SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Ahad, 29 Januari 2012

BICARA TATABAHASA (PENGGOLONGAN KATA )

KAJIAN MORFOLOGI – KAJIAN KATA
PENGGOLONGAN KATA DALAM BAHASA MELAYU
Dalam bahasa Melayu, penggolongan kata nama terbahagi kepada empat kajian, iaitu:-
Kajian Kata / Morfologi terbahagi kepada empat iaitu:-

1.      Kata nama

2.      Kata kerja
3.     Kata adjektif

4.     Kata tugas


1.1        Kata Nama
Kata nama merangkumi sejumlah perkataan  yang boleh menjadi unsur pada binaan frasa nama. Kata nama ini dapat dipecahkan kepada empat subgolongan, iaitu:-
Kata Nama

a)     Kata Nama Am
b)    Kata Nama Khas
c)     Kata Ganti Nama
d)    Kata Bilangan

1.1.1       Kata Nama Am
       Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya dan biasanya untuk menamakan:-
manusia
abang, nelayan, polis,  kastam, bapa,  posmen
binatang
ayam, burung, harimau, biawak, buaya
tumbuh-tumbuhan
bayam, paku pakis,  lobak, langsat,  tomato, cili
benda
jam, kerusi, van, kereta, lori, baju, seluar,
institusi
universiti, sekolah, hospital, persatuan

Kata nama am dapat dibahagikan kepada iaitu         –  kata nama am abstrak
                                                                                   -  kata nama am konkrit

a)     Kata nama am abstrak ialah kata nama yang hanya boleh dibayangkan yang membawa maksud mujarad , tidak boleh dilihat, dipegang,  dirasa dan tidak berbentuk tetapi boleh difahami apabila diperkata dalam perbualan seharian.
Contohnya:-
kemerdekaan, kesedihan, sahsiah, akhlak, kemesraan, dan sebagainya.

b)    Kata nama am konkrit adalah sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang, dan dapat dirasa kerana kata nama tersebut berbentuk tiga dimensi.
Contohnya:-
rumah, bot, kapal, kereta, laut,  jambatan, pokok, jam, buku,  dan sebagainya.
 
Kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit boleh terdiri daripada kata asal atau kata akar dan kata nama terbitan yang menerima imbuhan, contohnya:-
Kata Asal atau Kata Akar
Kata Terbitan
duri
durian
sakit
penyakit, pesakit
sunyi
kesunyian
Nota Penting : Semua kata nama am perlu ditulis huruf kecil di pangkal kata kecuali di permulaan ayat.
1.1.1       Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata yang merujuk secara khas sesuatu perkara. Kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar di pangkal kata dan tergolong dalam kelas kata nama. Lazimnya kata nama khas merujuk kepada:-
a)     Sesuatu kata nama manusia dan binatang
Contoh:-
manusia -  Kasim, Maniam, Ah Chong
binatang -  Tompok, Si Belang, Sang Arnab, Sang Bedal

b)    Sesuatu yang tidak bernyawa
Contoh:-
Tempat – Malaysia, Indonesia, Kuala Lumpur.
Benda  -  Rado, Sony, Acer, Kamus Pelajar, Protin Inspira.

c)     Makhluk lain seperti malaikat dan jin meliputi makhluk halus.
Contoh: Jibrail, Mikail, Afrit.

d)    Sesuatu yang merujuk kepada masa.
Contoh: Februari, Isnin.
Peringatan :
Semua kata nama khas perlu ditulis huruf besar di permulaan kata dan dikira sebagai satu patah perkataan. Namun, sebilangan kecil pelajar menganggap penulisan kata nama khas dalam ayat tidak begitu penting sehingga boleh dianggap satu kesalahan besar jika berlaku kesalahan yang berulang. Kesalahan tersebut boleh menjejas markah bahasa dalam penulisan  karangan.


1.1.2       Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan sesuatu kata nama. Kata ganti nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada lima iaitu:-


a)Kata ganti nama diri                     b)  Kata nama diri singkat                  c) Kata nama tempat
d)Kata ganti nama tunjuk                e)  Kata ganti nama tak tentu
 
a)     Kata Ganti Diri
Penguasaan kata ganti nama diri amat penting dan perlu dikuasai pelajar kerana kata berkenaan dapat menentukan frasa dalam ayat aktif dan pasif semasa mengesan kesalahan ayat. Kata ganti nama diri digunakan untuk mengganti nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga

Bil
Kata Ganti Nama Diri
Fungsi
a
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Menggantikan diri sendiri ( Orang Bercakap)
b
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Mengantikan diri orang yang dilawan bercakap
c
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Menggantikan orang yang dicakapkan tentang dirinya.
 Umumnya, kata ganti nama diri boleh menyatakan makna tunggal, iaitu bermaksud satu dan boleh bermaksud jamak, iaitu lebih daripada satu.


Kata Ganti Diri Pertama:-
Tunggal
 saya, aku, daku, patik, hamba, beta
Jamak
kami, kita

Setiap kata ganti nama diri pertama di atas, membawa maksud yang sama tetapi penggunaannya perlu disesuaikan dengan maksud ayat dan kesilapan memilih kata ganti nama diri pertama yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat anda salah atau tidak gramatis.

Lihat aspek penggunaannya di bawah:-
Kata Ganti Nama
Fungsi
Saya
Kata ganti nama diri ini merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang baru dikenali atau orang lain secara umum
Contoh penggunaan
Saya  tinggal di sini dengan datuk dan nenek.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Aku
Kata ganti nama diri ini merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan sahabat yang paling rapat, mesra dan dengan Tuhan.
Contoh penggunaan
Aku akan bermalam di rumah engkau apabila kita bertemu nanti.
Oh Tuhan, lindungilah diri aku daripada segala kecelakaan.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Daku
Kata ganti nama diri ini merujuk kepada diri sendiri apabila digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri dengan huruf ‘n’.
Contoh penggunaan
Masih ingatkah engkau akan daku?
Jangan daku dilupakan dalam hidupmu.
Akan daku kenang jasamu hingga ke akhir ayat.
 Peringatan:
 Kata ganti diri daku tidak boleh digunakan jika hadir huruf-huruf selain daripada huruf ‘n’.


Kata Ganti Nama
Fungsi
Patik
Kata ganti nama diri ini digunakan rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan, agung, atau kerabat diraja.
Contoh penggunaan
Segala titah perintah tuanku telah patik laksanakan dengan sempurna.
                                     
 
Kata Ganti Nama
Fungsi
Hamba
Kata ganti nama diri ini merujuk kepada diri sendiri apabila digunakan apabila bercakap dengan orang lain pada zaman dahulu yang membawa maksud sama seperti saya.
Contoh penggunaan
Hamba hendak ke Melaka untuk berjumpa dengan sultan,” kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

                                     
Kata Ganti Nama
Fungsi
Kami
Kata ganti nama diri ini merujuk kepada diri beserta temannya apabila bercakap dengan orang kedua tetapi tidak melibatkan orang kedua tersebut.
Contoh penggunaan
Kami diarahkan oleh penghulu untuk menyampaikan hadiah ini,” kata Razali dan Abu kepada Pak Ali

Kata Ganti Nama
Fungsi
Kita
Kata ganti nama diri ini merujuk kepada diri  dan menyertakan orang kedua.
Contoh penggunaan
Kita  tidak perlu menyertai perkemahan pasukan pengakap esok kerana peperiksaan PMR semakin hampir,” kata Fauzi Jipri kepada rakannya Halim.

Kata Ganti Diri Kedua
Tunggal
anda, engkau, awak, dikau, kamu, tuanku, tuan hamba
Jamak
kalian

Kata Ganti Nama
Fungsi
Anda
Kata ganti nama diri ini digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila berhadapan dengan orang tersebut, contohnya melalui surat-menyurat atau melalui radio dan televisyen.
Contoh penggunaan
Anda diminta untuk melaporkan diri di pusat latihan tersebut pada pukul 2.00 petang. Saya berharap agar anda dapat menyesuaikan diri apabila berada di sana nanti.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Engkau
Kata ganti nama diri ini digunakan untuk  orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan penutur serta dengan Tuhan. Kata ganti nama diri ini tidak boleh disamakan dengan kata ganti nama diri nama kamu atau awak.
Contoh penggunaan
“ Kenapa engkau tidak datang ke rumah aku semalam?
Oh Tuhanku, kepada engkaulah aku meminta dan kepada engkaulah aku berserah!

Kata Ganti Nama
Fungsi
Awak, kamu
Kata ganti nama diri ini digunakan untuk  orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan penutur. Biasanya dengan kawan sebaya atau orang yang lebih muda daripada penutur.
Contoh penggunaan
“Saya hendak berjumpa dengan kamu pada waktu petang di perpustakaan,”kata Faizal kepada Halim.
Awak memang pelajar yang pandai dan baik hati, Kamal.


Kata Ganti Nama
Fungsi
Dikau
Kata ganti nama diri ini digunakan untuk  diri orang kedua khususnya dalam tulisan dan nyayian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri dengan huruf ‘n’.
Contoh penggunaan
Jangan dikau menghina aku dengan kata-kata yang sedemikian.
Aku sering terkenang akan dikau walaupun kita dipisahkan oleh lautan terbentang luas.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Tuan hamba
Kata ganti nama diri ini digunakan ketika bercakap untuk merujuk kepada bahasa zaman dahulu. ( bahasa klasik)
Contoh penggunaan
Tuan hamba hendak ke mana?” Tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.



Kata Ganti Nama
Fungsi
Tuanku
Kata ganti diri ini digunakan ketika bercakap untuk mengantikan diri kedua semasa bercakap dengan agong, sultan, raja, atau kerabat diraja
Contoh penggunaan
“Segala titah perintah tuanku telah patik laksanakan dengan sempurna.” kata Bendahara kepada Sultan Mansur Shah.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Kalian
Kata ganti diri ini digunakan mengantikan diri bersama beberapa orang yang dilawan bercakap.
Contoh penggunaan
“Bilakah kalian akan berkunjung ke rumah saya?” Tanya Shireen kawan-kawannya.
Saya berharap kalian sekeluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Peringatan:
Selain kalian, kata ganti nama diri kedua dapat menunjukkan bilangan jamak apabila kata gantu awak, kamu, dan engkau digabungkan dengan perkataan semua.
Contoh:
kamu semua, awak semua, engkau semua, dan anda semua
Contoh penggunaan:
Kamu semua dikehendaki berada di Dewan Besar As Shafie untuk taklimat penyelarasan akitiviti Unit Pakaian Seragam SMKASAS,” kata Penyelaras Unit Beruniform kepada ketua-ketua unit beruniform.

Dapat disimpulkan bahawa kata ganti diri pertama dan kedua hadir dalam padanan seperti berikut:-

aku    -   engkau
hamba      -     tuan hamba
saya  -   kamu, awak, anda, kalian
patik         -      tuanku

Contoh penggunaan:
Saya akan datang ke rumah engkau pada petang ini. ( Salah )
Aku akan datang ke rumah engkau pada petang ini. ( betul )
Saya akan datang ke rumah kamu pada petang ini. ( betul )


Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk menggantikan diri orang yang dicakapkan tentangnya dan orang yang diperkatakan itu tidak ada di tempat tersebut.

Kata ganti nama diri ketiga terdiri daripada tunggal dan jamak.
Tunggal
dia, ia, beliau, baginda
Jamak
 mereka



Kata Ganti Nama
Fungsi
Dia dan ia
Kata ganti diri ini digunakan mengantikan diri orang yang ketiga yang umum seperti rakan sebaya dan orang biasa dalam masyarakat.
Contoh penggunaan
Kamarul kawan saya di sekolah. Dia tinggal di Kuala Kangsar.
Ramacandran didapati bersalah oleh mahkamah kerana ia mengedar dadah.
Peringatan:-
Kedua-dua kata ganti nama diri tersebut membawa maksud yang sama dan digunakan untuk manusia sahaja. Sekiranya digunakan untuk ganti nama haiwan atau selain manusia penggunaannya salah.


Kata Ganti Nama
Fungsi
Beliau
Kata ganti diri ini digunakan mengantikan diri orang yang  dihormati seperti ibu bapa, guru, penghulu, menteri, perdana menteri, ustaz, pegawai kerajaan dan sebagainya. Individu tersebut dihormati bukan sahaja oleh individu dalam masyarakat tetapi dihormati oleh masyarakat keseluruhannnya.
Contoh penggunaan
Beliau telah terpilih sebagai penghulu kampung itu sejak sepuluh tahun yang lalu.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Baginda
Kata ganti diri ini digunakan mengantikan diri , sultan, raja,  kerabat diraja serta nabi dan rasul.
Contoh penggunaan
Baginda berkenan untuk merasmikan temasya sukan berkenaan.
Rasulullah sering mengingatkan umatnya supaya mentaati perintah Allah. Sebelum wafat, baginda masih menyeru umat Islam mentaati perintah Allah.

Kata Ganti Nama
Fungsi
Mereka
Kata ganti diri ini digunakan mengantikan diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang tanpa mengira kedudukan seseorang atau sekumpulan manusia.
Contoh penggunaan
Mereka telah terpilih mewakili negara dalam pertandingan bola sepak.
Mereka bertepuk tangan sebagai menandakan sokongan terhadap penyanyi yang menyampaikan lagu itu.

Kata Ganti Nama Singkat
Kata ganti nama singkat merupakan kata ganti yang berasal daripada kata ganti diri penuh. Terdapat emoat kata ganti diri, iaitu
Kata Ganti Nama Singkat


ku  -  aku
kau - engkau
mu  - kamu
-nya    -    dia atau ia

Dalam penulisan, kata-kata ganti nama ini perlu dicantumkan dengan kata lain seperti imbuhan. Kata ini ada yang hadir di hadapan kata dan ada yang hadir di akhir kata.

Kata Ganti Nama Singkat
Fungsi
Kau
Kata ganti diri singkat ini diletakkan di awal kata dan biasanya hadir dengan kata kerja
Contoh penggunaan
kautahu, kauambil ( hadir bersama-sama kata kerja)

Kata Ganti Nama
Singkat
Fungsi
Ku
Kata ganti singkat ini boleh diletakkan di awal atau di akhir kata.
Contoh penggunaan di awalan
kuhadapi, kulalui, kuingati ( wujud dalam ayat pasif-rujuk perbincangan ayat pasif)
Contoh penggunaan di akhiran
melarangku, mengajarku, menderaku ( wujud dalam ayat aktif/ kata nama)

Kata Ganti Nama
Singkat
Fungsi
Mu
Kata ganti singkat ini hanya hadir di akhir kata sahaja.
Contoh penggunaan
rumahmu, keretamu, hamba-Mu.


Kata Ganti Nama
Singkat
Fungsi
Nya
Kata ganti singkat ini hanya hadir di akhir kata sahaja. Kata ganti diri ini perlu dibezakan dengan kata pembeda yang digolongkan sebagai kata tugas. ( contoh kata pembeda menjadikan bukan kata nama sebagai kata nama  seperti  lajunya, sakitnya, lantangnya. Nya selepas kata adjektif tersebut bukan kata nama)
Contoh penggunaan
rumahnya, sekolahnya, maruahnya, hasratnya

Peringatan:
Kata ganti singkat tidak boleh digunakan sebagai subjek. Oleh itu, kata ganti diri penuh perlu digunakan sebagai subjek.
 Kesalahan Penggunaan Kata Singkatan
 Penggunaan Kata Singkat Yang Betul
Kutahu akan hasrat hatimu itu.
Kauterima hadiah daripadaku ini.
Kuakan menjelaskan perkara itu nanti.
Aku tahu akan hasrat hatimu itu.
Engkau terima hadiah daripadaku ini.
Aku akan menjelaskan perkara itu nanti.

Kata ganti diri singkat mu atau nya yang merujuk kepada nama Tuhan mestilah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang.
Contoh penggunaan:-
mu
Oh Tuhanku, lindungilah hamba-Mu yang lemah ini!
ku
Kita perlu memohon rahmat dan petunjuk-Nya agar hidup kita sentiasa bahagia.

Kesalahan-Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri Yang Sering Dilakukan Oleh Pelajar


Kata Ganti Diri
Sebab kesalahan
Ianya
Tidak wujud dalam bahasa Melayu secara baku dan selalunya digunakan secara lisan yang dikira tidak baku penggunaannya.
Terdapat dua kata ganti nama yang digunakan serentak iaitu ‘ia’ dan ‘nya’ yang dianggap sebagai kes dan penggunaan ini salah dari segi hokum tatabahasa.
Contoh kesalahan
Pesalah itu telah didakwa di mahkamah. Ianya dihukum penjara selama sepuluh tahun. ( Salah)
Sepatutnya
Pesalah itu telah didakwa di mahkamah. Dia/ Ia  dihukum penjara selama sepuluh tahun. ( Betul)

Kata Ganti Diri
Sebab kesalahan
Ia / Dia
Penggunaan kata ganti nama diri dia dan ia adalah sama dan hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk haiwan atau benda.
Contoh kesalahan
Kucing itu mengiau. Ia tidak makan sejak semalam. ( Salah )
Sepatutnya
Kucing itu mengiau kerana  tidak makan sejak semalam. ( Betul )
Kucing itu mengiau. Kucing itu tdak makan sejak semalam. ( Betul -tetapi dianggap tidak mantap dari binaan ayat kerana perulangan kata nama kucing dalam binaan ayat tunggal yang boleh dimajmukkan.


Kata Ganti Diri
Sebab kesalahan
Ia / Dia
Penggunaan kata ganti nama diri dia dan ia adalah sama dan hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk haiwan atau benda.
Contoh kesalahan
Kucing itu mengiau. Ia tidak makan sejak semalam. ( Salah )
Sepatutnya
Kucing itu mengiau kerana  tidak makan sejak semalam. ( Betul )
Kucing itu mengiau. Kucing itu tdak makan sejak semalam. ( Betul -tetapi dianggap tidak mantap dari binaan ayat kerana perulangan kata nama kucing dalam binaan ayat tunggal yang boleh dimajmukkan.
Kata Ganti Diri
Sebab kesalahan
Beliau
Kata ganti nama diri ini digunakan untuk orang yang dihormati dalam masyarakat dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk merujuk penjenayah atau kanak-kanak kecuali kanak-kanak yang berjasa seperti tokoh kanak-kanak.
Contoh kesalahan
Ramasamy didapati bersalah kerana mengedar dadah. Beliau dihukum penjara selama sepuluh tahun. ( Salah)
Sepatutnya
Ramasamy didapati bersalah kerana mengedar dadah. Dia/ ia dihukum penjara selama sepuluh tahun. ( Salah)

Kata Ganti Diri
Sebab kesalahan
Kita
Terdapat kekeliruan yang amat ketara antara penggunaan kita dalam kalangan pelajar.
Kita membawa maksud penglibatan sekurang-kurangnya dua orang contohnya kamu dan saya, atau kamu dan kami  iaitu melibatkan sekumpulan orang yang dilawan bercakap.
Contoh penggunaan
Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh agar pasukan ini muncul sebagai juara,” kata ketua pasukan kepada pemain-pemain yang lain
Penggunaan kita betul kerana kita membawa maksud penglibatan ketua pasukan dan pemain-pemain lain.
Contoh kesalahan
Kami mesti mempertahankan negara kemerdekaan negara ini,” kata ketua Kampung Sungai Itek kepada anak buahnya.
Penggunaan kami betul kerana kami tidak membawa maksud penglibatan ketua pasukan dan pemain-pemain lain

Kata Ganti Diri
Sebab kesalahan
Kami
Terdapat kekeliruan yang amat ketara  penggunaan kami dalam kalangan pelajar.
Kami  membawa maksud penglibatan sekurang-kurangnya dua orang contohnya , saya dan dia atau saya dan mereka apabila bercakap dengan orang kedua tetapi tidak melibatkan orang kedua tersebut.
Contoh penggunaan
Kami tinggal di sini sejak dilahirkan,” Kata Azman dan Azwan kepada pemuda itu.
Penggunaan kami betul kerana melibatkan Azman dan Azwan tetapi tidak melibatkan pemuda yang diajak bercakap.
Contoh kesalahan
“Kita tidak akan pergi ke majlis itu,” kata Fasiha dan Hanis kepada ibunya.

Pelajar diharapkan berhati-hati dalam penggunaan kata ganti diri agar penggunaannya tepat dan tidak menyalahi undang-undang tatabasa bahasa Melayu.


Latihan Kata Nama dan Kata Ganti Nama:
A.      Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada  A, B, C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah:-
1.       Tuan hamba hendak ke mana? Patik hendak ke istana untuk berjumpa dengan baginda,”   
     A                                                B                                                                             C
kata Bendahara kepada Hang Bedul. Tiada kesalahan.
                                                                    D
2.       Beliau mengarahkan mereka agar berkumpul di hadapan balai itu untuk mendengar arahannya
     A                                B                                                                                 C
pada petang ini. Tiada kesalahan.                                         
                                    D
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3.     “Dengarlah rancangan kegemaran anda melalui Radio Tiga Ibu Kota. Ia akan ke udara pada  
                                                                   A                                                  B
setiap hari dari jam lapan pagi,”  kata  juruhebah kesayangan ramai. Tiada kesalahan.
                                                                   C                                                 D            
4.     “ Saya akan ke rumahnya sekarang juga kerana ada urusan penting yang perlu kita
              A                       B                                                                                               C
selesaikan,” kata Aminah kepada ibunya. Tiada kesalahan.
                                                                             D
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah:-
1.       Cikgu Ramlan menasihati Kamal,, Jika kamu belajar dengan bersungguh-sungguh, kamu                                                                                            
                                                                                   A                                                                                            
semua pasti akan berjaya.” Tiada kesalahan.
    B               C                             D                 

6.    “ Kita turut bersedih apabila mendengar berita kemalangan yang menimpa abang kamu,” kata
           A                                                                                           B                                 C
      Azman dan Shamsiah kepada Siti. Tiada kesalahan.
                                                                          D

7.    Saya berharap agar tuan hamba dapat datang ke rumah saya pada petang ini. Tiada kesalahan.
           A                                  B                                                           C                               D

8.  Rahman dan Zaki tinggal di Bangsar. Mereka berkawan sejak belajar di tadika yang sama  
                                                                       A                         B
     berhampiran dengan rumah mereka. Tiada kesalahan.
             C                                                           D

9.  “ Kita mestilah memohon perlindungan daripadanya agar kehidupan seharian kita selamat,” kata
         A                                                                  B                                                          C
     guru agama itu kepada pelajarnya. Tiada kesalahan.
                                                                        D
10.  Kami nampak pencuri itu ditangkap semalam. Ketika itu beliau sedang berbincang untuk 
          A                                                                                        A                          C
       mencuri di kedai Pak Ali.  Tiada kesalahan.
                                                           D

 B.   Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1



A
B
C
D


2


A
B
C
D

3


A
B
C
D


4


A
B
C
D

5



A
B
C
D

Kita haruslah membantu mangsa-mangsa kemalangan itu. Dia memerlukan pertolongan kita

Mereka memerlukan pertolongan anda.
Mereka memerlukan pertolongan kamu.
Dia memerlukan pertolongan and anda.
Dia memerlukan pertolongan kita


Mereka-mereka yang didapati bersalah akan dihukum.

Mereka yang mendapati
Mereka yang didapati
Dia yang didapati
Mereka-mereka yang didapati

Para pelajar tersebut telah dirontan kerana dia sering ponteng sekolah.


dia sering memonteng sekolah
beliau sering ponteng sekolah
mereka sering ponteng sekolah
dia sering ponteng sekolah


Ketika Sultan Selangor tiba di majlis itu, beliau disambut oleh Perdana Menteri.
             
beta disambut
baginda disambutkan
baginda disambut
beliau disambut

Patik tidak mengetahui cara untuk membalas jasa baik tuan hamba itu,” kata Hang Kasturi kepada sahabatnya.

Saya tidak mengetahui
Aku tidak mengetahui
Hamba tidak mengetahui
Patik tidak mengetahui


6



A
B
C
D



7


A
B
C
D

8


A
B
C
D


9


A
B
C
D

10

A
B
C
D

Karya-karya itu dihasilkan olehku semasa menuntut di universiti.


dihasili olehku
kuhasil
kuhasilkan
dihasilkan olehku



Pihak bomba telah mereka hubungi setelah melihat kejadian kebakaran tersebut.

telah hubungi
mereka telah hubungi
telah dihubungi oleh mereka
telah mereka hubungi

Akan saya tunaikan hasrat murni kamu itu dengan ikhlas, kata Zarina.


Saya akan tunaikan
Akan saya menunaikan
Saya akan menunaikan
Akan saya tunaikan


Kamus perlu dirujuk oleh engkau bagi mendapatkan makna perkataan tersebut.

perlu oleh engkau rujuk
perlu engkau rujuk
engkau perlu rujuk
dirujuk oleh engkau

Wang pendahuluan itu akan kami jelaskan esok.

akan jelaskan kami
akan kami jelaskan
akan dijelaskan oleh kami
kami akan jelaskan.


B.    Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1







3







5







7






9
Pulau yang cantik dan bersih itu sudah
...................... kunjungi.

I.       saya                         II.  dia
III     kami                         IV. mereka


“Banyak kawan ......................akan menyertai kelas tambahan pada hujung minggu ini,” kata Jamal kepada ibunya.

I.        aku                        II.  kamu
III.    saya                      IV. awak


Jamil, Ramu dan saya rakan sejawat di syarikat itu.                        sering bekerja dengan tekun untuk memajukan syarikat tersebut.

I.      Mereka                  II.   Kami
II.     Kita                      IV.  Kalian


Saya berharap semoga                dapat menyesuaikan diri di tempat baru ini.

I     anda                      II   kamu
III   engkau                  IV  awak


Tokoh budaya itu sangat dihormati oleh masyarakat setempat kerana sumbangan   
              terhadap perkembangan budaya masyarakat di situ.

I     dia                        II   baginda
III   beliau                   IV   mereka
2






4







6







8






10
......................     telah dipilih sebagai ketua kampung di kampung ini.

I.       Mereka                   II.  Kami
III.    Dia                         IV. Beliau


Menteri Pelajaran dan timbalannya sedang bermesyuarat.                  terpaksa membatalkan lawatan ke beberapa buah sekolah seperti yang dijadualkan sebelum ini.

I.       Beliau                   II.   Dia
III.    Baginda               IV   Mereka

Saya dan sekeluarga pernah tinggal di hotel itu.
 ..............   tinggal selama dua hari.

I.      Kita                     II.   Anda
III    Kami                   IV.  Kamu


           perlu berhati-hati ketika melintas jalan raya yang baru dibina itu.

I     Dia                       II.  Kita
II    Kamu                   IV  Mereka


“                    harus bertolak ansur bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan baik,” kata guru disiplin kepada pelajarnya.


I     Saya                    II  Kita
III   Patik                    IV Kami



D.   Pilih ayat-ayat yang betul.

1

I


II

III

IV


A
B
C
D

“Kita akan memulakan perniagaan itu dengan segera,” kata pengerusi mesyuarat koperasi sekolah itu.
Semasa kami sedang berbual, anaknya menghidangkan minuman kepada kami.
Jika tidak diselamatkan dengan segera, ianya akan pupus dari muka bumi ini.
“ Segala tintah perintah tuanku telah hamba laksanakan,” kata laksamana.

II sahaja
I dan II sahaja
II, II dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja

2

I

II

III


IV


A
B
C
D

Zalina dan Zakiah berkawan baik semenjak kecil. Dia tidak pernah bermasam muka.
Mereka yakin bahawa dialah yang mencuri wang saya.
“Jika kamu menghadapi masalah, berjumpalah dengan saya,” kata kaunselor itu kepada Haikal.
“Anda mesti menunaikan janji tersebut,” kata Kamaruzaman kepada Laila.

III sahaja
II dan III sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III dan IV sahaja

3 ulasan:

  1. Ia sangat Berguna untuk saya ulang kaji

    BalasPadam
  2. Ia sangat Berguna untuk saya ulang kaji

    BalasPadam
  3. Wah tip cikgu dan soalan cikgu ni memang berguna untuk saya belajar

    BalasPadam