CUBA LENGKAPKAN KARANGAN DI BAWAH
Kereta api penumpang yang kunaiki
meluncur laju menuju ke destinasinya. Tiba-tiba
kereta api kunaiki berhenti secara mengejut dan satu dentuman yang dasyat
berlaku di bahagian hadapan kereta api. Aku yang sedang nyeyak tidur terjaga
akibat dentuman dan keadaan kereta api yang berhenti secara mengejut menyebabkan keadaan gerabak
penumpang tunggang-langgang. Suasana di dalam gerabak penumpang menjadi
kelam kabut kerana situasi cemas menyebabkan penumpang menjadi panik dan ada
yang menjerit ketakutan. Namun, aku bersyukur kerana lampu di gerabak kereta
api masih bernyala.
Sambungan cerita di atas akan saya paparkan kemudian. Cuba lengkapkan dahulu.
Sebagai panduan, anda perlu memastikan perkembangan cerita anda menarik dan sebaik-baiknya masukkan unsur perkembangan plot yang anda pelajari semasa pembelajaran komsas seperti pengenalan(sudah disediakan), perkembangan - selitkan konflik ( berkembang ), klimaks dan peleraian cerita. Masukkan juga teknik plot seperti unsur suspen, teknik dialog, monolog dan monolog dalaman, imbas muka, imbas kembali, teknik pemerian, dan sebagainya. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan