PENDEKATAN
EKSPRES KOMSAS NOVEL TING 1, 2 dan 3 ( BANDINGAN NOVEL )
TEMA:
PERSOALAN POKOK ATAU UTAMA YANG DIKEMUKAKAN
DALAM SESEBUAH KARYA
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan
anak memberontak dan berubah tingkah laku.
|
Kasih sayang seorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya.
|
Perjuangan golongan muda dalam menentang
anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.
|
Contoh Huraian
Tema ialah persoalan pokok atau utama yang dikemukan pengarang dalam
sesebuah karyanya.
Tema Novel Hikmah karya Mohd.
Faris Ikmal ialah kepincangan dalam keluarga Amri. Amri merupakan
seorang anak yang baik dan bertanggungjawab
terhadap ibunya.
Namun, sikap
ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan kejam terhadap ibunya menyebabkan dia berubah
tingkah laku dan memberontak .
Bapa Amri sering merampas wang, meragut
rantai pusaka nenek yang dipakai ibunya, serta mencedera ibunya untuk berjudi
dan membeli dadah.
Akibatnya, Amri membuli dan memeras ugut pelajar junior untuk melepaskan
tekanan akibat sikap ayahnya tersebut. Wang hasil peras ugut pelajar
berkenaan digunakannya untuk membeli ubat untuk ibunya kerana terdesak dan
tambahan pula wang tersebut telah bercampur dengan wang tabungannya.
|
Tema ialah persoalan pokok atau utama
yang dikemukan pengarang dalam sesebuah karyanya.
Tema Novel
Erti Sebuah Pengorbanan
karya
Zaihanim Abidin ialah kasih sayang
seorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya yang telah bercerai.
Hal ini terbukti apabila Iman
Zulaikha sebagai seorang anak amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.
Setelah ibu bapanya bercerai, Iman
ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.
Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik
sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukannya agar kedua-dua ibu bapanya dapat
bersatu semula. Akhirnya, berkat kesabaran dan doa Iman, akhirnya usaha untuk
menyatukan semula kedua-dua ibu bapanya berjaya.
|
Tema ialah persoalan pokok atau utama yang dikemukan pengarang dalam
sesebuah karyanya.
Tema Novel 6.20 karya Siti Jasmina bt. Ibrahim ialah perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang
mempengaruhi jiwa mereka.
Perjuangan ini diwakili oleh
Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha
gigih untuk menyelamatkan golongan
pelajar sekolah menengah dan universiti daripada terus hanyut dengan pengaruh
pemikiran barat yang menuntut
kebebasan hidup seperti menganggotai
kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry sahabatnya.
Sukma berusaha menyiasat kegiatan
kumpulan tersebut yang bergiat di Kelab WX2. Dalam siasatannya Sukma
mengesyaki ibunya menjadi dalang kumpulan berkenaan. Sukma akhirnya berjaya
memujuk Jerry untuk memberikan maklumat kegiatan berkenaan kepada pihak
berkuasa sehingga ahli kumpulan tersebut diberkas. Sukma menyesal dan berasa bersalah
kerana selama ini mengesyaki ibunya menjadi dalang tetapi ibunya ialah
seorang perisik kerajaan.
|
PERSOALAN: IDEA-IDEA SAMPINGAN YANG
DIKEMUKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MENYOKONG
PERSOALAN UTAMA ATAU TEMA
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Contoh Huraian
Persoalan merupakan idea-idea sampingan
yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema.
Dalam Novel Hikmah karya Mohd. Faris Ikmal terdapat beberapa persoalan
yang diutarakan.
Pertama persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Hal ini
dapat dilihat melalui perwatakan ibu Amri yang amat sayang akan anaknya. Ibu
Amri cuba memenuhi segala keperluan Amri sedangkan
dia sendiri
dalam keadaan lemah.
Selain itu, persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya. Persoalan ini
digarap oleh penulis melalui tanggungjawab Amri terhadap ibunya yang sakit.
Amri dikatakan sanggup mengayuh basikal sejauh 10 km untuk ke pekan membeli
ubat ibunya di farmasi.
Bahkan juga, pengarang juga menyelitkan
persoalan prihatin dan simpati
terhadap insan yang dalam kesusahan. Dalam novel ini penulis mengambarkan
perasaan prihatin dan simpati apabila
Sapura dan ayahnya menghantar ibu Amri
ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi. Ayah Sapura juga
membantu menghantar Amri ke hospital setelah pengsan dipukul oleh dua orang
pemuda dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli ubat di farmasi. Pak Dollah
juga bersimpati dengan Amri dan ibunya. Dia sanggup memberikan ibu Amri
berhutang barang dapur di kedainya.
Persoalan lain, ialah tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarganya. Penulis cuba
memasukkan unsur pentingnya seorang ketua keluarga menyediakan keperluan dan
melaksanakan tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Hal ini dapat dibutikan
melalui sikap tidak bertanggungjawab bapa Amri yang tidak menjalankan tugas
sebagai seorang suami dan bapa kepada ibu Amri dan Amri sendiri. Hal ini
kerana bapanya seorang kaki judi dan penagih dadah sering merampas wang dan
mendera ibunya.
|
Contoh Huraian
Persoalan
merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong
persoalan utama ataupun tema. Dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim
Abidin terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.
Pertama persoalan pengorbanan. Ayah Iman dan ibu Adif
Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui
perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau
berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.
Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai
ayahnya.
Selain
itu, penulis menyelitkan persoalan tentang ketabahan. Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang
dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh
ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya
tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.
Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam
untuk berjaya.
Selain
itu, pengarang memasukkan persoalan hubungan
persahabatan antara sahabat berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen bersahabat
baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi.
Bahkan
juga, pengarang menyelitkan juga persoalan kegigihan. Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato
di peringkat sekolah dan daerah walaupun dia menghadapi masalah yang
ditimbulkan oleh Linda dan masalah perceraian ibu bapanya. Namun,
kegigihannya berakhir dengan kejayaan menjadi johan dalam setiap pertandingan
berkenaan.
Pengarang juga menyelitkan persoalan taat kepada perintah agama. Iman sentiasa menunaikan sembahyang
dan memohon doa agar segala apa yang dihajatinya tercapai. Akhirnya masalah
yang dihadapinya dapat diselesaikan atas rahmat Tuhan.
|
Contoh Huraian
Persoalan
merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong
persoalan utama ataupun tema. Dalam terdapat beberapa persoalan yang
diutarakan.
Terdapat
beberapa persoalan dipaparkan dalam novel, antaranya persoalan kasih sayang
ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang
apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya
pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada
dirinya.
Selain itu, pengarang menyelitkan persoalan konflik dalam keluarga. Persoalan ini
dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu Sukma berpendapat Sukma mengalami
tekanan perasaan dan telah
membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.
Selain itu, pengarang juga
membicarakan persoalan tanggungjawab
seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu
segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam atas
tindakannya tersebut.
Berani menegakkan kebenaran dipaparkan oleh pengarang dalam
novelnya. Contoh: Sukma, Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan
bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2.
Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan
sebenar kelab tersebut.
Bahkan juga, pengarang
menyelitkan persoalan ketaatan terhadap perintah Tuhan. Contoh:
Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk
dengan urusan masing-masing.
Prihatin terhadap masalah
orang lain juga diselitkan oleh penulis dalam karyanya. Contoh: Tuan Haji
Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan
merawat penyakit kulit Ehsan.
Akhir sekali persoalan remaja yang mudah terpengaruh. Contoh:
Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan
mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.
|
Watak Perwatakan
Watak merupakan pelaku yang memegang
watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau
sifat pelaku tersebut.
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Contoh
Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang
watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran
atau sifat pelaku tersebut.
Watak Utama ( Amri )
Berdasarkan Novel Hikmah, Amri
digambarkan seorang pelajar yang taat
kepada perintah ibunya. Hal ini
dapat dibuktikan apabila ibu Amri sering menasihati Amri supaya bersabar
dengan tindakan bapanya yang sering merampas wang dan menderanya. Amri
menuruti nasihat dan perintah ibunya.
Selain itu, Amri juga seorang anak
yang bertanggungjawab terhadap ibunya.
Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Amri yang sanggup mengayuh basikal
sejauh 10 km ke pekan untuk membeli ubat ibunya di farmasi.
Amri juga seorang budak yang pendendam terhadap sikap bapanya yang kaki
judi dan penagih dadah sehingga sanggup merampas wang dan mengambil gelang
pusaka nenek yang dipakai ibunya untuk berjudi dan membeli dadah. Bapanya
juga sering mendera ibunya. Oleh sebab marah tindakan bapanya, Amri meluahkan
perasaan geram dan marah terhadap bapanya dengan membuli dan memeras ugut
pelajar junior di sekolahnya.
Namun, Amri insaf dan menyedari
kesalahannya yang selama ini memeras ugut dan membuli pelajar junior di
sekolahnya. Hal ini berlaku apabila dia dipukul hingga pengsan oleh dua orang
pemuda yang cuba memeras ugutnya setelah membeli ubat di farmasi. Amri
kemudiannya cuba.
Watak Sampingan ( Sapura )
Perwatakan pertama Sapura ialah berani.
Sapura sebagai seorang pengawas berani mengadu perbuatan Amri yang membuli
dan memeras ugut pelajar junior kepada guru walaupun pelajar lain tidak
sanggup berbuat demikian. Sapura juga sanggup
menerima akibat tindakannya tersebut walaupun telah dinasihatkan oleh
sahabat baiknya Rozita.
Sapura juga seorang pelajar yang baik
hati. Hal ini dapat dibuktikan apabila dia
dan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan
membeli ubat di farmasi. Sapura juga membantu menghantar Amri ke hospital
setelah pengsan dipukul oleh dua orang pemuda setelah membeli ubat di
farmasi.
Selain itu, Sapura bukan seorang pendendam. Walaupun Amri pernah menyebabkan dia
terjatuh ke dalam bendang sehingga badan dan pakaiannya habis kotor tetapi
dia tidak mendedami perbuatan Amri tersebut. Ini jelas dilihat melalui
tindakan Sapura yang sanggup menolong Amri dan ibunya dalam kesusahan.
Contohnya, ayah Sapura menghantar ibu
Amri ke hospital ketika beliau ke pekan membeli ubat di farmasi. Sapura menuju
kepada Amri apabila ada orang menjerit
mengatakan ada orang pengsan dan ayahnya menghantar Amri ke hospital setelah
dipukul hingga pengsan oleh dua orang pemuda selepas membeli ubat di farmasi.
Bahkan juga, Sapura seorang yang pemaaf apabila memaafkan kesalahan
Amri yang pernah mengenakannya suatu ketika dulu. Buktinya, walaupun Amri
pernah menyebabkan dia terjatuh ke dalam bendang sehingga badan dan
pakaiannya habis kotor tetapi dia tidak mendedami perbuatan Amri tersebut
Watak Sampingan ( Ibu Amri)
Ibu Amri digambarkan oleh pengarang sebagai seorang ibu yang penyayang. Buktinya, emak Amri
sentiasa berusaha menyediakan keperluan Amri walaupun dia sendiri tidak
berupaya untuk melakukannya akibat sikap tidak bertanggungjawab suaminya yang
kaki judi dan penagih dadah.
Selain itu, ibu Amri juga seorang yang penyabar. Hal ini dapat dibutikan apabila dia sering didera oleh
suaminya seperti wangnya dirampas tanpa kerelaan, gelang pusaka yang
dipakainya diambil, dan dirinya sendiri sering didera. Namun dia tetap
bersabar dengan tindakan suamnya tersebut.
Ibu Amri juga seorang yang pemaaf.
Walaupun suaminya sering menyeksa, merampas wang dan mengambil gelang pusaka
yang dipakainya untuk membeli dadah dan berjudi tetapi dia memaafkan tindakan
suaminya tersebut. Akhirnya, suaminya insaf dengan kesalahannya tersebut.
Bahkan juga, ibu Amri juga seorang yang tabah dalam mengharungi kehidupan rumahtangganya yang sering
dirundung musibah akibat sikap tidak bertanggungjawab suaminya. Akibat
ketabahannya rumahtangga selamat apabila akhirnya suaminya insaf atas
kesalahannya selama ini.
|
Contoh
Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang
watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran
atau sifat pelaku tersebut.
Watak Utama ( Iman Zulaikha)
Watak utama
dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan Karya Zaihanim Abidin Iman Zulaikha. Dari segi latar belakang diri
dan keluarga, Iman Zulaikha ialah seorang pelajar tingkatan satu Dinamik dan
berumur 13 tahun. Beliau anak pasangan Pn Ruhaida dan En. Yusri yang telah
bercerai semasa umurnya 12 tahun.
Iman
Zulaikha seorang yang penyayang.
Dia sangat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah
bercerai. Malahan Iman bercita-cita
untuk menyatukan mereka semula. Akhirnya usaha dan doa Iman tercapai dan ayah
dan ibunya bersetuju untuk bersama semula.
Selain itu, Iman seorang
pelajar yang gigih.
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat
sekolah dan peringkat daerah. Hasil
usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan dalam kedua-dua pertandingan
tersebut walaupun dia menghadapi masalah keluarga dan masalah dengan
sahabatnya Linda serta Adif Danial.
Iman juga seorang yang pemaaf. Sifat pemaafnya terbukti
apabila dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh
tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Bahkan juga, Iman seorang
pelajar yang berani. Iman berani
menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato
agar memberi laluan kepadanya. Keberanian Iman berakhir dengan kejayaannya
menewaskan Linda dan menjadi wakil ke pertandingan peringkat daerah.
Selain itu, Iman juga
seorang pelajar yang bijak. Dia
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Buktinya, dia sering
mendapat tempat pertama dalam peperiksaan dan berjaya menjadi johan dalam
pertandingan pidato peringkat daerah.
Watak Sampingan ( Cikgu Julia)
Cikgu
Julia merupakan guru kelas Iman Zulaikha iaitu kelas Tingkatan Satu Dinamik.
Dia juga seorang guru yang
bertanggungjawab terhadap semua muridnya. Dia berasa puas hati dengan
prestasi murid-murud kelas Tingkatan Satu Dinamik dalam peperiksaan
pertengahan tahun yang diumumkan.
Selain itu, dia banyak
membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di pertandingkan
di peringkat sekolahnya dan di peringkat daerah. Dengan nasihat dan
bimbingannya, Iman berjaya menjadi johan dalam pertandingan pidato peringkat
daerah.
Latihan:-
Cuba tulis jawapan yang lengkap dengan menghuraikan isi-isi di bawah dengan
selengkap-lengkapnya. Tambah isi dengan mematikan setia jawapan anda
mempunyai tiga isi sekurang-kurangnya.
Pei Wen
Merupakan sahabat baik Iman.
Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman
Zulaikha.
Tinggal
dengan emak tirinya.
Adif Danial.
Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Merupakan
pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan
berbaik semula dengan Iman Zulaikha.
|
Contoh
Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang
watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran
atau sifat pelaku tersebut.
Watak Utama ( Nur Sukma)
Nur Sukma ialah watak utama dalam Novel
6.20 hasil karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim. Dia merupakan anak
perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19
tahun.
Nur Sukma merupakan
seorang penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian
tinggi awam.
Seorang guru tarian zapin
(Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas
tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).
Seorang yang bersimpati
terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di
luar pagar rumahnya).
Seorang yang taat kepada
perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada
berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).
Seorang yang merendah
diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap
ibunya).
Seorang yang taat kepada
perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan
solat setiap waktu)
.
Seorang yang berani
(Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab
tersebut).
Seorang
yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus
dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).
Seorang
yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di
dalam kereta ketika operasi dijalankan).
Seorang yang baik hati
(Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).
Seorang yang gigih
berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan
Kelab WX2).
Seorang yang prejudis
(Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).
Watak
Sampingan (Puan Delia)
Ibu Sukma dan isteri
kepada Tuan Haji Syaqir.
Seorang yang berhati-hati
(Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan
lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).
Seorang yang menghormati
tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma
menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).
Pernah bekerja di sebuah
syarikat besar.
Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
Seorang yang penyayang
(ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma
yang dikatakan mengalami tekanan perasaan).
Penghidap penyakit darah
tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah).
Seorang perisik (Puan Delia
menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati
dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).
Jerry
Sahabat kepada Sukma dan
berusia 19 tahun.
Ayahnya pernah bekerja
dengan ayah Sukma.
Taat kepada kedua-dua ibu
bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).
Hidupnya diatur oleh
kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam
menentukan hidupnya).
Seorang pemuda yang ingin
mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi).
Seorang lelaki yang baik
dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia
bekerjasama dengan polis).
Terlibat dengan kumpulan
WX2.
|
PLOT
Plot berrmaksud
susunan peristiwa berdasarkan
sebab dan akibat dalam sesebuah novel
atau hasil sastera, sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot tersusun mengikut
kronologi berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan, perumitan
(konflik), puncak ( klimaks) , dan peleraian.
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Binaan Plot:
Permulaan Peristiwa disusun secara tidak kronologi. Terdapat peristiwa imbas kembali. Contohnya, Sapura teringat kembali peristiwa ketika dia hendak ke kantin untuk bersarapan. Sapura terlihat Amri sedang memarahi seorang pelajar junior. Bermula daripada peristiwa itulah Sapura melaporkan hal itu kepada Cikgu Salman dan Amri dikenakan hukuman. Kemudian, diceritakan Amri berasa sakit hati kepada Sapura apabila pengawas sekolah itu mengadukan halnya mengugut Saleh kepada guru disiplin sekolah, Cikgu Salman. Oleh sebab Sapuralah, dia telah dirotan oleh Cikgu Salman. Amri bertekad untuk membalas dendam terhadap Sapura.
Perkembangan
Plot berkembang apabila Amri memarahi ayahnya kerana menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga susah. Ayahnya sering meminta duit daripada ibu Amri. Amri bersimpati terhadap ibunya. Amri sangat sayang akan ibunya. Tetapi Amri tidak berdaya untuk membantu ibunya. Pada suatu hari, ibu Amri telah dipukul oleh ayahnya sehingga luka di dahi. Amri segera ke bandar untuk membelikan ibunya ubat. Klimaks Amri telah ditahan oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya ketika pulang dari farmasi. Lelaki itu dan kawannya meminta wang daripada Amri. Oleh sebab Amri tidak memberi mereka wang, mereka telah memukul Amri dan menuangkan ubat yang dibeli oleh Amri untuk ibunya.
Peleraian
Plot mula menurun apabila Sapura dan ayahnya membantu Amri yang cedera dipukul penyamun. Mereka membawa Amri ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Amri dan emaknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga Sapura kerana membantu mereka. Akhirnya cerita ditamatkan setelah Amri insaf. Kini, Amri dan Sapura berkawan baik. Amri juga telah berubah menjadi menjadi murid yang baik dan pelindung kepada murid-murid yang lemah. |
Permulaan
Iman
Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan
neneknya di kampung. Iman tinggal
bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan
kepada ibunya. Iman kemudiannya
berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan
bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat
senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di
kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan
sering mengatasi masalah bersama-sama.
Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Linda,
rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak
mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini
menghairankan Iman. Apabila Cikgu
Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda
menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif
Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah
menaikkan kemarahan Linda. Linda
menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui
oleh Iman.
Klimaks
Iman
memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya
berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh
persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks
pidatonya hilang. Namun dia
cekal. Ayahnya turut hadir memberikan
sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan
nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman
ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand
bertemu dengan ibunya.
|
Permulaan
Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu-tetamu yang hadir di
pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi.
Ibunya telah melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini
menyebabkan Sukma begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.
Perkembangan
Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny
yang akan mengadakan persembahan
tarian tradisi Sarawak.
Jerry telah menceritakan tentang ruang sepi yang
terdapat pada kelab WX2.
Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar
dan mengetahui tentang Sukma
melaluinya.
Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat
dan bertemu dengan Iskandar.
Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.
Klimaks
Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan
maklumat tentang Kelab WX2.
Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis.
Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar
mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
Peleraian
Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2
semasa operasi.
|
Teknik Plot
Teknik plot bermaksud
cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot
supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Teknik plot bermaksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk
mengembangkan plot
supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
Dalam Novel Hikmah karya Mohd. Faris
Ikmal terdapat beberapa teknik plot yang digunakan untuk memantapkan
perjalanan novel berkenaan.
AntaraTeknik plot yang digunakan
ialah dialog, contohnya, perbualan antara Rozita dengan Sapura. Rozita
menegur Sapura tentang tindakan berani Sapura yang melaporkan kejadian buli
yang melibatkan Amri kepada Cikgu Salman. Rozita melahirkan kebimbangannya
kerana Amri nakal dan lelaki pula.
Teknik monolog dalaman, teknik ini merupakan pengucapan batin atau di
dalam hati seseorang watak untuk mengambarkan pergolakan, isi hati, dan
fikiran watak. Contoh,
Di
hujung padang sana, Amri bermonolog. Kepada siapa mahu diceritakan kisah
sedih yang melanda dirinya? Kepada siapa harus digantung harapan untuk
memulihkan semangatnya yang hilang? Kepada siapa? Kepada siapa? ( Halaman
34)
Imbas kembali, cara ini digunakan
pengarang untuk mengenang semula kisah atau peristiwa lalu, contohnya ketika
Amri disamun dan dipukul oleh dua orang penyamun, Amri teringat perbuatannya
terhadap pelajar junior di sekolahnya. Beginilah perasaan takut murid
tersebut ketika dia memeras ugut pelajar berkenaan. Contoh,
Amri
segera teringat akan keadaan dirinya yang suka memeras ugut. “Agaknya
beginilah perasaan mereka yang pernah kuugut,” fikirnya.
( Halaman 35)
Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik saspens, contohnya,
selepas keluar dari farmasi membeli
ubat untuk ibunya, Amri telah ditahan oleh seorang lelaki. Lelaki itu membawa
Amri ke suatu lorong lalu mengugut dan meminta wang daripada Amri. Wang Amri
sudah habis kerana membeli ubat. Pemuda itu dan kawannya telah bertindak
membelasah Amri hingga Amri lemah terbaring
Tenik lain digunakan pengarang ialah teknik pemerian, contohnya,
penulis menceritakan sikap Amri yang berbeza. Di rumah, Amri anak yang baik,
taat, dan penyayang terhadap ibunya. Namun, sikapnya itu berubah menjadi
panas baran apabila berada di sekolah. Oleh sebab itulah, ibu Amri tidak
mempercayai desas-desus yang mengatakan anaknya suka membuli dan memeras ugut
pelajar di sekolahnya.
|
Teknik plot bermaksud cara yang
digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot
supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
Dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim
Abidin terdapat beberapa teknik plot yang digunakan untuk memantapkan
perjalanan novel berkenaan.
Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen
semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman
dengannya.
Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa
Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
Imbas kembali
Iman
terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
Suspens
Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika
Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.
|
Teknik plot bermaksud cara yang
digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot
supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
Dalam Novel 6.20 karya Siti Jasmina bt. Ibrahim terdapat
beberapa teknik plot yang digunakan untuk memantapkan perjalanan novel
berkenaan.
Pemerian
Contoh:
Tepat jam 6:20 hari Rabu, dua minggu lepas, saya sudah duduk di balkoni
kamar. Mata saya tertumpu ke arah luar pagar. Suasana terasa dingin. Saya
melirik sekitar balkoni. Embun membasahi kelopak dan dedaun mawar putih yang
saya tanam di dalam pasu di sepanjang dinding balkoni. Suasana sunyi sepi. Sesekali terdengar
kicauan burung sayup-sayup.
Imbas kembali
Contoh: Saya tersenyum ingatan saya tentangnya
kembali . Awal pagi semalam, sewaktu saya mencari wanita tua yang membawa
sebakul buah manggis, pemuda inilah yang melintas di hadapan saya. Dia yang
berbasikal cuba menyapa dengan senyuman. Ya, memang dialah pemuda itu.
Pertanyaannya saya jawab dengan anggukkan.
Dialog
Contoh:
“Sukma kenal dia? Siapa, ya?
Awak ni penuntut baharu di sini?”
Tanya Teja.
Monolog dalaman
Contoh:
Tiada. Hati kecil saya berbisik dengan keraguan. Bisikan hati itu
melahirkan senyuman hambar di bibir saya.
Contoh: Bijak sungguh anak kecil ini, kata hati
saya.
Saspens
Contoh:
Saya menanti dengan penuh debaran. Salah seorang pegawai polis telah
memaklumkan, kumpulan di daerah kami sudah berpecah dan ketua tertingginya
ada bersama-sama di sini.
“Ibukah ketua tertingginya, ayah?”
Kejutan
Contoh: “Pak Rasyid, ibu ke mana pagi tadi? Dia ada hubungan sulit dengan sesiapa di
luar pengetahuan ayah ke?”
Haji
Rasyid tersentak . Dia tidak menyangka saya saya meragui ibu sehingga tahap
itu.
“
Oh, selamat datang ke kelab WX2, Cik Nur Sukma!”
Saya
tersentak dan menoleh ke arah pemilik suara yang menyapa dengan suara yang
lantang.
|
LATAR
Latar ialah semua keterangan yang
berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam
karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu
latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat
berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau karya sastera.
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Latar tempat
ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau karya sastera.
Novel yang saya kaji ialah
Hikmah karya Mohd Faris Ikmal. Latar tempatnya adalah seperti di Kelas Amri, contohnya tempat Amri
berbual-bual dengan Siva mengenai
hukuman yang dikenakan ke atas Amri oleh Cikgu Salman. Amri dengan bangga
mengatakan bahawa dia tidak langsung berasa sakit apabila dirotan oleh guru
disiplin itu. Hal ini demikian kerana dia sudah melapikkan punggungnya dengan buku yang
nipis.
Selain itu, di bilik
guru tempat Amri disoal oleh Cikgu Salman tentang dakwaan bahawa dia
memeras ugut pelajar junior. Di situ jugalah Amri telah dikenakan hukuman
rotan.
Selain itu, pengarang melukiskan latar tempat rumah Amri iaitu tempat
berlakunya peristiwa bapa Amri meminta
wang daripada emak Amri pada suatu malam. Apabila tidak diberi wang tersebut,
bapa Amri menyelonkar gerobok pakaian
ibunya hingga menemukan wang. Bapa Amri juga meragut rantai pusaka
yang dipakai emak Amri apabila mendapati wang itu terlalu sedikit.
Apabila Amri cuba menghalang bapanya keluar dari rumah dan memulangkan gelang pusaka
emak, Amri ditampar oleh bapanya
hingga tersungkur.
Tempat letak basikal, di
situ Amri menunggu Sapura dan
berpura-pura baik sebelum Sapura balik bersama-samanya.
Di samping itu, di bendang tempat Amri sengaja
memberhentikan basikalnya secara mengejut hingga menyebabkan Sapura yang
berada di belakangnya gagal mengelak lalu
terjatuh ke dalam bendang. Itulah rancangan Amri untuk mengenakan
Sapura.
Seterusnya, Farmasi di pekan tempat
Amri membeli ubat untuk emaknya.
Selain itu dilukis juga latar tempat
sebuah lorong di pekan
tempat Amri dipukul oleh dua orang lelaki. Oleh sebab wang Amri sudah habis
digunakan untuk membeli ubat, dua orang penyamun itu tidak memperoleh wang daripada
Amri. Akibat marah, mereka telah memukul Amri. Sapura datang dan
menyelamatkan Amri daripada terus dibelasah.
Akhirnya, hospital tempat
Amri dan emaknya menerima rawatan. Mereka berdua telah dibawa ke hospital
oleh bapa Sapura. Mulanva emak Sapura dibawa ke hospital kerana demam,
kemudian Amri dibawa ke hospital setelah dia tercedera akibat dibelasah oleh
dua orang penyamun sehingga pengsan.
|
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa
dalam cerita atau karya sastera.
Sekolah
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif
Danial menuntut ilmu.
Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat
tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Port Dickson
Bapa
Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Kampung
Iman
tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.
|
Latar tempat
ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau karya sastera.
Banglo Taman Megah
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji
Syaqir bersama-sama keluarganya.
Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang
menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Balkoni kamar
Contoh: Perbualan antara ibu
dengan Sukma.
Rumah Ehsan
Contoh: Sukma dan ayahnya
menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.
Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta
mengadakan persembahan tarian tradisi
dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.
Di pintu pagar rumah
Contoh: Aim datang menemui Sukma
dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan
Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman
sekuliahnya menduduki ujian.
Tempat rehat
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq
mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka.
Kelab WX2
Contoh: Sukma
berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.
Warung Pak Alias
Contoh: Sukma
dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan.
Rumah Aim
Contoh: Nenek
menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.
Rumah Tuk Siak
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu
dengan Abang Aim.
Kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia
dua tahun lepas.
Bangunan biru di hujung daerah
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2
berkumpul dan pihak polis telah
berjaya membuat tangkapan terhadap
mereka.
Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia)
masih koma di hospital akibat terkena
tembakan ahli.
|
Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita
berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan masyarakat itu antara lainnya mencakupi cara hidup atau
budaya seperti agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Latar
masyarakat ialah keadaan masyarakat di
tempat cerita berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan masyarakat itu antara lainnya mencakupi cara hidup
atau budaya seperti agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Novel yang saya kaji ialah Hikmah karya Mohd Faris Ikmal. Latar
masyarakat yang pertama digambarkan ialah masyarakat pelajar di sekolah. Contohnya, Amri, Sapura, Siva,
dan Rozita mewakili golongan pelajar di sekolah dalam novel ini.
Selain itu, dilukiskan juga latar masyarakat
guru yang tegas. Contohnya, Cikgu Salman tidak bertolak ansur dalam soal disiplin. Dia
telah mengenakan hukuman rotan terhadap Amri kerana Amri telah melanggar
undang-undang sekolah apabila membuli pelajar lain.
Latar Masyarakat yang ketiga, pelajar
yang nakal dan membuli dan memeras
ugut pelajar yang lebih muda. Contohnya, Amri dan Siva meminta wang perlindungan daripada pelajar
yang lebih muda.
Latar yang keempat ialah Masyarakat
pelajar yang takut terhadap Amri . Contohnya, pelajar-pelajar di sekolah itu
tidak berani mengadukan tindak-tanduk Amri sebagai pembuli di sekolah kepada
guru disiplin. Mereka bimbang akan dibuli dengan lebih teruk lagi jika
membuat aduan.
Latar masyarakat yang kelima ialah
masyarakat yang bertanggungjawab dan berani dalam menjalankan tugas.
Contohnya, Sapura sebagai pengawas berani mengadukan salah laku Amri kepada
guru disiplin walaupun dia sedar akan risiko yang bakal menimpanya.
Latar
masyarakat keenam ialah masyarakat yang terlibat dengan kegiatan yang tidak
bermoral. Contohnya bapa Amri yang terlibat dengan judi dan dadah. Hal ini
menjadikannya suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, malah banyak
menyusahkan isterinya kerana selalu meminta wang daripada isterinya.
Latar masyarakat yang ketujuh ialah
masyarakat yang prihatin terhadap
kesusahan orang lain dan sanggup membantu. Contohnya, Sapura yang telah
mengetahui kesusahan hidup Amri dan berusaha
sadaya upaya untuk membantu Amri dan emaknya. Malah, bapa dan ibu
Sapura pun sudi membantu Amri dan emaknya.
|
Latar
masyarakat ialah keadaan masyarakat di
tempat cerita berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan masyarakat itu antara lainnya mencakupi cara hidup
atau budaya seperti agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Sekolah
Tempat
Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi
melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya
bersiar-siar ke Port Dickson.
Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan
neneknya di kampung.
|
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita
berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan masyarakat itu antara lainnya mencakupi cara hidup
atau budaya seperti agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Banglo Taman Megah
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji
Syaqir bersama-sama keluarganya.
Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang
menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Balkoni kamar
Contoh: Perbualan antara ibu
dengan Sukma.
Rumah Ehsan
Contoh: Sukma dan ayahnya
menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.
Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta
mengadakan persembahan tarian tradisi
dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.
Di pintu pagar rumah
Contoh: Aim datang menemui Sukma
dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan
Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.
Tempat rehat
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq
mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka.
Kelab WX2
Contoh: Sukma berada di Kelab
WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.
Warung Pak Alias
Contoh: Sukma dan Reny minum teh
tarik di warung yang terletak di
seberang jalan.
Rumah Aim
Contoh: Nenek menceritakan
hubungannya dengan ibu Sukma.
Rumah Tuk Siak
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu
dengan Abang Aim.
Kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia
dua tahun lepas.
Bangunan biru di hujung daerah
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2
berkumpul dan pihak polis telah
berjaya membuat tangkapan terhadap
mereka.
Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia)
masih koma di hospital akibat terkena
tembakan ahli.
|
Latar Masa
Latar masa ialah masa atau tempoh
berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau atau karya. Sama ada berdasarkan
tarikh, bulan, tahun, masa secara umum, pagi, tengah hari, petang, malam
ataupun subuh.
Cuba dapatkan latar masa berdasarkan
novel yang telah kamu baca di Tingkatan 1,2, dan 3
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim
Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa dalam
cerita atau atau karya. Sama ada berdasarkan tarikh, bulan, tahun, masa
secara umum, pagi, tengah hari, petang, malam ataupun subuh.
Novel yang
saya kaji ialah Hikmah karya Mohd Faris Ikmal. Latar masa yang pertama adalah
pada persekolahan , contohnya Amri membuli dan memeras ugut pelajar junior di sekolah. Kejadian itu
dilihat oleh Sapura yang ketika itu dalam perjalanan ke kantin untuk membeli makanan.
Latar masa
yang kedua adalah pada petang,contohnya Amri mengayuh basikalnya sejauh
sepuluh kilometer untuk ke pekan kerana hendak membelikan uhat demam dan ubat
luka buat emaknya.
Latar masa
yang ketiga adalah pada pukul 11.00 malam, contohnya, peristiwa bapa Amri
meminta wang daripada emak Amri. Apabila emak Amri tidak memberinya wang. dia
menyelongkar gerobok pakaian hingga menemukan wang. Oleh sebab wang itu
sedikit, bapa Amri sanggup merentap gelang emas yang dipakai emak Amri.
Latar masa
seterusnya, tengah hari ketika Amri dan Sapura pulang dari sekolah menaiki
basiklal bersama-sama.
|
Latar masa ialah masa atau tempoh
berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau atau karya. Sama ada
berdasarkan tarikh, bulan, tahun, masa secara umum, pagi, tengah hari,
petang, malam ataupun subuh.
Cuba
tulis latar masa di bawah dengan ayat yang lengkap.
Pada
waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35
pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah
mengasari Iman.
Pada waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang
di pasar raya.
Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di
New Zealand.
|
Latar masa ialah masa atau tempoh
berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau atau karya. Sama ada
berdasarkan tarikh, bulan, tahun, masa secara umum, pagi, tengah hari,
petang, malam ataupun subuh.
Cuba
tulis latar masa di bawah dengan ayat yang lengkap.
6:20 pagi
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua,
kanak-kanak dan seorang pemuda yang
tidak dikenali di hadapan rumahnya.
Petang
Contoh: Aim
mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
Senja
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di
selatan kelab, senja hampir berlabuh.
Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam
Bollywood
|
NILAI
Merupakan tingkah
laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan
perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya
sastera
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Nilai merupakan tingkah laku atau
perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara
umum dalam sesebuah karya sastera.
Novel yang saya kaji ialah Hikmah karya Mohd Faris Ikmal memaparkan
beberapa nilai murni. Antara nilai murni yang dilukis pengarang ialah nilai kasih sayang. Nilai ini digambarkan
oleh pengarang melalui perwatakan Amri seorang pelajar penyayang, contohnya Amri
amat menyayangi ibunya hingga sanggup berbasikal sejauh sepuluh kilometer ke pekan untuk membeli ubat ibunya.
Selain itu, Amri seorang anak yang bertanggungjawab
terhadap ibunya. Amri sangat kasihan dan selalu mempertahankan ibunya akibat sikap tidak
bertanggungjawab bapanya. Justeru, akibat tekanan jiwa kerana masalah yang
ditimbulkan bapanya, Amri berubah menjadi insan yang degil, keras kepala,
suka membuli dan memeras ugut pelajar junior apabila berada di sekolah.
Bahkan juga, Amri seorang anak yang taat perintah ibunya. Hal ini
terbukti apabila Amri mengikut nasihat ibunya supaya tidak memarahi sikap
bapanya tersebut walaupun dia marah dan geram dengan sikap bapanya yang
sering mengambil wang dan meragut rantai pusaka dipakai oleh ibunya. Ibunya
masih mengharap bapa Amri akan berubah sikap pada suatu hari nanti.
Amri juga seorang pelajar yang sedar dan insaf atas kesalahannya.
Hal ini terbukti selepas peristiwa ngeri dalam hidupnya setelah dia diserang
oleh dua orang lelaki. Pada ketika itulah Amri dapat menggambarkan perasaan
orang yang pernah dibulinya selama ini. Dia meminta maaf kepada Sapura yang
pernah dianiayainya.
Nilai prihatin, simpati, belas
kasihan, dan ikhlas pula
dipaparkan oleh pengarang memalui perwatakan Sapura dan ayahnya. Sapura dan
ayahnya dengan ikhlas menghantar ibu Amri ketika dia pergi ke pekan untuk
membeli ubat di farmasi. Begitu juga, Sapura dan ayahnya menghantar Amri yang
pengsan dipukul dua orang pemuda yang cuba menyamunnya ketika pulang dari
membeli ubat di farmasi. Selain itu, nilai ini juga dipaparkan oleh pengarang
melalui watak Pak Dollah yang belas kasihan dan prihatin terhadap keluarga
Amri sehingga beliau membenarkan emak Amir berhutang semasa membeli di
kedainya.
Nilai pemaaf juga dilukis
oleh pengarang melalui perwatakan Sapura yang memaafkan tindakan Amri
mengenakannya semasa pulang dari sekolah. Akibat Amri memberhentikan basikal
secara tiba-tiba, Sapura tidak dapat
mengawal basikalnya dan terjatuh ke dalam bendang. Badang dan pakaiannya
kotor.
|
Nilai merupakan tingkah laku atau
perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara
umum dalam sesebuah karya sastera.
Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah
berpisah. Datuk dan nenek Iman juga
amat menyayangi Iman.
Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya
dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca
dan mengulang kaji pelajaran.
|
Nilai merupakan tingkah laku atau
perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara
umum dalam sesebuah karya sastera.
Nilai
kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan
Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami
tekanan perasaan.
Nilai prihatin
Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya
mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Nilai setiakawan
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan
baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan
pemikiran barat.
Nilai tanggungjawab
Contoh: Sukma masih lagi sempat
mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia
dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.
Nilai saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya
menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke
rumahnya.
Nilai kejujuran
Contoh; Reny berterus-terang
kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai
hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.
Nilai pengorbanan
Contoh: Jerry sanggup memberi
maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.
Nilai patriotik
Contoh: Sukma dan Kak Ros saling
membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan
negara.
Nilai keimanan
Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat
menunaikan kewajipan solat sebagai
umat Islam.
Nilai kecintaan
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan
Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka
merupakan golongan remaja.
Nilai kerjasama
Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar,
Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.
Nilai rasional
Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba
mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.
|
PENGAJARAN
PENGAJARAN :
Merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi
tauladan kepada kita atau pembaca.
Novel Hikmah
( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20 (
Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
Pengajaran merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai
baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
Novel yang saya kaji ialah Hikmah
karya Mohd Faris Ikmal memaparkan
beberapa pengajaran. Pertama ialah kita
haruslah tabar atau sabar dalam
menghadapi dugaan hidup. Contohnya: ibu Amri begitu cekal menerima dugaan
apabila suaminya berubah sikap dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia
diperlakukan dengan kejam, namun wanita ini tetap cekal dan tetap menghorrnati
suaminya. Dia juga sentiasa menasihati Amri agar tidak menderhaka kepada
bapanya dengan harapan suatu masa nanti suamnya akan berubah sikap.
Pengajaran yang kedua ialah kita
hendaklah prihatin atau belas kasihan terhadap insan yang sedang
dalam kesusahan. Contohnya: Sapura dan bapanya prihatin dan belas
keasihan terhadap Amri dan ibunya yang ditimpa kesusahan. Sapura sanggup
melupakan perbuatan Amri terhadapnya dan ikhlas membantu Amri sekeluarga.
Pengajaran yang ketiga ialah sebagai
ibu bapa mereka haruslah bertanggungjawab
terhadap anak-anak dengan memberi kasih sayang, menjaga kebajikan dan
keperluan anak-anak mereka. Contohnya: ibu Amri sangat sayang akan Amri
dan sanggup berkorban demi kesejahteraan anaknya itu walaupun dia dalam
keadaan lemah. Sementara sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab pula
menyebabkan keluarganya porak peranda dan
Amri tertekan menyababkan dia melakukan perbuatan buli dan memeras ugut
pelajar junior di sekolahnya.
Pengajaran yang keempat ialah kita
harus sedar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan
kejahatan juga. Contohnya: Amri sedar akan ketakutan dan kesakitan yang
ditanggung oleh mangsa peras ugutnya selepas kejadian dia disamun oleh dua
orang lelaki. Dia tidak lagi memeras ugut pelajar yang lemah kerana sedar
akan akibatnya.
Pengajaran yang kelima ialah kita haruslah melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan sebaik-baik mungkin. Contohnya: Sapura melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai pengawas sekolah dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
Dia tidak takut dengan sebarang kesan dan akibat tindakan yang dilakukannya
apabila mengadukan perbuatan Amri yang melakukan peras ugut dan membuli
pelajar junior kepada Cikgu Salman.
Pengajaran yang keenam ialah kita
haruslah bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya:Sapura
bersedia memaafkan kesilapan Amri meskipun Amri pernah mengenakannya. Ibu
Amri juga memaafkan kesalahan bapa
Amri dan bersedia menerimanya semula setelah
insaf atas kesalahan lalunya apabila ditangkap polis dan dipenjarakan.
Pengajaran yang ketujuh ialah kita
mesti berusaha untuk mencari wang dengan cara yang betul dan janganlah mengambil jalan mudah untuk
mendapatkan wang. Contohnya, sikap memeras ugut bukan sahaja salah di sisi
undang-undang, malah hasilnya haram di sisi agama.
Selain itu, kita perlu
mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang ditegah oleh undang-undang
negara. Contohnya, bapa Amri yang terlibat dalam kegiatan pejudian dan
penagihan dadah kerana akhirnya kita akan ditangkap dan dipenjarakan.
|
Pengajaran merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai
baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah
kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan
dalam sesuatu pertandingan.
Sebagai
seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
|
Pengajaran merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai
baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
Kita
hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita
Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak
pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia
ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.
Kita
tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar
Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh
pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan
kumpulan WX2.
Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada
anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan mereka
Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang
kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk
memberi panduan dan nasihat.
Seorang
sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan
Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup
menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan
baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi
dengan pemikiran barat.
Kita
hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara
hidup Melayu meskipun dia dibesarkan
di luar negara.
Kita mestilah
bertanggungjawab melaksanakan amanah
Contoh; Tuan Haji Syaqir
bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa
di kampungnya.
Kita hendaklah menunaikan
kewajipan sebagai umat Islam
Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran
Contoh: Nenek dan Aim tabah
menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka
berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim
yang lari meninggalkan dia dan Aim.
Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara
Contoh: Ibu Sukma sanggup
berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus
dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.
|
Nota ini disediakan untuk membantu pelajar
tingkatan tiga SMKA Sultan Azlan Shah
menjawab soalan novel dalam peperiksaan SPM 2013. Namun, anda perlu bijak untuk
menghurai setiap aspek dalam kajian komsas
dengan mengaitkan isi, huraian dan contoh peristiwa yang terdapat dalam
novel yang anda kaji di tingkatan satu, dua,
dan tiga. Bahkan juga, anda perlu membuat latihan yang kerap dan
menggunakan nota yang diberikan di atas semasa menjawab soalan. Sebagai tambahan,
pelajar boleh menggunakan bahan sampingan seperti buku rujukan lain untuk
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap novel yang telah anda kaji.
Disediakan
oleh,
.....................................................
(MOHD
RAMSUL B. ABD. RAHIMAN)
Guru
Mata Pelajaran Bahasa Melayu,
Ketua
Panitia Bahasa Melayu,
SMKA
Sultan Azlan Shah, Bota, Perak.
cikgu... kalau teknik imbas muka macam mana?
BalasPadamgaya bahasa takde ke, cikgu?
BalasPadamtak de
Padamterima kasih ~
BalasPadamcikgu,latar masyarakat tingkatan 2 dan 3 takde ke..?
BalasPadamcikgu mohon copy yer cikgu sebagai santapan peperiksaan
BalasPadamcikgu gaya bahasa takdeke ?
BalasPadamtak de
Padam