Tanggal
1 Syawal mengikut kalendar Hijrah amat bermakna kepada setiap insan beragama
Islam. Pada tarikh berkenaan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri
merupakan hari kemenangan setelah Berjaya mengerjakan ibadat puasa selama
sebulan. Pada hari mulia ini sanak saudara dan sahabat handaisama ada juah
ataupun dekat akan berkumpul dan
menziarahi antara satu sama lain untuk bermaaf-maafan sambil menyambut hari
lebaran dengan penuh kegembiraan. Sebagai persediaan menyambut hari raya yang disambut
setahun sekali, pelbagai persediaan dilakukan oleh setiap ahli keluarga, begitu
juga dengan keluarga saya.
Pada
tahun ini, keluarga saya telah membuat persediaan awal menghadapi hari lebaran iaitu bermula pada dua minggu
berpuasa di bulan Ramadhan . Pada minggu kedua berkenaan kami mengecat rumah kerana warna cat
lama sudah luntur. Sebagai persiapan mengecat, bapa telah berbincang dan
mendapat pendapat ibu dan kami adik beradik warna cat yang sesuai sebelum
membelinya ke kedai. Jangan dah terhantuk baru tergadah dan jika nasi telah
menjadi bubur sudah tidak berguna begitulah falsafah ayah sebelum aktiviti mengecat
bermula.Beliau berpendapat biarlah semua ahli keluarga bersama-sama membuat
keputusan agar kami berpuas hati dengan warna cat yang dipilih nanti. Keputusannya,
warna perang gelap menjadi pilihan kami untuk menyesuaikan warna berkenaan dengan persekitaran rumah kami. Memang warna perang gelap merupakan warna trend masyarakat sekarang. Setelah peralatan mengecat dibeli oleh
ayah seperti cat, berus, tangga untuk memudahkan operasi mengecat, kami berkerjasama mengecat bagai aur dengan
tebing. Bapa telah membahagikan tugasan kepada kami, saya dan abang ditugaskan
mengecat dinding rumah bahagian depan dan sisi kanan rumah. Sementara ayah dan
adik mengecat bahagian belakang dan sisi kiri rumah. Habis bajuku terkena cat
sepanjang mengecat rumah. Setelah dua hari mengecat, kami berjaya melakukan
tugas masing-masin dan impaknya kami bangga rumah kami berseri-seri dan dipuji
oleh jiran-jiranku yang tinggal berdekatan rumah kami. Bahkan juga, jiran-jiran kami amat memuji sikap ringan tulang yang kami serlahkan sepanjang operasi kami mengecat rumah dijalankan.
Setelah
tiga minggu berpuasa, bapa telah telah membuat keputusan, esok kami akan ke
bandar membeli pakaian yang akan dipakai pada hari raya tahun ini, saya, abang,
dan adik begitu gembira dengan cadangan ayah. Kami akan mendapat baju baru
untuk dipakai pada hari lebaran tahun ini. Pagi-pagi Sabtu, kami adik beradik
telah bersiap untuk pergi membeli pakaian, dan kasut. Bapa telah membawa kami ke beberapa pasar
raya ternama di bandar Manung, Perak seperti Billion, Stor, dan Pasar Raya Maidin. Ayah
begitu teliti orangnya memilih kualiti baju dan seluar serta membanding harga
seluar baju yang ditawarkan di setiap pasar raya, alah membeli menang memakai
katanya. Walaupun begitu, ayah memberi kebebasan kepada kami memilih baju dan
seluar yang kami berkenan, menurut ayah asalkan kami gembira dengan pakaian dan kasut yang dibeli. Kami adik beradik juga teliti ketika memilih pakaian dan kasut yang sesuai kami pakai pada hari raya kelak. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, begitulah peribahasa Melayu memperkata akan tindakan kita semasa membuat sesuatu kerana jika tidak dilakukan dengan teliti sudah pasti hasilnya sia-sia. Terima kasih ayah, begitulah kata-kata tersembul dari mulut kami setelah
aktiviti membeli belah pada hari itu selesai. Kami balik dengan tersenyum lebar dan
ayah amat gembira melihat kami ceria dan gembira dengan pakaian dan kasut yang kami peroleh.
“Berhari raya sakanlah kami tahun ini”, begitulah kata-kata di hati kecilku. Apabila sampai di rumah, kami berlari ke arah ibu kami yang tidak turut serta semasa kami membeli belah kerana ibu sibuk untuk membersihkan rumah dan menyediakan juadah untuk kami berbuka.
Hari raya semakin hampir dan keadaan kami sekeluarga semakin sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya. Ibu telah menempah langsir baru di kedai untuk menghiasi rumah kami. Mana tidaknya, rumah sudah dicat dengan cat baru, sudah pasti langsir pun perlu baru, barulah keadaan rumahku menarik. Keesokan paginya, ibu pulang dari pejabatnya dan membawa langsir baru yang sudah siap dan aku berlari mendapatkan ibuku sambil membantu ibu membawa masuk beg yang berisi langsir. Berat juga beg berisi langsir yang dibawa ibu, semuanya ada empat beg. Tanpa berlengah, aku membuka beg berkenaan, wow.....cantiknya langsir yang ibu tempah daripada kedai jahit di bandar. Warna biru laut dan dihiasi bunga-bungaan dan ada manik berwarna- warni bersusun di setiap sudut langsir. Oleh kerana terlampau gembira, aku terus memeluk ibu dan terkeluar kata-kata dari mulutku "....terima kasih ibu" kataku. Ibu memanggil abang, dan bapa dan meminta mereka memasang langsir berkenaan pada pemidang yang sudah terpasang di atas tingkap rumah kami. Setelah kami berkerjasama bagai aur dengan tebing, langsing tersebut berjaya di pasang. " Cantiknya", bisik hati kecilku. Tidak terimankanku untuk menjemput kawan-kawanku datang ke rumah untuk menunjukkan kepada mereka ruangan dalam rumahku yang telah bertukar wajah. Sungguh tidak sabar akau menunggu ketibaan hari lebaran yang akan disambut seminggu lagi.
Seperti biasa, kuih-muih kebanyakan ditempah oleh ibuku. Namun, ayah bersungguh-sungguh untuk membakar lemang, kuih tradisonal orang Melayu. Oleh sebab, buluh lemang sukar dicari, ayahku telah menempah buluh lemang daripada Pakcik Sudir, kenalan ayahku awal-awal Ramadhan lagi kerana beliau risau bekalan buluh kehabisan, alamat melopong ayahku jika keadaan berkenaan berlaku pada tahun ini. Pada pagi hari puasa terkahir, Pak Sudir telah membawa bekalan bulu yang ayahku tempah ke rumahku. Setelah membayar harga titik peluh Pak Sudir mencari dan menyediakan buluh lemang Kemudian, ayah meminta abang menolongnya untuk membersihkan miang buluh dan kemudian ayah dan abang membuat tiang dan kayu untuk meletakkan buluh lemang yang sudah siap dimasukkan beras pulut dan santan serta garam. Ibu yang bertugas untuk menyiapkan perkakasan dan mengisi beras pulut ke dalam rongga buluh dan aku turut membantu kerana berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dan sudah pasti kerja yang berat menjadi ringan apabila konsep kerjasama dijalankan sesama ahli keluarga. Selepas sembahyang Maghrib, acara membakar lemang dimulakan, aku membantu ayah mengalih-alihkan kedudukan lemang yang dibakar kerana kata ayah, jika buluh lemang tidak dipusing-pusingkan kedudukannya, kemungkinan besar isi lemang berkenaan akan hangus. Baru aku faham, kenapa ayah kerap mengalih dan memusingkan kedudukan buluh lemang. Seteah tiga jam berlalu, lemang yang kami bakar sudah masak. Untuk memastikan lemang tersebut betul-betul masak ayah memasukkan lidi bersih ke dalam rongga buluh berisi pulut tersebut untuk memastikan isinya sudah masak. Sebelum masak betul, ayah mengurangkan bahang api dengan mengalih-alihkan bara api supaya tidak markah kerana kata ayah, api yang marak akan menghanguskan pulut yang ada di dalam buluh. Banyak ilmu aku pelajari untuk menyediakan lemang. aku bersyukur kerana ayah sangat pakar untuk membuat lemang.
Sememangnya persiapan untuk menyambut hari raya tahun ini amat menceriakan kami. Banyak lagi aktiviti yang kami lakukan sebelum hari raya seperti membersihkan sekeliling rumah kerana jika rumah sahaja ceria dan bersih tetapi rumput dan kebersihan persekitaran rumah tidak dipedulikan, sudah pasti usaha kami menceriakan rumah kami akan sia-sia kerana akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Saya berdoa, esok 1 Syawal kami akan dapat menyambut hari lebaran dengan riang gembira. Selain itu, saya bersukur kerana sepanjang membuat persediaan untuk menyambut hari raya hubungan kami seluarga bertambah erat, masing-masing memainkan peranan untuk menjalankan tugasan supaya hari raya tahun ini meninggalkan kenangan selama-lamanya buat kami.
Sebagai makluman pelajar, soalan karangan ini mengkehendaki pelajar menjelaskan atau mengambarkan suasana persediaan menyambut hari raya dijalankan kerana karangan ini berbentuk keperihalan, justeru, pelajar perlu dapat membayangkan suasana berkenaan dan memberi gambaran sebenar situasi tersebut. Bahkan juga, pelajar perlu tahu cara-cara semasa persediaan berkenaan, contohnya untuk membakar lemang pelajar perlu tahu cara-caranya dengan beranggapan pembaca tidak tahu modus operandi untuk membakar lemang. Bahkan juga, pelajar perlu bijak memilih kata atau istilah dan menyelitkan peribahasa untuk memaparkan keindahan bahasa semasa mengarang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan