Karangan pelajar di atas menarik, tetapi boleh diperbaiki dengan meringkaskan pengenalan karangan untuk memuatkan perenggan penutup. Pelajar perlu tahu, karangan yang tidak ada penutup dianggap tidak lengkap formatnya dan sukar untuk mendapat cemerlang atas. Saya mohon maaf, apabila saya baca balik, saya dapati terdapat unsur penutup di bahagian bawah, perenggan isi. Justeru, saya tambah satu markah lagi kepada 19 markah, dan saya baru saja membetulkan markah berkenaan dalam senarai markah asal. Harap maklum.
Contoh karangan Umum terbaik masih karangan pelajar di atas iaitu adik Nurul Syazwina Nor Hisamuddin. Saya tertarik penulisan karangan berbentuk cerita dengan plotnya berkembang baik dan diselitkan dengan teknik plot yang baik. Di samping itu, beliau berjaya memasukkan istilah dan frasa menarik dan penulisan karangannya sesuai dengan kehendak soalan karangan. Tahniah saya ucapkan kepada adik Nurul Syazwina Nor Hisamuddin, teruskan usaha anda, semoga anda menggapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2013. Sememangnya, karangan anda layak mendapat markah Cemerlang Atas.
Jika diizinkan Tuhan, saya akan memasukkan lagi karangan lain tetapi tugas saya menyemak kertas Pra Percubaan SPM masih belum selesai, tetapi oleh sebab janji saya, saya masukkan contoh karangan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan