Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar dalam maklumat gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
TEMASYA SUKAN SEKOLAH
MENGGALAKKAN MURID-MURID MENYERTAI SUKAN
MENYEMAI SEMANGAT KESUKANAN
MENCUNGKIL BAKAT BAHARU
MENGUKUH PERPADUAN
MAKLUMAT DARIPADA GAMBAR
PENGENALAN (P)
|
IKLAN DI ATAS MENUNJUKKAN
TUJUAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN YANG DIADAKAN DI SEKOLAH.
|
|
PENGENALAN (L)
|
|
|
ISI
|
TERSURAT
|
TERSIRAT
|
MENGGALAKKAN MURID-MURID MENYERTAI AKTIVITI SUKAN
|
DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KECERDASAN OTAK DAN KECERGASAN FIZIKAL
|
|
MENYEMAI SEMANGAT KESUKANAN
|
MENYEMAI SEMANGAT PERJUANGAN SEWAKTU MENYERTAI SESUATU ACARA
|
|
MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT BAHARU
|
AKAN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI ATLET
|
|
MENGUKUHKAN PERPADUAN
|
DAPAT MENYATUPADUKAN KAUM
|
|
PENUTUP
|
KESIMPULANNYA, SUKAN BANYAK MANFAATNYA KEPADA PELAJAR JUSTERU PELAJAR
HARUSLAH MENYERTAI AKTIVITI TEMASYA SUKAN TAHUNAN DI SEKOLAH
|
Jawapan yang dicadangkan:-
Iklan yang dipaparkan berkait dengan
tujuan Temasya Sukan Tahunan yang diadakan di sekolah. Antara tujuan sukan
sekolah diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid menengah menyertai
aktiviti sukan. Hal ini berlaku demikian kerana dengan adanya aktiviti sukan
akan dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak dan fizikal pelajar. Di samping
itu, aktiviti sukan juga dapat menyemai semangat sukan dalam kalangan pelajar.
Sekaligus, semangat kesukanan ini akan dapat menyemai semangat perjuangan
kalangan pelajar menyertai acara ssukan. Bahkan juga, dengan temasya sukan yang
dijalankan sekolah akan dapat mencungkil bakat-bakat baharu dan ini akan
melahirkan lebih ramai atlet dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, “Sukan Untuk Perpaduan” dan
kelahiran anak bangsa berguna kepada negara.
100 patah perkataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan