PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri
Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh
Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan
isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri
itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke
dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk
kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.
Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah
untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji
ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana
terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah
Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya.
Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat
di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa
Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa
bimbang mendapat layanan yang teruk.
Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si
Miskin.Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula,
nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang
daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin
seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali
tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas.
Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah
menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan
hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar,
hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera
Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.
Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil
dan pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil
dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma.
Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari
empat puluh malam.
TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai
dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.
PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN
PERSOALAN
|
LATAR
MASYARAKAT
|
NILAI
PENGAJARAN
|
PENGAJARAN
|
CONTOH
|
Ketabahan dalam
menempuhi dugaan hidup
|
Masyarakat yang tabah
dalam menempuhi dugaan hidup
|
Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah
dalam menempuhi dugaan hidup
|
Si Miskin dan
isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan
dengan batu serta kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa
mereka hendak meminta makanan
|
Kasih sayang seorang
suami terhadap isterinya
|
Masyarakat yang
penyayang
|
Kasih sayang
|
Setiap ahli keluarga
mestilah memupuk amalan kasih sayang
|
Si Miskin amat sayang
akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
|
Kemuliaan hati seorang
raja
|
Masyarakat istana
|
Baik hati
|
Kita hendaklah
membantu orang yang dalam keadaan susah
|
Maharaja InderaDewa
sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan
mempelam dan nangka.
|
Tanggungjawab suami
terhadap ahli keluarga.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
|
bertanggungjawab
|
Seorang suami
hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarga dengan menyediakan keperluan hidup
kepada isteri dan anak-anak.
|
Si Miskin
bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
|
Sikap tidak
berperikemanusiaan
|
Masyarakat yang tidak
berperikemanusiaan
|
Prihatin
|
Kita hendaklah
prihatin dan membantu golongan yang susah
|
Orang di pasar telah
membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian
compang-camping.
|
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa
|
Contoh
|
1. Tiga bulan
|
Selepas makan buku
tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
|
2. Petang
|
Si Miskin berada di
tempat pembuangan sampah
|
3. Empat puluh hari empat puluh malam
|
Majlis meraikan
kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
|
4. Malam
|
Si Miskin dan
isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
|
Latar Tempat
|
|
1. Negeri Anta Beranta
|
Si Miskin meminta
sedekah dan mencari rezeki.
|
2. Hutan
|
Si Miskin dan
isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
|
3. Di Pasar
|
Tempat Si Miskin dan
Isterinya dihina dan dilempar kayu
|
4. Tempat pembuangan sampah
|
Si Miskin menemukan
ketupat dan buku tebu.
|
GAYA BAHASA
1. Diksi
· Bahasa Istana
|
· Baginda,titah,patik
|
· Bahasa klasik
|
· Hatta
|
· Bahasa Arab
|
· Allah subhanahu taala
|
2. Sinkope
|
· Kehendakmu?
· Jangan anakku bercerai
|
3. Kata ganda
|
· Berdarah-darah dan bengkak-bengkak
|
4. Simile
|
· Laparnya dan dahaga seperti akan
matilah rasanya.
· Suaminya melihatkan laku bininyaseperti
orang hendak mati rupanya.
|
5. Repetisi
|
· “ Jikalau ada belas kasihan tuanhamba akan
orang daif lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak
akan buah yang seburuk-buruknya….
|
6. Anafora
|
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
|
7. Responsi
|
Ada yang
memberi juadah
Ada yang
memberi nasi
Ada yang
memberi buah-buahan
|
8. Hiperbola
|
Hancurlah
segala anggotaku
|
Your Affiliate Profit Machine is waiting -
BalasPadamPlus, making money online using it is as simple as 1...2...3!
Here is how it all works...
STEP 1. Choose which affiliate products you want to push
STEP 2. Add push button traffic (it ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. See how the system grow your list and up-sell your affiliate products for you!
Are you ready to start making money?
Click here to make money with the system