SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Selasa, 11 April 2017

KEPENTINGAN BERSUKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT


HASILAN KARANGAN PELAJAR 2A1
MOHAMMAD SYAFIQ B. SALIMZUUDIN





Sebagai ulasan tambahan, karangan di atas di salin semula daripada karangan noorazmanmahat.blogspot. Cuba bezakan program karangan menyalin karangan dengan aktiviti karangan di dalam kelas. Sepatutnya, anda perlu membuat sendiri karangan berkenaan bukan diciplak dariapada karangan orang lain.

Saya selitkan contoh karangan yang diubah suai dan diberi penambah
baikan untuk anda salin dan jadikan contoh. Cuba lihat bagaimana frasa menarik diselitkan pada ayat untuk mengindahkan karangan anda.
Mohon jasa baik pelajar yang ada "printer", atau pencetak mencetak
karangan di bawah dengan "copy dan paste" ke dalam word
dan tampalkan di sudut Melayu untuk di salin oleh rakan-rakan
sebagai aktiviti menyalin karangan terbaik.

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini terutama ketika waktu senggang. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut dan amalan ini bertepatan dengan slogan 1M 1 Sukan yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Juesteru, media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk ditonton supaya menggalakkan masyarakat bersukan. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara.

Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang sihat kerana badan yang cergas melahirkan otak yang cerdas. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu mengharungi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka sehari ke sehari yang penuh dengan cabaran.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek kesihatan diri mereka  pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku kerana Rakyat Sihat Nagara Maju. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang. Jelasnya, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut kerana Sukan Pemangkin Perpaduan Negara. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu. Kesimpulannya, perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara sukan.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang. Bak kata pepatah serampang dua mata  bererti projek dijalankan oleh kerajaan membawa impak pelbagai kepada kemajuan masyarakat dan negara. Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah.


Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendapat tempat dalam jiwa rakyat serta meletakkan imej negara agar boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang menjadi gergasi sukan dunia.
  

Ahad, 26 Mac 2017

CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU PT3 ( PENULISAN KARANGAN)

SOALAN MRSM 2014



CUBA JAWAB SATU DARIPADA TIGA SOALAN PENULISAN
BAHAGIAN  D  DI ATAS. SEKIRANYA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN
KARANGAN BERKENAAN, SERAHKAN KEPADA GURU ANDA
UNTUK SEMAKAN. SEMOGA ANDA CEMERLANG.

CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU PT3 (BAHAGIAN C- PEMINDAHAN MAKLUMAT)

SOALAN MRSM 2014



CUBA JAWAB SOALAN DI ATAS

CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU PT3 ( BAHAGIAN A- SISTEM BAHASA)


 Soalan MRSM 2014

 Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu
soalan Bahagian D.

BAHAGIAN A
[ 25 markah ]

1) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
    dan tuliskan jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu    
    semula.

(i) Selain masalah sosial, seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran.

     _________________________________
    
(ii) Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.

      _________________________________

(iii) Beliau merupakan orang pertama yang memiliki ijazah sarjana di bidang sains angkasa.

       _________________________________

(iv) “Patik berharap agar panglima semua sedia untuk berperang,” pesan bendahara kepada para
        panglimanya.

        _________________________________
[8 markah]

2) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut pada  
     ruangan jawapan yang disediakan dan anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kontraktor yang telah dilantik oleh Majlis Perbandaran Muar sedang memulakan kerja-kerja
     mengindahkan lanskap pusat rekreasi itu.

     _________________________________

(ii) Azni tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana dia menghidapi demam selsema.

      _________________________________

(iii) Pengguna yang prihatin tidak akan menghadapi masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu  
       produk yang terdapat di pasaran.

       _________________________________
[3 markah]

3) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i) Saya menyanyi lagu Melayu asli.

     Saya menari.

     _______________________________________________________________

(ii) Husairi membeli kereta baharu.

      Kereta baharu itu berwarna biru laut.

       _______________________________________________________________

(iii) Mak Timah menangis teresak-esak.


       Mak Timah merindui anaknya.

       _______________________________________________________________


(iv) Amirul berbadan kurus.

       Abangnya berbadan gemuk.

       _______________________________________________________________

(v) Encik Razin memaklumkan majikannya.

      Encik Razin pergi ke Pulau Pinang.

      Encik Razin menghadiri kursus keusahawanan.

      _______________________________________________________________

      _______________________________________________________________

[10 markah]


4) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar   
      tersebut. 


     (i)_____________________________________________________________

     
     (ii)______________________________________________________________
     4 markah            


     Cuba jawab soalan Bahagian A di atas.


BERKENALAN DENGAN FORMAT SOALAN BAHASA MELAYU PT3

PASTIKAN PELAJAR FAHAM FORMAT SOALAN DAN SETIAP 
MARKAH SETIAP SOALAN, TERUTAMANYA PELAJAR YANG BERHADAPAN DENGAN PT3 2017. SEKIRANYA PELAJAR TIDAK FAHAM
DAPATKAN PENJELASAN DARIPADA GURU MATA PELAJARAN ANDA.

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PT3
BAHASA MELAYU UJIAN BERTULIS (02)
BIL
PERKARA
KETERANGAN
1
Jenis Instrumen

Ujian Bertulis

2

Jenis Item
a) Objektif Pelbagai Bentuk
b) Respon Terhad
c) Respon terbuka

3
Bilangan Soalan
Bahagian A  (Sistem Bahasa – 25 markah)
4 Soalan:-
Soalan 1  =    8 markah
Soalan 2  =    3 markah
Soalan 3  =  10 markah
Soalan 4  =    4 markah
Jumlah     =  25 markah

Bahagian B ( Pemahaman Teks -  30 markah)
3 Soalan:-
Soalan 1  =    10 markah
Soalan 2  =    10 markah
Soalan 3  =    10 markah
Jumlah    =     30 markah

Bahagian C ( Pemindahan Maklumat- 15 markah )
1 Soalan  =    15 markah

Bahagian D ( Penulisan Karangan- 30 markah)
Pilih satu daripada soalan yang diberikan

Jawab Semua Soalan kecuali soalan pilihan bahagian D( Karangan )


4

Jumlah Markah

100 markah


5

Tempoh Menjawab Soalan

2 jam


6

Konstruk

a)   Pengetahuan dan kefahaman sistem Bahasa
b)  Kemahiran Aplikasi Bahasa ( menulis )
c)   Kemahiran aplikasi maklumat ( membaca dan memahami)
d)  Kemahiran Kreatif dan aspresiasi Bahasa ( membaca dan menulis.


7

Kaedah Penskoran

Analitik dan hollistik.



Sabtu, 17 Ogos 2013

CONTOH KARANGAN PERCUBAAN HASILAN PELAJAR TINGKATAN TIGA SMKASAS 2013

Contoh karangan berpandu 1.
Karangan pelajar di atas menarik, tetapi boleh diperbaiki dengan meringkaskan pengenalan karangan untuk memuatkan perenggan penutup. Pelajar perlu tahu, karangan yang tidak ada penutup dianggap tidak lengkap formatnya dan sukar untuk mendapat cemerlang atas. Saya mohon maaf, apabila saya baca balik, saya dapati terdapat unsur penutup di bahagian bawah, perenggan isi. Justeru, saya tambah satu markah lagi kepada 19 markah, dan saya baru saja membetulkan markah berkenaan dalam senarai markah asal. Harap maklum.

Contoh karangan Umum terbaik masih karangan pelajar di atas iaitu adik Nurul Syazwina Nor Hisamuddin. Saya tertarik penulisan karangan berbentuk cerita dengan plotnya berkembang baik dan diselitkan dengan teknik plot yang baik. Di samping itu, beliau berjaya memasukkan istilah dan frasa menarik dan penulisan karangannya sesuai dengan kehendak soalan karangan. Tahniah saya ucapkan kepada adik Nurul Syazwina Nor Hisamuddin, teruskan usaha anda, semoga anda menggapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2013. Sememangnya, karangan anda layak mendapat markah Cemerlang Atas.






Jika diizinkan Tuhan, saya akan memasukkan lagi karangan lain tetapi tugas saya menyemak kertas Pra Percubaan SPM masih belum selesai, tetapi oleh sebab janji saya, saya masukkan contoh karangan di atas.

Selasa, 6 Ogos 2013

CUBA KESAN KESALAHAN YANG TERDAPAT PADA AYAT DI BAWAH.



 Latihan 1
 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa  mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang  lalu.

 2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa  dan Angsa sejak kecil lagi.


  Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti   kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura, Laos,
      myanmar, dan kemboja.

  2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang  pintar.

 
  Latihan 3
 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan  keselamatan bayi yang di
       kandung.

  2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata pensyarah
       tersebut.


  Latihan 4
 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa  mengubah struktur dan maksud asalnya.


  1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan  anekaragam," kata Alias kepada ibunya.

  2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif  kalangan ahli persatuan ini.


  Latihan 5

  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
  2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman
      tanahair.


  Latihan 6
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada anaknya.

  2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam
      kepada lelaki itu.


  Latihan 7
 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa  mengubah struktur dan maksud asalnya.

  1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.

  2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam   melaksanakan tugas-tugas
      tersebut.



Contoh Jawapan
  Latihan 1
  
  1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu  semenjak lapan tahun   
     yang lalu.

  2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa  dan angsa sejak kecil lagi.


  Latihan 2
  
  1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,  Vietnam, Singapura, Laos,  
      Myanmar, dan Kemboja.

  2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang  yang pintar.


  Latihan 3
  
  1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan  keselamatan bayi yang
      dikandung

  2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam  tahun," kata pensyarah
       tersebut.

  Latihan 4

  1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata  Alias kepada ibunya.

  2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif  dalam kalangan ahli persatuan ini.


  Latihan 5
  
  1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan  ekonomi negara.

  2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya  industri muzik dan
      perfileman tanah air.


  Latihan 6
  
  1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya  Ramzi kepada anaknya.

  2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada lelaki itu.


  Latihan 7
  
  1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan  tersebut.

  2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.