Kata Ganti Nama Tempat
Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata nama tempat. Terdapat tiga kata ganti nama tempat:-
Kata Ganti Nama Tempat
sini | situ | sana |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Sini | Kata ganti nama tempat sini digunakan untuk mengantikan tempat yang dekat dengan orang bercakap |
Contoh penggunaan | “Kamu datang ke sini sekejap,” kata Cikgu Azrina. |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Situ | Kata ganti nama tempat situ digunakan untuk mengantikan tempat yang dianggap jauh dan tidak boleh dilihat oleh orang yang bercakap dan orang yang dilawan bercakap |
Contoh penggunaan | “Saya akan mengambil buku itu dari situ,” kata Mashitah sambil menunjukkan jarinya ke arah meja itu.. |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Sana | Kata ganti nama tempat sana digunakan untuk mengantikan tempat yang jauh boleh dilihat oleh orang yang bercakap dan orang yang dilawan bercakap |
Contoh penggunaan | Minggu lalu kami ke Langkawi. Semasa di sana, kami melawat Makam Mahsuri. |
Kata Ganti Tunjuk
Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau seseorang yang dapat dilihat dari jarak dekat atau jarak jauh. Terdapat dua kata ganti tunjuk:-
Kata Ganti Tunjuk
ini | itu |
Kata Ganti Nama Tunjuk | Fungsi |
Ini | Kata ganti tunjuk ini digunakan untuk menunjukkan tempat yang atau hampir dengan penutur. |
Contoh penggunaan | Pen ini kepunyaan adik saya. |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Itu | Kata ganti tunjuk ini digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh dengan penutur. |
Contoh penggunaan | Rumah yang terletak di atas bukit itu kepunyaan seorang hartawan |
Kedua-dua kata ganti tunjuk tersebut memainkan empat tugas dalam bahasa Melayu:-
Fungsi Kata Ganti Tunjuk
Penanda Kata Ganti Nama | Subjek Dalam Ayat | Prediket yang Biasanya Memerlukan Partikel –lah dan hadir dalam bentuk ayat songsang | Penentu Belakang yang hadir selepas kata nama |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Itu dan Ini | Penanda Kata Ganti Nama – iaitu kata yang disertai kata ini dan itu merujuk kepada kata nama dan hadir bersama-sama dengan kata nama. |
Contoh penggunaan | buku ini, rumah itu, kejadian itu, kereta ini, dan sebagainya |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Itu dan Ini | Subjek Dalam Ayat |
Contoh penggunaan | Ini adik saya. ( dekat dengan penutur) Itu kereta baharu saya ( jauh dengan penutur) |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Itu dan Ini | Prediket yang Biasanya Memerlukan Partikel –lah dan hadir dalam bentuk ayat songsang |
Contoh penggunaan | Yang inilah adik perempuan saya ( Asalnya – Adik perempuan saya yang ini) Yang itulah kereta baharu saya ( Asalnya – Kereta baharu saya yang itu) |
Kata Ganti Nama Tempat | Fungsi |
Itu dan Ini | Penentu Belakang yang hadir selepas kata nama |
Contoh penggunaan | Kami bersekolah di sekolah ini. Banguna itu baru siap dibina. |
Peringatan:-
Kata ganti nama tunjuk tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana
Jalan raya di kawasan itu sangat sepit. Ini menyebabkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di tempat itu. ( Salah )
Jalan raya di kawasan itu sangat sepit. Hal ini menyebabkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di tempat itu. ( Betul )
Kata Ganti Nama Tak Tentu
Kata tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu yang tidak tentu. kata ganti ini meliputi manusia, masa, atau sesuatu perkara yang mengalami penggandaan. Umumnya terdapat empat kata ganti nama tak tentu yang berasa daripada kata tanya dan bila yang mengalami proses penggandaan:-
Kata Ganti Nama Tak Tentu
apa-apa | siapa-siapa | mana-mana | bila-bila |
Kata Ganti Nama Tak Tentu | Fungsi |
Apa-apa | Digunakan untuk menggantikan nama bagi benda atau hal yang tidak tentu termasuklah untuk binantang |
Contoh penggunaan | a) Tiada apa-apa masalah yang kami hadapi pada hari ini. b) Semasa membuat pemeriksaan, kami tidak menjumpai apa-apa di dalam begnya. c) Dia tidak memberitahu saya apa-apa pun tentang kejadian yang menimpa keluarganya. |
Kata Ganti Nama Tak Tentu | Fungsi |
Siapa-siapa ( Sesiapa) | Digunakan khusus untuk manusia yang tidak tentu. |
Contoh penggunaan | a) Semasa saya sampai, tidak ada sesiapa di kawasan sekolah. b) Saya berharap agar kamu tidak akan menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan itu. |
Kata Ganti Nama Tak Tentu | Fungsi |
Mana-mana | Digunakan untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak khusus termasuklah untuk manusia. |
Contoh penggunaan | a) Kamu boleh duduk di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih. b) Pilihlah mana-mana baju yang kamu suka. c) Pihak sekolah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah. |
Kata Ganti Nama Tak Tentu | Fungsi |
Bila-bila | Digunakan khusus untuk masa yang tidak tentu. |
Contoh penggunaan | a) Datanglah ke rumah saya pada bila-bila masa. b) Pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. |
Peringatan:- Kata ganti nama tak tentu siapa-siapa dapat disingkatkan menjadi sesiapa. Bagi kata ganti nama tak tentu yang lain tidak boleh disingkat dengan sewenang-wenangya menjadi bebila, memana, dan sebagainya
LATIHAN KATA GANTI TEMPAT
A. Gariskan kata ganti nama tempat yang terdapat dalam ayat di bawah ini.
1 2 3 4 5 6 7 8 | Kami tinggal di sini semenjak lima tahun yang lalu. Kumpulkan buku-buku latihan kamu di situ. Kami akan melawat negeri Johor. Semasa di sana kami akan bermalam di rumah datuk. Buku latihan itu telah saya hantar ke sana sebentar tadi. Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan masuk ke sini lagi. Di situlah kejadian ganjil yang mengorbankan beberapa orang pelajar berlaku. Jika kamu ke sana belikan saya buku latihan kerana buku itu sangat bagus dan berguna untuk saya. Saya berharap agar kamu tidak akan ke sini lagi. |
9 10 | Berapakah jarak dari sini ke rumah kamu? Semasa berada di sana nanti, hubungilah saya selalu. |
B. Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan kata ganti tempat yang sesuai supaya menjadi ayat-ayat yang lengkap.
1 2 3 4 5 6 | Minggu hadapan kami akan ke Langkawi. Semasa di ............ kami akan melawat Makam Mahsuri. Wakil rakyat kami sering melawat dan menyelesaikan masalah penduduk di............ . Tinggalkan sahaja buku kamu ............ Nanti saya akan menyerahkannya kepada guru kamu. Kata Puan Zalina sambil menunding jari ke sudut pagar rumahnya, “Ubahkan pasu-pasu bunga ini ke ............." “Kumpulan anggota pasukan pengakap sekolah diberi kebenaran mengadakan perkhemahan di....... agar para pelajar dapat menimba pelbagai pengalaman,” kata Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah ketika merasmikan majlis penutup perkhemahan tersebut. Bilakah kamu akan ke .............. lagi? Tanya Encik Dahalan kepada rakan anaknya. |
C. Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata ganti nama tak tentu yang sesuai.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Tiada ....................yang tahu akan punca dia dilucutkan jawatan. Sejak kebakaran itu, dia sudah ada.................. harta lagi kerana semuanya hangus terbakar. Dia tidak mahu memberikan ..................... ulasan berhubung dengan kejadian pembunuhan itu. Pilihlah .......................... baju yang kamu suka asalkan harganya tidak terlalu mahal. Para pelancong tersebut diberi kebenaran untuk melawat negara ini pada .................. masa. Dia tidak lokek melemparkan senyuman kepada.......................sahaja yang ditemuinya. .............................didapati melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tegas. Duduklah di.............................kamu suka tetapi kamu ditegah berbuat bising. Jika kamu semua mempunyai.............................masalah silalah ajukan soalan kepada saya Pertandingan lumba kereta itu akan berlangsung pada ........................ sahaja. |
D. Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan kata ganti tunjuk yang sesuai.
1 2 3 4 5 6 | Kamus baharu .....................disusun oleh para ahli bahasa yang terkenal. Pelbagai alat canggih telah dicipta pada zaman yang serba moden..................... . Mereka yang bermain di padang ......................merupakan penduduk kampung ini. Dia tidak pergi ke sekolah pada pagi................. kerana giginya sakit. Semak di belakang rumah................ masih belum saya tebas lagi. Datang ke sini dan ambil buku..................... daripada saya. |
7 8 9 10 | Laporan kemalangan................ telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Budak yang gemuk dan nakal ................... telah mengaku akan kesilapannya kepada kami. Kami tinggal di kampung ........................ sejak dua puluh tahun yang lalu. Segala usaha kamu selama .................... pasti akan dibalas dengan kebaikan. |
JUMLAH SOALAN YANG DIJAWAB BETUL
30
Boleh saya dapatkan jawapan bagi latihan ini
BalasPadam