SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Jumaat, 25 Januari 2019

NOTA TATABAHASA BERKAITAN KATA KERJA TRANSITIF (KKT( DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Kesalahan penggunaan kata kerja dalam ayat sering berlaku dalam kalangan pelajar, sama semasa mengarang dan juga untuk menentukan kesalahan kata kerja dalam binaan ayat. Insya-Allah pada minggu hadapan saya akan menyentuh tatabahasa berkaitan kata kerja dalam bahasa Melayu. Diharapkan pelajar dapat membaca nota di bawah dan fahamkan sebelum PdPC berlangsung. ( Untuk Pelajar Ting. 3A1)

KATA KERJA
Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
  v  Kata kerja transitif
  v  Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) – tiada imbuhan
meN-...                                  (mencangkul, menebang, memukul)
meN-...-I                                (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan                           (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-...                 -             (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan                      (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i                           (memperdengari, memperingati)

KKT boleh dipasifkan. Contoh:
AYAT PASIF
AYAT AKTIF
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.

Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.
Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja.

Ibu menidurkan adik di dalam kamar.
Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.

Kami makan kentang goreng itu.
Kentang goreng itu kami makan.

Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.

Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.







KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
 Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)  
  v  meN-...                (mengalir, meletup, menangis, membisu)
  v  ber-...                  (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
  v   ter-...                   (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
  v  ber-...-an            (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
  v  ber-...-kan          (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)


KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
i.     KKTT tanpa pelengkap
ii.    KKTT berpelengkap
KKTT Tanpa Pelengkap -kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.

Struktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu
KKTT
Kata Sendi /adjektif
Kata Nama
sedang
bekerja
di
pejabat

ingin
berbincang
tentang
perkara

telah
terlupa
akan
nama rakannya

sudah
bertambah
kukuh
-

sudah
beransur
sembuh
-

telah
bersuamikan
-
orang kaya

telah
berpayungkan
-
daun pisang



Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu
KKT
Objek atau Penyambut
telah
membincangkan
perkara

akan
memperbesar
rumah

sedang
menggilap
kasut

hendak
menunggang
motosikal



Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.
1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.  Contoh ayat:
    Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
    Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)

2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT. Contoh ayat:
    Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
    Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT. Contoh ayat:
    Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
    Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT. Contoh ayat:
    Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
    Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)

5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan. Contoh ayat:
    Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
    Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)

6 . Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan. Contoh ayat:
    Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
    Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

Selasa, 22 Januari 2019

SOALAN LATIHAN TATABAHASA YANG PERLU DIJAWAB ESOK (23/1/2019)


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Soalan berkenaan berkaitan dengan kemahiran penggolongan kata dan kemahiran kata bilangan yang telah anda pelajari. Sila berhati-hati semasa menjawab soalan di bawah.

1.           Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. 
        kedua-dua

2.      2.           Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.                berminggu-minggu

3.            Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari. 
        Berbagai-bagai

4.             Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi. 
         Semua peserta/ peserta-peserta

5.             Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. 
        kamu usahakan

6.             Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
Dua orang perompak

7.             Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya. 
        beberapa

8.             Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung. 

9.             Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.  _____________________________

10.          Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.  _____________________________

11.        Pelbagai dayung–mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu. _____________________________

12.        Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka. _____________________________

13.        "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat. _____________________________

14.        Beliau yang telah memecah masuk ke dalam rumahku,” kata Ali merujuk kepada pencuri itu.
_____________________________

15.        Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan. _____________________________

16.        Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka. _____________________________

17.        Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati. _____________________________

18.        Setengah remaja lebih gemar menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding ahli keluarga. _____________________________

19.        Tiga kereta itu berjenama Proton Wira.
_____________________________

20.        Saya telah menunggu awak tiga setengah jam
        _____________________________

 

Isnin, 21 Januari 2019

NOTA SAJAK KIJANG YANG LELAH- TINGKATAN 3A1 (RABU-23/1/2019)

NOTA 1.
Kijang yang Lelah - Wan Marzuki Wan Ramli
Maksud Setiap Rangkap

TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan setelah habitatnya hampir musnah disebabkan penebangan pokok-pokok di hutan demi pembangunan.

PERSOALAN
  • Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.
  • Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.
  • Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.
  • Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.
  • Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
  • Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.

BENTUK
  • Bebas
  • Mempunyai empat rangkap.
  • Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang  berbeza.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris - 2 hingga 7 patah kata.
  • Bilangan suku kata - 4 - 17 suku kata
  • Rima akhir - bebas

NADA
Melankolik

GAYA BAHASA
  • Aliterasi
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (konsonan k)
  • Asonansi 
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa. (vokal i)
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba. (vokal a)
  • Personifikasi
i. Sebak menyentap dahan kalbu
ii. Menghambat waktu yang bersisa
  • Metafora - dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap, temulang kudrat
  • Inversi - Diredah belantara yang mula teduh
  • Hiperbola - Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
  • Kata ganda - berhati-hati

NILAI
  • Ketabahan
  • Kecekalan
  • Waspada
  • Dedikasi
  • Rasional
  • Kesederhanaan
  • Keikhlasan
  • Bijaksana

PENGAJARAN
  1. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan sehari-hari.
  2. Kita perlulah cekal menghadapi hari tua dan menghabiskan sisa usia.
  3. Kita sewajarnya mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  4. Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara demi manfaat bersama tanpa menindas mana-mana pihak.
  5. Kita seharusnya menggunakan kewarasan akal fikiran dalam melaksanakan sebarang tindakan.
  6. Kita perlulah menyeimbangkan pembangunan dan penjagaan alam sekitar agar tidak memusnahkan habitat haiwan liar.
  7. Kita mestilah reda menerima ketentuan takdir dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
  8. Kita seharusnya bijak menangani masalah yang menimpa kita dalam kehidupan sehari-hari
NOTA 2

Sajak  Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki Wan Ramli

Sajak  Kijang yang Lelah

Maksud
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan.
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.

Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau. Sang kijang yang uzur masih mempunyai harapan untuk menjadi ketua kembali.
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua walaupun lelah dan tidak berdaya sementara mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya.
Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras .
Wan Marzuki Wan Ramli Mingguan Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Tema: Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
 Ketabahan
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.
Berhati-hati/ Berwaspada
Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara
Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.
Berhamah tinggi
Kita hendaklah menggunakan akal yang waras ketika membuat keputusan.
Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang diinginkan.
Bersemangat tinggi
Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.


Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Metafora
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Personifikasi

Sebak menyentap dahan kalbu
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema

Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Asonansi (e)
Diredah belantara yang mula teduh

Aliterasi (h)
Sang kijang lebih berhati-hati menapak

Rima akhir
Baris 1: aaab
Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee


Nada: melankolik

LATIHAN:-