SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Rabu, 19 Julai 2017

KAEDAH MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP

Kebanyakan pelajar mengeluh, bagaimana untuk menghasil dan mengembangkan karangan agar karangan dihasilkan cemerlang. Justeru, saya menggunakan pendekatan menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan Untuk Menghasilkan Karangan Cemerlang. Cuba pelajar lihat hasil perbincangan  sacara berkumpulan untuk proses pengajaran Kelas 2A1, SMK Seri Londang semalam. Hasilnya amat positif, pelajar dapat menghasilkan karangan yang bermutu tinggi.

TAJUK KARANGAN: CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
LAGU/ AYAT QURAN/
Allah berfirman, Demi masa, sesungguhnya manusia itu  dalam kerugian.
AYAT RANGSANGAN  1
Berdasarkan firman Allah di atas, masa itu emas.
AYAT RANGSANGAN  2
Kita hendaklah menghargai setiap saat masa yang berlalu kerana masa yang telah berlalu tidak akan berulang kembali.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu ada mengatakan sekiranya nasi menjadi bubur sudah tidak berguna lagi.
UNSUR KBAT
Sekiranya kita tidak menghargai masa kita akan rugi masa senggang yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti berfaedah tidak digunakan dengan aktiviti yang berfaedah.
AYAT ARAHAN
Persoalannya bagaimanakah kita boleh menghargai masa dan menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah?


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

Tema/ Kata Kunci Isi
Kita boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku.
Ayat huraian 1
Membaca buku banyak memberi manfaat, antaranya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang negara , hal ehwal semasa dan masyarakat
Ayat contoh
Contohnya kita boleh menambah ilmu tentang mata pelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan sebagainya . Tambahan pula, dengan membaca kita akan dapat mengetahui peristiwa  berlaku di dalam dan di luar negara.
Unsur KBAT
Jika tidak membaca,akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jadilah ulat buku.
Frasa menarik
Sememangnya membaca itu jambatan ilmu.
Ayat  penegas
Konklusinya, kita perlulah memupuk amalan membaca dalam diri  agar memperoleh ilmu.



JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA

Tema/ Kata Kunci Isi
Selain itu, kita boleh memenuhi masa senggang dengan melayari laman-laman blog berfaedah untuk mengembang pengetahuan.
Ayat huraian 1
Pelbagai gajet terdapat di pasaran yang boleh membantu kita melayari internet untuk mendapatkan maklumat.
Ayat contoh
Antara gajet yang menjadi perhatian pelajar dewasa ini seperti telefon pintar atau  komputer riba yang mampu untuk memudahkan kita melayari laman web berfaedah dengan menggunakan enjin carian seperti Google Crome, Fire Fox, Monzila Fire Fox
Unsur KBAT
Sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan berkenaan atau tidak tahu menggunakan peralatan elektronik ini, kita akan ketinggalan zaman.
Frasa menarik
Hal ini kerana, dengan menggunakan internet maklumat boleh diperoleh kerana maklumat berada di hujung jari dan penggunaan perisian teknologi pintar akan mewujudkan dunia tanpa sempadan.
Ayat  penegas
Sudah terang lagi bersuluh, kita boleh memenuhi masa senggang dengan melayari laman-laman blog berfaedah untuk mengembang pengetahuan

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA

Tema/ Kata Kunci Isi
Selain itu, kita boleh menggunakan masa terluang dengan bersenam dan bersukan.
Ayat huraian 1
Aktiviti riadah ini amat berguna kepada pelajar kerana bukan sahaja kita dapat menggunakan masa lapang dengan sebaik-bainya, malah juga impaknya akan melahirkan tubuh badan yang sihat kerana badan yang cergas melahirkan otak yang cerdas.
Ayat contoh
Pelbagai aktiviti riadah yang boleh kita lakukan untuk memenuhi waktu senggang seperti bermain bola sepak, badminton, tenis, sepak takraw dan sebagainya.
Unsur KBAT
Jika kita tidak melakukan aktiviti riadah ini kita mudah ditimpa penyakit kerana merawat lebih baik daripada mengubati.
Ayat  penegas
Tegasnya, kita boleh menggunakan masa terluang dengan bersenam dan bersukan untuk melahirkan tubuh badan yang sihat.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT

Tema/ Kata Kunci Isi
Bahkan juga, kita boleh melakukan waktu senggang dengan menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.
Ayat huraian 1
Kebanyakan pelajar alpa dan sering tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar terutama menyiapkan kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru mata pelajaran.
Ayat contoh
Contohnya, setiap hari pelajar dibekalan oleh guru untuk menyiapkan kerja rumah seperti karangan, matematik, sejarah dan sebagainya.
Unsur KBAT
Sekiranya pelajar gagal menjalankan tanggungjawab berkenaan sudah pasti guru mata pelajaran berkenaan akan marah kerana perbuatan tersebut seperti menyimbah minyak ketika api sedang marak, dan pelajar akan didenda.
Frasa menarik
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Jika perkara ini berlaku sudah pasti hubungan baik kita sebagai seorang pelajar dan guru akan renggang.
Ayat  penegas
Kesimpulannya, kita boleh melakukan waktu senggang dengan menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.



JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang pelajar yang berminda kelas pertama, kita perlu memenuhi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.
Ayat cadangan
Antaranya, kita perlu menggunakan masa senggang dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku, beriadah, melayari internet, dan menyiapkan tugasan kita sebagai seorang pelajar seperti menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru.
Ayat cadangan
Selain itu, kita boleh memenuhi masa senggang dengan melibatkan diri sebarang aktiviti gotong royong sama ada dijalankan di taman perumahan atau di sekolah.
KBAT
Sudah pasti, apabila masa lapang kita dapat digunakan dengan baik kita akan dihormati oleh rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat. Bahkan juga ibu bapa kita akan bangga kerana anak borek ayah rintik.
Ayat harapan
Oleh itu, gunakanlah masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah demi masa depan kita agar kehidupan kita akan cemerlang.