Kebanyakan pelajar mengeluh, bagaimana untuk menghasil dan mengembangkan karangan agar karangan dihasilkan cemerlang. Justeru, saya menggunakan pendekatan menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan Untuk Menghasilkan Karangan Cemerlang. Cuba pelajar lihat hasil perbincangan sacara berkumpulan untuk proses pengajaran Kelas 2A1, SMK Seri Londang semalam. Hasilnya amat positif, pelajar dapat menghasilkan karangan yang bermutu tinggi.
TAJUK KARANGAN: CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
LAGU/ AYAT QURAN/
|
Allah berfirman, Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Berdasarkan firman Allah di
atas, masa itu emas.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Kita hendaklah menghargai
setiap saat masa yang berlalu kerana masa yang telah berlalu tidak akan
berulang kembali.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa Melayu ada
mengatakan sekiranya nasi menjadi bubur sudah
tidak berguna lagi.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya kita tidak
menghargai masa kita akan rugi masa senggang yang sepatutnya digunakan untuk
aktiviti berfaedah tidak digunakan dengan aktiviti yang berfaedah.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya bagaimanakah
kita boleh menghargai masa dan menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang
berfaedah?
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI PERTAMA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Kita boleh
mengisi masa lapang dengan membaca buku.
|
Ayat huraian 1
|
Membaca buku banyak memberi manfaat,
antaranya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang negara , hal ehwal semasa
dan masyarakat
|
Ayat contoh
|
Contohnya kita boleh
menambah ilmu tentang mata pelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah
dan sebagainya . Tambahan pula, dengan membaca kita akan dapat mengetahui
peristiwa berlaku di dalam dan di luar
negara.
|
Unsur KBAT
|
Jika tidak membaca,akan
menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Jadilah ulat buku.
|
Frasa menarik
|
Sememangnya membaca itu
jambatan ilmu.
|
Ayat penegas
|
Konklusinya, kita perlulah
memupuk amalan membaca dalam diri agar
memperoleh ilmu.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI KEDUA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Selain itu,
kita boleh memenuhi masa senggang dengan melayari laman-laman blog berfaedah
untuk mengembang pengetahuan.
|
Ayat huraian 1
|
Pelbagai gajet terdapat di
pasaran yang boleh membantu kita melayari internet untuk mendapatkan
maklumat.
|
Ayat contoh
|
Antara gajet yang menjadi
perhatian pelajar dewasa ini seperti telefon pintar atau komputer riba yang mampu untuk memudahkan
kita melayari laman web berfaedah dengan menggunakan enjin carian seperti
Google Crome, Fire Fox, Monzila Fire Fox
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya kita tidak
menggunakan kemudahan berkenaan atau tidak tahu menggunakan peralatan
elektronik ini, kita akan ketinggalan zaman.
|
Frasa menarik
|
Hal ini kerana, dengan menggunakan
internet maklumat boleh diperoleh kerana maklumat
berada di hujung jari dan penggunaan perisian teknologi pintar akan
mewujudkan dunia tanpa sempadan.
|
Ayat penegas
|
Sudah terang lagi bersuluh, kita
boleh memenuhi masa senggang dengan melayari laman-laman blog berfaedah untuk
mengembang pengetahuan
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI KETIGA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Selain itu,
kita boleh menggunakan masa terluang dengan bersenam dan bersukan.
|
Ayat huraian 1
|
Aktiviti riadah ini amat
berguna kepada pelajar kerana bukan sahaja kita dapat menggunakan masa lapang
dengan sebaik-bainya, malah juga impaknya akan melahirkan tubuh badan yang
sihat kerana badan yang cergas melahirkan otak yang
cerdas.
|
Ayat contoh
|
Pelbagai aktiviti riadah
yang boleh kita lakukan untuk memenuhi waktu senggang seperti bermain bola
sepak, badminton, tenis, sepak takraw dan sebagainya.
|
Unsur KBAT
|
Jika kita tidak melakukan
aktiviti riadah ini kita mudah ditimpa penyakit kerana merawat lebih baik daripada mengubati.
|
Ayat penegas
|
Tegasnya, kita boleh menggunakan
masa terluang dengan bersenam dan bersukan untuk melahirkan tubuh badan yang
sihat.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI KEEMPAT
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Bahkan juga,
kita boleh melakukan waktu senggang dengan menyiapkan latihan yang diberi
oleh guru.
|
Ayat huraian 1
|
Kebanyakan pelajar alpa dan
sering tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar terutama
menyiapkan kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru mata pelajaran.
|
Ayat contoh
|
Contohnya, setiap hari
pelajar dibekalan oleh guru untuk menyiapkan kerja rumah seperti karangan,
matematik, sejarah dan sebagainya.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya pelajar gagal
menjalankan tanggungjawab berkenaan sudah pasti guru mata pelajaran berkenaan
akan marah kerana perbuatan tersebut seperti menyimbah
minyak ketika api sedang marak, dan pelajar akan didenda.
|
Frasa menarik
|
Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Jika perkara ini berlaku sudah pasti hubungan baik kita sebagai
seorang pelajar dan guru akan renggang.
|
Ayat penegas
|
Kesimpulannya, kita boleh
melakukan waktu senggang dengan menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.
|
JADUAL
PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya,
sebagai seorang pelajar yang berminda kelas pertama, kita perlu memenuhi masa
senggang dengan aktiviti yang berfaedah.
|
Ayat cadangan
|
Antaranya, kita perlu
menggunakan masa senggang dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku,
beriadah, melayari internet, dan menyiapkan tugasan kita sebagai seorang
pelajar seperti menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru.
|
Ayat cadangan
|
Selain itu, kita boleh
memenuhi masa senggang dengan melibatkan diri sebarang aktiviti gotong royong
sama ada dijalankan di taman perumahan atau di sekolah.
|
KBAT
|
Sudah pasti, apabila masa
lapang kita dapat digunakan dengan baik kita akan dihormati oleh rakan-rakan,
guru-guru dan masyarakat. Bahkan juga ibu bapa kita akan bangga kerana anak
borek ayah rintik.
|
Ayat harapan
|
Oleh itu, gunakanlah masa lapang
kita dengan aktiviti yang berfaedah demi masa depan kita agar kehidupan kita
akan cemerlang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan