Salam untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR terakhir tahun 2013. Sudah pasti persoalan yang bermain diminda pelajar tentang kesusahan kertas Bahasa Melayu 1. Untuk makluman kertas ini membicarakan soal kemahiran tatabahasa 30 soalan dan 10 soalan memerlukan pelajar menguasai kemahiran komsas iaitu berdasarkan soalan teks antologi Kasut Kelopak Jantung untuk teks tingkatan 1,Gema Sepi Gadis Genius untuk teks tingkatan 2, dan antologi Harga Sebuah Lukisan untuk teks tingkatan 3.
Para pelajar sering menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan bahagian tatabahasa kerana soalan dikemukakan lebih mencabar dan pelajar tingkatan tiga perlu menguasai kemahiran tatabahasa. Justeru, diperingatkan supaya pelajar perlu berusaha menguasai kemahiran tatabahasa yang melipuiti kajian aspek morfologi, sintaksis dan semantik. Sebagai salah satu usaha menguasai kemahiran tersebut, pelajar boleh cuba menjawab formula tatabahasa yang telah saya masukkan ke dalam blog ini. Jika pelajar sukar menjawab formula tatabahasa berkenaan, pelajar perlu merujuk jawapannya kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda untuk mendapat penerangan atau berjumpa saya pada sesi persekolahan 2013. Jika pelajar dapat menjawab formula tatabahasa tersebut, tahniah diucapkan kerana secara iklhas saya boleh mengatakan anda sudah menguasai kemahiran tatabahasa Melayu.
Sebagai bantuan, saya telah memaparkan jawapan formula ini dalam blog SPM bertarikh 18/12/12 untuk rujukan. Namun, pelajar diminta merujuk guru mata pelajaran untuk mendapat penerangan jika ada kemusykilan. Selamat mencuba.
MANTAPKAN
TATABAHASA
Nama:....................................................... Ting:................................................
FORMULA
TATABAHASA
- pecahan
- dua setengah
kilogram ( )
- dua kilogram
setengah ( )
- tiga setengah
minit ( )
- lima liter suku ( )
- tiga suku jam (
)
- ayat pasif(kata ganti
nama 1,2,3)
1. Roti itu dimakan oleh saya.
( )
2. Roti itu saya makan.
( )
3. Roti itu kamu makan. ( )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.( )
5. Roti itu mereka makan. (
)
- membuat /
berbuat
1. Jangan membuat bising. ( )
2. Jangan berbuat bising. ( )
3. berbuat begitu ( )
4. membuat begitu ( )
5. berbuat demikian ( )
- antara / di
antara
1. Antara hobi saya
ialah membaca buku. ( )
2. Di antara hobi
saya ialah membaca buku. ( )
3. Rumah saya terletak di antara
tingkat satu dengan
tingkat tiga. (
)
4. Fatihah duduk di antara Julia
dengan Mariam. ( )
5. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah
pensel,
pembaris, pen dan pemadam. ( )
5. di dalam
/ dalam
1.
di dalam ingatannya ( )
2.
dalam ingatannya ( )
3.
di dalam bilik ( )
4. dalam mesyuarat ( )
5. di
dalam hatinya ( )
6.
ialah / adalah
1.
Ramli ialah abang saya. ( )
2. Ramli adalah abang saya. ( )
3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00
pagi. (
)
4. Punca pencemaran adalah
seperti pembuangan sisa
toksik oleh pihak kilang. ( )
5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( )
7. meN-…-i
/ meN-…-kan
1. menasihati Ali ( )
2.
menasihatkan Ali ( )
3.
menghidangkan tetamu ( )
4. menghidangkan nasi
lemak ( )
5.
menaiki bendera ( )
8. di-…-i
/ di-…-kan
1.
Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. ( )
2.
Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.
( )
3. Fatimah dihadiahi pingat
kecemerlangan. ( )
4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( )
5. Pingat kebesaran
dianugerahkan kepada menteri itu. ( )
9. memper
/ memper-…-kan
1.
memperdalamkan lubang itu ( )
2.
memperdalam lubang itu ( )
3.
mendalamkan lubang itu ( )
4.
memperkatakan hal itu ( )
5.
memperkata hal itu ( )
11. memperisterikan /
memperisteri
1.
Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( )
2.
Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. ( )
3.
Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan
seorang gadis kampung. ( )
4.
Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan
seorang gadis kampung. ( )
5.
Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan
seorang pemuda kampung. ( )
12. meN-…-kan
1. Siti Nurhaliza membuatkan
ayahnya secawan teh. ( )
2. Siti Nurhaliza membuat
ayahnya secawan teh. ( )
3.
Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. ( )
4.
Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. (
)
5. Kakak menjahit sepasang baju
kurung untuk ibunya. ( )
13.
kata bilangan
‘ber’
1. berpuluh tahun (
)
2. berpuluh-puluh tahun ( )
3. beribu-ribu penonton ( )
4. beribu penonton (
)
5. ribuan penonton (
)
14.
kata bilangan
‘ke’
1. kedua-dua anaknya ( )
2. kedua anaknya ( )
3. anaknya yang kedua ( )
4. ketiga-tiga ekor kucing itu
( )
5. ketiga-tiga kucing itu ( )
15.
kata bilangan
1. semua
murid-murid ( )
2. semua murid ( )
3. para
pelajar ( )
4. semua kanak-kanak ( )
5. ramai budak ( )
16.
ramai /
banyak
1. Ramai pelanggan di pasar raya
itu. ( )
2. Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( )
3.
Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( )
4. Orang ramai menonton konsert nasyid itu. ( )
5.
Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat (
)
17. MeN-…-kan /
ber
1.
Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( )
2.
Cikgu Norida menceritakan pengalamannya.
( )
3.
Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( )
4.
Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. ( )
5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( )
18. kata bantu dalan ayat pasif
1. Wau itu akan saya buat. ( )
2. Wau itu saya akan buat. ( )
3.
Surat itu telah saya tulis. ( )
4.
Surat itu saya telah tulis. ( )
5. Orang gila itu pernah kamu lihat? ( )
19. sebab /
kerana / oleh sebab / oleh kerana
1. Jalil tidak datang ke
sekolah sebab demam. ( )
2. Jalil tidak datang ke sekolah
kerana demam. ( )
3.
Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( )
4.
Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( )
5. 0leh sebab demam Jalil tidak datang ke
sekolah. ( )
20. ia
1. Saya ada seekor kucing.Ia bernama Si Comel. ( )
2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel.
( )
3. Kamus itu sangat mahal.Ia berharga RM60.00. ( )
4. Bersikap rajin amat penting
kerana ia menjamin
kejayaan. ( )
5. Kereta Savvy buatan
Malaysia.Ianya sangat murah.( )
21. ayat pasif
1.
Kuih itu dimakan oleh bapa. ( )
2.
Kuih itu dimakan bapa. ( )
3.
Kuih itu bapa makan. ( )
4. Kuih itu termakan oleh bapa.
( )
5. Kuih itu termakan bapa. (
)
6. Kuih itu kena makan oleh bapa.
(
)
7. Kuih itu kena makan bapa. ( )
8. Pencuri itu tertangkap polis.
( )
9. Pencuri itu kena tangkap
polis. ( )
10. Dia basah kuyup kerana
kehujanan. ( )
11. Saya tertarik dengan
keindahan tasik itu. ( )
12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( )
22.
angka-huruf
1. 1950an ( )
2. 1950-an ( )
3. 1950 – an ( )
4. lima puluhan ( )
5.
lima puluh an ( )
23. lain
1. masalah-masalah lain ( )
2. lain-lain masalah ( )
3. perkara-perkara lain ( )
4. lain-lain perkara ( )
5. hal-hal lain ( )
24. akan
1.
menyayangi akan anaknya ( )
2.
sayang akan anaknya ( )
3.
sayang anaknya ( )
4.
merindui ibunya ( )
5.
rindu akan anaknya ( )
25.
saling
1. Daud dan Arif saling
kejar-mengejar ( )
2. Daud dan Arif saling mengejar
( )
3. Daud dan Arif kejar-mengejar
( )
4. Perompak dan anggota polis
itu saling menembak. ( )
5. Perompak dan anggota polis
itu tembak-menembak. ( )
26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman
1.
juru-juruterbang ( )
2.
juruterbang-juruterbang ( )
3.
olahragawan-olahragawan ( )
4.
olah-olahragawan ( )
5.
seniman-seniman ( )
27. kata
ganda bagi kata nama
1.
guru-guru besar ( )
2. guru besar-guru besar ( )
3. guru besar-besar ( )
4. alat-alat tulis ( )
5. alat tulis-alat tulis ( )
28. kata
penguat bebas
1. sangat cantik ( )
2.
cantik sangat ( )
3.
amat kejam ( )
4.
kejam amat ( )
5.
bijak sungguh ( )
29. sekali
1.
KLCC tertinggi sekali. ( )
2.
KLCC tertinggi. ( )
3.
KLCC tinggi sekali. ( )
4.
KLCC paling tinggi sekali . ( )
5.
KLCC tinggi sekali. ( )
30. ku /
kau
1. Buku itu telah kuambil. ( )
2.
Buku itu telah kumengambil. ( )
3.
Ke mana kaupergi tadi? ( )
4.
Itu adikkau? ( )
5.
Kausakitkah?( )
31. kah
1.
Siapakah nama saudari? ( )
2.
Siapa nama saudari? ( )
3. Nama saudari siapa? ( )
4.
Nama saudari siapakah? ( )
5.
Yang manakah basikal kamu ? ( )
6.
Cikgu Ali sudah datangkah? ( )
7.
Cikgu Ali sudah datang ? ( )
8.
Sudah datangkah Cikgu Ali? ( )
32. baharu /
baru
1.
Abu Bakar memakai baju baharu. ( )
2. Abu Bakar memakai baju baru. ( )
3.
Dia baru sampai pagi tadi. ( )
4.
Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( )
5. Baru-baru ini, terdapat kes
ragut di kampung saya. ( )
33. apa /
apa-apa / mana / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa
1.
Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( )
2. Saya tidak tahu apa-apa yang
berlaku. ( )
3.
Kami tidak ke mana-mana semalam. ( )
4.
Kami tidak ke mana semalam. ( )
5.
Datanglah ke rumah saya bila ada masa. ( )
34. ber-…-kan / ber
1.
Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( )
2. Orang tua itu tidur bertilam
surat khabar lama. ( )
3. Orang tua itu tidur
bertilamkan dengan surat khabar
lama. ( )
4.
Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. ( )
5. Ayah tidur
berbantalkan dengan lengan. ( )
35.
belaka
1. Baju itu murah-murah belaka.
( )
2. Baju-baju itu cantik-cantik
belaka. ( )
3. Mereka bijak-bijak belaka.
( )
4. Mereka bijak belaka. ( )
5. Mereka-mereka bijak-bijak belaka. ( )
36. daripada….kepada / dari…..ke
1.
Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80%
ke 90%. ( )
2. Markah Bahasa Melayunya telah
meningkat daripada 80%
kepada 90%. ( )
3.
Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada
RM1.10
seliter. ( )
4. Harga minyak petrol telah
naik dari RM1.00 kepada
RM1.10 seliter. ( )
5. Jarak dari Tapah ke Slim River
ialah 50km. ( )
37. boleh /
dapat
1. Kamu boleh balik setelah
menyiapkan kerja itu. ( )
2. Selepas kakinya sembuh,dia
boleh menunggang
basikal. ( )
3. Dia boleh menjawab soalan itu
dengan tepat. ( )
4. Dia dapat menjawab soalan itu
dengan tepat. ( )
38. kata
bantu
1.
Saya belum pernah makan durian. ( )
2. Adik Lily masih belum bersekolah. ( )
3. Karim masih sedang menulis surat.(
)
4. Yati sudah pernah melawat Jepun. (
)
5. Puan Kok sedang hendak ke pasar. (
)
39. sekalian
1.
Para hadirin sekalian, ( )
2.
Hadirin sekalian, ( )
3.
Hadirin yang dihormati, ( )
4.
Hadirin yang dihormati sekalian, ( )
5.
Tuan-tuan dan puan-puan, ( )
40. hanya / sahaja
1.
Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( )
2.
Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. ( )
3.
Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (
)
4. Hanya Shi Mei yang
lulus ujian itu. ( )
5. Shi Mei sahaja yang lulus
ujian itu. ( )
41. 1. alat penghawa dingin ( )
2. alat hawa dingin ( )
3. pendingin hawa ( )
4. penghawa dingin (
)
5. penyaman udara (
)
42. 1. nasionalisma ( )
2. nasionalisme (
)
3. plasma (
)
4. plasme (
)
5. patriotisme (
)
43. kami sekeluarga / kami semua / kita
semua
1. Saya dan keluarga akan
berkelah di Teluk Batik. ( )
Kami sekeluarga akan pergi esok. ( )
2. Saya dan keluarga akan
berkelah di Teluk Batik. ( )
Kami
akan pergi esok. ( )
3.
Kami semua akan berkelah di Teluk Batik.
( )
4. Kami akan
berkelah di Teluk Batik. ( )
5.
Kita semua haruslah bekerjasama. ( )
44. di
/ ke
1.
Mereka sudah sampai di Tapah. ( )
2. Mereka sudah sampai ke Tapah.
( )
3.
Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina
khemah. (
)
4.
Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina
khemah.
( )
5. Kami membuang sampah di dalam
tong sampah. ( )
45. 1.
menengok televisyen ( )
2.
menonton televisyen ( )
3.
memotong getah ( )
4.
menoreh getah (
)
5.
menggantung baju di ampaian ( )
46. manakala /
sementara
1.
Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.
2.
Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.
3. Azmi membaca buku
sementara menunggu bapanya
pulang. ( )
4.
Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca
buku.
5. Danny menyapu sampah manakala Halim
mencuci
tandas.
47. atas /
di atas
1.
Terima kasih atas pertolongan saudara. (
)
2.
Terima kasih di atas pertolongan saudara. (
)
3.
Tahniah di atas kejayaan kamu. ( )
4.
Buku kamu ada di atas meja itu. ( )
5.
Burung berterbangan di atas awan. ( )
48. kata tanya dalam ayat penyata
1.
Saya tidak tahu siapa namanya. ( )
2. Saya
tidak tahu namanya. ( )
3. Polis akan menangkap
siapa yang mencuri. ( )
4. Saya
tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(
)
5. Saya
tidak tahu tempat tinggal Cikgu
Shaari.( )
49 . tidak
/ bukan
1. Dia
bukan abang saya. ( )
2.
Komputer ini bukan berat.( )
3. Soalan
ini bukan susah. ( )
4. Soalan
ini tidak susah. ( )
5.
Gillian tidak suka bermain bola sepak. (
)
50. mempunyai
/ terdapat / ada
1.
Sekolah saya mempunyai sebuah padang. ( )
2. Sekolah saya
terdapat sebuah padang. ( )
3. Sekolah saya ada sebuah padang. ( )
4. Semua serangga mempunyai
enam kaki. ( )
5. Saya
mempunyai empat orang anak. ( )
51. untuk / bagi / demi
1. Itulah
satu pengalaman indah untuk diri saya. (
)
2. Itulah
satu pengalaman indah bagi diri saya. ( )
3.
Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. ( )
4.
Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (
)
5.
Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.( )
52. kata-kata
singkat
1. tak mau =______________________
2.
tak tau =______________________
3.
nak pi =______________________
4.
mak saya =______________________
5.
tuk saya =______________________
6.
dah tau =______________________
7.
kak saya =______________________
8.
tak nak =______________________
9.
keta tu =______________________
10. mai sini =______________________
53. adakah / apakah
1.
Adakah kamu sakit? ( )
2. Apakah
kamu sakit? ( )
3. Apakah
nama haiwan itu? ( )
4. Adakah yang ada di
dalam kotak itu? ( )
5. Apakah
yang terjadi? ( )
54. dan sebagainya / dan
lain-lain lagi
1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari,
ikan
parang dan sebagainya. ( )
2.
Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
parang dan lain-lain lagi. ( )
3. Kamus,
buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi
ada di dalam perpustakaan
itu. (
)
4. Kamus,
buku rujukan, buku cerita dan sebagainya
ada di dalam perpustakaan
itu. (
)
5. Buah-buahan tidak
bermusim adalah seperti nanas,ciku,
pisang dan lain-lain lagi.( )
55. raya
1.
pasar raya ( )
2.
pasaraya ( )
3.
bandar raya ( )
4. Bandaraya Kuala Lumpur
( )
5.
Bandar Raya Kuala Lumpur ( )
6. Bandaraya Ipoh (
)
7. pilihan raya
8.
jalan raya ( )
9.
hari raya ( )
10. lebuhraya (
)
56.
goreng
1. Saya suka goreng pisang. ( )
2. Saya suka
pisang goreng. ( )
3. Tolong
goreng pisang itu. ( )
4. Goreng
pisang itu digoreng oleh ibu saya. (
)
5. Saya
suka menggoreng pisang. ( )
57.
kepada / ke
1.
memberitahu kepada Cikgu Siti ( )
2.
memberitahu Cikgu Siti ( )
3.
melawat ke Kuala Lumpur
( )
4.
melawat ke datuknya ( )
5.
melaporkan kepada pihak polis ( )
58.
ter
1. Dia tersangat nakal. ( )
2. Dia sangat ternakal. ( )
3. Baju itu amat termahal. ( )
4. Baju itu amat mahal. ( )
5. Baju itu termahal. ( )
59. ke……ke /
untuk…..untuk….. / di……di
1.
Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh
atau ke Johor. ( )
2. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau
Johor. ( )
3. Hadiah ini adalah untuk ibu
bukan ayah. ( )
4. Hadiah ini adalah untuk ibu
bukan untuk ayah. ( )
5. Kami tidak pasti sama ada
kakak kamu ada di kantin
atau
perpustakaan. ( )
60. se……
/ se…..se
1. dari masa ke semasa ( )
2.
dari semasa ke semasa ( )
3. dari masa ke masa
( )
4.
dari hari ke hari ( )
5.
dari hari ke sehari ( )
61. setengah / sesetengah
1.
Setengah orang tidak suka akan durian. ( )
2. Sesetengah orang tidak suka
akan durian. ( )
3. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( )
4. Setengah-tengah orang tidak
suka akan durian. ( )
5.
Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( )
62. beberapa
/ berapa
1.
Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( )
2. Beberapa pelajar telah menyertai kursus itu. ( )
3. Berapa orang pelajar telah
menyertai kursus itu. ( )
4. Berapa orang pelajarkah telah
menyertai kursus itu? ( )
5. Beberapa hari yang lalu, saya
tidak sihat. ( )
63. 1. bas mini ( )
2.
mini bas ( )
3. sos
cili ( )
4. cili
sos (
)
5. Aminah
Kedai Jahit ( )
64. 1. ayam telur
( )
2. telur
ayam ( )
3. ayam
daging ( )
4.
daging ayam ( )
65. 1. Bahasa
Melayu ( )
2.
bahasa Melayu ( )
3.
berbahasa Melayu ( )
4.
berBahasa Melayu ( )
66. 1. bapa kereta ( )
2. kereta bapa ( )
3. saya punya wang ( )
4. wang saya ( )
67. kata ganda separa + ber…an
1.
dedaun berguguran ( )
2.
daun berguguran ( )
3.
lelayang bergantungan ( )
4.
layang-layang bergantungan ( )
5.
kekacang bertaburan ( )
68. selain
1.
Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa
mengulang kaji hari ini. ( )
2. Selain dari mengaji, dia juga terpaksa
mengulang kaji hari ini. ( )
3. Selain mengaji, dia juga terpaksa
mengulang kaji hari ini. ( )
4. Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah
berani. ( )
5.
Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita
haruslah berani ( )
69. menghiaskan
/ menghiasi / mengotori / mengotorkan
1. Mereka sedang menghiaskan
pentas itu. ( )
2. Mereka sedang menghiasi
pentas itu. ( )
3.
Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (
)
4.
Pelbagai bunga menghiasi pentas itu.
( )
5. Adik mengotori lantai itu. ( )
70. penjodoh bilangan
1. se__________ pemadam
2.
se__________ tali leher
3.
se__________ jam dinding
4. sepuluh
butir telur ayam ( )
5. lima buah rumah-rumah ( )
6. beberapa orang pelajar ( )
71. saja, juga , lagi
1. Rumah saya rumah batu juga.( )
2. Rumah saya juga rumah batu.( )
3. Gadis itu tersenyum saja. ( )
4. Gadis itu saja tersenyum. ( )
5. Haji Ali ke Makkah lagi.( )
72. kata penguat(tidak perlu) + kata
ganda berirama
1. Rambut
Afiqah sangat kusut-masai. ( )
2. Rambut
Afiqah kusut-masai. ( )
3. Suasana di
pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (
)
4. Suasana di
pasar malam itu riuh-rendah. ( )
5. Jalan raya
ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. (
)
73. berkali-kali / berulang kali =
B 1 , 1
B
1. Danny menggeleng-geleng kepalanya
berkali-kali kerana tidak bersetuju.(
)
2. Danny menggeleng-geleng
kepalanya kerana tidak bersetuju ( )
3. Danny
menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju ( )
4. Ramli
mengangguk-angguk berulang kali. ( )
5. Ramli
mengangguk berulang kali. ( )
74. dia (betul) / dai
(salah)
1. diari (
)
2. dairi (
)
3. dailek (
)
4. dialek(
)
5. dialog(
)
75. di =
tempat / pada = benda
1. Ada setompok darah di bajunya. ( )
2. Ada setompok darah pada bajunya. ( )
3. Doktor
membalut luka pada kakinya. ( )
4. Doktor
membalut luka di kakinya. ( )
5. Jangan
bersandar di dinding itu. ( )
75. ayat
songsang
1.pendepanan
frasa kerja transitif,
2.
pendepanan frasa kerja tak transitif
3. pendepanan frasa adjektif
4. pendepanan frasa sendi/kata hubung
1. Sedang membaca buku murid itu. ( )
2. Tertidur
Mawi di situ. ( )
3. Sungguh
besar sekolah itu.( )
4. Ke Makkah
lagi Haji Ali. ( )
5. Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. ( )
76. (pesakit)menjalani /
(doktor)menjalankan
1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan
itu.( )
2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( )
77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua
kelas /
beliau
= ada pangkat,jawatan
(tidak semestinya terkenal
sahaja)
1. Ketua Kelas
6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (
)
2. Ketua Kelas
6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.
( )
3. Amalina pelajar terbaik
SPM. Dia memang rajin. ( )
4. Amalina
pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (
)
5. Amalina
pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (
)
78. Guru
Besar = nama khas jawatan
guru besar = kata majmuk/umum/am
1. Bapa
saya guru besar.( )
2. Bapa saya Guru Besar di SK. Gunung Rapat. (
)
3. Semua guru
besar sedang bermesyuarat. ( )
4. Semua guru penolong kanan sedang
bermesyuarat. ( )
5. Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati.
( )
79. kata bilangan + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali
‘beberapa’)
1. sebahagian orang murid( )
2. sebahagian murid ( )
3. segala ekor binatang ( )
4. segala binatang ( )
5. setiap orang
rakyat ( )
80. agar
/ supaya /
jika / sekiranya = 1x
1. Saya berdoa
agar supaya Fatin berjaya.( )
2. Saya
berdoa supaya Fatin berjaya. ( )
3. Saya berdoa
agar Fatin berjaya. ( )
4. Jika
sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.( )
5. Jika saya terlupa,tolong hubungi saya ( )
81. pra / tata / swa / maha / tuna/ pro/ anti/ sub/ eka/
pasca/ dwi/
( Imbuhan Sanskrit /Inggeris/Yunani perlu dicantumkan
dengan perkataan)
( Perlu ada sengkang – jika membawa
maksud kata nama khas)
1. Rahmat amat gembira kerana berjaya
mengikuti program pra siswazah ( )
2. Rahmat amat gembira kerana berjaya
mengikuti program prasiswazah ( )
3. Pegawai polis itu dikenakan tindakan tatatertib
( )
4. Pegawai polis itu dikenakan tindakan tata tertib ( )
5. Sukan Pra-Olimpik Beijing menjadi
tumpuan peminat sukan dunia. ( )
6. Sukan Praolimpik Beijing menjadi
tumpuan peminat sukan dunia. ( )
contoh – swadaya ( layan diri ), swatenaga ( tenaga sendiri)
- maharani
- prokerajaan, promajikan
- pro-Malaysia, anti-Israel
82. supaya / bahawa ( melibatkan dua ayat – ayat induk ( boleh
berdiri sendiri)
- ayat kecil ( tidak boleh berdiri sendiri)
berfungsi untuk memancangkan dua ayat berkenaan agar
gramatis.
1) Semua pelajar tahu dia anak hartawan ( )
2) Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan ( )
3) Ayah berdoa agar ibu cepat sembuh ( )
4) Ayah berdoa ibu cepat sembuh ( )
5) Saya mengatakan yang dia sakit ( )
6) Saya tidak tahu yang dia anak hartawan ( )
7) Saya mengatakan bahawa dia sakit ( )
8) Saya tidak tahu bahawa dia sakit ( )
POLA
AYAT DALAM BAHASA MELAYU
FRASA
NAMA + FRASA NAMA
FRASA
NAMA + FRASA KERJA
FRASA
NAMA + FRASA ADJEKTIF
FRASA
NAMA + FRASA SENDI
FRASA
NAMA
|
FRASA
NAMA
|
Ali
|
bapa
saya
|
FRASA
NAMA
|
FRASA
KERJA
|
Bapa
mereka
|
sedang
berehat
|
FRASA
NAMA
|
FRASA
SENDI
|
Pejabat ayah
|
di Kuala Kurau
|
FRASA
NAMA
|
FRASA
ADJEKTIF
|
Anak
kakak
|
sangat
nakal
|
RAHSIA BINA AYAT
RAHSIA 1 : AYAT AKTIF
Siapa
|
Buat apa
|
Di mana
|
mengapa
|
Aqil
|
sedang membaca buku
|
di biliknya
|
untuk menambahkan ilmu
pengetahuannya.
|
Kakak
|
menanam pokok bunga
|
di halaman rumah
|
kerana hendak mencantikkan
halaman rumah.
|
Seorang budak lelaki
|
sedang membeli air tebu
|
di sebuah gerai
|
kerana dahaga.
|
RAHSIA 2 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 1 & 2 (tiada di,oleh)
Benda
|
KGN 1 & 2(siapa)
|
buat apa
|
bila
|
Kuih itu
|
Saya
|
makan
|
pagi tadi.
|
Beg itu
|
Kamu
|
Beli
|
semalam.
|
|
Aku
|
Tulis
|
|
|
awak
|
Buat
|
|
RAHSIA 3 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 3 /PELAKU
Benda
|
di…oleh
|
KGN 3(siapa)
|
bila
|
Kuih itu
|
dimakan oleh
|
abang saya
|
pagi tadi.
|
Beg itu
|
dibeli oleh
|
beliau
|
semalam.
|
|
ditulis oleh
|
|
|
|
dibuat oleh
|
|
|
RAHSIA 4: AYAT TANYA BIASA
Subjek
|
Prediket/Kata Tanya ( Tanpa
kah)
|
Orang itu
|
siapa?
|
RAHSIA 5 : AYAT SONGSANG
TANYA
Ayat Tanya/ Prediket
|
Subjek
|
Siapakah
|
orang itu?
|
SELAMAT MENJAWAB
Sebagai rujukan, pelajar boleh melihat panduan untuk menjawab soalan formula tatabahasa ini dengan merujuk nota tatabahasa yang telah saya senaraikan di dalam blog ini. Kerajinan dan usaha anda akan mampu memantapkan penguasaan tatabahasa anda. Ingat kertas 1 bahasa Melayu banyak bergantung kepada penguasaan anda terhadap kemahiran tatabahasa. Disamping itu, anda juga perlu menguasai kemahiran komsas antologi terutama menguasai format menjawab soalan komsas dan kemahiran menguasai istilah komsas. Harap maklum.