SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Isnin, 5 Ogos 2013

KEPUTUSAN TIDAK RASMI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3K, PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2013

Tahniah kepada pelajar yang mendapat gred "A" dan kepada pelajar yang mendapat gred "B" anda perlu melakukan sesuatu sebelum menghadapi peperiksaan PMR sebenar. Tugas saya membimbing anda akan tamat selepas Cuti Hari Raya apabila Cikgu Rahayu akan kembali bertugas. Semoga anda membuat persediaan menghadapi peperiksaan berkenaan. Semoga anda akan berjaya dengan cemerlang.

Pastikan anda merujuk komponen soalan yang masih belum anda kuasai berdasarkan post mortem yang telah saya lakukan di bawah.


 Di bawah, saya senaraikan post mortem untuk kertas 1 Bahasa Melayu, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 sebagai rujukan anda.

Anda boleh merujuk kertas soalan dan membandingkan post mortem terhadap jawapan anda. Sekiranya terdapat kesangsian, sila berjumpa saya apabila sekolah dibuka nanti.Maaf kerana terdapat empat nama pelajar yang tidak ada dalam post mortem di atas kerana nama tersebut dalam lembaran selanjutnya. InsyaAllah jika ada masa saya akan selitkan esok. InsyaAllah.

Cuba lihat TOV, OTR, AR,dan ETR anda, dan pastikan anda mencapai target yang disasarkan. Sekiranya, sasaran Peperiksaan Percubaan (OTR 3) dan Pencapaian Sebenar Perperiksaan Percubaan Anda Capai (AR3) tahniah, tetapi jika masih tidak tercapai usaha dengan lebih gigih lagi. Justeru, tidak semestinya anda telah mencapai gred "A" dalam Peperiksaan Percubaan tetapi anda juga perlu mencapai sasaran yang telah ditetapkan, apatah lagi pelajar yang mencapai gred "B" dalam peperiksaan berkenaan.



    Kepada pelajar 3K, bersabar kerana saya dalam proses menyemak kertas peperiksaan percubaan anda. Semoga anda akan berjaya mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah, sekiranya semakan saya tamat saya akan melampirkan keputusan peperiksaan anda di dalam blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan