SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Isnin, 18 Februari 2019

PROSA TRADISIONAL "BAHAGIA SESUDAH DERITA"


PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA 

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu  bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah  Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa  Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah.  Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN
PERSOALAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI PENGAJARAN
PENGAJARAN
CONTOH
Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup
Masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Ketabahan
Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan
Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya
Masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Setiap ahli keluarga mestilah memupuk amalan kasih sayang
Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
Kemuliaan hati seorang raja
Masyarakat istana
Baik hati
Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susah
Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka.
Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga.
Masyarakat yang bertanggungjawab
bertanggungjawab
Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarga dengan menyediakan keperluan hidup kepada isteri dan anak-anak.
Si Miskin bertanggungjawab  menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
Sikap tidak berperikemanusiaan
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Prihatin
Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang susah
Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa
Contoh
1.     Tiga bulan
Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
2.     Petang
Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
3.     Empat puluh hari empat puluh malam
Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
4.     Malam
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat
1.     Negeri Anta Beranta
Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2.     Hutan
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3.     Di Pasar
Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
4.     Tempat pembuangan sampah
Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.

GAYA BAHASA
1.     Diksi

·        Bahasa Istana


·        Baginda,titah,patik
·        Bahasa klasik
·        Hatta
·        Bahasa Arab
·        Allah subhanahu taala
2.     Sinkope
·        Kehendakmu?
·        Jangan anakku bercerai
3.     Kata ganda
·        Berdarah-darah dan bengkak-bengkak
4.     Simile
·        Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
·        Suaminya melihatkan laku bininyaseperti orang hendak mati rupanya.
5.     Repetisi
·        “ Jikalau ada belas kasihan tuanhamba akan orang daif lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah yang seburuk-buruknya….
6.     Anafora
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7.     Responsi
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8.     Hiperbola
Hancurlah segala anggotaku



Rabu, 6 Februari 2019

NOTA BERKIATAN KATA PEMERI (PdPC SELEPAS CUTI HARI RAYA CINA)


KATA PEMERI

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

KATA PEMERI
MAKSUD
AYAT CONTOH
ialah
- menunjukkan persamaan
- hadir di hadapan frasa nama


1. Rumah yang cantik itu ialah rumah En.
Mazlan.
2. Emak ialah seorang guru.
3. Agama rasmi Negara ialah agama Islam.

Adalah
- menunjukkan huraian atau
keterangan.
- Hadir di hadapan frasa
  adjektif dan frasa sendi

1. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang adalah hitam.
3. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah
untuk mencungkil bakat baru.


Nota :
1.       Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

SALAH
BETUL

Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan
pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.

Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua
maktab.
Arahan itu bukan untuk semua pegawai.


2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i.   Tidak benar
ii.  Tidak cantik
iii. Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.

3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri
adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-

i.    Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii.  Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Isnin, 28 Januari 2019

LATIHAN TATABAHASA BERKAITAN KATA KERJA TRANSITIF(KKT) DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Nama:……………………………………………………….                                                              Tingkatan:…………
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif (KKT) atau kata kerja tak transitif( KKTT)
1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.  (    KKT       )
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya (  KKTT    )
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
    (     KKT   )
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.(      KKT      )
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti. (   KKT       )
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat. ( KKTT   )
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah. 
    (   KKTT )
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggang motosikal  ( KKT  )
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
    (   KKTT   )
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
    (   KKT )

Latihan Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.
Tuliskan betul ( /) atau salah (x) pada kata kerja di bawah. Jika penggunaannya salah tuliskan jawapan yang betul.

1. Anggota dewan sedang berbincang tentang krisis kemelesetan ekonomi di rantau
    ini.   (       ü      )

    ...........................................................................................................

2. Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar. (    û      )
    Dengan berpandukan peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar.
    ...........................................................................................................


3. Penceramah itu sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral yang 
    melanda remaja kini.   (    û    )
    Penceramah itu sedang menerangkan masalah keruntuhan moral yang 
    melanda remaja kini. 
    ...........................................................................................................

5. Cikgu Salmah bertanyakan murid-muridnya tentang persiapan sambutan hari  
    Kemerdekaan yang akan diadakan pada hari esok.  (    ü  )
    
    ...........................................................................................................
 

6. Sebagai sebuah negara sedang membangun, kerajaan harus  
    menitikberatkan tentang keamanan dan kesejahteraan rakyat.  (   û   )
    Sebagai sebuah negara sedang membangun, kerajaan harus  
    menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.
     ...........................................................................................................

7. Pendapat yang dikemukakan oleh perserta itu kebanyakannya berdasarkan 
    kepada bukti yang sahih.    (    ü     )

     ...........................................................................................................

8.. Dengan berpandukan pada sungai, kami mencari jalan keluar dari hutan itu.
     (   û   )
     Dengan berpandukan sungai, kami mencari jalan keluar dari hutan itu.
   ...........................................................................................................

9. Pelajar yang didapati melanggar disiplin sekolah akan dihukum berdasarkan  
    kepada  undang- undang yang termaktub dalam perlembagaan 
    sekolah.    (     û    )
    Pelajar yang didapati melanggar disiplin sekolah akan dihukum berdasarkan  
    undang- undang yang termaktub dalam perlembagaan  sekolah. 
    ...........................................................................................................

10. Semua aktiviti yang dijalankan di persekitaran sekolah, hendaklah berteras 
      peraturan sekolah.  (   û     )

     ...........................................................................................................

11. Usahawan itu bercerita tentang kesengsaraan yang dialaminya semasa beliau 

      mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.   (    ü  )


12. Semua warga sekolah turut menghadiri hari keluarga yang diadakan pada 
      Sabtu ini selain daripada para-para guru yang menyertai kursus di Universiti 
      Sains Malaysia.
      (        )

     ...........................................................................................................


13. Selain Kassim, lain-lain pekeria yang terlibat dalam kejadian itu telah diberi 
      amaran oleh pihak pengurusan atas kecuaian mereka.    (                     )
                    .....................................................................................................
 

14. Novel “Aku Anak Timur “ mengisahkan tentang persoalan perbezaan hidup antara  masyarakat Timur dengan  Barat dari pelbagai aspek.   (                  )

...........................................................................................................

15. Abang bertanyakan tentang khabar karni di kampung melalui e-mel.    (                     )
   

  ...........................................................................................................

16. Askar —askar yang berjuang di hutan itu hanya boleh tidur berbantalkan dengan beg-beg pakaian. (                         )

  ...........................................................................................................
 

17. Segala isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar adalah berasasakan kepada teori inkuiri penemuan yang dipelajari tadi..   (                   )


18 Semua dasar yang dilaksanakan di bilik darjah mesti berlunaskan Rukun Negara.
 (               )
  
    ...........................................................................................................

19, Encik Lim memulakan perniagaan dalam bidang hiasan dalaman dengan bermodalkan wang sebanyak lima juta ringgit.     (                )

    ...........................................................................................................