MANTAPKAN TATABAHASA
Nama:....................................................... Ting:................................................
FORMULA TATABAHASA
- pecahan
- dua setengah kilogram ( )
- dua kilogram setengah ( )
- tiga setengah minit ( )
- lima liter suku ( )
- tiga suku jam ( )
- ayat pasif(kata ganti nama 1,2,3)
1. Roti itu dimakan oleh saya. ( )
2. Roti itu saya makan. ( )
3. Roti itu kamu makan. ( )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.( )
5. Roti itu mereka makan. ( )
- membuat / berbuat
1. Jangan membuat bising. ( )
2. Jangan berbuat bising. ( )
3. berbuat begitu ( )
4. membuat begitu ( )
5. berbuat demikian ( )
- antara / di antara
1. Antara hobi saya ialah membaca buku. ( )
2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( )
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan
tingkat tiga. ( )
4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. ( )
5. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah
pensel, pembaris, pen dan pemadam. ( )
5. di dalam / dalam
1. di dalam ingatannya ( )
2. dalam ingatannya ( )
3. di dalam bilik ( )
4. dalam mesyuarat ( )
5. di dalam hatinya ( )
6. ialah / adalah
1. Ramli ialah abang saya. ( )
2. Ramli adalah abang saya. ( )
3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00
pagi. ( )
4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa
toksik oleh pihak kilang. ( )
5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( )
7. meN-…-i / meN-…-kan
1. menasihati Ali ( )
2. menasihatkan Ali ( )
3. menghidangkan tetamu ( )
4. menghidangkan nasi lemak ( )
5. menaiki bendera ( )
8. di-…-i / di-…-kan
1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. ( )
2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( )
3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. ( )
4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( )
5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. ( )
9. memper / memper-…-kan
1. memperdalamkan lubang itu ( )
2. memperdalam lubang itu ( )
3. mendalamkan lubang itu ( )
4. memperkatakan hal itu ( )
5. memperkata hal itu ( )
11. memperisterikan / memperisteri
1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( )
2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. ( )
3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan
seorang gadis kampung. ( )
4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan
seorang gadis kampung. ( )
5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan
seorang pemuda kampung. ( )
12. meN-…-kan
1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. ( )
2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( )
3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. ( )
4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( )
5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. ( )
13. kata bilangan ‘ber’
1. berpuluh tahun ( )
2. berpuluh-puluh tahun ( )
3. beribu-ribu penonton ( )
4. beribu penonton ( )
5. ribuan penonton ( )
14. kata bilangan ‘ke’
1. kedua-dua anaknya ( )
2. kedua anaknya ( )
3. anaknya yang kedua ( )
4. ketiga-tiga ekor kucing itu ( )
5. ketiga-tiga kucing itu ( )
15. kata bilangan
1. semua murid-murid ( )
2. semua murid ( )
3. para pelajar ( )
4. semua kanak-kanak ( )
5. ramai budak ( )
16. ramai / banyak
1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. ( )
2. Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( )
3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( )
4. Orang ramai menonton konsert nasyid itu. ( )
5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat ( )
17. MeN-…-kan / ber
1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( )
2. Cikgu Norida menceritakan pengalamannya. ( )
3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( )
4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. ( )
5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( )
18. kata bantu dalan ayat pasif
1. Wau itu akan saya buat. ( )
2. Wau itu saya akan buat. ( )
3. Surat itu telah saya tulis. ( )
4. Surat itu saya telah tulis. ( )
5. Orang gila itu pernah kamu lihat? ( )
19. sebab / kerana / oleh sebab / oleh kerana
1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( )
2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana demam. ( )
3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( )
4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( )
5. 0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah. ( )
20. ia
1. Saya ada seekor kucing.Ia bernama Si Comel. ( )
2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( )
3. Kamus itu sangat mahal.Ia berharga RM60.00. ( )
4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin
kejayaan. ( )
5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( )
21. ayat pasif
1. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( )
2. Kuih itu dimakan bapa. ( )
3. Kuih itu bapa makan. ( )
4. Kuih itu termakan oleh bapa. ( )
5. Kuih itu termakan bapa. ( )
6. Kuih itu kena makan oleh bapa. ( )
7. Kuih itu kena makan bapa. ( )
8. Pencuri itu tertangkap polis. ( )
9. Pencuri itu kena tangkap polis. ( )
10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( )
11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( )
12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( )
22. angka-huruf
1. 1950an ( )
2. 1950-an ( )
3. 1950 – an ( )
4. lima puluhan ( )
5. lima puluh an ( )
23. lain
1. masalah-masalah lain ( )
2. lain-lain masalah ( )
3. perkara-perkara lain ( )
4. lain-lain perkara ( )
5. hal-hal lain ( )
24. akan
1. menyayangi akan anaknya ( )
2. sayang akan anaknya ( )
3. sayang anaknya ( )
4. merindui ibunya ( )
5. rindu akan anaknya ( )
25. saling
1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar ( )
2. Daud dan Arif saling mengejar ( )
3. Daud dan Arif kejar-mengejar ( )
4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. ( )
5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. ( )
26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman
1. juru-juruterbang ( )
2. juruterbang-juruterbang ( )
3. olahragawan-olahragawan ( )
4. olah-olahragawan ( )
5. seniman-seniman ( )
27. kata ganda bagi kata nama
1. guru-guru besar ( )
2. guru besar-guru besar ( )
3. guru besar-besar ( )
4. alat-alat tulis ( )
5. alat tulis-alat tulis ( )
28. kata penguat bebas
1. sangat cantik ( )
2. cantik sangat ( )
3. amat kejam ( )
4. kejam amat ( )
5. bijak sungguh ( )
29. sekali
1. KLCC tertinggi sekali. ( )
2. KLCC tertinggi. ( )
3. KLCC tinggi sekali. ( )
4. KLCC paling tinggi sekali . ( )
5. KLCC tinggi sekali. ( )
30. ku / kau
1. Buku itu telah kuambil. ( )
2. Buku itu telah kumengambil. ( )
3. Ke mana kaupergi tadi? ( )
4. Itu adikkau? ( )
5. Kausakitkah?( )
31. kah
1. Siapakah nama saudari? ( )
2. Siapa nama saudari? ( )
3. Nama saudari siapa? ( )
4. Nama saudari siapakah? ( )
5. Yang manakah basikal kamu ? ( )
6. Cikgu Ali sudah datangkah? ( )
7. Cikgu Ali sudah datang ? ( )
8. Sudah datangkah Cikgu Ali? ( )
32. baharu / baru
1. Abu Bakar memakai baju baharu. ( )
2. Abu Bakar memakai baju baru. ( )
3. Dia baru sampai pagi tadi. ( )
4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( )
5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya. ( )
33. apa / apa-apa / mana / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa
1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( )
2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. ( )
3. Kami tidak ke mana-mana semalam. ( )
4. Kami tidak ke mana semalam. ( )
5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. ( )
34. ber-…-kan / ber
1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( )
2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( )
3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar
lama. ( )
4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. ( )
5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( )
35. belaka
1. Baju itu murah-murah belaka. ( )
2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( )
3. Mereka bijak-bijak belaka. ( )
4. Mereka bijak belaka. ( )
5. Mereka-mereka bijak-bijak belaka. ( )
36. daripada….kepada / dari…..ke
1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80%
ke 90%. ( )
2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80%
kepada 90%. ( )
3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada
RM1.10 seliter. ( )
4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada
RM1.10 seliter. ( )
5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. ( )
37. boleh / dapat
1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. ( )
2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang
basikal. ( )
3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( )
4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. ( )
38. kata bantu
1. Saya belum pernah makan durian. ( )
2. Adik Lily masih belum bersekolah. ( )
3. Karim masih sedang menulis surat.( )
4. Yati sudah pernah melawat Jepun. ( )
5. Puan Kok sedang hendak ke pasar. ( )
39. sekalian
1. Para hadirin sekalian, ( )
2. Hadirin sekalian, ( )
3. Hadirin yang dihormati, ( )
4. Hadirin yang dihormati sekalian, ( )
5. Tuan-tuan dan puan-puan, ( )
40. hanya / sahaja
1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( )
2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. ( )
3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. ( )
4. Hanya Shi Mei yang lulus ujian itu. ( )
5. Shi Mei sahaja yang lulus ujian itu. ( )
41. 1. alat penghawa dingin ( )
2. alat hawa dingin ( )
3. pendingin hawa ( )
4. penghawa dingin ( )
5. penyaman udara ( )
42. 1. nasionalisma ( )
2. nasionalisme ( )
3. plasma ( )
4. plasme ( )
5. patriotisme ( )
43. kami sekeluarga / kami semua / kita semua
1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( )
Kami sekeluarga akan pergi esok. ( )
2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( )
Kami akan pergi esok. ( )
3. Kami semua akan berkelah di Teluk Batik. ( )
4. Kami akan berkelah di Teluk Batik. ( )
5. Kita semua haruslah bekerjasama. ( )
44. di / ke
1. Mereka sudah sampai di Tapah. ( )
2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( )
3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina
khemah. ( )
4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina
khemah. ( )
5. Kami membuang sampah di dalam tong sampah. ( )
45. 1. menengok televisyen ( )
2. menonton televisyen ( )
3. memotong getah ( )
4. menoreh getah ( )
5. menggantung baju di ampaian ( )
46. manakala / sementara
1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.
2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.
3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya
pulang. ( )
4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca
buku.
5. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci
tandas.
47. atas / di atas
1. Terima kasih atas pertolongan saudara. ( )
2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( )
3. Tahniah di atas kejayaan kamu. ( )
4. Buku kamu ada di atas meja itu. ( )
5. Burung berterbangan di atas awan. ( )
48. kata tanya dalam ayat penyata
1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( )
2. Saya tidak tahu namanya. ( )
3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. ( )
4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.( )
5. Saya tidak tahu tempat tinggal Cikgu Shaari.( )
49 . tidak / bukan
1. Dia bukan abang saya. ( )
2. Komputer ini bukan berat.( )
3. Soalan ini bukan susah. ( )
4. Soalan ini tidak susah. ( )
5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. ( )
50. mempunyai / terdapat / ada
1. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. ( )
2. Sekolah saya terdapat sebuah padang. ( )
3. Sekolah saya ada sebuah padang. ( )
4. Semua serangga mempunyai enam kaki. ( )
5. Saya mempunyai empat orang anak. ( )
51. untuk / bagi / demi
1. Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. ( )
2. Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. ( )
3. Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. ( )
4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. ( )
5. Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.( )
52. kata-kata singkat
1. tak mau =______________________
2. tak tau =______________________
3. nak pi =______________________
4. mak saya =______________________
5. tuk saya =______________________
6. dah tau =______________________
7. kak saya =______________________
8. tak nak =______________________
9. keta tu =______________________
10. mai sini =______________________
53. adakah / apakah
1. Adakah kamu sakit? ( )
2. Apakah kamu sakit? ( )
3. Apakah nama haiwan itu? ( )
4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? ( )
5. Apakah yang terjadi? ( )
54. dan sebagainya / dan lain-lain lagi
1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
parang dan sebagainya. ( )
2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
parang dan lain-lain lagi. ( )
3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi
ada di dalam perpustakaan itu. ( )
4. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya
ada di dalam perpustakaan itu. ( )
5. Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku,
pisang dan lain-lain lagi.( )
55. raya
1. pasar raya ( )
2. pasaraya ( )
3. bandar raya ( )
4. Bandaraya Kuala Lumpur ( )
5. Bandar Raya Kuala Lumpur ( )
6. Bandaraya Ipoh ( )
7. pilihan raya
8. jalan raya ( )
9. hari raya ( )
10. lebuhraya ( )
56. goreng
1. Saya suka goreng pisang. ( )
2. Saya suka pisang goreng. ( )
3. Tolong goreng pisang itu. ( )
4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( )
5. Saya suka menggoreng pisang. ( )
57. kepada / ke
1. memberitahu kepada Cikgu Siti ( )
2. memberitahu Cikgu Siti ( )
3. melawat ke Kuala Lumpur ( )
4. melawat ke datuknya ( )
5. melaporkan kepada pihak polis ( )
58. ter
1. Dia tersangat nakal. ( )
2. Dia sangat ternakal. ( )
3. Baju itu amat termahal. ( )
4. Baju itu amat mahal. ( )
5. Baju itu termahal. ( )
59. ke……ke / untuk…..untuk….. / di……di
1. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( )
2. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau Johor. ( )
3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( )
4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. ( )
5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin
atau perpustakaan. ( )
60. se…… / se…..se
1. dari masa ke semasa ( )
2. dari semasa ke semasa ( )
3. dari masa ke masa ( )
4. dari hari ke hari ( )
5. dari hari ke sehari ( )
61. setengah / sesetengah
1. Setengah orang tidak suka akan durian. ( )
2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( )
3. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( )
4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. ( )
5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( )
62. beberapa / berapa
1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( )
2. Beberapa pelajar telah menyertai kursus itu. ( )
3. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( )
4. Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? ( )
5. Beberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. ( )
63. 1. bas mini ( )
2. mini bas ( )
3. sos cili ( )
4. cili sos ( )
5. Aminah Kedai Jahit ( )
64. 1. ayam telur ( )
2. telur ayam ( )
3. ayam daging ( )
4. daging ayam ( )
65. 1. Bahasa Melayu ( )
2. bahasa Melayu ( )
3. berbahasa Melayu ( )
4. berBahasa Melayu ( )
66. 1. bapa kereta ( )
2. kereta bapa ( )
3. saya punya wang ( )
4. wang saya ( )
67. kata ganda separa + ber…an
1. dedaun berguguran ( )
2. daun berguguran ( )
3. lelayang bergantungan ( )
4. layang-layang bergantungan ( )
5. kekacang bertaburan ( )
68. selain
1. Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa
mengulang kaji hari ini. ( )
2. Selain dari mengaji, dia juga terpaksa
mengulang kaji hari ini. ( )
3. Selain mengaji, dia juga terpaksa
mengulang kaji hari ini. ( )
4. Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani. ( )
5. Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( )
69. menghiaskan / menghiasi / mengotori / mengotorkan
1. Mereka sedang menghiaskan pentas itu. ( )
2. Mereka sedang menghiasi pentas itu. ( )
3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. ( )
4. Pelbagai bunga menghiasi pentas itu. ( )
5. Adik mengotori lantai itu. ( )
70. penjodoh bilangan
1. se__________ pemadam
2. se__________ tali leher
3. se__________ jam dinding
4. sepuluh butir telur ayam ( )
5. lima buah rumah-rumah ( )
6. beberapa orang pelajar ( )
71. saja, juga , lagi
1. Rumah saya rumah batu juga.( )
2. Rumah saya juga rumah batu.( )
3. Gadis itu tersenyum saja. ( )
4. Gadis itu saja tersenyum. ( )
5. Haji Ali ke Makkah lagi.( )
72. kata penguat(tidak perlu) + kata ganda berirama
1. Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( )
2. Rambut Afiqah kusut-masai. ( )
3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. ( )
4. Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. ( )
5. Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( )
73. berkali-kali / berulang kali = B 1 , 1 B
1. Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( )
2. Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju ( )
3. Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju ( )
4. Ramli mengangguk-angguk berulang kali. ( )
5. Ramli mengangguk berulang kali. ( )
74. dia (betul) / dai (salah)
1. diari ( )
2. dairi ( )
3. dailek ( )
4. dialek( )
5. dialog( )
75. di = tempat / pada = benda
1. Ada setompok darah di bajunya. ( )
2. Ada setompok darah pada bajunya. ( )
3. Doktor membalut luka pada kakinya. ( )
4. Doktor membalut luka di kakinya. ( )
5. Jangan bersandar di dinding itu. ( )
75. ayat songsang
1.pendepanan frasa kerja transitif,
2. pendepanan frasa kerja tak transitif
3. pendepanan frasa adjektif
4. pendepanan frasa sendi/kata hubung
1. Sedang membaca buku murid itu. ( )
2. Tertidur Mawi di situ. ( )
3. Sungguh besar sekolah itu.( )
4. Ke Makkah lagi Haji Ali. ( )
5. Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. ( )
76. (pesakit)menjalani / (doktor)menjalankan
1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( )
2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( )
77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas /
beliau = ada pangkat,jawatan
(tidak semestinya terkenal sahaja)
1. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. ( )
2. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati. ( )
3. Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. ( )
4. Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. ( )
5. Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. ( )
78. Guru Besar = nama khas jawatan
guru besar = kata majmuk/umum/am
1. Bapa saya guru besar.( )
2. Bapa saya Guru Besar di SK. Gunung Rapat. ( )
3. Semua guru besar sedang bermesyuarat. ( )
4. Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. ( )
5. Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. ( )
79. kata bilangan + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)
1. sebahagian orang murid( )
2. sebahagian murid ( )
3. segala ekor binatang ( )
4. segala binatang ( )
5. setiap orang rakyat ( )
80. agar / supaya / jika / sekiranya = 1x
1. Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.( )
2. Saya berdoa supaya Fatin berjaya. ( )
3. Saya berdoa agar Fatin berjaya. ( )
4. Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.( )
5. Jika saya terlupa,tolong hubungi saya ( )
81. pra / tata / swa / maha / tuna/ pro/ anti/ sub/ eka/ pasca/ dwi/
( Imbuhan Sanskrit /Inggeris/Yunani perlu dicantumkan dengan perkataan)
( Perlu ada sengkang – jika membawa maksud kata nama khas)
1. Rahmat amat gembira kerana berjaya mengikuti program pra siswazah ( )
2. Rahmat amat gembira kerana berjaya mengikuti program prasiswazah ( )
3. Pegawai polis itu dikenakan tindakan tatatertib ( )
4. Pegawai polis itu dikenakan tindakan tata tertib ( )
5. Sukan Pra-Olimpik Beijing menjadi tumpuan peminat sukan dunia. ( )
6. Sukan Praolimpik Beijing menjadi tumpuan peminat sukan dunia. ( )
contoh – swadaya ( layan diri ), swatenaga ( tenaga sendiri)
- maharani
- prokerajaan, promajikan
- pro-Malaysia, anti-Israel
82. supaya / bahawa ( melibatkan dua ayat – ayat induk ( boleh berdiri sendiri)
- ayat kecil ( tidak boleh berdiri sendiri)
berfungsi untuk memancangkan dua ayat berkenaan agar
gramatis.
1) Semua pelajar tahu dia anak hartawan ( )
2) Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan ( )
3) Ayah berdoa agar ibu cepat sembuh ( )
4) Ayah berdoa ibu cepat sembuh ( )
5) Saya mengatakan yang dia sakit ( )
6) Saya tidak tahu yang dia anak hartawan ( )
7) Saya mengatakan bahawa dia sakit ( )
8) Saya tidak tahu bahawa dia sakit ( )
POLA AYAT DALAM BAHASA MELAYU
FRASA NAMA + FRASA NAMA
FRASA NAMA + FRASA KERJA
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF
FRASA NAMA + FRASA SENDI
FRASA NAMA | FRASA NAMA |
Ali | bapa saya |
FRASA NAMA | FRASA KERJA |
Bapa mereka | sedang berehat |
FRASA NAMA | FRASA SENDI |
Pejabat ayah | di Kuala Kurau |
FRASA NAMA | FRASA ADJEKTIF |
Anak kakak | sangat nakal |
RAHSIA BINA AYAT
RAHSIA 1 : AYAT AKTIF
Siapa | Buat apa | Di mana | mengapa |
Aqil | sedang membaca buku | di biliknya | untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. |
Kakak | menanam pokok bunga | di halaman rumah | kerana hendak mencantikkan halaman rumah. |
Seorang budak lelaki | sedang membeli air tebu | di sebuah gerai | kerana dahaga. |
RAHSIA 2 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 1 & 2 (tiada di,oleh)
Benda | KGN 1 & 2(siapa) | buat apa | bila |
Kuih itu | Saya | makan | pagi tadi. |
Beg itu | Kamu | Beli | semalam. |
| Aku | Tulis | |
| awak | Buat | |
RAHSIA 3 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 3 /PELAKU
Benda | di…oleh | KGN 3(siapa) | bila |
Kuih itu | dimakan oleh | abang saya | pagi tadi. |
Beg itu | dibeli oleh | beliau | semalam. |
| ditulis oleh | | |
| dibuat oleh | | |
RAHSIA 4: AYAT TANYA BIASA
Subjek | Prediket/Kata Tanya ( Tanpa kah) |
Orang itu | siapa? |
RAHSIA 5 : AYAT SONGSANG TANYA
Ayat Tanya/ Prediket | Subjek |
Siapakah | orang itu? |
SELAMAT MENJAWAB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan