada juah ataupun dekat  akan berkumpul dan menziarahi antara satu sama lain untuk bermaaf-maafan sambil menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan. Sebagai persediaan menyambut hari raya yang disambut setahun sekali, pelbagai persediaan dilakukan oleh setiap ahli keluarga, begitu juga dengan keluarga saya.

Pada tahun ini, keluarga saya telah membuat persediaan awal menghadapi hari lebaran iaitu bermula pada dua minggu berpuasa di bulan Ramadhan . Pada minggu kedua berkenaan kami mengecat rumah kerana warna cat lama sudah luntur. Sebagai persiapan mengecat, bapa telah berbincang dan mendapat pendapat ibu dan kami adik beradik warna cat yang sesuai sebelum membelinya ke kedai. Jangan dah terhantuk baru tergadah dan jika nasi telah menjadi bubur sudah tidak berguna begitulah falsafah ayah sebelum aktiviti mengecat bermula.Beliau berpendapat biarlah semua ahli keluarga bersama-sama membuat keputusan agar kami berpuas hati dengan warna cat yang dipilih nanti. Keputusannya, warna perang gelap menjadi pilihan kami untuk menyesuaikan warna berkenaan dengan persekitaran rumah kami. Memang warna perang gelap merupakan warna trend masyarakat sekarang. Setelah peralatan mengecat dibeli oleh ayah seperti cat, berus, tangga untuk memudahkan operasi mengecat,  kami berkerjasama mengecat bagai aur dengan tebing. Bapa telah membahagikan tugasan kepada kami, saya dan abang ditugaskan mengecat dinding rumah bahagian depan dan sisi kanan rumah. Sementara ayah dan adik mengecat bahagian belakang dan sisi kiri rumah. Habis bajuku terkena cat sepanjang mengecat rumah. Setelah dua hari mengecat, kami berjaya melakukan tugas masing-masin dan impaknya kami bangga rumah kami berseri-seri dan dipuji oleh jiran-jiranku yang tinggal berdekatan rumah kami. Bahkan juga, jiran-jiran kami amat memuji sikap ringan tulang yang kami serlahkan sepanjang operasi kami mengecat rumah dijalankan.

Setelah tiga minggu berpuasa, bapa telah telah membuat keputusan, esok kami akan ke bandar membeli pakaian yang akan dipakai pada hari raya tahun ini, saya, abang, dan adik begitu gembira dengan cadangan ayah. Kami akan mendapat baju baru untuk dipakai pada hari lebaran tahun ini. Pagi-pagi Sabtu, kami adik beradik telah bersiap untuk pergi membeli pakaian, dan kasut. Bapa telah membawa kami ke beberapa pasar raya ternama di bandar Manung, Perak seperti Billion, Stor, dan Pasar Raya Maidin. Ayah begitu teliti orangnya memilih kualiti baju dan seluar serta membanding harga seluar baju yang ditawarkan di setiap pasar raya, alah membeli menang memakai katanya. Walaupun begitu, ayah memberi kebebasan kepada kami memilih baju dan seluar yang kami berkenan, menurut ayah asalkan kami gembira dengan pakaian dan kasut yang dibeli. Kami adik beradik juga teliti ketika memilih pakaian dan kasut yang sesuai kami pakai pada hari raya kelak. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, begitulah peribahasa Melayu memperkata akan tindakan kita semasa membuat sesuatu kerana jika tidak dilakukan dengan teliti sudah pasti hasilnya sia-sia. Terima kasih ayah, begitulah kata-kata tersembul dari mulut kami setelah aktiviti membeli belah pada hari itu selesai. Kami balik dengan tersenyum lebar dan ayah amat gembira melihat kami ceria dan gembira dengan pakaian dan kasut  yang kami peroleh. “Berhari raya sakanlah kami tahun ini”, begitulah kata-kata di hati kecilku. Apabila sampai di rumah, kami berlari ke arah ibu kami yang tidak turut serta semasa kami membeli belah kerana ibu sibuk untuk membersihkan rumah dan menyediakan juadah untuk kami berbuka.

           Hari raya semakin hampir dan keadaan kami sekeluarga semakin sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya. Ibu telah menempah langsir baru di kedai untuk menghiasi rumah kami. Mana tidaknya, rumah sudah dicat dengan cat baru, sudah pasti langsir pun perlu baru, barulah keadaan rumahku menarik. Keesokan paginya, ibu pulang dari pejabatnya dan membawa langsir baru yang sudah siap dan aku berlari mendapatkan ibuku sambil membantu ibu membawa masuk beg yang berisi langsir. Berat juga beg berisi langsir yang dibawa ibu, semuanya ada empat beg. Tanpa berlengah, aku membuka beg berkenaan, wow.....cantiknya langsir yang ibu tempah daripada kedai jahit di bandar. Warna biru laut dan dihiasi bunga-bungaan dan ada manik berwarna- warni bersusun di setiap sudut langsir. Oleh kerana terlampau gembira, aku terus memeluk ibu dan terkeluar kata-kata dari mulutku "....terima kasih ibu" kataku. Ibu memanggil abang, dan bapa dan meminta mereka memasang langsir berkenaan pada pemidang yang sudah terpasang di atas tingkap rumah kami. Setelah kami berkerjasama bagai aur dengan tebing, langsing tersebut berjaya di pasang. " Cantiknya", bisik hati kecilku. Tidak terimankanku untuk menjemput kawan-kawanku datang ke rumah untuk menunjukkan kepada mereka ruangan dalam rumahku yang telah bertukar wajah. Sungguh tidak sabar akau menunggu ketibaan hari lebaran yang akan disambut seminggu lagi.

      Seperti biasa, kuih-muih kebanyakan ditempah oleh ibuku. Namun, ayah bersungguh-sungguh untuk membakar lemang, kuih tradisonal orang Melayu. Oleh sebab, buluh lemang sukar dicari, ayahku telah menempah buluh lemang daripada Pakcik Sudir, kenalan ayahku awal-awal Ramadhan lagi kerana beliau risau bekalan buluh kehabisan, alamat melopong ayahku jika keadaan berkenaan berlaku pada tahun ini. Pada pagi hari puasa terkahir, Pak Sudir telah membawa bekalan bulu yang ayahku tempah ke rumahku. Setelah membayar harga titik peluh Pak Sudir mencari dan menyediakan buluh lemang Kemudian, ayah meminta abang menolongnya untuk membersihkan miang buluh dan kemudian ayah dan abang membuat tiang dan kayu untuk meletakkan buluh lemang yang sudah siap dimasukkan beras pulut dan santan serta garam. Ibu yang bertugas untuk menyiapkan perkakasan dan mengisi beras pulut ke dalam rongga buluh dan aku turut membantu kerana berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dan sudah pasti kerja yang berat menjadi ringan apabila konsep kerjasama dijalankan sesama ahli keluarga. Selepas sembahyang Maghrib, acara membakar lemang dimulakan, aku membantu ayah mengalih-alihkan kedudukan lemang yang dibakar kerana kata ayah, jika buluh lemang tidak dipusing-pusingkan kedudukannya, kemungkinan besar isi lemang berkenaan akan hangus. Baru aku faham, kenapa ayah kerap mengalih dan memusingkan kedudukan buluh lemang. Seteah tiga jam berlalu, lemang yang kami bakar sudah masak. Untuk memastikan lemang tersebut betul-betul masak ayah memasukkan lidi bersih ke dalam rongga buluh berisi pulut tersebut untuk memastikan isinya sudah masak. Sebelum masak betul, ayah mengurangkan bahang api dengan mengalih-alihkan bara api supaya tidak markah kerana kata ayah, api yang marak akan menghanguskan pulut yang ada di dalam buluh. Banyak ilmu aku pelajari untuk menyediakan lemang. aku bersyukur kerana ayah sangat pakar untuk membuat lemang.

       Sememangnya persiapan untuk menyambut hari raya tahun ini amat menceriakan kami. Banyak lagi aktiviti yang kami lakukan sebelum hari raya seperti membersihkan sekeliling rumah kerana jika rumah sahaja ceria dan bersih tetapi rumput dan kebersihan persekitaran rumah tidak dipedulikan, sudah pasti usaha kami menceriakan rumah kami akan sia-sia kerana akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Saya berdoa, esok 1 Syawal kami akan dapat menyambut hari lebaran dengan riang gembira. Selain itu, saya bersukur kerana sepanjang membuat persediaan untuk menyambut hari raya hubungan kami seluarga bertambah erat, masing-masing memainkan peranan untuk menjalankan tugasan supaya hari raya tahun ini meninggalkan kenangan selama-lamanya buat kami.

Sebagai makluman pelajar, soalan karangan ini mengkehendaki pelajar menjelaskan atau mengambarkan suasana persediaan menyambut hari raya dijalankan kerana karangan ini berbentuk keperihalan, justeru, pelajar perlu dapat membayangkan suasana berkenaan dan memberi gambaran sebenar situasi tersebut. Bahkan juga, pelajar perlu tahu cara-cara semasa persediaan berkenaan, contohnya untuk membakar lemang pelajar perlu tahu cara-caranya dengan beranggapan pembaca tidak tahu modus operandi untuk membakar lemang. Bahkan juga, pelajar perlu bijak memilih kata atau istilah dan menyelitkan peribahasa untuk memaparkan keindahan bahasa semasa mengarang. 

Isnin, 12 Jun 2017

LATIHAN BAHASA MELAYU KELAS 2A1 PADA HARI RABU SEPANJANG RAWATAN SAYA DI HOSPITAL SELAYANG DAN HOSPITAL KUALA LUMPUR

LATIHAN PADA HARI RABU (14/6/2017)

BAHAGIAN A
[25 markah]

1       Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)   Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas   kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.

      ___________________________________________
 

(ii)   Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.

      ___________________________________________


(iii)  Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

       ___________________________________________


(iv)  "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu  Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.

        ___________________________________________

(8 markah)

2          Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.

      __________________________________________

(ii)              Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna
emas.

     __________________________________________


(iii)              Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.

        __________________________________________
(3 markah)




3       Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i)     Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.
        Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.

_______________________________________________

_______________________________________________


(ii)    Pulau peranginan itu cantik.
        Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.
_______________________________________________

_______________________________________________

(iii)   Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.
        Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.

_______________________________________________

_______________________________________________

(iv)    Saya ada masa pada hujung minggu ini.
         Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.
_______________________________________________

_______________________________________________

(v)     Azwana membaca surat.
         Afifah membaca surat.
         Surat dikirim oleh Bhaga.
_______________________________________________

_______________________________________________

                                                                            (10 markah)

4     Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

       





                   _____________________________________________________________




                 _____________________________________________________________

                                                                                                                        4 markah

Jumaat, 12 Mei 2017

BAHAN PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN NOVEL TINGKATAN 2 (PPT 2017)

BAGAIMANA UNTUK MEMNJAWAB SOALAN NOVEL TING. 2
JALAN KE PUNCAK OLEH JURU DURABI

JAWAPAN ANDA PERLU ADA ISI + HURAIAN + CONTOH
CONTOH UNTUK SOALAN BERKAITAN TEMA.
JAWAPAN ANDA PERLU TIGA ISI

ISI
HURAIAN
CONTOH
Tema merupakan perosalan pokok yang dibicarakan dalam sesebuah novel. Berdasarkan Novel Jalan ke Puncak oleh Juri Durabi, temanya Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari.


Peristiwa yang dapat diperoleh berdasarkan sifat kegigihan seorang pemuda membina kecemerlangan kerjaya masa depannya adalah melalui watak Laiman.
Contohnya, peristiwanLaiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Selian itu, peristiwa mengambarkan kegigihan Laiman juga dapat dilihat melalui peristiwa beliau mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau.Di samping itu, beliau berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Peristiwa di atas jelas menunjukan Laiman seorang yang gigih membina kerjaya dengan berdikari.

Hasil daripada jadual di atas, saya cadangkan jawapan pelajar seperti di bawah.
Tema merupakan perosalan pokok yang dibicarakan dalam sesebuah novel. Berdasarkan Novel Jalan ke Puncak oleh Juri Durabi, temanya Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari.


Peristiwa yang dapat diperoleh berdasarkan sifat kegigihan seorang pemuda membina kecemerlangan kerjaya masa depannya adalah melalui watak Laiman. Contohnya, peristiwa Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Selain itu, peristiwa mengambarkan kegigihan Laiman juga dapat dilihat melalui peristiwa beliau mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau.Di samping itu, beliau juga berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Peristiwa di atas jelas menunjukan Laiman seorang yang gigih membina kerjaya dengan berdikari dan akhirnya berjaya menjadi pengusaha berjaya dalam bidang yang diceburinya.

AND JUGA BOLEH MERUJUK BAHAN DALA BUKU LATIHAN BIRU. DI SITU ADA NOTA BAHAGIAN TEMA. CUMA TEMANYA KESUNGGUHAN DAN KEGIGIHAN SEORANG ANAK MUDA LULUSAN UNIVERSITI MENCAPAI CITA-CITANYA. CARA MENJAWABNYA SAMA CUBA UBAH SAHAJA TEMANYA......ISI + HURAIAN + CONTOH SAMA.


CONTOH UNTUK SOALAN BERKAITAN PERSOALAN
JAWAPAN ANDA PERLU TIGA ISI
ISI
HURAIAN
CONTOH
Persoalan adalah pecahan isi pokok atau utama untuk mengukuhkan cerita atau novel. Berdasarkan Novel Jalan ke Puncak oleh Jurabi Durabi terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan

antaranya ketabahan menghadapi dugaan hidup. Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
Contohnya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya walaupun dipertikaikan oleh keluarganya.

Selain itu, keberanian menceburi bidang pertanian
Cuba berikan contoh

Bahkan juga, persoalan Semangat setia kawan
Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek yang diusahakan oleh Laiman walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.