Contoh karangan terbaik. Salin karangan di bawah sebagai kerja anda. Paling utama, lihat bagaimana pengenalan dibina, isi dioalah dengan matang dalam perenggan isi dan cara menulis penutup. Karangan ini boleh disalin dalam kertas atau buku karangan tingkatan dua. Sila garis ayat isi dan istilah menarik (IM) dan frasa menarik (FM) perlu ditulis di bahagian atas kata, frasa atau ayat karangan yang anda salin. Sebarang masalah, hubungi saya.
Alaxander
Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi
yang dinamakan sebagai telefon. Sejajar dengan dunia yang pesat berkembang ini,
telefon kini lebih mobiliti dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Rekaannya juga
semakin menarik perhatian ramai umumnya remaja yang sentiasa mengejar kelainan.
Ada segelintir remaja berpendapat alat komunikasi ini merupakan suatu keperluan, selain ada yang beranggapan alat ini wahana yang penting semasa mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan. Bahkan juga, ada sesetengah remaja beranggapan, telefon bimbit sebagai penentu imej mereka di mata rakan-rakan. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar lebih
mendatangkan impak yang pelbagai kepada remaja.
Mari kita rungkai kepentingan telefon dalam kalangan pelajar dan kata kunci pertama perbincangan ialah telefon bimbit yang dimiliki mampu menghubungi insan
tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Mendengar suara ibu
dan bapa pastinya membuatkan jiwa kita tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan
insan yang paling mengenali diri kita. Justeru, anak-anak boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa dan dengan cara ini sebarang permasalahan yang dihadapi oleh mereka dapat dirungkai terutamanya masalah pelajaran. Oleh hal yang demikian, penggunaan
telefon bimbit oleh para pelajar pastinya meningkatkan motivasi mereka untuk
terus belajar lebih-lebih lagi untuk para pelajar yang tinggal di asrama yang
jauh daripada keluarga.
Seterusnya, mari kita fokus minda kita sebagai pelajar kelas pertama dengan membincangkan, fungsi telefon membantu menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar. Sebagaimana kita sedia maklum, zaman teknologi maju ini mewujudkan sindrom 'dunia tanpa sempadan.' Yang jauh didekati dan yang dekat disayangi. Cuma pelajar yang bijak saja akan mengaplikasi alat komunikasi ini utntuk kebaikan. Sebagai contohnya, rakan-rakan rapat boleh
dihubungi dengan segera waima kita tidak berada di sekolahpun jika mereka
mempunyai telefon selular ini. Secara tidak langsung, segala perkara penting
yang disampaikan oleh guru ketika kita tidak boleh hadir ke sekolah dapat
diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Hubungan dengan
rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra. Justeru, telefon bimbit mampu menyelesaikan masalah kita dalam pembelajaran.

Walau
bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan kesan negatif kepada
pelajar. Misalannya, mereka lebih mudah merakam atau menyimpan video-video
mahupun gambar-gambar lucah dalam alat telekomunikasi itu. Perkara ini memang
tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi apabila peratusan kes pelajar ditangkap di sekolah kerana telefon bimbit mereka menyimpan bahan porno yang terlarang. Penyebaran
video-video seperti yang dimaksudkan ini bukan mudah untuk dibanteras tetapi
tidak mustahil untuk diperangi. Hanya pelajar yang mempunyai pendiding agama dan iman sahaja yang akan mampu untuk menghidari kehidupan mereka daripada diracuni perisian yang negatif ini. Tegasnya, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan kesan negatif kepada pelajar.
Di
samping itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh melalaikan remaja. Lihat sahaja
situasi masa ini apabila golongan remaja tidak boleh berpisah dengan ‘kembar’
mereka itu walaupun sedetik. Ditambah pula dengan pelbagai aplikasi yang kurang
penting dan permainan yang melekakan dalam telefon mudah alih itu pastinya
membuang masa para remaja dengan sia-sia. Walhal, masa senggang para remaja
perlu diisi dengan ilmu yang bakal menerangi masa depan mereka. Tambahan pula, ada sesetengah pelajar sanggup menahan lapar, hanya untuk mengumpul wang membeli sebuah telefon bimbit atas dasar imej agar mereka dipandang tinggi rakan-rakan lain. Sedangkan mereka tidak sedar penggunaan telefon bimbit membakar wang mereka untuk membayar perkhidmatan syarikat telokomunikasi. Justeru, telefon bimbit melalaikan mereka sebagai seorang pelajar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan