Berdasarkan post mortem yang saya lakukan selepas menyemak kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, antara masalah pelajar adalah untuk mendapatkan markah yang baik kertas 1. Antaranya, pelajar masih lemah dalam kemahiran tatabahasa dan kemahiran komsas antologi. Selain itu, untuk kertas 2, antaranya ada segelintir pelajar gagal menjawab soalan ringkasan terutama mengemukan isi mantap, bahkan juga kelemahan pelajar paling utama ialah mereka gagal mengawal patah perkataan semasa menulis karangan berpandu dan akibatnya pelajar sering menulis karangan lebih daripada 120 patah perkataan yang dikehendaki soalan. Dalam penulisan karangan umum pula, ada segelintir pelajar kurang mahir membina ayat yang gramatis dan tidak mahir untuk mengaitkan ayat isi dengan ayat isi yang lain. Terdapat juga binaan ayat tergentung, dan ada juga pelajar gagal menulis peribahasa yang berkaitan dengan karangan atau isi yang disampaikan. Ada juga pelajar salah memilih peribahasa dan tidak bertepatan dengan isi karangan yang disampaikan. Oleh sebab itu, pelajar yang kurang mahir mengarang diharapkan melihat bagaimana rakan sebaya yang mahir menghasilkan karangan mereka. Oleh sebab itu, saya sarankan pelajar mencuba menghasilkan karangan bermutu dalam masa yang masih berbaki sebelum peperiksaan PMR bermula. Disamping itu, untuk kemahiran tatabahasa, pelajar perlu melakukan latihan yang banyak kerana kemahiran tatabahasa tetap sama, cuma binaan ayat untuk soalan yang bakal dikemukan sahaja yang berbeza. Untuk soalan komsas novel, saya dapati pelajar tidak membaca bahan atau nota berdasarkan Modul Bahasa Melayu yang telah diberikan kepada pelajar. Saya yakin anda mampu memperoleh markah cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu sekiranya anda berusaha dengan gigih dari sekarang. Berdasarkan catatan post mortem seramai 8 orang pelajar daripada tingkatan 3K mendapat gred "B" dalam peperiksaan Percubaan 2013 dan 3 orang daripada ting. 3B. Justeru, 11 orang pelajar yang mendapat gred "B" ini perlu membuat sesuatu untuk berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2013. InsyaAllah.
Di bawah saya lampirkan post mortem kertas 1 Bahasa Melayu untuk rujukan pelajar. Pelajar boleh merujuk kertas soalan percubaan Bahasa Melayu 1 dan menyemak jawapan. Sekiranya terdapat kesalahan, rujuk saya untuk saya bandingkan dengan jawapan Kertas OMR anda. Sila rujuk saya apabila buka sekolah nanti.
Cuba lihat TOV, OTR, AR,dan ETR anda, dan pastikan anda mencapai
target yang disasarkan. Sekiranya, sasaran Peperiksaan Percubaan (OTR 3)
dan Pencapaian Sebenar Perperiksaan Percubaan Anda Capai (AR3) tahniah,
tetapi jika masih tidak tercapai usaha dengan lebih gigih lagi.
Justeru, tidak semestinya anda telah mencapai gred "A" dalam Peperiksaan
Percubaan tetapi anda juga perlu mencapai sasaran yang telah
ditetapkan, apatah lagi pelajar yang mencapai gred "B" dalam peperiksaan
berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan