SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Khamis, 5 Januari 2012

Aktiviti Penulisan Minggu Pertama Ting. 3K dan 3S.

Penulisan - Jenis  Keperihalan/ Cerita ( Karangan umum)                                                     Tarikh : 5/1/2012

Panduan Menulis Karangan Penulisan   :-
a.    terbahagi kepada empat bentuk:-
       i) berdasarkan pengalaman.
      ii) berdasarkan gambaran suasana atau gambaran.
     iii) menyudahkan cerita.
     iv) berdasarkan soalan lima ( berbentuk komsas/ peribahasa atau pantun).
b.   memerlukan pelajar menggarap kemahiran penulisan karangan berbentuk komsas, antaranya:-
      i)  perlu ada watak dan perwatakan, latar ( masa, tempat, masyarakat), tema ( berdasarkan tajuk),
          persoalan ( idea lain yang ingin anda kemukakan), plot (perjalanan atau perkembangan cerita ), teknik
          plot, serta , mesej.
c)  Jumlah perenggan yang perlu untuk karangan cerita biasanya bergantung kepada plot dan  kebijaksanaan
     seseorang pelajar untuk melengkapkan ceritanya. Ada kalangan pelajar  yang kreatif boleh membina lebih
     enam perenggan dan mungkin sembilan atau lebih, namun penguasaan  masa amat perlu terutama semasa
     pelajar menjawab soalan karangan dalam peperiksaan.

                                   
    Bijak menggunakan pelbagai teknik plot:

    dialog, monolog, imbas kembali, pemerihalan,                      

 

3. Bijak menggunakan tanda baca, terutama semasa penulisan dialog, atau monolog.

4. Pandai menulis bahasa kreatif, berbunga-bunga secara terkawal untuk memikat pemeriksa.

Contoh soalan:-
Karangkan sebuah cerita yang berdasarkan pantun di bawah.


Hendak belayar ke Tanjung Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembentong,
Bulat manusia kerana muafakat.
                  
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan