SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Isnin, 7 Mei 2018

HASILAN PERBENGKELAN KARANGAN SECARA BERKUMPULAN MURID KELAS 3A1


HASILAN PERBENGKELAN KARANGAN DALAM KUMPULAN KELAS 3A1

Amalan membaca harus disuburkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memumupuk amalan membaca dalam kalangan murid-murid.

Pada era globalisasi kini, amalan membaca semakin tidak diambil berat dalam kalangan komuniti. Masyarakat kian meminggirkan amalan membaca kerana alpa dengan pengaruh gajet teknologi alaf kini serta pengaruh budaya hedonisme. Membaca sebagai medium untuk memperkaya dan mencabah ilmu diabaikan serta untuk melahirkan insan berjaya. Sebagai warganegara yang prihatin, kita perlu menyokong usaha-usaha kerajaan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan murid.
                Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan salah usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid. Selain itu, murid yang banyak membaca buku akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam sama ada peringkat daerah, negeri dan perinngkat kebangsaan berdasarkan bilangan buku dibaca. Pengiktirafan berkenaan bermula dengan pengitirafan gangsa, perak emas dan berakhir dengan pengiktirafan NILAM. Jelasnya, program NILAM mampu menarik minat murid-murid untuk membaca buku dalam kehidupan mereka.

                Selain itu, pihak kerajaan turut menggalakkan agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka serta badan bukan kerajaan seperti Syarikat Buku Karang Kraf, Syarikat Buku Cerdik, dan Syarikat Buku Utusan Publication akan merancakkan pesta buku peringkat kebangsaan. Hal ini demikian kerana, penganjuran pesta buku berkenaan mampu menarik dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan komuniti. Terdapat pelbagai jenis buku boleh diperoleh sepanjang pesta buku diadakan, contohnya, terdapat pelbagai genre terbitan bahan cetakan ada di pesta buku berkenaan, seperti buku rujukan ilmiah, novel, majalah akademik dan tidak ketinggalan majalah kurikutur, dan sebagainya.  Kesannya, murid akan dapat menimba ilmu dengan menghadiri pesta buku yang kerap di adakan di negara ini kerana membaca gedung ilmu. Oleh sebab itu, kerajaan perlu terus menerus menyokong pesta buku negara.

                Bahkan juga, kerajaan telah membina lebih banyak perpustakaan di seluruh daerah dan juga perkhidmatan perpustakaan bergerak untuk kegunaan murid yang tinggal di kawasan terpencil. Dengan adanya kedua-dua kemudahan ini, bukan sahaja masyarakat di peringkat pekan menerima manfaat kewujudan pusat gedung ilmu ini, malah juga penduduk di kampung juga menerima manfaatnya. Usaha berterusan untuk mengembang dan memperkaya ilmu dalam kalangan murid akan dapat mengelak murid menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sekiranya perkhidmatan perpustakaan daerah dan perpustakaan bergerak tidak dibina dan diwujudkan, sudah pasti perbezaan jarak pemikiran murid di bandar dan kampung dapat diminimumkan, terutama untuk menjurus objektif kerajaan memajukan masyarakat dan negara pada tahun 2020.

                Kesimpulannya, usaha kerajaan untuk memupuk budaya membaca akan menjadi realiti sekiranya usaha-usaha yang dinyatakan di atas dijalankan secara berterusan. Oleh sebab itu usaha murni kerjaan berkenaan perlu disambut baik dalam kalangan murid-murid, dan sokongan ibu bapa, masyarakat juga akan menjadi pemankin ke arah pembentukan kalangan murid berminda kelas pertama kerana alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, dan genggam bara api biarlah menjadi arang. Semoga dengan kesedaran dan budaya membaca tersemat dalam jiwa kalangan murid akan melahirkan masyarakat berilmu pada masa akan datang. “Malaysia Boleh”.
               
KARANGAN DI ATAS TELAH SAYA MANTAPKAN
HASIL DARI KERJA KUMPULAN.
TAHNIAH, KEPADA PELAJAR 3A1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan