NOTA- NOVEL PELARI MUDA
Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.
Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan sedih.
Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.
Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan
Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya
untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.
TEMA :

Tema novel ini ialah kesombongan seorang
remaja apabila mendapat sanjungan daripada media menyebabkannya tidak lagi
berdisiplin dalam latihan. Hal ini dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul
yang meraih kejayaan cemerlang dalam sukan MSSM dan seterusnya terpilih dalam
Sukan SEA di Brunei. Media banyak memaparkan kehebatan Kamarul menyebabkan dia
menjadi sombong dan tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan Encik Kadir.
Hubungan dengan rakannya, Saridah juga renggang gara-gara sikapnya yang angkuh.
Namun, dia akhirnya insaf apabila prestasinya menurun dan rakan pelatihnya,
Sures berjaya mengalahnya dalam sesi kecerdasan.
PERSOALAN :
1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut
contohnya Kamarul berkawan rapat dengan rakan
sekolahnya, Saridah dan Saridah pula amat menyayanginya, namun sikap Kamarul
yang angkuh setelah terkenal menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin.
2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara
contohnya Encik Kadir berterusan melatih
Kumar, Sures, dan Rajip untuk memastikan mereka meraih kejuaraan dalam Sukan
SEA di Bangkok. Encik Kadir juga melatih Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul
meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter walaupun pada peringkat
awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh, dan suka berlatih sendiri.
3.
Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap keluarga
sendiri
contohnya Saridah kurang mendapat perhatian
daripada keluarganya; emaknya sibuk dengan persatuan wanita, ayahnya sibuk
dengan hal kerja di pejabat, dan kakaknya lebih mengutamakan tunangnya,
menyebabkan Saridah lebih selesa menghabiskan masa bersama-sama Juriah dan mengharapkan
perhatian daripada Kamarul.
4. Disiplin penentu kejayaan
contohnya Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.
Plot Binaan Plot
(a) Permulaan
Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah.
Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam
perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang
mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
(b) Perkembangan
Kamarul telah banyak berubah kerana sudah
terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan
yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul
dengan kawankawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.
(c) Klimaks
Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya
semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng
latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke
kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas
di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital.
(d) Peleraian
Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara
lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke- 14 di Bangkok. Kamarul
menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia.
Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang
lain pulang ke Malaysia.
Teknik Plot
WATAK DAN PERWATAKAN
Kamarul
Baharuddin
(a) Kamarul Baharuddin
ialah watak utama dalam novel ini.
(b) Berusia 17
tahun.
(c) Seorang pelari
pecut, mewakili negara Malaysia.
(d) Kamarul berkawan
rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
(e) Seorang yang
angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya.
(f) Seorang yang tidak
berdisiplin.
(g) Belajar dalam
Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung
tahun.
(h) Tidak mengenang
budi – Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah
bosan.
(i) Buruk sangka –
Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk
membalas dendam.
(j) Insaf akan
kesalahannya – Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan
bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta.
Saridah
(a) Saridah ialah
kawan baik Kamarul.
(b) Berusia 17
tahun.
(c) Seorang pelari pecut.
(d) Berkawan baik
dengan Kamarul dan Juriah.
(e) Menyukai Kamarul
dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun.
(f) Seorang yang
peramah dengan orang tua.
(g) Belajar dalam
Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung
tahun.
Mak Jah
(a) Ibu kepada kamarul
dan isteri kepada Encik Baharudin.
(b) Seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
(c) Penyayang –
Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan.
(d) Prihatin –
Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah.
Sures Menon
(a) Sures ialah ahli
sepasukan dengan Kamarul.
(b) Berusia 17
tahun.
(c) Seorang pelari
pecut, mewakili negara Malaysia.
(d) Berazam untuk
menewaskan catatan masa Kamarul.
(e) Seorang yang
bersemangat dan bersungguh-sungguh.
(f) Seorang yang
berdisiplin.
(g) Seorang yang
amanah – Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
Juriah
(a) Juriah ialah kawan
baik Saridah.
(b) Berusia 17
tahun.
(c) Sentiasa membantu
Saridah dalam susah dan senang.
(d) Seorang yang
selalu bergurau.
Encik Kadir
(a) Encik Kadir ialah
jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia.
(b) Seorang yang
tegas.
(c) Penyabar.
(d) Seorang yang tidak
berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya.
(e) Seorang yang
bertimbang rasa.
De Wega
(a) De Wega ialah
pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.
(b) Berusia 34
tahun.
(c) Seorang yang
peramah dan rendah diri.
(d) Seorang buruh
kereta api sebelum menjadi pelari pecut.
(e) Seorang yang
berdisiplin.
(f) Seorang yang
bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
(g) Pemurah dalam
memberi nasihat
LATAR TEMPAT :
1. Pusat Sukan Kampung Pandan
Kompleks tersebut merupakan tempat Kamarul dan
rakan-rakannya seperti Sures berlatih di bawah kendalian Encik Kadir
sehinggalah berjaya membentuk Kamarul menjadi atlet yang berjaya dan meraih
kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok.
2. Stadium Nasional, Bangkok
Tempat berlangsungnya Sukan SEA yang ke-14 dan
di tempat itulah Kamarul berjaya meraih pingat emas menerusi acara 100 meter
dan 400 meter.
3. Hospital
tempat Kamarul menerima rawatan selama empat
hari, gara-gara dilanggar kenderaan.
4. Stadium Merdeka
tempat Kamarul dan Saridah menyertai Sukan
MSSM. Di situlah jugalah mereka saling mengenali seterusnya hubungan tersebut
berpanjangan sehinggakan timbul perasaan sayang di jiwa Saridah terhadap lelaki
itu.
5. Kantin sekolah
tempat Saridah dan Juriah bersembang tentang
hubungannya dengan Kamarul yang renggang dan Juriah pula menasihati Saridah
agar melupakan Kamarul sebaliknya memberi fokus terhadap SPM.
LATAR MASYARAKAT
- Masyarakat yang sombong dan
angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti.
- Masyarakat yang
berdisiplin.
- Masyarakat yang tidak menepati
janji dan masa.
- Masyarakat yang lemah kerana
cinta.
- Masyarakat yang gigih
berusaha.
- Masyarakat atlet yang gigih
menjalani latihan.
- Masyarakat pelajar.
- Masyarakat yang
bertanggungjawab.
LATAR
MASA
1 waktu sarapan pagi
2 waktu rehat persekolahan
GAYA BAHASA :
(a) Diksi
1 waktu sarapan pagi
2 waktu rehat persekolahan
GAYA BAHASA :
(a) Diksi
Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris.
Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry.
(b)
Peribahasa
(i) jauh hati
(ii) kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya

(c)
Sinkope
(i) “Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.
(ii) “Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata.

(d)
Simile
(i) Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu
punggungnya memecut sekuat tenaga.
(ii) Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.

(e)
Personifikasi
(i) Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.
(ii) Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.

(f)
Repetisi
Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk
dengan persatuan wanitanya.
(g)
Anafora
Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu
Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan aku, kawan-kawan! (hal. 82 – 83)
NILAI MURNI :
1. Kesyukuran
contohnya Kamarul melahirkan rasa syukur
kepada Allah SWT apabila memperoleh pingat emas dan memecahkan rekod baharu
dalam acara 100 meter di Sukan SEA.
2. Patriotisme
contohnya Kamarul menganggap kemenangannya
memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan
sahaja untuk dirinya tetapi untuk negara.
3. Kasih sayang
contohnya Mak Jah mengambil berat kesihatan
dan keselamatan anaknya Kamarul yang dibuktikan dengan menjaga anaknya di
hospital selama empat hari gara-gara dilanggar kenderaan.
4. Baik hati
contohnya Kamarul memberi cenderamata kepada
atlet Filipina, De Wega yang banyak memberi nasihat dan dorongan sehari sebelum
pertandingan dijalankan sehinggakan dia meraih pingat emas dalam acara 100
meter dan 400 meter.
5. Keberanian
contohnya Kamarul berani menghadapi cabaran
walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam
acara 100 meter dan 400 meter kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum
pulih. Namun sebagai jurulatih, Encik Kadir tetap yakin Kamarul mampu
menggondol pingat tersebut dan akhirnya keyakinan Encik Kadir menjadi
kenyataan.
PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah melahirkan rasa syukur jika memperoleh sesuatu kejayaan atau anugerah
contohnya Kamarul melahirkan rasa syukur kepada
Allah SWT apabila memperoleh pingat emas dan memecah rekod baharu dalam acara
100 meter di Sukan SEA.
2. Kita perlu mempunyai semangat patriotism
contohnya Kamarul menganggap kemenangannya
memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan
sahaja untuk dirinya tetapi untuk negara.
3. Kita sewajarnya mempunyai perasaan kasih sayang
contohnya Mak Jah mengambil berat kesihatan
dan keselamatan anaknya Kamarul yang dibuktikan dengan menjaga anaknya di
hospital selamat empat hari gara-gara dilanggar kenderaan.
4. Kita sepatutnya menghargai jasa
contohnya Kamarul memberi cenderamata kepada
atlet Filipina, De Wega yang banyak memberi nasihat dan dorongan sehari sebelum
pertandingan dijalankan sehinggakan dia meraih pingat emas dalam acara 100
meter dan 400 meter.
5. Kita seharusnya mempunyai keberanian menghadapi cabaran
contohnya Kamarul berani menghadapi cabaran
walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam
acara 100 meter dan 400 meter kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum
pulih. Namun sebagai jurulatih, Encik Kadir tetap yakin Kamarul mampu
menggondol pingat tersebut dan akhirnya keyakinan Encik Kadir menjadi
kenyataan.
mohon guna sebagai ilmu pdp saya.. syukran
BalasPadamsaya mohon untuk gunakan ilmu yg agak berguna dan bermanfaat ini dlm pdp saya.... terima kasihhh atas segala jasa
BalasPadammmg membantu tugasan BM. saya ketinggalan. mujur ada nota2 ni... alhamdulillah...
BalasPadamNota yng bagus👍
BalasPadam