NOTA- NOVEL JALAN MENUJU KE
PUNCAK
Bab Satu: Bagaikan Mimpi
Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.
Bab Dua: Sesal
Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.
Bab Tiga:
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.
Bab Empat:
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.
Bab Lima:
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
Bab Enam
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.
Bab Tujuh
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.
Bab Lapan
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.
Bab Sembilan
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.
Bab Sepuluh
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.
Bab Sebelas
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.
Bab
Dua Belas
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.
Bab
Tiga Belas
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.
Bab
Empat Belas
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.
Bab
Lima Belas
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

TEMA Bagi Novel Jalan
Ke Puncak
Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina
kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari. Contohnya, Laiman
yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia
memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di
kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau,
berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat
usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
PERSOALAN :
1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Contohnya Laiman tabah menghadapi segala
rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan
untuk bekerja sendiri.
2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi
Contohnya Laiman berani menolak tawaran
bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan
ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau.
3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
Contohnya abang dan nenek Laiman telah
mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti.
4. Semangat setia kawan
Contohnya Milan yang merupakan kawan dan
sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek
pertanian walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.
5. Semangat cinta akan negara
Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari
dan bekerja sendiri.
6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan
Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani
moden akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang
sikapnya yang menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia
berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak
kerajaan.
7. Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu
contohnya Laiman yang begitu akrab dengan
Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana
Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes
kebakaran loji minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil perbuatan Muluk.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama: Laiman (pelajar kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri)
Tegas diri / jati diri: Laiman berpegang
kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan
Watak sampingan: Sukri, penyelia latihan industri dan rakan Laiman
Peramah: Sukri cepat mesra walaupun dia
penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan
industri
Watak imbas kembali: Chow Chin (pelajar senior Laiman di universiti, kini usahawan berjaya)
Berdikari: Chow Chin berusaha sendiri untuk
membina empayar perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga
diri.
LATAR TEMPAT :
1. Bandar Miri
contohnya Laiman dan Soniah menghabiskan cuti
hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar Miri. Mereka berbincang tentang
rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan
kejuruteraan.
2. Rumah Pak Sahok
contohnya Laiman ke rumah Pak Sahok untuk
memujuknya agar mengizinkan dia menggunakan tanah rizab yang bercantum dengan
tanah Pak Sahok untuk tujuan menternak ikan.
3. Tangki minyak nombor 12 milik syarikat Shell
contohnya tangki minyak yang rosak itu dibaiki
oleh Laiman dengan sempurna tetapi telah terbakar menyebabkan Laiman berasa
hairan.
4. Restoran di Miri
contohnya Laiman makan bersama-sama Soniah di
sebuah restoran. Ketika makan, Soniah meluahkan hajatnya ingin melanjutkan
pelajarannya ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sama seperti Laiman.
5. Kebun tembikai
contohnya tempat Laiman dan Milan mengusahakan
ladang seluas 15 ekar dan mereka berasa bangga apabila usaha yang dilakukan
sejak dua bulan lalu telah mengeluarkan hasil.
6. Gerai Pitas
contohnya Laiman dan Milan berniaga kuih yang
dipajaknya daripada orang-orang kampung untuk mengisi masa yang terluang dan
mahu mencari duit sebanyak mungkin.
7. Kampung Kusilad
contohnya Kampung Kusilad merupakan tempat
tinggal Laiman dan tempat dia melakukan aktiviti pertanian dan perikanan
sehingga berjaya menjadi usahawan tani.
8. Universiti Kebangsaan Malaysia
contohnya tempat Soniah belajar sehingga tamat
pengajiannya dalam bidang kejuruteraan.
LATAR MASYARAKAT :
- Masyarakat mahasiswa: Sukri,
pelajar tahun tiga fakulti kejuruteraan (Unimas)
- Masyarakat yang tegas diri:
Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu
tawaran pekerjaan
- Masyarakat yang peramah: Sukri
cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan
yang sedang menjalani latihan industri
- Masyarakat yang berdikari: Chow
Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat
cermat dan tidak membangga diri.
NILAI MURNI :
1. Keberanian
contohnya Laiman berani menjadi petani moden
kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat
awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan
Pertanian.
2. Patriotisme
contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari
dan bekerja sendiri.
3. Berdikari
contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri
sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar,
dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di
Jabatan Pertanian.
4. Kasih sayang
contohnya Pak Kiassim amat menyayangi anaknya
menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di
Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat
tanaman tembikai mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah
rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya
untuk penternakan ikan air tawar.
5. Kesyukuran
contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan
air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai
usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka.
Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan
Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.
PENGAJARAN :
1. Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib
contohnya Laiman berani menjadi petani moden
kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat
awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan
Pertanian.
2. Kita hendaklah memiliki jiwa patriotism
contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari
dan bekerja sendiri.
3. Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan
contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri
sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar,
dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di
Jabatan Pertanian.
4. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri
contohnya Pak Kiassim amat menyayangi anaknya
menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di
Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat
tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk
rnemastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan
oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar.
5. Kita sewajarnya bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT
contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan
air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai
usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka.
Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan
Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.
Laiman seorang yang berani dan patriotik.
BalasPadamLaiman seorang yang bercita-cita tinggi.
PadamLaiman seorang yang gigih dan kuat berusaha
BalasPadamLaiman seorang yang berdikari.Dia sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai walaupun dia boleh memilih bekerja di Jabatan Pertanian.
BalasPadamLaiman seorang yang tegas diri. Contohnya,Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan
PadamLaiman ialah seorang yang berdikari . Misalnya dia sanggup bekerja sebagai peladang daripada bekerja makan gaji di jabatan pertanian
Padamlaiman merupakan anak muda yang bijak mengendalikan perniagaan sehinnga berjaya menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
BalasPadamThank you... tapi takde latar masa
BalasPadam