SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Rabu, 6 Februari 2019

NOTA BERKIATAN KATA PEMERI (PdPC SELEPAS CUTI HARI RAYA CINA)


KATA PEMERI

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

KATA PEMERI
MAKSUD
AYAT CONTOH
ialah
- menunjukkan persamaan
- hadir di hadapan frasa nama


1. Rumah yang cantik itu ialah rumah En.
Mazlan.
2. Emak ialah seorang guru.
3. Agama rasmi Negara ialah agama Islam.

Adalah
- menunjukkan huraian atau
keterangan.
- Hadir di hadapan frasa
  adjektif dan frasa sendi

1. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang adalah hitam.
3. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah
untuk mencungkil bakat baru.


Nota :
1.       Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

SALAH
BETUL

Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan
pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.

Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua
maktab.
Arahan itu bukan untuk semua pegawai.


2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i.   Tidak benar
ii.  Tidak cantik
iii. Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.

3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri
adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-

i.    Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii.  Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan