SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Sabtu, 3 Ogos 2013

LATIHAN TATABAHASA KERJA RUMAH DALAM CUTI HARI RAYA PELAJAR TING. 3 2013



A.   Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1






2








3
Kami sekeluarga akan berpindah Sarawak pada hujung tahun ini.
A  berpindah di Sarawak dalam
B  berpindah di Sarawak dari
C  berpindah di Sarawak pada
D  berpindah Sarawak pada

Kebanyakan pelajar tidak bersetuju oleh cadangan Pengetua sekolah itu.
  A bersetujukan cadangan
B  bersetuju akan cadangan
C  bersetuju dengan cadangan
D  bersetuju oleh cadangan

Orang tua yang miskin itu masih mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan.
A  bantuan kepada pihak
B  bantuan daripada pihak
C  bantuan dengan pihak
D  bantuan dari pihak

4









5
Rasa cinta akan negara tidak pernah pudar dalam dirinya walaupun sudah sepuluh tahun dia di perantauan.
A   akan ........ di dalam
B   terhadap ...... daripada
C   mengenai ....... dalam
D   akan ... .....dalam

Sejak bekerja di bandar, hidupnya tidak lagi bergantung daripada ibu bapanya.
A    bergantung pada
B    bergantung atas
C    bergantung kepada
D    bergantung daripada




C    Pilih ayat-ayat yang betul

1











2











3












I    Buku latihan kamu ada kepada Saya.
II   Dia inernbeli hadiah akan ibunya.
III  Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada
     adik.
IV Dia memanggil kawannya yang berada
     tidak jauh dari situ.
A   II  dan III sahaja
B   III dan IV sahaja
C   I, II dan IV sahaja
D   I, III dan IV sahaja

I Untuk berjaya di dalam kehidupan, kita perlulah tabah menghadapi cabaran.
II  Adik amat sayangkan kucing    
    peliharaannya.
III Saya bertemu dengan. Siti ketika ke pasar
     tali.
IV Ibu menutup lubang itu dengan kain buruk.
A  II dan III sahaja
B  III dan IV sahaja
C  I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja.

I    Selain daripada Ali, Abu pun mendapat markah
     yang tinggi.
II   Mereka berbincang tentang soalan peperiksaan
     yang lalu.
III Dari pagi hingga petang, ayah
     asyik bekerja di sawah sahaja.
IV Pada pagi hari raga, umat Islam akan     
     berkunjung di masjid.
A   II dan III sahaja
B   I, II dan III sahaja
C   I, III dan IV sahaja
D   I, II, III dan IV


4
















5

1 Sungai masih menjadi alas perhubungan yang utama di kawasan pendalaman.
II  Cuaca   buruk   di  pagi  menyukarkan nelayan turun ke taut.
III  Hubungan di antara Azlan dengan penduduk kampung kini semakin Brat.
IV  Saya sudah mendapat keputusan daripada
     pihak sekolah semalam.

A   I dan IV sahaja
B   III dan III sahaja
C   I, III dan IV sahaja
D  I, II, III dan IV.


I   Semoga  kalian  berjaya  di  dalam  bidang
    masing- masing.
II  Adik tidak dapat membezakan di antara ular
    dengan belut.
III Pihak bomba telah berjaya menyelematkan
    mangsa kebakaran itu daripada maut.
IV Dia menguis bola itu dengan kaki kirinya ke
    dalam pintu gol.

A   I dan II sahaja.
B   III dan IV sahaja.
C   I, II dan IV sahaja.
D  II, III dan IV sahaja.

         JUMLAH
         JAWAPAN BETUL

                                             59
                                                            



                                  SEMOGA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN-SOALAN
                        DI ATAS DENGAN BETUL. SELAMAT MENJAWAB
                                     LATIHAN YANG DISEDIAKAN.











1.4.2   KATA HUBUNG

Perkara
Keterangan
Kata Hubung
Kata hubung merupakan perkataan yang bertugas untuk menghubungkan dua binaan ayat atau lebih untuk menjadi satu bentuk ayat majmuk. Kata hubung terbahagi
tiga:-
a)  kata hubung gabungan.
b)  kata hubung pancangan.
c)  Kata hubungan berpasangan.


1.4.2.1

Perkara
Keterangan
Kata hubung gabungan
Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk daripada kata hubung gabungan ialah ayat majmuk gabungan
Contoh kata hubung gabungan

dan
malahan
sambil
atau
kemudian
tetapi
serta
lalu

contoh
  Contoh ayat:-
a)  Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh.
b)  Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.
c)  Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
d)  Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.
e)  Ia berkata  sambil merenung wajah temannya.
f)  Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
g) Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.
i)  Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong sampah.

Maksud kata hubung menghubung dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya ialah dua klausa berkenaan boleh berdiri sendiri tanpa perlu bantuan satu sama lain.
Klausa  ( i )  aminah mengemas rumah     kata hubung gabungan
           ( ii)   ibunya membasuh              digunakan dan
Apabila klausa menjadi ayat:-
           ( i )  Aminah mengemas rumah.
           ( ii)  Ibunya membasuh.     
                                                                                                  


                            ANDA PERLU MEMAHAMI PERBINCANGAN TENTANG KATA
                                         HUBUNGAN PANCANGAN KERANA FUNGSINYA
                       MELIBATKAN MEMANCANG DUA KLAUSA KECIL DAN KLAUSA BESAR






1.4.2.2
Perkara
Keterangan
Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan ialah jenis kata yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau induk. Kata hubungan jenis ini terbahagi kepada tiga iaitu:-
a)   Kata hubungan pancangan relatif.
b)   Kata hubungan pancangan kompleman.
c)   Kata hubungan pancangan keterangan.
1.4.2.2. (a)
Kata hubung pancangan relatif

Kata hubungan pancangan relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.
Kata hubung relatif ialah ‘ yang

Contoh
Contoh ayat:-
a)   Budak yang membaca itu adik saya.
b)   Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.
c)   Mereka menonton drama yang disukai ramai.
d)   Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan

Huraian tentang fungsi kata hubung pancangan relatif:-
a)  Budak membaca itu ( klausa  kecil )  +  Budak itu adik saya ( Klausa induk)


                                       Kata hubung pancangan relatif   ‘yang’

b) Buku yang dibeli Ahmad itu ( klausa kecil )         Kata hubung pancangan
    Buku itu buku sejarah ( klausa besar )                relatif ‘ yang'
                                                                                 
1.4.2.2 (b)
Kata hubung pancangan kompleman
Kata hubung pancangan komplemen(KHPK)  berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap klausa utama dengan klausa kecil.
Tiga kata hubung pancangan kompleman     i)  bahawa
                                                                   ii)  supaya
                                                                   iii) agar
Contoh
a)  Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
b)  Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
c)  Kami sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan.
d)  Basri pulang ke kampungnya untuk menziarahi nenek.
e)  Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
f)  Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.

Huraian tentang fungsi  kata hubungan pancangan kompleman:-
a) Ayat pertama:-
i)   Guru itu menyatakan   (  klausa kecil – tidak boleh berdiri sendiri)      KHPK “ bahawa”
ii)  Muridnya sangat rajin ( klausa induk – boleh berdiri sendiri)                                                                                                                                             


2.  Ketua Jabatan mencadangkan. ( klausa kecil)       KHPK “ Supaya”
     Permohonan itu diterima  ( Klausa induk)
Jelasnya, fungsi kata hubungan pancangan kompleman bahawa dan supaya memancangkan klausa kecil kepada klausa utama untuk menjadi ayat yang lengkap.






1.4.2.2 (c)
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan  berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada  klausa utama.
Kata  hubung pancangan keterangan adalah seperti:-

kerana
sungguhpun
walaupun
kalau
sementara
kendatipun
agar
ketika
semoga
sekiranya
andai kata
jika
setelah
hingga
jikalau
supaya
tatkala
semasa
meskipun
sewaktu
contoh
Contoh penggunaan:-
a)  Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
b)  Pertunjukkan itu ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.
c)  Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
d)  Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
e)  Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
f)   Pencuri itu memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang tidur.
g)  Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
h)  Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentisa terjamin.
i)   Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
j)   Kami akan merayu anda kata permohonan itu ditolak.

Huraian fungsi kata hubung pancangan keterangan:-
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa yang menjadi keterangan utama seperti:-
1)  Pegawai itu sering dipuji  kerana  rajin bekerja.
     pegawai itu sering dipuji ( klausa induk – boleh berdiri sendiri )
     rajin bekerja ( klausa keterangan – klausa kecil ) dihubungkan dengan klausa
     utama menggunakan kata hubung keterangan kerana.
    
2. Pertunjukkan itu ditangguhkan  sekiranya  tiada sambutan
    Pertunjukkan itu ditangguhkan  ( klausa induk – boleh berdiri sendiri)
    tiada sambutan ( klausa keterangan- klausa kecil ) dihubungkan dengan klausa
     utama menggunakan kata hubung keterangan sekiranya.














1.5.3
1.4.2.3
Kata hubung pancangan berpasangan.
Kata hubung berpasangan digunakan secara berpasangan untuk menghubungkan dua ayat
untuk membentuk ayat majmuk.
kata hubung berpasangan tersebut seperti:-
bukan sahaja             bahkan juga
 sama ada              atau
daripada                    lebih baik
baik                       mahupun
bukan saja                 tetapi juga
bagaimana             begitu juga
entah                         entah
kian                        kian
makin                        makin
semakin                  semakin
sedangkan                 inikan pula
jangankan               pun
contoh
Contoh ayat:-
a)    Daripada berbual kosong, lebih baik aku mengulang kaji pelajaran.
b)    Baik Dollah mahupun Ramu, kedua-duanya berjaya melayakkan ke perlawanan akhir.
c)    Sungguhpun dia daripada keluarga miskin, namun dia tidak pernah mengharapkan
       bantuan daripada kawan-kawannya
d)    Berita itu entah betul entah tidak.

Peringatan:
Beberapa pasang kata hubung, iaitu kian.............. kian, makin ............... makin, dan
semakin............semakin tidak boleh ditulis sembarangan walaupun ketiga-tiganya
membawa maksud yang sama. Pasangan kata-kata tersebut tidak boleh ditukar menjadi seperti yang berikut:
makin ... kian                         kian ... semakin               kian ... makin
semakin... makin                    semakin ... kian               makin ... semakin
Pasangan kata hubung tersebut dianggap salah dalam tatabahasa bahasa Melayu.



LATIHAN PENGUKUHAN

A.   Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1    Razana atau Asmani sering dihukum kerana ponteng sekolah tetapi  sikap, mereka tetap,
                     A                                             B                                   C
      tidak berubah. Tiada kesalahan.
                                     D
2    Bila tiba masa dan ketikanya akan saya terangkan perkara tersebut dengan teliti kepada kamu. Tiada kesalahan.
        A                         B                                                                                 C                                             D
3    Jangankan rumah, sebuah basikal pun tidak terbeli olehku dengan hasil pendapatan yang rendah ini.   Tiada kesalahan.
              A
                                                                      B                                             C                               D
4    Banyak nasihat dan teguran telah kami berikan kepadanya, walaupun sikapnya masih tidak berubah langsung
                                A                                                                      B
      malah makin buruk. Tiada kesalahan
         C                                      D
5    Sama ada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum kecuali
              A                                 B                                                                                                              C
      mereka yang  tidak sihat. Tiada kesalahan.
                D                                           
6  Kebanyakan penduduk kampung itu menyertai  koperasi  yang telah ditubuhkan kerana mereka, yakin  bahawa  projek
                                                                                                                               A                                             B                                         C
     tersebut  akan mendatangkan manfaat  dalam jangka panjang.  Tiada kesalahan.
                                                                                                                           D
7  Oleh kerana, malas bertanya, dan sikap malu, mereka tersesat di  bandar raya Kuala Lumpur. TIada kesalahan.
           A                                 B                                                     C                                           D
8  Setiap pelajar perlulah berakhlak mulia serta berbudi bahasa agar supaya dihormati  orang lain.
                              A                                     B                                     C
    Tiada kesalahan.
                   D
9  Kendatipun hujan lebat dan angin kencang, namun dia  tetap meneruskan pelayarannya mengelilingi dunia.
          A                                   B                                       C
    Tiada kesalahan.
           D
10  Kereta dan berwarna merah itu tidak mampu dibelinya kerana harganya sangat mahal dan terhad
             A                       B                          C
      pengeluarannya. Tiada kesalahan.
                                             D

11  Sama ada Azlan dan Azri hendaklah mengembalikan wang itu kepada Aminah.  Tiada kesalahan.
                                 A                                     B                                 C                              D

12 Setelah menyerahkan buku itu kepada pustakawan itu, maka Ramona berdedar daripada situ.
          A                                              B                                    C                           
     Tiada  kesalahan
               D

13 Azrai sangat gemuk tetapi adiknya kurus kering.  Tiada kesalahan.
                  A                    B                               C                  D


B.   Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1








2






3








4






5

Bila  diarahkan  menjawab,  dia  berdiri lalu memberikan  jawapannya dengan tepat.
A  Sementara diarah menjawab
B  Apabila arahan untuk menjawab
C  Apabila diarahkan  untuk  menjawab  
D Bila diarahkan menjawab


Para  pelajar  sekolah  itu  tidak  berani  ponteng  maka didenda  oleh  guru  disiplin.
A  kerana didenda oleh
B   sehingga didenda oleh
C   bila didenda oleh
D maka didenda oleh


Para pekerja syarikat itu bertekad untuk terus  berpiket 
sejak  tuntutan  mereka  tidak dipenuhi.
A   sementara tuntutan mereka
B   sehingga tuntutan mereka
C  selagi tuntutan mereka
D  sejak tuntutan mereka



Jangankan ibu, ayah pun tidak dapat mengangkat kotak yang berat itu.
A  Usahkan ibu, ayahpun
B  Sedangkan ibu, ayah pun
C  Jangankan ibu, ayahpun
D  Jangankan ibu, ayah pun

Pemimpin itu berjanji akan terus berkhidmat sekiranya mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk berkhidmat demi negara.
A   berkhidmat kerana
B   berkhidmat bila
C   berkhidmat sekiranya
D   berkhidmat sekira



6







7






8









9






10

Adik berlari untuk mendapatkan  ibu
lalu memeluknya sambil menangis
teresak-esak.
A  sambil memeluknya lalu
B  dan memeluknya serta
C  serta memeluknya maka
D  lalu memeluknya sambil

Saya harus pulang sekarang dan ibu bapa
saya tidak risau kerana hari sudah lewat petang.
A   sekarang agar supaya ibu bapa
B  sekarang jika ibu bapa
C  sekarang supaya ibu bapa
D  sekarang dan ibu bapa

Norma  bangun awal pada pagi
semalam  walaupun  hari  itu  merupakan
hari cuti.
A  semalam kendati hari
B  semalam tetapi hari
C  semalam kecuali hari
D  semalam walaupun hari



Kita akan berjuang habis-habisan kendatipun hayat dikandung badan.
A    selagi hayat
B    kerana hayat
C    jikalau hayat
D   kendatipun hayat

Pusat latihan itu dibuka pada setiap hari tetapi pada hari cuti umum.
A    setiap hari kecuali
B    setiap hari kecuali
C    tiap hari kecuali
D   setiap hari tetapi

   JUMLAH JAWAPAN
   BETUL
                                                                23




1.4.3. KATA TANYA

PERKARA
KETERANGAN
Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya hadir dalam sesuatu ayat tanya sebagai sebahagian daripada predikat dan tidak boleh hadir dalam bentuk subjek.
Terbahagi kepada 2:-
(a) Kata ganti  Tanya:-
 (b) Kata keterangan tanya
·      digunakan bukan untuk menggantikan kata nama.
                 Contoh kata keterangan tanya ialah mengapa, bila, dan bagaimana.

Kata Ganti Tanya
Digunakan untuk menggantikan kata nama atau frasa nama meliputi manusia, binatang, benda, tempat dan bilangan.
Contoh kata ganti tanya ialah apa, berapa, mana, dan siapa.

apa
Kata ganti tanya apa digunakan untuk menanyakan narna benda atau binatang. Contoh:
                     Nama binatang kesayangan kamu apa?            (binatang)
                     Barang yang berbungkus itu apa?                      (benda)
Peringatan:-
Kata Tanya  tidak boleh digunakan untuk menanya manusia.
Contoh:
   Nama kamu apa?        (manusia)  (salah)
   Nama  kamu siapa?    (manusia) (betul)

Kata tanya apa juga tidak boleh disamakan penggunaannya dengan kata ganti nama tak tentu apa-apa.
Contoh:
Kucing peliharaan kamu itu bernama apa-apa?                  (salah)
             Kucing peliharaan kamu itu bernama apa?                        (betul)

berapa
Kata ganti tanya berapa digunakan untuk menanyakan bilangan atau jumlah, baik untuk manusia, binatang, benda mahupun tempat.
Contoh:
Harga kereta baharu itu berapa?
Pelajar di sekolah itu berapa orang?
Untuk menginap di sana kits memerlukan berapa bilik?
              Kucing peliharaan kamu berapa ekor?

Peringatan:-
Kata tanya berapa tidak boleh digantikan dengan kata bilangan tidak tentu beberapa.
 Contoh:
Kamu tinggal di sana selama beberapa hari?                  (salah)
Kamu tinggal di sana selama, berapa hari?        (betul)
siapa
Kata ganti tanya siapa digunakan hanya untuk menanyakan manusia
Contoh:-
Budak yang berbaju biru itu siapa?
               Nama kamu siapa?

Peringatan:-
Kata  tanya siapa tidak boleh digantikan dengan kata ganti nama tidak tentu sesiapa (siapa-siapa).
Contoh:
        Kereta yang berwarna merah itu kepunyaan sesiapa?  (salah)
        Kereta yang berwarna merah itu kepunyaan siapa?      (betul)
mana
Kata ganti tanya mana digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.
Contoh:-
Budak yang berdiri di sini tadi mana?         (manusia)
Anjing garang kepunyan Ah Hong mana?   ( binatang)
Kereta Proton Saga ayah mana?               (benda)
               Penari-penari itu dari mana?                     (tempat)

Peringatan:-
Kata tanya mana  tidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata sendi.
Contoh:
Dalam kemalangan itu dua orang terbunuh di mana salah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia. (salah)
Dalam kemalangan itu dua orang terbunuh dan salah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia.            (betul)
bagaimana
Kata ganti bagaimana menanyakan cara dan keadaan
contoh:-
Contoh:
         Kamu pergi ke sekolah setiap hari, bagaimana?    ( cara )
           Keadaan ibu kamu bagaimana?                       ( keadaan )

Peringatan:-
Kata tanya bagaimana tidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata sendi.
Contoh:
  Saya tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah ini. (salah)
   Saya tidak tahu cara  menyelesaikan masalah ini.                     (betul)









bila
Kata ganti bila digunakan untuk menanyakan masa
contoh:-
Sejak belakangan ini kamu marah-marah sahaja, mengapa?

Peringatan:-
Sekiranya kata tanya dalam sesuatu ayat dikedepankan akibat penyongsangan maka kehadirannya dalam penulisan hendaklah disertai dengan partikal - kah  Contoh:
Nama kamu siapa?
Siapakah nama kamu?
Kamu tinggal di mana?
Di manakah kamu tinggal?
Kamu  marah-marah  sahaja  mengapa?
Mengapakah   kamu  marah-marah  sahaja?


LATIHAN PENGUKUHAN
A  Gariskan kata tanya pada ayat-ayat di bawah ini dan nyatakan sama ada ayat tanya tersebut ayat tanya
     biasa ( AB) dan ayat tanya songsang (AS)


1

2

3


4


5

6


7


8


9

10
Bilakah kamu akan menjelaskan yuran kerana tarikh akhir sudah pun tamat.


Ayah menggunakan siapa untuk mendapatkan borang itu?


Beberapa hari yang lalu dia telah mengumumkan harga  buku itu tetapi
berapakah harga  buku itu?

Siapakah yang telah mengambil buku saya? Saya tidak    akan memaafkan
sesiapa pun yang mengambilnya.


Mengapakah ayah kelihatan marah sejak beberapa hari belakangan ini?

Di manakah kamu tinggal dan bagaimanakah kamu datang  ke sekolah pada
setiap hari?

Saya boleh membeli apa-apa dari sini tetapi berapakah harga barang-barang
ini?


Selepas tamat belajar di sini, kamu hendak ke mana?  Walaupun ke mana-mana
kamu pergi, saya berharap agar  kamu tidak melupakan saya.


Cuba kamu terangkan apakah punca kemalangan itu berlaku?


Bagaimanakah kita hendak memulakan perniagaan jika kita tidak mempunyai modal?


LATIHAN PENGAYAAN
B.    Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu          
       mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan

1



2




3


4



5



Dalam kejadian itu dua orang terbunuh di mana kedua-duanya adik-beradik.  Tiada kesalahan.
   A                                                                B                                     C                          D

Kamu tahu nama  budak yang berbaju merah itu  apa?   Tiada kesalahan.
              A                                          B                             C                   D



Beberapakah harga buku yang kamu beli semalam dari kedai itu?  Tiada kesalahan.
         A                                               B                          C                               D
Apa nama anak kakak anda yang baru dilahirkan itu?    Tiada  kesalahan.
  A                                         B                 C                          D

Siapakah yang tidak hadir ke sekolah pada hari sukan diminta berjumpa dengan Pengetua sekolah?
    A                                                               B                                                 C
Tiada kesalahan.
           D
                                                            JUMLAH SOALAN BETUL  DIJAWAB
                                                                                                                                                             15



1.4.4   KATA ARAH

PERKARA
KETERANGAN
Kata Arah
Kata arah merupakan perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya hadir sesudah kata sendi nama. Kata arah berfungsi untuk menunjukkan arah. Antara beberapa contoh kata arah ialah:

antara
hujung
sekeliling
sisi
atas
kanan
tengah
sudut
bawah
kiri
tepi
samping
belakang
luar
timur
barat
dalam
sebalik
utara
selatan
hadapan
sebelah
pangkal
dasar

Peringatan:-
Peringatan:
Terdapat beberapa patah kata arah, iaitu antara dan dalam yang turut berfungsi sebagai kata sendi. Sebagai kata sendi, kedua-dua kata ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan mempunyai pengertian yang berbeza daripada kata arah, iaitu yang bermaksud tempat yang mempunyai jarak atau ruang. Oleh itu, elakkan daripada membuat kesalahan dalam penggunaannya.
Contoh:
·       Terdapat sebuah buku rujukan di dalam beg itu.                                       (kata arah)
·       Dalam kejadian itu, seorang penumpang terbunuh.                                   (kata sendi)
·       Saya menyimpan barang itu di dalam kotak.                                            (kata arah)
·       Jika mahu berjaya dalam pelajaran, kita haruslah berusaha
 dengan bersungguh-sungguh.                                                               (kata sendi)
·       Jarak di antara sekolah saya ke pejabat pos ialah tiga kilometer.             (kata arah)
·       Mereka selalu berbincang antara satu sama lain.                                      (kata sendi)
·       Di atas meja itu terdapat sebuah buku.                                                     (kata arah)
·       Kejayaan saya tempoh hari adalah atas dorongan daripada ibu
     bapa, guru-guru, dan rakan-rakan.                                                              (kata sendi)












1.4.5  KATA BANTU

PERKARA
KETERANGAN
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang bermaksud sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna tambahan dari segi masa atau ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-

                    i)    Kata bantu aspek                                           ii)  Kata bantu ragam

Kata Bantu Aspek
Kata bantu aspek merupakan kata bantu yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa sesuatu kata kerja dilakukan sama ada belum berlaku, sedang berlaku atau sudah berlaku. Antara kata bantu ialah:-

sudah dilakukan
sudah, telah, pernah
sedang dilakukan
sedang, masih
akan dilakukan
belum, akan
 Contoh:-
1   Bas yang ditunggu itu relah tiba.
2   Saya pernah ke pulau itu tahun talu.
3   Saya sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu.
4   Kami sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut‑
5   Peristiwa ngeri itu masih segar dalam ingatan saya‑
6   Kami belum bercadang untuk melawat tempat itu.
    7   Kami akan ke sana jika diberi peluang.
Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata bantu aspek tertentu yang hadir bersama­-sama dalam sesuatu ayat. Antara contoh kata bantu aspek tersebut ialah:

belum  pernah
sudah  pernah
masih  belum
telah  pernah
masih  sedang

Contoh penggunaan kata bantu aspek berpasangan:
1   Kami belum pernah didenda seperti ini.
2   Saya sudah pernah menghadiri majlis sedemikian.
3   Perbincangan itu masih belum mencapai sebarang keputusan.
4   Kerajaan masih sedang mencari jalan untuk membebaskan pars tebusan itu.
   5   Kami telah pernah berunding dengan beliau bagi mengatasi masalah itu.
                               
Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti:-

hendak
mahu
harus
mesti
boleh
dapat

Contoh penggunaan kata bantu ragam dalam ayat ialah:
1   Emak dan ayah hendak ke pejabat.
2   Adik bongsu saya mahu bersekolah di sekolah ini nanti.
3   Jika kamu tekun, kamu pasti dapat menyelesaikan masalah tersebut.
4   Jika tidak hujan, mereka mesti akan datang.
5   Kamu boleh duduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.
   6   Kita harus mencuba sebelum menyerah kalah.

Kata Bantu Ragam
Peringatan:
Kata bantu ragam boleh dan dapat  perlulah digunakan dengan berhati-hati kerana kedua­duanya mempunyai maksud yang berbeza.

Boleh digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.
Dapat digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau kemampuan.

Contoh:
1   Mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh menyertainya.
      2  Kamu boleh masuk selepas mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua.
3   Walaupun soalan itu susah, namun saya dapat menjawabnya.
     4   Kotak itu tidak dapat diangkat olehnya.


LATIHAN PENGUKUHAN

Pilih kata bantu yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
1   Negara kita  (pemah, sedang) menuju ke status negara maju menjelang 2020.
2   Adik saya (masih, sedang) kecil dan (masih, belum) bersekolah.
3   Barang-barang yang dijual di situ (telah, masih) habis.
4   Ayah berharap agar kamu (akan, telah) lulus dalam ujian itu nanti.
5   Malaysia (pemah, akan) dijajah oleh beberapa kuasa asing.
6   Lampu di dalam dewan itu (telah, masih) dipadam olehnya.
7   Ibunya (akan, telah) berlepas ke luar negara pada hujung minggu ini.
8   Walaupun sudah tua, penglihatan datuk (masih, telah) baik.
9   Kami (masih, pemah) menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya dahulu.
 10   Walaupun (akan, belum) bersekolah, adik sudah pandai membaca buku cerita.
 11   Kebanyakan pelajar tidak (dapat, boleh) menjawab soalan itu kerana terlalu sukar.
 12   Pelajar yang sudah menghantar buku latihan ( dapat, boleh ) duduk sekarang.
 13  Kamu (mesti, boleh) makan ubat ini jika mendapat kebenaran daripada doktor.
 14  Kita (harus, dapat) menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.
 15 Jika saya mempunyai wang sudah tentu says juga (dapat, boleh) membeli peralatan itu.

B.   Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata bantu yang diberikan di tempat yang betul.

1   Dia belajar untuk hidup bermasyarakat. (mahu)
2   Semua pelajar menyerahkan laporan kemajuan pads minggu hadapan. (mesti)
3   Bayi itu walaupun sudah berusia dua tahun namun dia dapat berjalan. (masih belum)
4   Nenek tidak makan bush jambe bate itu kerana tiada gigi. (dapat)
5   Kamu membantu orang itu bagi meringankan masalahnya. (harus)
6   Ayah saya menjadi Pengetua di sekolah itu. (pernah)
7   Orang yang merokok pasti menerima kesan buruk daripada perbuatannya. (akan)
8   Encik Ghani menonton filem bersama dengan keluarganya. (sedang)
9   Kebanyakan pelajar membeli buku itu dari kedai koperasi sekolah. (telah)
10 Zalina tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. (dapat)                                                          
                                                           JUMLAH JAWAPAN                                                                                                                          
                                                                         DIJAWAB BETUL                    25

1.4.6   Kata Nafi
PERKARA
KETERANGAN
Kata Nafi
Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu:
i)      Bukan                                              ii)  Tidak
Bukan
Digunakan untuk menafikan unsur frasa nama dan frasa sendi nama bagi predikat dalam sesuatu ayat.
Contoh:
Budak kecil itu bukan adik saya.
(adik saya = frasa nama)
Hadiah yang saya beli ini bukan untuk kamu.
      (untuk kamu = frasa sendi)
Tidak
Digunakan untuk menafikan unsur frasa kerja dan frasa adjektif bagi predikat dalam sesuatu ayat.
Contoh:
Ayah tidak pergi ke pejabat kerana keretanya rosak.
(pergi ke pejabat = frasa kerja)
Baju yang dibelinya tidak cantik walaupun mahal harganya.
       (cantik = frasa adjektif)

Peringatan:-
Kata nafi tidak perlu digunakan bagi frasa sendi yang membawa maksud kata kerja atau frasa kerja.
Contoh:
Ayah tidak ke pejabat kerana keretanya rosak.
(ke pejabat frasa sendi tetapi membawa maksud kata kerja pergi ke pejabat
 yang mengalami pengguguran)
       Ayah bukan ke pejabat kerana keretanya rosak. (salah)
Walau bagaimanapun, kata nafi tidak yang hadir untuk menafikan frasa adjektif dan frasa kerja perlulah digantikan dengan kata nafi bukan sekiranya kedua-dua frasa itu mendukung maksud pertentangan maklumat yang biasanya ditandai dengan kata tetapi.
Contoh:
Ayah bukan pergi ke pejabat tetapi ke pasar.                     (betul)
Ayah tidak pergi ke pejabat tetapi ke pasar.                       (salah)
Budak baharu itu bukan pandai tetapi sangat rajin.             (betul)
Budak baharu itu tidak pandai tetapi sangat rajin.               (salah)



Tidak
Keterangan

Terdapat beberapa ungkapan umum yang digunakan dalam percakapan yang menggunakan kata nafi tidak tetapi disingkatkan menjadi tak. Antara Contoh ungkapan tersebut ialah:
             acuh tak acuh         bena tak bena         endah tak endah


LATIHAN PENGUKUHAN

A.  Tandakan sama ada betul ( _/ )  atau salah ( X) bagi kata nafi yang digunakan pada ayat-ayat di bawah.


1  Novel terbarunya itu bukan sesuai untuk dibaca oleh para pelajar kerana
    dipenuhi dengan kata-kata kesat.


2   Abang tidak pergi ke pejabat pada hari ini tetapi ke pekan untuk berbelanja.

3   Emak tidak balik ke kampung kerana tiada cuti.

4   Penulis novel itu bukan seorang penulis yang terkenal.


5   Tidak semua pelajar dibenarkan menghadiri seminar itu.

1.4.7.  KATA PENEGAS
PERKARA
KETERANGAN
Kata Penegas
Kata penegas disebutkan juga sebagai partikel atau kata penyerta iaitu sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:-

  i) Kata penegas yang menegaskan hanya frasa prediket atau bahagiannya yang mengalami
     proses penyongsangan ayat. Contohnya   -kah, -tah, dan-lah.
 ii)  Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai
     subjek atau bahagiannya atau frasa prediket atau bahagiannya. Contohnya juga, jua, pun,
     sahaja, lagi, dan memang.

Kata Penegas –kah, -tah, dan –lah.
contoh:-
1. a)  Siapakah majikan kamu itu ?  ( Betul – Ayat tanya songsang )
    b)  Majikan kamu itu siapakah ?  ( Salah – Ayat tanya biasa )
2. a)  Pernah datangkah dia?           ( Betul  - Ayat tanya songsang)
    b)  Dia pernah datangkah?           (Salah  - Ayat tanya biasa)
3. a)  Apatah daya kita?                    (Betul   - Ayat tanya songsang)
    b)  Daya kita apatah?                    (Salah  - Ayat tanya biasa )
4. a)  Orang itulah bapa saya.           (Betul   - Ayat songsang)
    b)  Bapa saya orang itulah.           (Salah  - Ayat  biasa)

Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas menyalahi hukum tatabahasa, kerana kata penegas –kah, -tah, dan –tah perlu hadir dalam ayat songsang.

Cuma:-
Kata penegas –tah Cuma menegaskan ayat tanya yang tidak mengharapkan jawapan tetapi bermotifkan rungutan atau monolog.
Sedangkan kata penegas –lah digunakan untuk menegaskan maksud ayat penyata yang mengalami penyongsangan dan melambutkan ayat perintah.
  





PERKARA
KETERANGAN
Kata Penegas
pun, jua, -nya, juga, sahaja, lagi, hanya, dan memang.
Kata penegas ini bebas dan boleh hadir pada mana-mana bahagian dalam ayat mengikut kesesuaiannya, sama ada dalam subjek atau prediket:-
AYAT

SUBJEK
PREDIKET
1.    Hanya dia
2.    Memang wanita itu
3.    Budak-budak itu
4.    Barang itu
5.    Kamu juga
6.    Encik Abu pun
7.    Mereka
8.    Mereka
9.    Ketua saya yang tegas itu
10.  Rombongan pengantin lelaki
sahabat karib saya.
bakal isteri saya.
memang suka akan permainan itu.
hanya boleh di beli di kedai.
ingin ke pekan.
datang.
membeli juga  barang itu.
ada pun di sini.
datang juga ke majlis.
belum tiba lagi.

Peringatan:-
Kata penegas hanya dan sahaja tidak boleh digunakan secara serentak dalam sesuatu ayat kerana membawa maksud yang sama dan dianggap sebagai pengulangan.
Contoh:-
 Hanya Zamani sahaja yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Salah)
 Hanya Zamanilah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Betul)
 Zamani sahajalah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Betul)


LATIHAN PENGUKUHAN
A.     Tuliskan kata penegas yang sesuai pada perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1     Mari kita pergi sekarang untuk berjumpa dengannya.
2     Kereta ini kepunyaan saya. Kereta itu kepunyaan saya.
3     Bukan rumah itu kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?
4     Jemput makan dan jangan malu-malu.
5     Datang beramai-ramai ke majlis jualan murah kami.
6     Minggu lalu dia tidak datang. Minggu ini dia tidak datang.
7     Bila abang kamu akan pulang ke tanah air?
8     Dia yang banyak menyelesaikan masalah saya tempoh hari.
9     Tuntut ilmu selagi kamu mampu berbuat demikian.
10     Walau dia kaya namun dia tidak pernah sombong dengan kami.
   11    Binatang sayang akan anak-anaknya seperti manusia.
12     Pelajar ini telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
13     Kamu dapat melakukannya jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
   14     Bila bas ini akan bertolak, sedangkan hari sudah lewat.

   15     Oh Tuhanku, apa dayaku untuk menyelesaikan masalah yang berat ini!
                                                                                                                                                               
                                                                                                                                                                          15                 
1.4.8     KATA PEMERI
PERKARA
KETERANGAN
Kata Pemeri
Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara iaitu dengan menggunakan kata pemeri, iaitu:-

       i)  Ialah                                     ii)  adalah

Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri tidak begitu digalakkan. Namun, jika digunakan maka pastikan penggunaannya adalah betul.
Ialah
Digunakan di hadapan frasa nama
Contoh:
Guru yang mengajar kami itu ialah lulusan Universiti Malaya. (lulusan Universiti Malaya = frasa nama)
Adalah
Digunakan di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif. (sebelum frasa sendi dan frasa adjektif)
Contoh:
Hadiah yang dibeli itu adatah untuk kamu.
(untuk kamu = frasa sendi)
Semua khabar angin itu adalah palsu. (palsu = frasa adjektif)
Peringatan:-
1.  Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
     Contoh:-
     Hadiah itu adalah bukan untuk kamu.  ( Salah )
     Hadiah ini bukan untuk kamu.              ( Betul )

2.  Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, baik dalam bentuk
     aktif atau pasif.
     Contoh:-
     Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum dibatalkan.    (Salah)
     ( dimaklumkan bahawa ..........frasa kerja pasif)
     Tetapi:-
     Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa...........  (Betul)
     Dengan ini dimaklumkan bahawa ......................( Betul)
     Para pelajar dimaklumkan bahawa ................... ( Betul)
   
    

LATIHAN PENGUKUHAN
A   Isi tempat-tempat kosong pada ayat-ayat di bawah dengan kata pemeri yang betul.
1   Bersenam___________________ aktiviti yang baik dan perlu diamalkan setiap hari.
2   Baginda___________________ sultan yang amat disenangi oleh rakyat.
3   Lelaki yang menjadi saksi itu mengaku bahawa segala keterangan yang diberinya di mahkamah
__                                     benar belaka.
4   Pendapat para panel forum itu_____________________ bernas dan tepat belaka.
5   Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan________________________ untuk kebaikan rakyat.
6   Gunung yang tertinggi di negara ini_______________________ Gunung Kinabalu.
7    Hadiah yang dibeli ibu itu____________________ untuk adik.
8   Jamuan tersebut diadakan khas ________________________  bagi meraikan sumbangan beliau
terhadap negara ini.
9   Arahan itu________________________ untuk mengemaskinikan peraturan yang telah sedia ada.
   10   Minuman yang barn diperkenalkan oleh syarikat itu              baik untuk                           kesihatan terutamanya bagi
         golongan tua.
   B    Tuliskan kata pemeri yang sesuai pada tempat-tempat yang sesuai dalam ayat-ayat yang berikut.

1    Alor Setar ibu negeri bagi Kedah Darul Aman.
2    Jumlah harga bagi barang yang saya beli tadi seratus ringgit.
3    Amir seorang pelajar yang pendiam tetapi baik hati.
4    Bersatu Menuju Wawasan tema hari kebangsaan negara kita.
5    Bahasa yang dituturkan oleh penduduk kampung itu, manis sekali.
6    Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan pedalaman.
7   Tanah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian tanah gambut.
8   Sikap tolong-menolong sesama pelajar suatu amalan yang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar pada setiap masa.
9    Dadah musuh utama negara dan perlulah dibanteras dengan bersungguh-sungguh.
   10   Lebih baik kamu membaca buku daripada berbual kosong di dalam kelas.

1.4.9  KATA PENGUAT ( KATA PENGUAT SECARA LANGSUNG TELAH DIBINCANGKAN DALAM BAB
          1.3  DI MUKA SURAT 55 )
PERKARA
KETERANGAN
Kata Penguat
Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud bagi sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kata adjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif seperti memberangsangkan, memilukan, membosankan, dan sebagainya‑
Secara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
                                                           Kata Penguat
 1)  Kata Penguat Belakang               2.  Kata Penguat Hadapan         3. Kata Penguat Bebas



PERKARA
KETERANGAN
Kata Penguat Hadapan
Kata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata adjektif. Kata-kata ini tidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Kata-kata tersebut ialah:-
agak
paling
terlalu
Contoh:
1   Harga kereta keluaran terbaharu itu agak mahal.
2   Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.
   3   Harga barang di pasar rays itu terlalu mahal.

Kata Penguat Belakang
Kata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata adjektif atau kata kerja yang berunsur adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan tidak boleh hadir
benar
betul
nian
sekali
Contoh:
1   Barang-barang di kedai runcit itu mahal betul.
2   Para pelajar yang menyertai seminar itu rajin benar.
3   Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indah nian.
  4   Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan adil sekali.
Kata Penguat Bebas
Kata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah:
amat
sangat
sungguh
Contoh:
1.    (a)  Budak lelaki itu amat tinggi.
       (b)  Budak lelaki itu tinggi amat.
2.    (a)  Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.
       (b)  Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.
3.    (a)  Masakan ibu kamu sungguh lazat.
       (b)  Masakan ibu kamu lazat sungguh.
Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHAN
A.    Tuliskan kata penguat yang betul pada tempat yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini
1    Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.
2    Suara penyanyi itu lantang.
3    Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.
4    Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.
5    Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.
6    Tebing sungai itu curam.
7    Cuaca di negara itu panas.
8    Perangai budak itu luar biasa.                            JUMLAH JAWAPAN BETUL
9   Angin yang bertiup pada petang itu nyaman.                                                                            10
10    Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah.
1.4.10   KATA SERU
PERKARA
KETERANGAN
Kata Seru
Kata seru ialah suatu bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan yang lahir daripada pertuturan seseorang. Kata seru ini digunakan dalam ayat seruan bagi melahirkan perasaan seperti marsh, takut, harapan, rayuan, dan sebagainya. Antara contoh kata seru adalah seperti yang berikut:

aduh
amboi
cis
cih
celaka
aduhai
wah
eh
wahai
syabas
oh
nah

Contoh:
Aduh, sakitnya kakiku ini!
Wah, cantiknya bangunan yang tinggi itu!
Wahai anakku, elakkan dirimu daripada najis dadah
Oh, kamu yang mengambil buku latihan saya semalam!
Oh Tuhanku, lindungilah diriku yang hina  ini!
Syabas, engkau telah berjaya menamatkan pengajian itu!

Peringatan:-
Tanda koma perlu digunakan selepas kata seru atau perkataan  yang memisahkan ayat kecil dengan ayat besar dan tada seru perlulah ( ! ) perlulah digunakan pada akhir ayat seru.
 




    

LATIHAN PENGUKUHAN
A.   Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata seru yang sesuai.

1 ____________________  tingginya bangunan-bangunan di ibu kota!
2 ____________________  berani kamu mencabar aku!
3 ____________________ anakku, belajarlah dengan tekun agar engkau berjaya!
4 ____________________  kamu boleh berada di sini lebih awal daripada saya!
5 ____________________ cantiknya baju kebaya yang dipakainya itu!

B.   Pilih jawapan yang sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
1



2

............................,tidak sangka dia boleh mengarang begitu baik!
A     Eh                         C  Wah
B     Oh                         D  Wahai

..........................,sakitnya hati mendengar kata-kata lelaki itu!

A    Oh                          C  Aduhai
B    Aduh                       D  Amboi
6





7

...................................,rasakan tikaman kerisku ini!
A.     Cis                         C  Oh
B      Nah                        D  Aduh


............................., cantik sungguh lukisan kamu ini!

A     Was                       C   Wahai
B     Cis                         D   Eh






3






4





5
.........................., berani kamu masuk ke kawasan kami!

A  Oh                            C  Hai
B  Eh                             D  Cis


........................., saya tidak menyangka dia sanggup mempermainkan saya!

A  Oh                           C  Eh
B  Syabas                    D  Aduhai

........................, memang kamu tidak layak menyertai kumpulan ini!

A  Ah                           C  Oh
C  Wah                        D  Nah
8





9






10

............................, aku tetap tidak bersetuju dengan cadangan kamu itu!
A   Aduhai                    C  Amboi
B   Aduh                       D  Cis


.........................., lama tidak dengar cerita, tiba-tiba sahaja sudah beranak tiga!

A   Syabas                   C  Eh
B   Nah                         D Oh


........................., semua penduduk kampung, marilah kita bangkit menentang penjajah durjana!

A  Wahai                     C  Aduh
B  Wah                        D  Ah

                                                           JUMLAH JAWAPAN                         10
                                                            BETUL        

BAB 2  PEMAJMUKAN
PERKARA
KETERANGAN
Kata Majmuk
         Kata majmuk merupakan kata yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk ini dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit tanpa boleh menerima sebarang penyisipan di antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk tersebut.
         Memandangkan kata majmuk terlalu besar jumlahnya, kata majmuk dapatdipisahkan kepada kata majmuk yang berbentuk rangkai kata bebas, berbentuk istilah khusus dan mendokong maksud kiasan yang hadir sebagai simpulan bahasa.
         Daripada ketiga-tiga bentuk tersebut, kata majmuk dapat dikelaskan kepada:-
Kata Majmuk

 
         Kata Nama Majmuk                    Kata Adjektif Majmuk               Kata Kerja Majmuk


2.2.1
Kata Nama Majmuk
         Kata nama majmuk merupakan kata yang terhasil danpada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri danpada kata nama manakala unsur kata dasar yang lain boleh terdiri daripada kata nama atau kata-kata lain. Kehadiran kata nama majmuk  boleh terdiri daripada:
                                              KATA MAJMUK
 RANGKAI KATA BEBAS           ISTILAH KHUSUS                     MAKSUD KIASAN
                                                                                               (SIMPULAN BAHASA)


PERKARA
CONTOH

RANGKAI KATA BEBAS

jalan raya
alat solek
rukun tetangga
ular sawa
jam tangan
segi tiga
rumah batu
rumah tangga
kerusi malas
bilik tidur
meja makan
ruang tamu


PERKARA
contoh
ISTILAH KHUSUS DALAM BIDANG ILMIAH             

mogok umum
deria rasa
hukum alam
graf lurus
medan sinaran
analisis teks


PERKARA
contoh
MAKSUD KIASAN                                                                                                (SIMPULAN BAHASA)

anak emas
kaki bangku
bulan madu
buku lima
buah mulut
jalan tengah
hati batu
berat tangan

2.2.2  KATA KERJA MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
KATA KERJA MAJMUK
Kata  kerja majmuk terdiri daripada dua morfem bebas atau lebih tetapi unsur kata dasar awal mestilah terdiri daripada kata kerja dan unsur kata dasar berikutnya boleh terdiri daripada kata-kata lain.
Contoh

tolak ansur
ubah suai
lipat ganda
kenal pasti
terima kasih
campur aduk
ambil alih
tunjuk ajar
angkat diri
pilih kasih
angkat kaki
angkat bakul



2.2.3   KATA  ADJEKTIF  MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
KATA ADJEKTIF MAJMUK
Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses rnerangkaikan dua kata dasar atau lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri daripada kata adjektif dan kata dasar berikutnya boleh terdiri daripada kata-kata lain.
Contoh

merah jambu
muda remaja
biru laut
ringan tulang
rabun ayam
panjang tangan
berat hati
jauh hati
rindu dendam
sakit jiwa
besar hati
tinggi diri

Secara umumnya semua kata majmuk ditentukan jenisnya berdasarkan hukum DM. Namun terdapat beberapa contoh kata majmuk yang tidak mematuhi hukum DM dan dianggap sebagai suatu kekecualian khususnya bagi kata majmuk yang digunakan sebagai gelaran. Contoh:
Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana jika berdasarkan Hukum DM)
Ketua Menteri (sepatutnya Menteri Ketua jika berdasarkan Hukum DM)


Peringatan:
Walaupun dijelaskan bahawa kata majmuk dieja secara berangkai dan bertindak sebagai
satu unit, namun terdapat sebilangan kata majmuk yang telah mantap dan dieja sebagai
satu perkataan. (Rujuk Tatabahasa Dewan, hhn. 35 - 2.2.3.1)
Kata-kata tersebut ialah:-
 













apakala                   antarabangsa             apabila                     apahal
beritahu                  apalagi                      bagaimana               barangkali
dukacita                   bumiputera               darihal                     daripada
jawatankuasa            kakitangan               kepada                     kerjasama
manakala                manalagi                   olahmga                   padahal
pesuruhjaya             sediakala                  setiausaha                sukacita
sukarela                  suruhanjaya              tandatangan             tanggungjawab
warganegara            matahari                   kadangkala


2.2.4  PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
PENGIMBUHAN
KATA MAJMUK
Kata majmuk boleh menerima imbuhan bagi membentuk kata terbitan. Proses pengimbuhan boleh terdiri daripada awalan, akhiran, dan apitan. Bagi pengimbuhan awalan dan akhiran, kata majmuk masih dieja secara berasingan. Bagi proses imbuhan apitan kata majmuk perlulah dieja secara bercantum.
Contoh

Kata Majmuk
rumah  tangga
hati  batu
temu  ramah
hutang  budi
daya  serap
lipat  ganda
kuat  kuasa
Kata Terbitan
berumah  tangga
berhati  batu
menemu ramah
terhutang budi
daya  serapan
melipatgandakan menguatkuasakan penguatkuasaan
 


2.2.5  PENGANDAAN KATA MAJMUK
PERKARA
KETERANGAN
PENGGANDAAN
KATA MAJMUK
Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Kata majmuk yang dieja terpisah mengalami penggandaan pads bahagian awal sahaja dan tidak pads bahagian akhirnya. Bagi kata majmuk yang dieja secara bercantum, maka seluruh perkataan digandakan, iaitu sama seperti proses penggandaan bagi perkataan-perkataan lain.
Contoh

Betul
Salah
anak-anak kapal
anak kapal-anak kapal/anak kapal-kapal
orang-orang tua
orang tua-orang tua/orang tua-tua
mata-mata pelajaran
mata pelajaran mata pelajaran / mata pelajaran pelajaran
setiausaha-setiausaha
setia-setia usaha/setia usaha-usaha
warganegara-warganegara
warga-warganegara/warga negara-negara

Rangkai Kata Setara
Terdapat sebilangan kata majmuk yang berbentuk rangkai kata setara. Antares contohnyai adalah seperti yang berikut:

          pinggan mangkuk        kerusi meja      kain baju      wang ringgit        periuk belanga
          ibu bapa                       adik kakak       adik abang      duit kupang        sunyi sepi
          aman damai

Kata majmuk tersebut tidak boleh digandakan seperti penggandaan kata majmuk biasa.
Contoh kesalahan:

       ibu-ibu bapa                                              ibu bapa –ibu bapa
      kerusi-kerusi meja                                     kerusi meja-meja

Bagi menunjukkan maksud jamak kata majmuk berbentuk setara ini perlulah digunakan bersama dengan penanda jamak seperti para, semua, segala dan sebagainya.

LATIHAN PENGUKUHAN
A. Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
     mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1  Penyalah  gunaan dadah dalam kalangan pelajar amat membimbangkan semua pihak di negara ini.
             A                                          B                                                          B
 Tiada kesalahan.
             D
2  Kebanyakan guru besar yang menghadiri seminar itu amat berpuas hati dengan faedah yang diperoleh
A                                              B                                    C
    daripada seminar tersebut. Tiada kesalahan.
D
3  Kipas-kipas angin yang terdapat di dewan itu akan dibaiki segera sebelum majlis perasmian yang akan
               A                                                                       B                                                  C
   diadakan pada hujung bulan ini. Tiada kesalahan.                   
                            D
4   Majlis yang dihadiri oleh setia-setia usaha di hotel itu dihiburkan oleh penyanyi terkenal Anita Sarawak.
                            A                       B                                                 B
     Tiada kesalahan.
                  D
5   Ibu bapa-ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah berharap agar anak-anak mereka akan mendapat
                  A                            B                                                                      C
      pendidikan sebaik mungkin dan menjadi insan yang berguna. Tiada kesalahan.
                                                                                                            D

B  Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1






2






3








4







5







6










Pak Wahid memelihara beberapa ekor  di
kebun kelapa sawit.
A   lembu susu        C  kucing kurap
B   susu lembu          D  anjing liar

.................................di ibu kota semakin
lancar apabila kerajaan membina jalan bertingkat di beberapa persimpangan jalan.

A  Tanah air           C Pasar sehari
B  Ruang legar          D Lalu lintas

Keadaan menjadi kecoh apabila
________________________  negara ini diceroboh
oleh beberapa buah kapal terbang dari negara jiran.
A  ruang legar             C angkasa lepas
B  ruang angkasa        D siar kaki

Kami membuat lawatan sambil belajar ke _______ ____________________________  bagi menyemai
perasaan sayang kepada warga tua dalam kalangan pelajar sekolah.
A   rumah-rumah orang tua
B   rumah orang tua-tua
C   rumah orang-orang tua
D   rumah orang tua-orang tua
Kami dapat belajar dengan selesa kerana bilik darjah kami dipasang dengan....
A   alat pendingin hawa
B   alatan dingin hawa
C   alat penghawa dingin
D   peralatan mendingin hawa

............................... di dalam dewan peperiksaan itu tidak berfungsi kerana  kehabisan bateri yang baharu sebelum peperiksaan bermula.

A   Jam-jam dinding
B   Jam dinding-dinding C Jam
C   Jam dinding jam dinding
D   Dinding-dinding jam

7









8










9








10
Bilik darjah itu kemas kerana
__________________________  disusun oleh pars
pelajar sebelum keluar dan pulang ke rumah masing-masing.
A    kerusi-kerusi meja
B    semua kerusi meja
C    kerusi meja-meja
D    semua kerusi-kerusi meja

Pengerusi mesyuarat menjelaskan bahawa mesyuarat menangguhkan perbincangan tentang
dalam mesyuarat pada kali ini kerana kesuntukan masa.
A    hal lain-lain
B    hal lain-hal lain
C    hal-hal lain
D    lain-lain hal

Emak hanya         menggunakan
_____________________  untuk membuat kuih
terbaharunya itu.
A   kuning telur
B   telur kuning
C   ayam telur
D   itik telur

Mesyuarat_______ dari seluruh Negara akan
diadakan di Genting Highland.
A   guru besar
B   guru-guru besar
C   guru besar-besar
D   guru besar-guru besar







                                                    15

        JUMLAH SOALAN DIJAWAB BETUL


BAB 3  PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata bilangan yang hadir dalam bentuk tiga dimensi. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bagi menghitung kata nama abstrak. Umummya penjodoh bilangan hadir selepas:
(a)      Kata Bilangan Tentu
Contoh penggunaan
dua buah kereta, lima puluh orang pelajar
  (b)    Kata Bilangan Tak Tentu
          Contoh penggunaan:-
          beberapa ekor lembu, beberapa buah rumah

          Peringatan:-
          segala ekor haiwan      ( salah )        segala haiwan   ( betul )
          semua orang gadis      ( salah )        semua gadis      ( betul )

  (c)    Kata Bilangan Himpunan ( tentu bilangannya)
          Beratus-ratus buah bangunan,  berjuta-juta orang pelarian
   
          Peringatan:-
          ratusan buah bangunan  ( salah )
          jutaan orang pelarian      ( salah )

Dalam bahasa  Melayu terdapat begitu banyak kata yang wujud sebagai penjodoh bilangan. Antara  penjodoh bilangan itu adalah seperti yang berikut:
anggota
Digunakan bagi manusia yang berpakaian seragam dan biasanya menjaga keselamatan seperti polis, tentera, pengawal keselamatan, dan sebagainya.
Contoh:
Seorang anggota polis sedang meronda di kawasan itu.

angkatan
Digunakan untuk kumpulan benda atau manusia seperti kapal perang, penulis, tentera, dan sebagainya.
Contoh:
Seangkatan tentera diarahkan berkawal di sempadan negara bagi menghalang pencerobohan pendatang asing ke negara ini.

baris
Digunakan untuk sesuatu yang berada dalam bentuk barisan atau beratur meliputi manusia, benda, dan binatang.
Contoh:
Sebaris pokok ditanam di sepanjang jalan raya di bandar itu.
batang
Digunakan untuk benda yang panjang seperti pen, pensel, sungai, tongkat, rokok, dan sebagainya_
Contoh:
Dia duduk di bawah sebatang pokok yang rendang.
bentuk
Digunakan untuk benda-benda yang berkeluk seperti mata kail dan cincin.
Contoh:
Pengail itu membawa dua bentuk mata kail ketika pergi memancirig di sungai.
berkas
Digunakan untuk benda-benda yang diikat atau diberkas menjadi dalam keadaan satu.
Contoh:
Pak Arman membawa pulang seberkas kayu dari hutan itu.

bidang
Digunakan untuk benda yang lurus dan terbentang seperti tanah, tikar, permaidani, dan sebagainya.
Contoh:
     Di ruang tamu rumahnya terbentang sebidang permaidani yang sungguh cantik.








biji
Digunakan untuk benda yang kecil seperti guli, telur, buah, dan sebagainya.
Contoh:
Dia makan sebiji telur setiap pagi sebelum ke sekolah.
     (Terdapat juga penjodoh bilangan butir yang digunakan untuk biji.)
bilah
digunakan untuk benda yang kelihatan seperti belahan dan boleh melukakan kerana tajam seperti pilau, pedang, kapak, parang, keris, dan sebagainya.
Contoh:
Dia menggunakan sebilah kapak untuk membelah kayu api itu.
buah
Digunakan untuk benda yang agak besar dan tidak tentu jenis dan bentuknya seperti untuk kereta, rumah, bangunan, negara, dan sebagainya.
Contoh:
Kami tinggal di sebuah negara yang aman, iaitu Malaysia.
buku
Digunakan untuk benda yang berbongkah seperti sabun, roti, benang, dan sebagainya. Contoh:
Emak membeli sebuku benang dari kedai Pak Abu.
bungkus
Digunakan untuk benda yang dibalut atau dibungkus seperti roti, nasi, biskut, dan sebagainya. Contoh:
Harga sebungkus nasi lemak itu ialah RM 1.00 sahaja.
butir
Digunakan untuk benda yang bulat atau kecil seperti guli, mutiara, manik, telur, dan sebagainya.
Contoh:
Terdapat beberapa butir telur di dalam bakul itu.
(biji jugs boleh digunakan)
Emak membeli beberapa butir mutiara dari kedai itu.
carik atau cebik
Digunakan untuk benda yang dikoyak daripada bahagian yang besar untuk kertas, kain, dan sebagainya.
Contoh:
Dia menulis alamat rumah says di atas secarik kertas Surat khabar.
cekak
Digunakan untuk sesuatu benda yang dipegang secara mencekak seperti padi, pasir, bergs, manik, dan sebagainya.
Contoh:
Emak mengambil secekak padi lalu menaburkannya ke tanah untuk makanan ayam­ayamnya.
cubit
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit sahaja dengan menggunakan hujung jari sahaja seperti garam, kuih, gula, dan sebagainya.
Contoh:
Ibu memasukkan secubit garam ke dalam masakannya.
cucuk
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi seperti sate, kuih jemput-jemput, atau isi buah-buahan
Contoh:-
      Ayah telah membeli lima puluh cucuk sate untuk kami sekeluarga.


das
Digunakan untuk bunyi letupan hasil daripada tembakan seperti melalui pistol, senapang atau meriam.
Contoh:
Upacara perasmian itu disempurnakan dengan tiga das tembakan meriam.



deret
Digunakan untuk bangunan yang berderet dan bersambung amara satu sama lain seperti kedai atau rumah teres.
Contoh:
Sederet  kedai lima pintu musnah dalam kebakaran petang semalam.

ekor
Digunakan untuk semua jenis binatang seperti kucing, kaiak, lembu, dan sebagainya. Contoh:
Seekor ular telah muncul secara tiba-tiba di hadapan rumah saya.

gelung
Digunakan untuk benda yang panjang tetapi telah digelungkan seperti dawai, wayar, tali. Contoh:
Ayah menggunakan beberapa gelung kawat duri untuk menyiapkan pagar di kebunnya.
gemal
Digunakan untuk benda yang dikumpul dan diikat bersama-sama seperti rumput dan padi. Contoh:
Petani itu membawa beberapa gemal pokok padi untuk ditanam di sawahnya.

gerombolan:
Digunakan untuk sekumpulan manusia jahat seperti perompak, komunis, dan sebagainya. Contoh:
Segerombolan pengganas komunis telah ditawan oleh pasukan keselamatan.
genggam
Digunakan untuk sesuatu yang dipegang dalam bentuk genggaman di tangan seperti pen, beras, guli, dan sebagainya.
Contoh:
Di tangannya terdapat segenggam pasir.

gulung
Digunakan untuk sesuatu benda yang dalam keadaan bergulung seperti kertas, permaidani, tikar, dan sebagainya.
Contoh:
Di dalam bilik itu terdapat beberapa gulung permaidani.

gumpal
Digunakan untuk benda-benda yang bergumpal seperti kapas, benang, kabu, tembakau, dan sebagainya.
Contoh:
Dia mengambil segumpal kapas untuk mengelap luka di kakinya.
gugus
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti buah anggur, langsat, pulau, kelapa sawit, dan sebagainya.
Contoh:
Harga segugus buah anggur itu ialah RM5.00 sahaja.

helai
Digunakan untuk bends yang lebar dan nipis seperti daun, kertas, kain, baju, dan sebagainya.
Contoh:
Dia hanya tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran di rumahnya.
hidang
Digunakan untuk makanan yang telah siap dihidangkan atau disajikan. Contoh:
Sehidang makanan telah disediakan oleh pembantu rumah itu sebelum majikannya pulang dari pejabat.
     

ikat
Digunakan untuk apa-apa benda sahaja yang diikat seperti sayur, pen, kayu, dan sebagainya.
 Contoh:
Harga seikat sayur itu ialah lima puluh sen.

iris/hiris
Digunakan untuk benda yang dihiris tipis-tipis seperti timun, bawang, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa iris/ hiris timun diletakkan di dalam pinggan itu.
Saya makan beberapa iris / hiris daging sahaja semalam.

jambak
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti bunga, kunci, buah-buahan, dan sebagainya.
Contoh:
Ayah menghadiahkan sejambak bunga kepada emak.
Saya menemukan sejambak kunci di tepi longkang itu.

jambangan
Digunakan untuk kumpulan bunga yang digubah sebagai hiasan.
Contoh:
Ruang tamu rumah itu kelihatan ceria kerana dihiasi beberapa jambangan bunga yang berwarna-warni.
jemput
Digunakan untuk benda yang diambil dengan hujung jari seperti kuih, garam, gula, dan sebagainya yang menyerupai penjodoh bilangan cubit.
Contoh:
Emak mengambil sejemput kuih lalu memyuapkannya kepada adik.

kaki
Digunakan untuk payung, bunga, dan cendawan.
Contoh:
Dia menggunakan sekaki payung untuk berjalan dalam hujan. Dia menghias sanggul anak gadisnya dengan sekaki bunga ros.

kandang
Digunakan untuk haiwan yang dipelihara dan tinggal di dalam kandang seperti kambing, lembu, kuda,-dan sebagainya_
Contoh:
Pak Long memelihara sekandang kerbau di belakang rumahnya.

kapur
Digunakan untuk sirih yang sudah dikapur meliputi pinang, garnbir, kapur, dan sebagainya. Contoh:
Sekapur sirih telah disertakan dalam hantaran peminangannya.

kaum
Digunakan untuk kumpulan manusia seperti golongan bangsawan, belia, remaja, guru, dan sebagainya_
Contoh:
Kaum guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna.

kawan
Digunakan untuk sekumpulan binatang seperti gajah, burung, lembu, dan sebagainya. Jugs untuk sekumpulan manusia jahat yang bem aksud segerombolan.
Contoh:
Sekawan lembu sedang meragut rumpus di padang.
Pihak polis telah berjaya menangkap sekawan pencuri dalam operasi semalam.

kelompok
Digunakan untuk kumpulan benda, manusia, pulau, bintang, dan sebagainya yang dikumpulkan menjadi sate kelompok.
Contoh:
Dari udara kits dapat melihat beberapa kelompok pulau yang indah menawan.

kepal
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan sukatan genggam dan menjadi suatu ketulan seperti pulut, nasi , tanah, dan sebagainya.


kerat
Digunakan untuk sesuatu daripada bahagian benda yang dikerat atau dipotong. Contoh:
Beberapa kerat buluh digunakan untuk dibuat lemang.


ketul
Digunakan untuk benda yang berketul dan padu kandungannya seperti batu, daging, ais, tulang, dan sebagainya.
Contoh:
Anjing itu sedang menggonggong seketul tulang.
ketumbukan
Digunakan untuk kumpulan manusia meliputi manusia baik mahupun jahat seperti pengganas, tentera, dan sebagainya.
Contoh:
Pasukan keselamatan telah berjaya mengesan beberapa ketumbukan pengganas di dalam hutan itu.
kotak
Digunakan untuk spa-spa sahaja yang diisikan di dalam kotak seperti rokok, pen, sabun, mancis, dan sebagainya.
Contoh:
Harga sekotak sabun itu ialah RM2.50 sahaja.
kumpulan
Digunakan untuk kumpulan manusia dan haiwan seperti kanak-kanak, pelakon, rusa, gajah, dan sebagainya.
Contoh:
Sekumpulan remaja telah ditahan polis kerana menyertai lumba Karam semalam.
kuntum
Digunakan untuk bunga yang tidak bertangkai. Contoh:
Dia memetik sekuntum bunga dari taman itu.
labuh
Digunakan untuk benda yang dapat digantung seperti kelambu, tirai, tabir, dan sebagainya. Contoh:
Emak memasang beberapa labuh tirai pads tingkap itu agar rumah kami kelihatan lebih ceria.
laras
Digunakan untuk semua jenis senjata api seperti pistol, senapang, dan meriam. Contoh:
Anggota tentera itu sedang menyandang selaras senapang ketika menjalankan tugas.
lembar
Digunakan untuk benda yang panjang seperti benang, tali, dawai, atau sebagainya yang tidak dalam gulungan.
Contoh:
Emak menggunakan selembar benang untuk menjahit butang.


lingkar
Digunakan untuk benda yang berlingkar dan bergulung seperti ubat nyamuk. Contoh:
Emak memasang selingkar ubat nyamuk sebelum kami tidur.

longgok
digunakan untuk benda yang diletakkan dalam longgokan seperti durian, tanah, batu, ikan, sayur, dan sebagainya.
Contoh:
Harga selonggok ikan itu ialah RM 1.00 sahaja.



mayang
Digunakan untuk buah-buah yang bertangkai seperti kelapa, pinang, pisang, dan sebagainya yang bermaksud tandan.
Contoh:
Dalam semayang pisang terdapat beberapa sikat pisang.

naskhah
Digunakan untuk benda yang bercetak seperti buku, majalah, surat khabar, dan sebagainya. Contoh:
Harga senaskhah buku itu ialah RM15.00.
orang
Digunakan hanya untuk manusia.
Contoh:
Lima orang pelajar terbunuh dalam kemalangan itu.

pangsa
Digunakan untuk bahagian buah khusus untuk buah durian. Contoh:
Dalam sepangsa buah durian terdapat beberapa ulas durian.

papan
Digunakan untuk benda yang berada dalam keadaan berkeping-keping seperti mercun dan petai.
Contoh:
Sepuluh papan petai diikat untuk dijual dengan harga RM3.00 seikat.

pasang
Digunakan untuk sesuatu yang wujud dalam bentuk berpasangan seperti untuk manusia, benda, dan binatang.
Contoh:
Sepasang burung hinggap di alas ranting.            (jantan dan betina)
Harga sepasang kasut itu ialah RM59.00.              (kiri dan kanan)

pasukan
Digunakan untuk sekumpulan manusia yang berpakaian scragain seperti pengakap, polis, dan sebagainya.
Contoh:
Sepasukan ahli bombs telah dikejarkan ke tempest kebakaran untuk memadam kebakaran tersebut.

patah
Digunakan untuk kata atau perkataan sahaja.
Contoh:
Para pelajar dikehendaki menulis karangan tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

penggal
Digunakan untuk benda yang dikerat atau dibahagi-bahagikan seperti cerita, rotan, persekolahan, dan sebagainya.
Contoh:
Cerita itu telah disampaikan sepenggal sahaja kepada kami.

persalin
 Digunakan untuk pakaian yang lengkap.
 Contoh:-
      Ibu menghadiahi saya sepersalinan pakaian sempena hari konvekesyen saya.




pintu
Digunakan untuk bangunan seperti rumah dan kedai yang mempunyai persamaan dengan buah.
Contoh:
Pak Ali mempunyai  lima pintu  rumah sewa.

petak
Digunakan untuk benda  yang lurus dan rata seperti sawah padi, tanah, dan sebagainya.
Contoh:
Ayah mengusahakan beberapa petak  sawah di hujung kampung itu.

potong
Digunakan untuk benda yang dipotong seperti kek, daging, roti, dan sebagainya.
 Contoh:
Harga sepotong  kek itu ialah RM 1 .50-

pucuk
Digunakan untuk rebung, surat, clan senjata api seperti pistol. Contoh:
Emak membeli beberapa pucuk  rebung untuk dimasak sayur lemak.
Dia menerima sepucuk  surat daripada pihak sekolah.

puntung
Digunakan untuk sesuatu yang tertinggal atau lebihan akibat dibakar seperti puntung rokok, kayu api, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa puntung rokok  kelihatan bertaburan di kaki lima kedai itu.

rangkai
Digunakan untuk susunan beberapa benda yang telah dirangkaikan atau dikaitkan seperti lagu, madah, ayat, doa, dan sebagainya.
Contoh:
Dia menyampaikan serangkai  sajak di majlis perpisahan itu.

rangkap/ untai
Digunakan untuk pantun, sajak, syair, gurindam, dan sebagainya.
Contoh:
Ucapannya diakhiri dengan serangkap pantun. Sajak karangannya itu terdiri daripada lima rangkap  sahaja.

rawan
Digunakan untuk benda yang bersirat dan  labuh  seperti jala, pukat, dan sebagainya
_ Contoh:
Nelayan itu menggunakan serawan  jala untuk menjala ikan di sungai

ricih
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong kecil-kecil seperti bawang, daging, halia, dan sebagainya_
Contoh:
Emak memasukkan beberapa ricih bawang ke dalam minyak itu lalu menumisnya.

ruas
Digunakan untuk benda yang mempunyai ruas seperti tebu, rotan, dan buluh.
Contoh:
Beberapa ruas  rotan diambil untuk dibuat tongkat.

rumpun
Digunakan untuk tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara berkumpul seperti serai, buluh, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa rumpun buluh tumbuh meliar di tepi sungai itu.

sikat/sisir
Digunakan untuk pisang.
Contoh:
Emak membeli sesikat / sesisir pisang untuk digoreng sebagai hidangan minum petang.


suap
Digunakan untuk makanan yang disuap ke dalam mulut seperti nasi_
Contoh:
Dia hanya makan beberapa suap nasi kerana tiada selera.

susun
Digunakan untuk benda yang bersusun seperti buku, kertas, atap, dan sebagainya dalam keadaan tersusun.
Contoh:
     Di bawah rumahnya terdapat beberapa susun atap yang akan dijual kepada pelanggannya.


Digunakan untuk benda yang bergugus dan bercantum seperti pisang, kelapa, kelapa sawit, dan sebagainya_
Contoh:
Peraih itu membeli beberapa puluh tandan pisang untuk dijual di bandar.

tangkai
Digunakan untuk benda yang bertangkai seperti bunga yang bertangkai dan sebagainya.
Contoh:
Kakak menggunakan beberapa tangkai bunga untuk menggubah bunga itu agar kelihatan cantik.

teguk
Digunakan untuk minuman yang ditelan sekali sahaja seperti kopi, teh, air, susu, dan sebagainya.
Contoh:
Adik minum beberapa teguk air kerana berasa sangat dahaga.

timbun
Digunakan untuk benda yang bertimbun seperti tanah, pasir, padi, sampan, batu, dan sebagainya.
Contoh:
Beberapa timbun batu dan pasir di hadapan rumahnya itu akan digunakan untuk kerja­kerja mengubah suai rumahnya.

titik
Digunakan untuk cecair yang menitik seperti darah, air, dakwat, dan sebagainya. Contoh:
Beberapa titik  darah menitik dari mulutnya.

tongkol
Digunakan untuk tumbuhan yang buahnya bertongkol seperti jagung.
Contoh:
Harga lima tongkol jagung itu ialah RM2.00.

ulas
Digunakan untuk isi bush seperti isi buah durian, nangka, cempedak, limau, manggis, dan sebagainya.
Contoh:
Selepas makan malam, saya makan lima ulas durian.

untai
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti kalung, rantai, manik, pantun, sajak dan sebagainya.
Contoh:
Leher gadis itu dihiasi dengan seuntai kalung emas.
Dia menghasilkan seuntai sajak khas untuk gurunya.

urat
Digunakan untuk benda yang panjang dan halus tetapi tidak bergulung seperti benang, rotan, dawai, dan sebagainya.
Contoh:
Emak menggunakan Seurat benang emas untuk membuat sulaman itu.

utas
Digunakan untuk benda yang berangkai seperti tali, rantai, dan sebagainya.
Contoh:
Pak Abu menggunakan seutas  tali untuk mengikat kayu-kayu itu. Perompak-perompak itu telah melarikan beberapa utas rantai emas.
Beberapa Kesalahan dalam penggunaan Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sarna dengan kata bilangan tertentu Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sarna dengan kata bilangan tertentu seperti para, segala, semua, setiap, seluruh, sebahagian, ratusan, puluhan, sesetengah, sebilangan, dan sebagainya. Penjodoh bilangan jugs tidak perlu digunakan bagi menghitung kata nama yang bersifat abstrak.
Contoh:

Salah
Betul
(a)     semua orang pelajar
(b)     segala buah kereta
(c)     setiap orang pelajar
(d)     para. orang pelabur
(e)   dia mempunyai sebuah cita-cita
(a)     semua pelajar
(b)     segala kereta
(c)     setiap pelajar
(d)     para pelabur
(e)    dia mempunyai  cita-cita



LATIHAN PENGUKUHAN

A.   Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1







2








5








Setiap buah pendapat yang
dikemukakan akan diberi perhatian oleh
majikan kilang itu.

A Setiap pendapatan
B Setiap pendapat- pendapat
C Setiap pendapat
D Setiap buah pendapat

Setiap  orang pelajar menunggu
keputusan peperiksaan dengan penuh debaran.

A Setiap-tiap pelajar
B Setiap pelajar
C Setiap pelajar-pelajar
D Setiap orang pelaiar


Emak memasukkan seketul_garam ke
dalam masakannya.

A memasukkan secubit garam
B memasukkan segenggam garam
C memasukkan secekak garam
D memasukkan seketul garam

3








4







6

Semua pelajar perlu mengemukakan
sebuah idea untuk memajukan
persatuan itu.


A  mengemuka sebuah idea
B   mengemukakan idea
C  kemukakan sebuah idea
D   mengemukakan sebuah idea

Beberapa pucuk rebung dibeli oleh ibu
dari pasar.

A   Beberapa batang rebung
B   Berapa pucuk rebung
C   Beberapa rebung pucuk
D    Beberapa pucuk rebung

Setiap orang anggota-anggota masyarakat
harus memberikan sokongan untuk
mengatasi masalah di kampung ini.

A   Setiap orang anggota
B   Setiap orang
C   Setiap anggota
D   Setiap orang anggota-anggota


A.   Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu      mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1.   Gulam pergi berbeli-belah di pasar raya. Dia telah membeli sehelai baju , sepasang kasut kulit, dan
                              A                                                           B
    sepuluh pucuk kad ucapan hari raya untuk dikirim kepada kawan-kawannya. Tiada kesalahan.
                    C                                                                                                          D

2.   Beberapa orang perwakilan yang  menghadiri seminar di sebuah hotel terkemuka itu elah mengemukakan
                 A                                                                                       B
      beberapa buah idea yang bernas. Tiada kesalahan.
                 C                                                   D

3.   Walaupun kelima-lima orang pelancong itu datang dari sebuah negara barat, namun mereka dapat
                            A                                                                   B
     menuturkan beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu.  Tiada kesalahan. 
                                                  C                                                            D

4.  Sepucuk pistol telah ditemui oleh sepasukan polls ketika menyerbu segerombolan pengganas di kawasan
                             A                             B                                               C
     setinggan itu semalam. Tiada kesalahan.
                                                   D


5.  Persatuan yang terdiri daripada beberapa ahli baru itu telah meluluskan cadangan untuk melawat sebuah
                                                                 A                                                           B
     perkampungan nelayan untuk dijadikan kampung angkat. Tiada kesalahan
          C                                                                    D


6. Walaupun susah dan memiliki sebuah pondok usang serta sebiji  basikal  buruk, namun           Pak
                                                                    A                                    B
     Busu mempunyai hati yang ikhlas untuk membantusesiapa sahaja yang meminta bantuan

     daripadanya. Tiada kesalahan.
             C                       D

7.  Ayah mempunyai sebuah cita-cita untuk membeli sebuah rumah jika pemiagaannya berjaya
                                            A                                           B                  C
     kelak. Tiada kesalahan.
                          D

8.  Seluruh orang pelajar di sekolah saya  mendapat keputusan yang cemerlang dalam   PMR  yang   
                     A                                                                                 B                         C
     diumumkan semalam. Tiada kesalahan.
                                                   D

9   Kami tiba di sana tepat pada  jam tiga setengah petang. Tiada kesalahan.
        A              B                                   C                                        D


10 Nazreen memelihara kedua ekor kucing yang dibelikan oleh ibunya sempena hari lahirnya yang
                                           A                                      B
     ke- 15 bulan lalu. Tiada kesalahan.
         C                             D

11 Segala penonton yang menyaksikan persembahan penyanyi terkemuka itu menepuk kedua-dua
         A                                                                                                  B                                    C
     belah tangan mereka dengan kuat. Tiada kesalahan.
                                                                 D
12  Beliau akan menjenguk anak-anak yang sedang tidur dengan nyenyak tiap kali sebelum masuk
                                  A                                                                                         B                 C
      ke biliknya untuk tidur. Tiada kesalahan.
                                                       D

13  Semua kuda-kuda yang dipelihara di ladang itu dijaga dengan rapi daripada sebarang penyakit.
                         A                                                                    B                  C
     Tiada kesalahan.
                  D

14 Setiap pelajar perlu mempunyai sebuah cita-cita dalam hidup mereka sejak di bangku sekolah
         A                                                 B
    lagi agar mereka berjaya apabila dewasa kelak. Tiada kesalahan.
                                                  C                                        D


                                          JUMLAH JAWAPAN DIJAWAB BETUL
                                                                                                
PASTIKAN ANDA MELAKUKAN KERJA RUMAH INI DENGAN BAIK DAN JAWAPAN YANG ANDA PILIH MANTAP.  HARAP MAAF KERANA ADA MUKA SURAT YANG TIDAK DISENARAIKAN DALAM TUGASAN DI ATAS KERANA MASALAH TEKNIKAL. PALING BAIK RUJUK MODUL SKOR "A" BAHASA MELAYU UNTUK MELAKSNAKAN TUGASAN BERKENAAN. JIKA ADA MASA LAPANG SAYA AKAN SELITKAN JAWAPAN SETIAP LATIHAN. INSYAALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan