SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Isnin, 7 Januari 2019

PENGENALAN KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP.

SEBELUM SAYA MEMBINCANGKAN CARA MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG, PELAJAR PERLU FAHAM KRITERIA KARANGAN CEMERLANG. KARANGAN CEMERLANG PERLU MEMENUHI KRITERIA SEPERTI DI BAWAH:-


 *** Pengolahan dan huraian isi karangan perlu matang dan  memperlihatkan pertautan antara idea..

     Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan pelajar semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan ayat contoh serta diikuti dengan kebijaksanaan pelajar menggarap unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama semasa pelajar membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan isi yang dibincangkan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan pelbagai penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baru semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi pelajar perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam terutama untuk menyemak hasilan karangan mereka setelah selesai  mengarang.

      Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang? Terdapat pelbagai cara dan kaedah digunapakai oleh seseorang guru untuk membimbing murid menghaslkan karangan cemerlang. Antara kaedah yang saya digunapakai seperti menggunakan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup, kaedah Imbakup, dan pelbagai lagi kaedah dan paling utama pelajar dapat mengembangkan karangan mereka. Murid mungkin kehairanan apabila rakan-rakan mereka mampu menghasilkan perenggan karangan mereka dengan mantap dan kepanjang perenggan mereka seimbang. Murid yang mahir mengarang mampu memilih istilah istilah yang menarik, serta menggunakan peribahasa sesuai dengan isi atau huraian, serta menggunakan frasa menarik sama ada menyelitkan kata-kata pemimpin, menyelitkan firman Allah, sabda nabi, dan sebagainya. Semua boleh diselitkan dalam karangan, sekiranya pelajar kerap menghasilkan karangan.

KAEDAH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA  KARANGAN

         Karangan cemerlang memerlukan pelajar menghasilkan perkembangan dan pengolahan hurain isi secara harmoni, ibarat aliran air sungai yang tenang dan mendamaikan hati pembaca atau dalam peperiksaan lebih tepat kepada pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, murid perlu memastikan karangan yang dihasilkan dapat memuaskan hati pemeriksa untuk terus membaca karangan berkenaan bermula daripada perenggan pengenalan hinggalah ke perenggan penutup kerana impresion seseorang pemeriksa akan menentukan markah karangan anda sama ada dalam skop markan cemerlang, baik mahupun sederhana. Diharapkan dengan adanya Jadual Pengembangan Idea Karangan akan mampu membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
         Selain itu, murid yang bijak, mampu menentukan jenis pengenalan yang sesuai digunakan semasa mengarang kerana bukan semua pengenalan dapat menarik minat pemeriksa kertas. Terdapat banyak jenis pengenalan yang terdapat dalam karangan bahasa Melayu, seperti pengenalan jenis cerita, jenis iklan, jenis kata-kata pemimpin, jenis sejarah, jenis berita, pengenalan jenis lagu, maksud firman Allah (Al -Quran) pengenalan jenis sabda Rasulullah, dan pelbagai lagi. Pelajar boleh merujuk jenis pengenalan yang pernah saya jelaskan di dalam blog ini. Di samping itu, pelajar juga perlu mahir menyelit peribahasa, kata-kata pemimpin, kata-kata bijak pandai, puisi sama ada pantun, sajak dan sebagainya.

KEMAHIRAN TATABAHASA JUGA MENJADI PENENTU KECEMERLANGAN KARANGAN
               Sebagai peringatan, pelajar yang mahir dari segi kemahiran ejaan, tatabahasa dan juga mahir menggunakan penanda wacana juga akan mempengaruhi marakah, justeru karangan menggarap semua kemahiran. Oleh sebab itu, pelajar perlu memberi penekanan unsur bahasa ini dan bukan sahaja diberi keutamaan semasa perbincangan tatabahasa pada kertas Bahasa Melayu 2. Kesimpulannya, karangan memerlukan pelajar menguasai keseluruhan kemahiran bahasa dan sistem bahasa ata tatabahasa, di samping pelajar banyak membaca dapat meluaskan pengetahuan sebagai persediaan untuk menjawab soalan atau tema yang dikemukakan soalan karangan PT3 terutama soalan subjektif respon terbuka. Pelajar yang tidak minat membaca dan tidak mengetahui perkembangan semasa sama ada berkaitan isu sosial, ekonomi, sosio politik, berita dalam atau luar negara, merupakan pelajar yang rugi. kebiasaannya, pelajar sebegini rupa sukar untuk menghurai isi karangan atau disebut juga mengembangkan karangan. 

MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
 Membina ayat rangsangan dengan kata tanya  apa berkaitan fokus 
/tema pengenalan yang dipilih?
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
AYAT RANGSANGAN  3
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya  bagamana - fokus/ tema?
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.

UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan.

AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan.

Sebagai peringatan, pelajar cukup sekadar menulis sehingga ayat rangsangan 2 semasa mengembangkan perenggan pengenalan kerana masa pelajar terhad semasa mengarang.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  (UMUM)

TEMA/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
 Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya  apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih?
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya kenapa - fokus/ tema?
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya bagaimana - fokus/ tema?
AYAT CONTOH
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH.
UNSUR KBAT
SEBAB DAN AKIBAT-  JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
AYAT  ARAHAN
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA

Sebagai peringatan, pelajar cukup sekadar menulis sehingga ayat rangsangan 2 semasa mengembangkan perenggan isi kerana masa pelajar terhad semasa mengarang.


JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)

Ayat cadangan
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi  pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
Ayat huraian cadangan
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
Unsur KBAT
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.

Frasa menarik
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.

Ayat harapan
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema

Semoga, Jadual Pengembangan Idea Karangan di atas dapat membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.

CONTOH HASILAN PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN  BIDANG SUKAN NEGARA


LAGU/ AYAT QURAN/
DSB
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
………………………………………………………
AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Negaraku meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagaI seorang warganegara Malaysia.
AYAT RANGSANGAN  2
Begitu juga diharapkan lagu ini akan memancarkan semangat patriotisme kepada individu, atau masyarakat.
AYAT RANGSANGAN  3
Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
FRASA MENARIK
Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
AYAT RANGSANGAN
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol  Ann David,  Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi altet negara telah banyak mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
UNSUR KBAT
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di mata dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara kerana mutu sukan negara kita ada kalanya pasang dan ada kalanya surut.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

 Kata Kunci Isi
Pada hemat saya, antara langkah untuk  memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
Ayat huraian 1
Hal ini demikian kerana  dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.

Ayat huraian 2
Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersadana dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh atlet sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3
Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.


Ayat contoh
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. Diikuti pula nama seperti  Ziyad Zolkefli memecah rekod acara lontar peluru dan Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi menjadi johan dalam acara lari 100 meter, perkembangan terbaru ini membanggakan warga negara Malaysia dan menambahkah sinar  Kontijen Sukan Paralimpik Negara.
Unsur KBAT
Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarik
Peribahasa Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan.
Ayat  penegas
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA

Tema/ Kata Kunci Isi
Peningkatan prestasi ahli sukan juga dipengaruhi oleh peningkatan latihan secara intensif.

Ayat huraian 1
Hal ini demikian kerana melalui latihan intensif  menyebabkan  ahli sukan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi justeru, mutu sukan negara pasti akan lebih meningkat.

Ayat huraian 2
Bahkan juga, dengan latihan intensif akan meningkatkan jumlah pingat yang diperoleh dalam kejohanan yang disertai.

Ayat huraian 3
Peningkatan latihan juga dapat melahirkan atlet yang berkualiti yang setaraf dengan atlet antarabangsa.

Ayat contoh
Sebagai contoh, menghantar atlet negara menjalani latihan bersama atlet daripada negara luar.

Unsur KBAT
Sekiranya atlet tidak melakukan latihan yang mencukupi, serta didedahkan dengan latihan intensif menggunakan kepakaran pakar sukan luar negara yang terkenal menggunakan pendekatan saintifik semasa sesi latihan.

Frasa menarik
Peribahasa ada mengatakan , jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah hakikatnya dengan atlet yang mendapat latihan di luar negara. banyak ilmu dan pendedahan kemahiran sukan yang mereka terima selama mana mereka berada di sana.

Ayat  penegas
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa latihan intensif yang banyak turut menyumbang kepada kemajuan bidang sukan negara.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA

Tema/ Kata Kunci Isi
Dalam pada itu, atlet sewajarnya didedahkan ke dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa turut menyumbang kepada langkah memajukan bidang sukan di negara kita.
Ayat huraian 1
Pendedahan kepada atlet dalam kejohan bertaraf antarabangsa akan meningkatkan pengalaman atlet akan bertambah
Ayat huraian 2
Hal ini disebabkan, atlet negara akan berkongsi pengalaman dengan atlet negara lain.

Ayat huraian 3
Imej negara juga akan meningkat apabila penglibatan atlet negara kita dalam pertandingan yang bertaraf antarabangsa contohnya, sukan Olimpik dan ASEAN.

Ayat contoh
Tamsilnya, pendedahan dalam kejohanan  antarabangsa kepada saudara Ziyad menyebabkan Malaysia memperoleh pingat emas dalam sukan yang menjadi perhatian seluruh dunia iaitu Sukan Paralimpik di Brazil

Unsur KBAT
Seadainya, kerajaan tidak memberi pendedahan kepada para atlet, nescaya para atlet negara kita akan mempunyai masalah dalam bidang pengurusan dan Teknik dalam kejohanan yang dianjurkan.

Frasa menarik
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘sekiranya kita sanggup menghadapi risiko  dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya’.

Ayat  penegas
Natijahnya, kerajaan sewajarnya berani mengambil risiko demi kejayaan atlet negara


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KEEMPAT

Tema/ Kata Kunci Isi
Seterusnya, usaha penyediaan prasarana sukan di peringkat negara, negeri, daerah, dan kampung perlu diberi keutamaan.

Ayat huraian 1
Prasarana sukan amat penting untuk kegunaan masyarakat kerana dengan adanya kemudahan berkenaan di semua lokasi strategik sama ada di peringkat negara, negeri, daerah dan kampung, memudahkan masyarakat mengunjunginya.

Ayat huraian 2
Oleh sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Bandar perlu memberi perhatian terhadap prasarana sukan untuk masyarakat bukan saha tertumpu di bandar, malah juga di luar bandar.

Ayat huraian 3
Hal ini kerana, dengan adanya prasarana serta kelengkapan sukan berkenaan masyarakat boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk beriadah tidak kira di mana mereka berada.

Ayat contoh
Sebagai contoh, setiap kampung kini telah dibina gelanggang futsal yang selalu digunapakai remaja kampung.

Unsur KBAT
Sekiranya usaha sebegini dilakukan secara berterusan, sudah pasti usaha untuk memajukan sukan negara akan sampai ke akar umbi iaitu melibatkan masyarakat keseluruhan, sama ada mereka tinggal di bandar mahupun kampung.

Frasa menarik
 Sila lengkapkan.

Ayat  penegas
  Sila lengkapkan.





JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan mutu sukan negara agar kejayaan sukan negara terserlah dan digeruni masyarakat dunia.

Ayat cadangan
Seyogia, usaha untuk membina dan meningkatkan prasarana sukan, latihan secara intensif, pemberian insetif sukan kepada atlet sukan berjaya di peringkat antarabangsa merupakan antara inisiatif untuk memajukan sukan negara.

Ayat cadangan
Usaha-usaha yang lebih proaktif perlu diberikan keutamaan seperti menggunakan kepakaran pelatih professional dari luar negara antara cadangan yang perlu diutamakan oleh Majlis Sukan Negara dan Kementerian, Belia dan Sukan.

Ayat cadangan
Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu menyuntik lebih banyak budget berbentuk kewangan untuk meningkatkan mutu sukan negara agar keperluan atlet seperti prasana latihan dan kebajikan atlet sentiasa terjaga.

Frasa menarik
Kita tidak mahu usaha untuk memajukan sukan negara hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam atau sudah terhantuk baru tergadah untuk memajukan sukan negara kerana didapati mutu sukan negara sentiasa jauh ketinggalan berbanding mutu sukan negara maju dunia.

Unsur KBAT
Sekiranya usaha untuk memajukan mutu sukan negara, sudah pasti ranking sukan negara berada di bawah negara Asia yang lain , apatah lagi negara jika dibandingkan mutu sukan negara terhebat dunia seperti Australia, Jepun, Amerika dan Rusia.
Ayat harapan
Diharapkan dengan usaha berterusan pihak bertanggungjawab untuk memajukan mutu sukan negara, atlet Malaysia akan dapat meyaingi atau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.

KEMAHIRAN MENGARANG KARANGAN CEMERLANG PT3

       SEBELUM PELAJAR MENGARANG DAN MEMAHAMI KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA  PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP, PELAJAR PERLU TAHU JENIS-JENIS BINAAN PERENGGAN ISI. HAL INI KERANA PERENGGAN ISI AMAT PENTING. PEMERIKSA KERTAS KEBIASAANNYA AKAN MUDAH MENANGGAP KARANGAN HASILAN PELAJAR SAMA ADA KARANGAN BERKENAAN SKOP PADA MEMUASKAN, KEPUJIAN, CEMERLANG ATAU CEMERLANG ATAS DENGAN MEMBACA PENGENALAN KARANGAN.
           NAMUN, PELAJAR PERLU FAHAM UNTUK MENDAPAT STATUS KERANGAN CEMERLANG, PELAJAR JUGA PERLU JUGA MAHIR MENULIS PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP. SEBELUM PERBINCANGAN MENJURUS KEPADA PENGHASILAN PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP, PERBICARAAN SAYA MENJURUS KEPADA JENIS-JENIS PERENGGAN PENGENALAN.

JENIS-JENIS PENGENALAN KARANGAN

  1.   Pengenalan jenis umum.
  2.   Pengenalan jenis pendapat dan kata-kata pemimpin
  3.   Pengenalan jenis definisi.
  4.     Pengenalan jenis sejarah.
  5.     Pengenalan jenis lagu.
  6.     Pengenalan jenis puisi.
  7.     Pengenalan jenis iklan.
  8.     Pengenalan jenis cerita.
  9.     Pengenalan jenis fakta.
  10.     Pengenalan jenis cerita
  11.   Pengenalan jenis persoalan.


    1.   Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis lima jenis ayat iaitu        
      a) Ayat tema               b)   ayat rangsangan      c) frasa menarik    
      d) Unsur KBAT           e)   ayat arahan.

         Ayat tema : Merujuk kepada soalan karangan.

      Ayat rangsangan  ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca atau pemeriksa. Justeru, dalam penulisan perenggan pengenalan jenis umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik, merujuk kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang dikaitkan seelok-eloknya berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan secara umum. Sebaliknya, jika ayat yang dibina tidak merangsang minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan pengenalan anda biasa sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat pembaca atau pemeriksa untuk menentukan slot markah sama ada markah cemerlang, kepujian, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan pencapaian minimum.

       Frasa menarik : merujuk kepada peribahasa/ hadis/ maksud ayat Al Quran/
puisi/ kata-kata pemimpin/ stastitik dan sebagainya.

      Unsur KBAT:  Kesan dan akibat.

     Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci soalan karangan yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca atau pemeriksa sudah tahu isi yang ingin anda tulis atau garap dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat arahan ditulis pada bahagian akhir perenggan pengenalan.
** Perenggan pengenalan cemerlang dan sesuai dengan tahap pelajar SPM, bilangan ayat dalam perenggan pengenalan mesti mengandungi enam atau tujuh ayat.

Contoh soalan:
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Contoh
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Bahkan juga, isu rasuah boleh menyebabakan sesebuah kerajaan yang kukuh menjadi lemah, dan tidak dipercayai oleh msyarakat. [ AR4 ] Sejarah telah menunjukkan isu rasuah meruntuhkan sesebuah kerajaan seperti yang berlaku di  negara Jepun,  dan Thailand. [ AR 4 ] [ Oleh sebab itu, semua pihak samada ada kerajaan mahupun masyarakat sesebuah Negara harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, ekonomi, dan maruah negara. ( AA)

Contoh soalan 2.
Di negara kita, kes kemalangan jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya.

Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2)  Dari segi stastik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Menurut stastitik bagi tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015, sebanyak 20,458 kemalangan yang melibatkan 330 kematian telah direkodkan oleh Polis Di Raja Malaysia (Stastitik)Justeru, stastitik berkenaan merupakan kejutan yang menakutkan kita sebagai masyarakat Malaysia. ( AR4) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA)
Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat rangsangan 1, (AR2) ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3,  (Ayat Contoh Statistik ) dan (AA) ayat arahan.

2. Pengenalan jenis definisi.
Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.

“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Bedasarkan keratin akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2016, 
Sebanyak 1,531 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara dengan 46 daripadanya melibatkan kematian sejak 2011 sehingga Mac 2016.
Berdasarkan kajian, banyak faktor penyebab berlakunya gejalaini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.
    Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.


  4. Pengenalan jenis suasana atau situasi.
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Tambahan pula. tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mangsa. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.


  5. Pengenalan jenis persoalan.
Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

  6. Pengenalan jenis sejarah.
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
 7.  Pengenalan jenis berita .
Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.
Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.

‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

 8.  Pengenalan jenis peribahasa.
Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini oleh masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakatan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh masyarakat. Justeru, kejadian yang menyedihkan seperti peristiwa di atas tidak akan berlaku dalam kalangan masyarakat.  Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan
 ini.

9.   Pengenalan jenis dialog.     
      Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang tidak  akan putus.

“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.
“Pergi kataku!” kataku lagi.
“Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan.
“Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi. Namun, Aminah sedar, sekeras-keras batu akan lembut juga apabila terkena titisan air. Aminah sedar akan sifat Pak Karim suaminya yang kerap membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa . Aminah juga sedar, sikap pemarah Pak Karim pada hari itu sungguh berbeza. Kemungkinan juga,suaminya mempunyai masalah pada waktu tersebut. Aminah tetap sabar dan terus mendiamkan diri selepas itu.
       Hatinya berkata-kata, “ Sabar separuh daripada iman, jika aku terus melawan tindakaku  ibarat api dengan minyak akan terus menyala.”


 10.  Pengenalan jenis puisi.
Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena
Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.
Tulis esei anda itu selengkapnya.

Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu. 
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.


11.  Pengenalan jenis lagu.
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.
Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang 
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?



12.  Pengenalan Jenis petikan Hadis dan Al Quran.
Tangungjawab pelajar menumpukan pelajaran amat penting kerana hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan keluarga dan diri mereka kelak. Bincangkan.
Allah berfirman dalam Surah Al-“Asr, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Pengertian Surah Asr ini amat bermakna kepada seorang pelajar, serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Pelajar perlu belajar bersungguh dan berjaya dalam pelajaran untuk memastikan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga dan untuk kebahagian kehidupan mereka pada masa mendatang. Justeru, sebagai seorang pelajar, mereka perlu tidak mengabaikan tanggung jawab mereka sebagai seorang pelajar.

Jenis perenggan di atas hanya sebagai contoh sahaja dan diharapkan pelajar boleh menghasilkan perenggan yang lebih baik menggunakan kreativiti masing-masing. Perlu diingatkan, bukan semua perenggan isi sesuai dan memberikan kesan kepada impresion pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, pelajar perlu banyak membuat latihan dan mahir menentukan perenggan isi mana yang sesuai dengan tajuk dan tema karangan yang dipilih.

FORMAT PT3 TERKINI, LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FORMAT PEPERIKSAAN PT3 BERUBAH LAGI.  FORMAT BERKENAAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:-


     Berdasarkan format PT3 terkini, pelajar akan menghadapi empat peperiksaan:-
  1.      Kertas Ujian Bertulis 1  ( Kertas 1-(02/1)
  2.      Kertas Ujian Bertulis 2  ( Kertas 2-(02/2)
  3.      Kertas Ujian Bertutur  ( Kertas -(03/1)
  4.      Kertas Ujian Mendengar  ( Kertas-(03/2)

   1.         Kertas Ujian Bertulis 1 ( Kertas 1-02/1) terbahagi kepada soalan:-
          i)  Bahagian A ( Objektif Aneka Pilihan- 30 markah)
              *Mengandungi 20 soalan aneka pilihan  berkaitan- Sistem Bahasa
                                                                                              - Pemahaman teks

         ii)  Bahagian B terbahagi kepada:-
             * Soalan 1 ( Soalan Objektif Pelbagai Bentuk - 25 markah)
                                 Sistem Bahasa
             * Soalan 2 ) Subjektif
                                 Pemahaman Petikan.
             * Soalan 3   (Subjektif)
                                 Novel

        iii) Bahagian C - Mengandungi 2 soalan-Subjektif.
                                    Jawap 1 soalan sahaja
                                    Pemindahan maklumat.

      Jumlah soalan : 3 bahagian, Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B serta satu
                                soalan Bahagian C.

      Masa diperuntukkan untuk pelajar menjawab soalan ini 1 Jam 30 minit.

      Skop Soalan melibatkan : * Pengetahuan sistem bahasa.
                                                * Kemahiran membaca dan memahami.
                                                * Kemahiran memindahkan maklumat
                                                * Kemahiran menulis
                                                * Kemahiran kreatif dan aspresiasi bahasa.

2           Kertas Soalan Ujian Bertulis 2 (kertas 2-02/2) terbahagi kepada soalan:-
      i)     Bahagian A- Soalan Subjektif ( Respon Terhad)- Penulisan ( Sebuah karangan pendek)
             Markah (10 markah) - Format Penulisan masih tidak diketahui)

     ii)    Bahagian B- 3 Soalan Subjektif Respon Terbuka( Jawab 1 soalan sahaja- penulisan sebuah  
             karangan)
             Markah ( 30 markah )
             Format masih belum diketahui lagi tetapi kemungkinan soalan karangan biasa dengan 3
             pilihan soalan, dan pelajar hanya perlu menjawab satu soalan sahaja.

        Jumlah markah soalan kertas 1 dan 2 = 100 markah.


3       Kertas Soalan 1 Ujian Bertutur ( Ujian Lisan)- ( Kertas -(03/1)  ( 30 markah )
         Subjektif Respon Terbuka
         24 tajuk berdasarkan 8 tema
         Masa diperuntukkan ( 10 - 12 minit)
         Markah 30
         Kemahiran lisan - bertutur dan berbincang
         Pelajar pilih 1 tajuk untuk perbincangan kumpulan.


4.     Kertas Soalan 2 Ujian Mendengar ( Ujian Lisan )- Kertas 2(03/2)
       Objektif Aneka Pilihan.
       Objektif pelbagai bentuk.
       Subjektif respon terbuka.
       20 soalan dikemukakan - Objektif
                                              - Subjektif
        Masa diperuntukkan 30 minit     
       20 markah.
       Kemahiran lisan - mendengar dan memahami.